18 April 2014

Cara Daftar HAJI

korg dh DAFTAR HAJI? haji ke Mekah?
aku ni sikit punya pandai,aku ingat kan,kalau once kita dh bukak
akaun kat Tabung Haji, kita dh daftar,rupanya tidak.
kita kena g kaunter,kena bgtau kita nk daftar,
lepas tu baru kita akan dpt num giliran kita,hikhik.
apelah aku ni! td baru aku baca kat FB,
ni penerangan dia :

Daftar Haji.

Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang. Kerana apabila wang RM1300ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji. Dan jjkalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama. Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun.

Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP. Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300. Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.

Hj Mohd Lutfi TH

so skrg ni dh paham dh?
hehehe.so nanti aku nk ajak laki aku,g Tabung Haji,
nk Daftar trus,jom kwn kwn,nt lambat pulak num giliran kita.
heeee ♥

11 comments:

DYatie said...

Aku pun x dftar lagi ra. Hari tu pegi x bawa statement kwsp. Huhu.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. sheila baru check KSWP semalam. dah niat nak daftar haji dalam masa terdekat sekali dengan suami. taktahulah dapat giliran tahun bila. heeee nice sharing rara ~~~

- AZIE - said...

daftar dh..lambat kot..tahun 2064 kalo ikut dlm waiting list :)

ZazaMyMoon said...

ko baru tau?? aku pon baru tau hahaha..
thx ra share info ni ;-)

ANIM said...

daftar online saja pun boleh cik rara. kak dah buat untuk 2 abdul kak .

ily♥ said...

Kalau nk register through atm maybank or maybank2u pun boleh..

ily♥ said...

Kalau nk register kt atm maybank or maybank2u pon boleh..

dalila said...

xdaftar lg..daftar online pun bole skang kan?

BaTiK_PiNk said...

Jangan daftar lambat-lambat Safura...akak daftar tahun 2012, dapat tahun giliran 2046, bermaksud umur 66 nanti baru dapat giliran naik haji (itu pun kalau ada umur panjang sampai angka tu!). Kalau daftar sekarang, rasanya akan dapat tahun giliran 2059 ke atas. Sekarang umur 30/31 pun dah tak sabar nak naik haji....

tifaanvar said...

rm1300 bukannya bnyk pn. Spend smpai rm2000 utk smartpon blh je xkkan utk haji xleh deposit 13000 kan.

Amanda Suria said...

Ramai tul yang suka onde2 ni kan rara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...