Image and video hosting by TinyPic

30 April 2014

Resipi Crispy Candy Bars

Crispy Candy Bars

Ingredients : 

14 oz chocolate chips
3 oz (6 tbsp) unsalted butter
2 cups crispy rice cereal
3/4 cup + 1/3 cup smooth peanut butter
1 cup granulated sugar
1/2 cup + 2 tbsp heavy cream
1 1/2 cups marshmallow cream (1 7-oz jar)
1 1/2 cups roasted salted peanuts, coarsely chopped
14 oz soft caramels
3 tbsp light corn syrup

Combine 1 cup of chocolate chips with 1 tablespoon of butter in a microwave-safe bowl. Microwave in 30 second increments until the chocolate is melted and smooth.
Add 1/2 cup of peanut butter and all of the crispy rice cereal. Stir until the peanut butter melts into the chocolate and the cereal is totally covered with the chocolate mixture.
By the way, here’s my favorite tip about baking with peanut butter. Line your measuring cup with cling wrap before you measure out the peanut butter. It keeps your cup clean, and it’s easy to pre-measure the peanut butter and have it ready to go. When you need to use it, just flip the cling wrap upside down and the peanut butter will fall right out! No more scraping it from measuring cups then washing them afterwards!
But back to the recipe. Line a 7×11-inch pan with foil, and spray the foil with nonstick cooking spray. (If you don’t have this size, you can use a 9×13 pan and just have thinner bars, or you can try using two loaf pans or smaller square pans.) Scrape the cereal mixture into the pan and smooth it into an even layer. Refrigerate the pan to set the chocolate while you prepare the nougat layer.


dah buat bg aku sket k!

Merble Kek GEBU dan aiskrim vanilla


kesnya semalam aku teringin nk mkn marble kek,
ntah kenapa sbb dh lama gila x mengekek.hehehe.
so semalam trus g speed mart,
beli tepung kek,butter,essen vanila,telur,
sampai rumah,pukul pukul semua,terus bake,
30minit kemudia dh boleh makan,
x sangka gebu gebas pulak aku punya kek,hehehe.

best sebenarnya buat kek ni,bukannya susah,senang gila.
cuma renyah tu lepas nk mengemas tu lah.tapi xpe,
kalau buat dgn hati yg seronok,pasti mudah semua kerja.

harini aku puasa ganti,sekali ngan esok puasa Rejab,
pagi pagi td tgk kek buatan sendiri,dah terliur,
balik ni bukak puasa,adik ipar aku ajak beli kenny rogers,
geee.ok bagus gak.xyah masak.heee.
kdg kdg xtau nk masak apa kan,letih nk fikir,
tapi masak ni best kan kan.

ok lah.xlarat nk membebel.nk sambung BW jap.bai!


WW : TYPO



entry penuh petang ni ye.

WW : CPUV baru


ni je baki yg tersisa.dpt lah CPUV baru.ntah bape lama lah dia lekat.
kenapa lah aku ni.malas benorrr update blog.hahaha

thanks nuffy! sbb baik hati.

korg rajin rajin singgah and klik k.
nt kita klik korg punya balik.
hewhewhew.

Kereta kena langgar kali ke 4

sepanjang aku duk kl,seingat aku,dah 4 kali kete aku kecelakaan,
tapi kecelakaan tu bukan aku yg buat,semua dtg dr org lain,
masa mula mula kete aku kena langgar dulu,
aku mmg menangis kaw kaw.sbb aku jenis org yg sayang kan kereta,
syg sgt sbb yelah,byr pakai duet sendiri kan.hasil titik peluh aku,
takkan lah x syg kan.tapi apa kan daya,malang tetap menimpa,
kalau bukan kita yg buat org,org yg buat kita.

Al-Kisahnya --

semalam Princess mcm x sihat,
aku nk g keje lewat sikit,sbb smlm dia merengek je sepanjang mlm,
tidur x lena,dlm kul 7am tu aku bangun buat susu,tgh tgh bg dia minum,
adik ipar aku tetiba masuk bilik,dia kata " kete akk kena langgar "
hah?! apa lagik,terkejut beruk lah aku kan,aku bukan boleh dgr dgr berita
buruk pasal kereta aku ni,keluar rumah,jiran sebelah rumah aku dh blah,
dh lewat g keje,mak mentua aku pulak tgh berperang nk bukak kunci pagar,
boleh pulak stuck x leh bukak.adehhhh~

mak mertua aku terkejut tetiba je ada bunyik berdentum,
rumah MIL mmg tepi tu simpang 3,so org selalu keluar masuk je,
and jiran tu nk keluar simpang tu,revers kereta,then xperasan kete aku
kat tepi tu,dan berdentum.hmm agak kuat jugak lah,bengkok segala besi,
dan luckily jiran sy tu sangat bertanggung jawap,dia bayar semua kos ketuk kereta,
hmmm Alhamdulillah,dan dia asek keep calling tny pasal kereta,sampai aku
pun dh naik segan.hikhik.

aku bukan apa,suami dh lah jauh,kalau jd apa apa,
agak susah lah,aku boleh je buat semua,TAPI.... hmm byk tapinya.
hahaha.kena jugak ada lelaki yg buat,nasib lah laki aku ada contact dgn
cina ketuk kereta tu.dia lah dtg rumah amik kereta,and hantar kereta.

dan suami aku jugak jenis yg cool.xreti nk marah,dia kata
" lahhh benda dh nk jd,nk buat mcm mana kan "
so aku pon terpaksa ikut dia redhaaa.hahaha.

hmm tu jelah cerita nya,harini dtg opis,nk settle kan semua semua kerja,
mcm bz benorrr,hahaha.aku ni,buat keje kat opis ni,even buat keje banyak ke,
sikit ke,bukan ada org nak pandang pon.yelah,org bukan kaki kipas mcm aku ni,
mmg lah xde org nk pandang kan.hahaha.aku bukan jenis yg g soseh soseh ke bos,
kaki bodek,its so not me! hmm biarlah org lain nk buat kan.heee
ok bai!

28 April 2014

Doa didalam SUJUD terakhir


27 April 2014

SELFIE Perdana Menteri Najib Razak dengan Obama


ada yg kata x mampu nk komen apa.
aku? ( krikkrikkrik ) x tau nk komen apa jugak,
obama mcm dh biasa selfie sbb mata pandang kamera dgn betul.
Najib mcm xapndang kamera,eh sebuk nk tekan button 
snap kot.hehehe.hebakkk lah PM PM skrg ni.hihik
bai!

Cadar Quilt Patchwork Review


ni koleksi terbaru cadar Patchwork aku.
omei kan,Bellarina ni,dh lama dh aku ngidam,lama gila!
dulu aku nak.tapi xde,kali ni baru dapat,huaaaa seronoknya bila masuk bilik.
hahahaha.yelah,bila masuk bilik,nampak benda yg kita suka ada dpn mana,
mana x suka kan.hehehe.

yg lagi buat aku suka tu sbb papa princess pon suka cadar ni.
dia suka bukan sbb apa,sbb cadar ni xsusah,bangun pg xyah nk tarik tarik,
kalo ko nk lenyak ke,buat mcm mana pon cadar nya statik je gitu,
hehehe.mmg dasar lelaki kan.

aku rasa korg x yah lah tanya kat mana aku beli cadar ni.
kat online bersepah ada jual kan.ada yg murah dan mahal.korg kena pandai
pilih lah.ada yg RM150 ada RM160 ada jugak yg jual RM180,
ada jugak tu org beli.hahaha.terpulanglah kepada citarasa masing masing ye,
tapi aku beli pastinya pada yg murah.aku kan mmg suka barang murah.haha.
sape x suka ye dak.sbb benda ni semua sama je,sume terpulang kepada
citarasa peniaga nk amik untung banyak mana.

dulu aku dh ada 1 dh,aku punya yg mcm kat bawah ni,ni aku beli dr akk tempat keje lama aku,
dia mmg benti keje dan fulltime jual cadar,aku dulu DS ngan dia,tapi asek sold out je.sadis aku,
so aku majuk ngan dia,xnk jual cadar dah,xnk DS dh.aku beli,then pakai sendiri.hahaha.

1st design aku beli

sejak dr beli yg 1st ni lah aku jatuh cintaaa.hehehe.mmg best!
so lepas ni lg 3 bulan,nk kumpul duet.nk beli lg.hehehe.
korg nak ke? g cr sendiri ye,hehehe.kain dia mmg best,kalo letak,
xyah nk susah susah nk tarik.kain berat,mmg jatuh kebawah,
bangun pagi just tepuk tepuk bantal je,lipat comforter.
pas tu dh boleh trus g keje.hahaha.

dia ada 3 size Single,Queen and King,
aku amik Queen lah selalunya,sbb katil pon queen je.
cukup lah tu kan.

lepas ni aku nk beli cm ni pulak.


korg jgn tanya kenapa.aku mmg suka warna warni ni,mmg kalerfull,
aku suka! hehehe,sbb aku rasa nanti hidup aku ceria je.

aku no idea lah nk bg tau korh beli kat mana,sbb kwn kwn aku ramai gak jual.
harga lebih kurang je,korg cr lah sendiri ye.hehehe.bai!




Wajah PELIK Nasha Aziz


ich! dh kenapa muka nya gitu?
terlebih makeup ke? jgn lah sampai mcm tu.
aku ni kalau boleh.berbedak pon malassssssssssss!

JANGAN KOREK TELINGA ANAK KECIL

ingat x kes pasal princess tercucuk Cotton Bud tu?
selepas semua kawan kawan FB,kawan Blog,Kawan Gojes suruh bawak g klinik,
dan Papa Princess pun suruh bawak gak.actually mlm yg kena tu
papa princess suruh bawak g klinik gak.tp sbb dah malam and princess pon dh tido.
aku postpone esok harinya,balik je kerja trus bawak princess g klinik,
klinik aku klinik Fauziah lah mcm biasa,sbb mmg dr dlm perut princess cek situ,
doc Sajidah tu pon baik gila,dh kenal dh.hehehe.

nasib lah masa sampai sampai tu xde org sgt,
so terus masuk,oh skrg ni klinik Fauziah dh x de panggil panggil nama dah,
nama akan keluar kat TV,dan akan ada loceng je.hahaha.amboiii dah maju!

princess x takut sgt jumpa doc,sbb aku dh ckp kat dia,
princess,jap g kita g jumpa doktor taw,princess jgn nangis k.
mmg dia x nangis pun.doc cek telinga dia,
doc guna alat khas utk cek telinga budak.so xde masalah.
princess pon nasib lah diam je.selalu dia nangis.

doc kata telinga dia ada darah sket,dan skrg dh bengkak,
dan banyak taik telinga.hahahaha
doc bg antibiotik dan ubat titik dlm telinga,lepas tu doc bg ubat cair kan taik telinga,
aku tanya jugak. " doktor,cane nk korek telinga anak ye? saya takut nk korek "
lepas tu doktor geleng kepala je,doc kata " jangan korek telinga anak "
hahaha,hambek ko! actually telinga budak kecik mmg xleh korek,
sbb telinga budak,nanti sensor kat telinga akan rosak.
dekat telinga kita ada bulu bulu kecik utk mengesan bunyi,
meghantar getaran bunyik,bila kita selalu sgt korek,
bulu tu akan leper dan sbb tu lah kita awal awal lg dh pekak.hahaha.
tu secara penerangan kasar nya lah,secara saintific nya aku x reti,
ni yg aku tahu lah.hehehe.

so,doc ada bg lg 1 ubat,utk cairkan taik telinga,
and hari rabu ni kena dtg balik.doc nk cek lg telinga princess,
and so far xde pape lah.ok je telinga dia,dan masih lg dgr aku panggil panggil dia,
hahahaha.tapi mmg lepas ni aku fobia lah dgn Cotton Bud,
ada kes anak kwn aku,tercucuk jugak cotton bud,sampai berdarah darah taw telinga,
mmg kesian,tu mst lg sakit tu.

nt hari rabu nt aku update lg apa ceritanya eh.bai!

anak bertuah!

baju dari KULIT TEMBIKAI


hahahaha.comei kannnnnn!


LEMBU HEELS

26 April 2014

Keselamat kereta OBAMA

25 April 2014

Anak Dara Saya


silang kaki tu wajib!

Bahaya Cotton Bud

benda yg paling aku takut akhirnya terjadi,
telinga princess tercucuk dgn cotton bud,
Ya Allah,aku plak rasa nk nangis smlm.

princess mmg minat sgt dgn cotton bud,
sbb dia suka tgk nenek dia korek telinga,
lepas tu mula lah dia praktikkan sendiri,
selalu nya ok,dia x jd pape pon,
semalam nk dijadikan cerita,
sambil cotton bud melekat kt telinga,dia lari ke nenek dia,
sbb nk tgk nenek dia bukak video apa ntah,
lepas tu terhenggut sket cotton bud tu dlm telinga dia,
dia punya menangis sampai sedu sedu,aku tau mst sakit sgt tu,
kalau x dia xnangis mcm tu pun,
mula nya elok je,lepas kena tu,
dia nangis,Ya Allah,menitik nitik air mata,
kesian sgt aku tgk dia.

aku pulak x terfikir nk bawak g klinik pon,
sbb xde darah xde apa.tapi hubs aku suruh bawak g klinik gak,
hmm tgk lah.balik keje kang trus bawak.cek dulu lah pape pon kan.
risau gak aku pape jd.hmmm.

sape ada pengalaman mcm tu eh?
ok ke? ke bahaya?

23 April 2014

Manfaat pelukan untuk anak

Berapa kerap anak anda minta dipeluk? Ketika sedih, dia mahu dipeluk. Ketika hendak berpisah dengan anda, dia juga mahu dipeluk. Pelukan juga mampu untuk menghentikannya dari mengamuk. Dengan pelukan, anak boleh merasakan cinta anda. 

Anda sudah membuktikan kebaikan pelukan kepada bayi baru lahir. Ketika bayi menangis, tangisannya beransur reda apabila ibu atau bapa memeluk dan menepuk perlahan tubuhnya. Jadi, berapa kali anda memeluk anak hari ini?

Pelukan Ubat Mujarab

Mengurangkan depresi dan meningkatkan kekebalan tubuh. Pelukan juga boleh memberi tenaga baru pada tubuh yang kepenatan menjadi segar dan merasa muda. Pelukan yang dilakukan di rumah secara rutin akan memperkukuhkan kasih sayang.
Jumlah hemoglobin atau sel darah merah dalam darah akan meningkat ketika seseorang disentuh. Hemoglobin adalah darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh termasuk ke jantung dan otak. Peningkatan jumlah hemoglobin boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit.
Peluklah anak sebelum ke tempat kerja. Ini akan membuatkan ibu bapa fokus pada pekerjaan, berasa bahagia dan menjadi produktif.


Manfaat pelukan untuk anak:

•  Merangsang perkembangan sel otak
•  Mengurangkan stres.
•  Merangsang rasa mengantuk
•  Membangun konsep diri  yang positif.
•  Mengurangkan emosi negatif seperti kesepian, cemas dan kekecewaan.
•  Mengatasi rasa takut.
•  Peralihan tenaga.


Princess mmg jenis suka peluk org.dia mmg suka lah kena peluk,
kdg kdg bila ibuu majuk,dia yg peluk ibuu,bila ibuu ngamuk,dia yg dtg peluk kita,
hahahaha.mcm mana org tua suka kena peluk.mcm tu lah anak kita kan.
bahagianya kena peluk. ♥


NU Sental at KL Sentral


harini mulut ni teringin nk makan kepsi,biasalah kan,kan esok gaji.
so harini mula lah mulut ni berkira kira berfikir nak makan kat mana,
tapi idak le makan kat Tony Roma ke,Nandos ke,kami ni paling kuat,
Kepsi,McD,Popeye,hahahaha.nk g tempat lain mahal.
so xyah lah kot.hahaha.

aku baca entry kak Amanda Suria haritu,dia kata Nu Sentral ni dh bukak,
so aku pon mula lah dedik,sbb kat situ ada mcm mcm,ada Charles and Keith,
ada Sephora,ada Cotton On.so alang alang dh g makan,moh lah kita cuci mata,
window shopping ni best! haih!

lepas g makan,kenyang kenyang,baru lah best g jalan,makanya,
terus lah menuju ke Nu Sentral.kalau korg nk tau,Nu Sentral ni betul betul sebelah
KL sentral,dia mcm connection gittew.korg g Kl sentral,
akan ada 1 escalator menuju ke Nu sentral ni.
alaaa mmg boleh nampak lah.xyah nak sesat sesat sgt lah.
hahaha.kejam x ayat aku.

masuk masuk je pintu utama,korg akan di sajikan dengan Auntie Anne
and Big Apple,haih ni yg aku bencik ni,aku dh lah diet,bila g tempat tempat gini,
mulalah aku lemah,last last rembat donut 2 bijik.hahaha.



ni lah keadaan dlm Nu sentral,ada mcm mcm kedai,kami pusing je dr 1 floor ke 1 floor
saje nk jalan jalan dulu,bahagian kedai makan semua atas skali,
kedai kasut 1 level,kedai baju 1 level.hah gittew.hehehe.
mall ni mmg besar ye.besar gila.tapi x semua kedai bukak lg.
ada yg dlm renovation lg.nt kalo dh siap semua mst lg best.

bila pegi mall,mesti kena tgk toilet kan?
tolilet dia lawooo,bersihhh hokkay,hope kekal lah mcm tu,
jgn nt dh setahun dua,nan hado!


last skali terima lah posing maut dr tuan tanah kedaung.hahaha.
ok bai! korg jgn lupa dtg sini k.best!semua ada,xyah g midvalley dh.

http://www.nusentral.com/

ni direction utk korg.heee.


Mak MAH kini TUNANGAN orang

mak mah bertunang

Tahniah Mak Mah! bergelah tunangan org,
bulan depan kawen eh.hmm hope kekal lah ye,
jgn ada pergolakkan pulak lepas ni.Amin.

Steamboat and Grill 2 in 1 MURAH


korg suka ke pergi makan steamboat?
kalau suka,lepas ni x yah lah g makan kat luar,
makan kat rumah je,meh beli periuk dia sendiri ni,
hehehe.aku ada jual,murah murah je,korg takkan jumpa semurah ni!
serius ni,aku x tipu ni! hahaha.

menda alah ni mmg dpt sama mcm dlm gambar ni,
boleh grill,and boleh letak kuah tomyam ke,sup ke kat sebelah tu,
dia menggunakan Elektrik sepenuhnya ya! jgn risau,
cucuk je kat plug! hehehe.


IKLAN : Steamboat 2 in 1 ( Grill ) dapat periuk skali,
harga pasaran RM200 - RM250
HARGA MAK JEMAH : RM165
POSTAGE RM16, kalau nk COD lg bagus,
open order WITH payment sampai esok eh.
menggunakan ELEKTRIK.

(1) KOTAK
(2) MANUAL
(3) STEAMBOAT POT
(4) GRILL PAN
(5) TAPAK GRILL PAN
BERAT PRODUK: 5.5KG
SIZE KOTAK: 12″ X 36″ (KANGAROO)

ni segala details nya,harga aku hanya RM165 SAHAJA!
so mcm mana?
ok x? kalau nak,meh PM aku kat FB,hehehe.
PM kat Momsmadnessgarage aku k.mcm biasa lah.hehe
actually jumaat aku pergi amik brg,so kalau boleh,
korg buat payment esok eh.minggu depan aku pos.
ngeeee~



Bila rasa tak selesa

pernah x korg rasa x selesa?
like-- korg dh pakai baju tu,sbb baju tu dh gosok,
tapi pada hari tu,korg rasa baju tu x kena dgn korg,
selalu nya bila pakai ok ok je,tapi hari tu pulak spoil,
tu lah yg jd kat aku harini,harini aku kena pakai baju corporate,
tapi bila pakai,mcm xselesa pulak,tudung yg aku pakai pon rasa x selesa,
aku pon xtau lah kenapa,rasa mcm x kena je,
mata aku pulak dlm this week asek berair je,
bila x makeup,xde pulak berair,grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr,
aku rasa mcm errkkk-- kenapa mcm ni pulak,
saje xnk bg aku makeup ke.

pakai tudung pon sama,selalu aku pakai tudung rasa ok je,
tapi ni bila pakai,mcm xkena,silap silap ni jap g boleh buat aku sakit kepala ni,
adehhhh! xpelah,jap g nk g toilet balik,nk pakai tudung elok elok.

actually aku rasa mcm badan aku letih,mcm x cukup tido,
myb sbb aku diet ni,tapi aku mkn jugak benda manis,
hmmnk kata diet sgt tu,xde lah jugak.

masa cepat sgt berlalu lah.aku rasa tidur mlm tu sangat singkat,
aku rasa mcm xsempat nk tido lena,tgk tgk jam dh bunyik,
huaaaa,weekend pon,kalau tidur lama sket.kejap je dh kul 12pm,
korg rasa x? letih kan? hmmmmm.

ok lah bai! malas nk membebel lg.

22 April 2014

Isu SHAM KAMIKAZE hipokrit


mula aku mcm malas nk amik port hal ni.mmg malas nk masuk campur,
sbb hal agama,hal islam,hal manusia,hal sikap.
aku jd mcm " erk " kenapa ex-wife dia buat mcm tu,
bukan ke buka aib suami,mcm mana Sham nk hadapi masyarakat.
aku fikir tu,dan aku trus fikir sham ni teruk.
tapi--
lepas baca entry MANTOT baru aku terfikir,ada betulnya,
sape yg approve artikel ni.sape yg tulis.sape yg hmmmmmmmmmmmm
kejam nya,knp jd mcm ni,kesian kan.
kesian agama kita di perkotak katikkan.

dan aku x nafikan,ramai pengikut Sham Kamikaze ni,
kalau dia up status,ramai yg share,ramai yg like,
ramai yg berubah,tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,
hmm ntah lah.hanya Allah yg tahu,hanya Allah yg nampak,
sape lah kita,jaga lah diri sendiri,jgn bukak aib org,
please lah.


Lazy Phone : Gadget PALING OHSEM untuk phone anda



agak agak ok x SEO aku.kena x.agak agak ada org carik x.
hahaha.salah satu tips untuk banyakkan duet dlm akaun nuff,
SEO korg kena betul.hehehe.SEO tu apa?
cari gali sendiri yek.hahaha.abam google leh tolong.hehehe.

ok harini nk menjual lagi, dgn hashtag #sayapakaisayajual hahaha.
iaitu Lazy PHONE! menda alah ni aku craving selepas Monopod.
dan masih belum terbuka hati nk beli Lens 3in1 tu,
mmg nak,tapi xde ramai permintaan,so tu hold dulu lah.
beli ni dulu.

benda ni bg aku agak penting untuk aku.hahaha.sbb nk bergaya?
eh no no no! senang untuk aku dan anak.

aku kan travel hari hari ngan anak aku jauh,so di awal perjalanan myb ok,
tp bila dh stuck lama,dia mula bosan,bila bosan mulalah mengamuk,
aku pon upah lah tgk hi-5,tapi bila dia mls pegang,aku lah jd mangsa nk pgg fon,
korg leh bayangkan x mcm mana aku kena pegang fon sambil drive dlm jem,
huaaaa,mmg siksa,tapi demi anak,kena gak lah.sampai naik lenguh lenguh tgn aku.
adoiii~ 

dulu aku dh beli dh grip and go tu,tapi menda tu selalu jatuh jatuh,
xtahan lama,so fon aku pon dia x lekat sgt,pas tu gedebuk fon aku jatuh,
kesian hp tu,dh lah uzur dh.hehehe.

dan aku ternampak lah lazy phone ni kat IG,
so apa lagik! mcm besttt je,marilah kita mengoder 1!
hehehe.nk try lah konon,dlm masa yg sama,ajak jugak kwn kwn lain
beli sesama,hehehe.biasalah,aku kan suka menjemah!

td sampai dh brg aku,dgn x sabarnya,trus bukak bungkusan.hahaha.
best gilossss,dia punya batang tu mmg boleh di bengkok bengkok kan.
dia besi,so no worries,ko boleh buat bentuk mcm mana pon korg suka,
dan boleh klip di mana mana tempat yg sesuai.dan klip lah hp korg
kat klip atas tu,mudah! semua fon boleh masuk,kecuali tab,
kalau tab kena ada holder lain.

mcm aku,dekat MYVI,aku lekat kat tempat letak botol air tu,kt tepi seat,
mmg ngam ngam soi! bagus lah! aku suka! hehehe.
lepas ni xde masalah dh nk bg anak tgk hi-5 hehehe.

korg nak? boleh PM aku k kat MomsMadnessGarage aku.

HARGA : RM50 INCLUDE POSTAGE! murah gila kan! heee.
meh meh oder!

gambar dr salah seorang cust.hehehe

Tinggi korg mcm mana?



tinggi aku 160cm,
dah awesome dah! korg cane?
hehehehe

David Beckham and Daughter

Anak suka tidur menonggeng

Aku xtau lah sama ada tu satu masalah ke x.
Anak tido menonggeng.
Princess sejak 6 7 bulan haritu.
Dia suka tido menonggeng.
Kalau org dulu dulu kata.ada cacing.
Tapi kalau cacing.org kata xnk minum susu.
Xnk makan.tp princess ok je.mkn ok.
Susu pon ok.tapi mmg suka tido menonggeng kan.
Anak korg ada masalah ni x?
Korg risau x.hmmmm.aku xleh pk lah.

Kalo penat sgt.tido mst menganga.hahaha.

Pokok Yahudi : Gharqad Tree

td kat ofis ada cerita pasal ni,so aku pon trus google pasal ni,
banyak jugak blog dh up cerita pasal ni,cuma kita je x sedar lg.
hmmm,nk tau cerita tentang Pokok Yahudi,hmm baca ni eh :

=======================================================

africanboxthorn43vfsg1-crop

Di dalam Al-Quran dan hadis telah diceritakan bagaimana di akhir zaman iaitu sewaktu hari kiamat hampir tiba, umat Islam ditindas habis-habisan oleh Yahudi laknatullah. Tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan umat Islam walaupun pada ketika itu orang-orang Islam terlalu lemah untuk berperang.


Namun selepas sekian lama umat Islam ditindas, akhirnya umat Islam akan bangun dengan kekuatan yang ada dan diceritakan dalam peperangan tersebut, umat Islam dapat menewaskan dan membunuh kaum Yahudi.


Pada ketika itu, umat Islam akan menentang Yahudi laknatullah secara besar-besaran. Orang-orang Yahudi ini akan berselindung di sebalik pokok-pokok dan batuan kerana takut akan dibunuh oleh umat Islam. Dengan kuasa Allah سبحانه وتعالى, pokok-pokok dan batuan akan segera memberitahu umat Islam bahawa terdapat Yahudi laknatullah yang sedang menyorok di belakangnya, tetapi sejenis pokok yang bernama ‘Gharqad’ atau ‘Pokok Yahudi’ iaitu sejenis pokok yang berduri bertindak sebaliknya.


Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi:

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود, فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر, فيقول الحجر أو الشجر: يا مسلم, يا عبد الله, هذا يهودي خلفي, فتعال فاقتله .. إلا الغرقد, فإنه من شجر اليهود

“Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara ‘Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya.’ Kecuali Pokok Gharqad (diam tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.”
.
Jika dilihat daripada hadis di atas, kaum Yahudi akan berselindung di sebalik segala batuan dan pokok untuk menyelamatkan diri. Dengan izin Allah سبحانه وتعالى, pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang orang Yahudi yang berlindung di sebalik mereka, pokok Gharqad akan tetap berdiam diri dan bersekongkol dengan Yahudi serta tidak akan sama sekali memberitahu umat Islam jika orang-orang Yahudi bersembunyi di belakangnya.

Rupa Pokok Gharqad
 .
Ramai yang keliru tentang bagaimanakah rupanya pokok Gharqad ini. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok krismas, pokok rhu dan ada juga yang menyatakan bahawa ia adalah pokok kaktus dan sebagainya.
.
Pokok Gharqad yang bakal digunakan oleh puak Yahudi untuk bersembunyi nanti, bukanlah di bawah pokok saka yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 kaki (seperti gambar utama di atas) tetapi di dalam rimbunan anak-anak pokok di bawah 7 kaki yang penuh duri.

Foto yang dipapar berikut, diharap dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad.

pokok gharqad a

Pokok Gharqad dengan nama saintifiknya ‘Nitraria retusa’ dan sebahagian berpendapat ianya pokok ‘African Boxthorn’ dari keluarga ‘Solanaceae’ adalah sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Daunnya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja.

Sukan Olimpik
.
Ramai yang tidak menyedari bahawa pokok yang sering ditanam di acara-acara besar dunia seperti Sukan Olimpik itu adalah pokok Gharqad iaitu lambang kepada bangsa Yahudi.

pokok g

Replika pokok yang biasanya diletakkan di atas bukit dan kemudian ada ramai manusia keluar dari bawah pokok tersebut sebenarnya menunjukkan dengan jelas simbolik kelangsungan hidup Yahudi.

Tentera Israel
.
Pada ketika ini, tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menangkis serangan roket dari Semenanjung Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.

Pokok-pokok yang ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Semenanjung Gaza berfungsi untuk menghalang pandangan pejuang Palestin yang ada di Semenanjung Gaza. Dengan itu diharapkan serangan roket Mujahidin akan menjadi tidak tepat.

“Dengan cara ini rakyat ‘Israel’ yang tinggal di sekitar Gaza lebih dilindungi dan selain itu juga boleh menikmati pemandangan hijau,” ujar salah satu pejabat tentera Israel, Brigjen Elkabetz, seperti dilaporkan Israel National News

Tentera Israel sendiri berkata ketika ini orang Yahudi di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak berlaku gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah penjajah Yahudi menggempur wilayah Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November 2012 lalu.

Puak Zionis Yahudi sangat yakin akan dapat mengalahkan seluruh umat manusia, khususnya umat Islam dan menjadi pemimpin dunia, namun di sisi lain mereka juga berlumba-lumba menanam Tanah Palestin yang mereka duduki secara tidak sah dengan pokok Gharqad. Maka kenyataan ini menjelaskan sesungguhnya mereka memahami hakikat hari akhir zaman, di mana mereka akan dikejar oleh umat Islam dan hanya pokok Gharqadlah satu-satunya tempat yang bersedia untuk dijadikan tempat berlindung.

Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi , cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Walaupun Allah سبحانه وتعالى memberi tempat dan peluang kepada musuh paling utama umat Islam iaitu Yahudi laknatullah dengan wujudnya pokok Gharqad untuk mereka bersembunyi, tentu terdapat pengajaran betapa azabnya bersembunyi dalam tumbuhan berduri seperti mana kedahsyatan Pokok Zaqqum di neraka.

.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

======================================================


Wallahualam--
aku hanya membaca dan ingin mengambil tahu.
moga bermanfaat buat kita.

sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com/




Rebeccanuralislam berBOGEL dlm keadaan SOPAN

kalau korg nk tgk pic yg mana,korg g lah tgk kay IG dia,
aku malas lah nk letak kat BLOG aku ni,
buat tambah dosa aku pulak.hahaha.
tapi serius kelakar gila,aku xtau lah dia ni mangsa fesyen ke,
rumah xde cermin ke,mcm mana ke,tapi gila geli kot.
kalau korg tgk baju dia pakai tu kaler merah,hah tu lah dia,
tak berapa nk paham lah aku,knp udah nya berpakaian gitu,
lepas tu yg tak tahannya,bertudung pulak tu,
adoiiiii!

fesyen tudung nya pulak mesti nk keluarkan subang,
dh kenapa kau senah? subang tu mmg nk kena tunjuk ke?
hahahaha.mcm mcm peel retis ni kan,naik meluat pulak tgk,
tapi xleh gak,nk jugak tgk bila org bercerita,
hahaha.mmg dasarrrr kan!


geng gojes kata dia dh mcm teletubbies merah ni.hahahaha.
choiiiii mmg sesuaii!

hadoi,pepagi dh mengata org aku ni.hahaha.
bai nk breakfast jap!

21 April 2014

Mesyuarat Agung Puspanita

Korg masuk kelab puspanita x?
Aku ni sejak keje gomen ni lah masuk.
Now ada mesyuarat agung.
Pestime aku pegi.rasa kelakar lak.
Mcm mcm ada.hehehe.
Kami gelak gelak je duk belakang ni.
Xpelah.amik pengalaman dtg sini.

Apa lah door gift tahun ni agaknya.

18 April 2014

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM


hah! Akhirnya! kak Diana punya GA!
jom joinnn,hadiah banyak gila hokkay!

Anies-
blog-anies and You
beg sekolah Ana Muslim x 1 pemenang
buku keluaran Ana Muslim x 2 pemenang

(sekiranya  hadiah tiada dalam stok, penaja berhak menukar
hadiah yg sama nilai dengan yg ditawarkan.)

izwa-
blog-Nurulizwa

1 helai tudung Adijuma x 2 pemenang

1 helai shawl x 2 pemenang

1 helai glitter shawl x 1pemenang


Ujie- 
facebook -almari baju aisyah
blog-almari baju Aisyah

x 1 pemenang


Azlan -
blog-stridebuzz
wang Tunaai rm30 x 1 pemenang



Ekin-
blog-Queen of colour
Kufi - 1000 dinar size A3 x 1 pemenang


sara-
blog-petak bunga berblog
top up Rm10 x 3 pemenang


nurul ain-
facebook-cahaya ain
Blog-Nur cahaya
- novel x 1pemenang



Nor Baizura-
Facebook-Nor Baizurah
Instagram (jika ada)-Zubaizura
Product penjagaan wanita x 1  pemenang


Blog-Ini blog kami aje
Sehelai Shawl - Plain or Bercorak (depends) x 1 pemenang
Sehelai Inner Magic x 1 pemenang


Iza ismail
Blog-msredcheesecake
Novel x 1 pemenang


Uni-
Blog-My story my life
- Rm50 x 1 pemenang


Mirza Syazwina
blog-mirza syazwina
2 Domo felt craft x 3 pemenang

aku x attct gambar,sbb mls nk copy.korg nk JOIN,
klik gambar kt atas.heee.gud luck for me! heee

Cara Daftar HAJI

korg dh DAFTAR HAJI? haji ke Mekah?
aku ni sikit punya pandai,aku ingat kan,kalau once kita dh bukak
akaun kat Tabung Haji, kita dh daftar,rupanya tidak.
kita kena g kaunter,kena bgtau kita nk daftar,
lepas tu baru kita akan dpt num giliran kita,hikhik.
apelah aku ni! td baru aku baca kat FB,
ni penerangan dia :

Daftar Haji.

Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang. Kerana apabila wang RM1300ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji. Dan jjkalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama. Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun.

Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP. Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300. Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.

Hj Mohd Lutfi TH

so skrg ni dh paham dh?
hehehe.so nanti aku nk ajak laki aku,g Tabung Haji,
nk Daftar trus,jom kwn kwn,nt lambat pulak num giliran kita.
heeee ♥

BUKAN Karam Singh Walia lah yg MATI!


ini mmg lawak,aku kesian kat dia,
xpasal jeee.hahahaha

17 April 2014

Ibu Terkejut Melihat Anak Berusia 4 Takut Buat Perkara Tak Senonoh Depan Mata


Umur bаru mеncecаh еmраt dаn lіma tahun, tеtаpi duа kаnаk-kаnak perеmpuаn bеrѕаudаrа ѕudah рandаі mеlаkukаn аksi luсаh sеѕаma mеrеkа sеbelum реrbuаtаn tidаk ѕenоnoh itu disedаrі іbu ѕeоrаng darіpаdа budak tеrbabіt. Mеnurut sumbеr pоlіs, keјadіаn memalukаn іtu bеrlаku Ahаd lalu di sеbuаh раngѕaрuri dі Amрang dі ѕіnі, aраbila kеduа-duа kanak-kanаk yang lаyаk dіgеlar budаk tаbikа іtu ditinggalkаn dі bаwаh јagaаn nеnеk mеrеkа. 

Pada kіra-kirа jam 5 рetang, ibu ѕeorаng dаrірada kanаk-kаnak tеrbаbіt уang bаru рulang dаrі paѕar raуа dіbеritаhu adik рerеmрuannуа аnаknya ѕudаh рandаі mеlаkukаn аkѕi dan реrbuаtan lucah bеrѕаma ѕерuрunуа."Wаnіtа itu tеrkејut dengаn kаtа-kаtа adіknya dаn рada mаѕа sаma, dіа ѕеndіrі tеrdengаr bunyі mеngghaіrahkаn dari dаlam bіlіk ѕеbеlum bеrgegаs mеmbukа ріntu," kаtаnуа.

Menurut ѕumber itu, ѕejurus membuka рintu, іbu kanаk-kanak tеrbabit terреrаnјat apabіla mеndaрatі anaknуа уang baru bеrusіа lіmа tаhun ѕеdаng tіdur ѕambіl berреlukаn dan bеrcіum dеngаn ѕеpuрunyа уаng berusіa emраt tаhun dаlam keаdааn mengghаіrаhkan. "Mеlihаt akѕі mеnjіјіkkаn dua kаnаk-kanаk tеrbаbіt, іbunyа mеmarаhі dаn bertanуakаn аnaknya sіapа mеngaјаr kеlakuаn tidak bеrmоrаl іtu.

Anаknya membеrіtаhu ѕеmua pеrlаkuаn іtu dірelајarіnyа darірada ѕеorang kаnak-kanаk lеlakі beruѕіа laраn tаhun yang јuga anak jiran mеreka," kаtanуа. Sumbеr іtu berkаtа, аnаk wanitа terbаbit turut membеritаhu kanаk-kanak lеlаkі bеrkenaan реrnаh mеmеluk dаn mеmasukkаn jari kе dalаm kemaluannуa."Mendеngаr јаwaрan itu, іbunya yang beruѕiа lingkungаn 20-аn tеruѕ kе rumаh јiran mеrеka dаn bertаnyakаn kepada kаnak-kаnаk lеlаkі tеrbabіt ѕаma adа benar atau tіdak dіа mеngaјar аnаknуа melаkukаn рerbuаtan tіdаk bеrmoral itu. "Bаgаimanаpun, kаnаk-kаnаk lеlаki bеrkеnааn tidаk mengаku.

Wаnіta bеrkеnаan kеmudian mеmbuаt laроrаn рoliѕ keranа tidаk рuаs hаtі dengan kеjаdіаn іtu," kаtаnуа.Difаhаmkan, kanаk-kаnаk рerеmрuаn іtu kеrар bеrkunjung kе rumah јіrаnnуа untuk bermaіn dеngan adіk kanаk-kanak lelaki berkenааn. Sеmеntаrа іtu, Kеtuа Pоlis Daerаh Amраng Jaya, Asiѕten Komisiоner Abd Jаlil Hаsѕаn kеtika dіhubungi mеngeѕаhkan mеnеrіmа lароran ibu kanak-kanаk pеrеmрuаn terbаbit. "Polis ѕudah mengаmbil kеterаngаn darіpadа kаnаk-kаnak pеrеmpuan bеrkenaаn dаn merekа sudаh dіhаntar kе hоѕріtal untuk mеnjаlаnі реmerіksаan.

Setаkаt іnі, роlіs maѕіh menjаlаnkаn ѕiаѕаtan lаnjut berhubung kејadiаn itu dаn kеѕ dіsіasаt mengikut Sеkѕуеn 354 Kаnun Kesеksаan," katаnyа. Mеnurutnуа, kеs іtu sеwаjаrnуа menjadi іktibаr dаn реngаjаran kераdа іbu bарa suрауа menіngkatkаn pemаntauаn terhаdaр anаk termaѕuk уаng dі pеringkаt uѕia prа persеkоlаhan kеranа merеka аmаt mudah tеrdеdаh dengan pеlbаgаі gejаla nеgаtіf уang bаnуаk bеrlaku dі ѕеkelіlіng mеrеka 

-----------------------------------------------------------------------------------------

aku x mampu nk ckp apa apa.yg aku mampu,DOAKAN anak anak kita,
tolong lah jauh kan anak kami dr benda denda sebegini Ya Allah,
rasa nk nangis!

Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya





KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh serta pembantunya, C Selvam meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Gua Tempurung, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com