Berapa kerap anak anda minta dipeluk? Ketika sedih, dia mahu
dipeluk. Ketika hendak berpisah dengan anda, dia juga mahu dipeluk. Pelukan
juga mampu untuk menghentikannya dari mengamuk. Dengan pelukan, anak boleh
merasakan cinta anda.
Anda sudah membuktikan kebaikan pelukan kepada bayi baru
lahir. Ketika bayi menangis, tangisannya beransur reda apabila ibu atau bapa
memeluk dan menepuk perlahan tubuhnya. Jadi, berapa kali anda memeluk anak hari
ini?
Pelukan Ubat Mujarab
Mengurangkan depresi dan meningkatkan kekebalan tubuh.
Pelukan juga boleh memberi tenaga baru pada tubuh yang kepenatan menjadi segar
dan merasa muda. Pelukan yang dilakukan di rumah secara rutin akan
memperkukuhkan kasih sayang.
Jumlah hemoglobin atau sel darah merah dalam darah akan
meningkat ketika seseorang disentuh. Hemoglobin adalah darah yang mengangkut
oksigen ke seluruh tubuh termasuk ke jantung dan otak. Peningkatan jumlah
hemoglobin boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit.
Peluklah anak sebelum ke tempat kerja. Ini akan membuatkan
ibu bapa fokus pada pekerjaan, berasa bahagia dan menjadi produktif.
Manfaat pelukan untuk anak:
• Merangsang perkembangan sel otak
• Mengurangkan stres.
• Merangsang rasa mengantuk
• Membangun konsep diri yang positif.
• Mengurangkan emosi negatif seperti kesepian, cemas dan kekecewaan.
• Mengatasi rasa takut.
• Peralihan tenaga.

Princess mmg jenis suka peluk org.dia mmg suka lah kena peluk,
kdg kdg bila ibuu majuk,dia yg peluk ibuu,bila ibuu ngamuk,dia yg dtg peluk kita,
hahahaha.mcm mana org tua suka kena peluk.mcm tu lah anak kita kan.
bahagianya kena peluk. ♥

part bile kite marah dia..dia datang peluk kite ..tu yg rasa xjadi nak marah...itu lah yg magik nye pelukan..bila gado ngn suami...bile peluk suami...terus suami jd lembut hati...itu jugak magiknye pelukan..hehehe...
ReplyDeletegreat tips
ReplyDeletesuka je peluk anak-anak... even dia xnak pun tetap nak peluk gak... hehe
ReplyDeleteTerus rasa sejuk je hati kan.. emir pn mcm tue jugak rara.. =D
ReplyDeletekalau mikhail dari pagi membawak ke pagi pun tak pe peluk dia..tak yah mandi tak yah makan pun tak pe..hahah
ReplyDeletekita peluk anak pun dah terasa.. lagikan yang kena peluk.. apapun, nice sahring dear
ReplyDeletekita peluk anak pun dah terasa.. lagikan yang kena peluk.. apapun, nice sahring dear
ReplyDeletesaif tu malam2 tido nak berpeluk je sepanjang masa. abes tu bila masa aku nak peluk laki aku plak? kesian laki aku kurang kasih sayang. bahahaha..
ReplyDeletepeluk ank tenangje rasa...
ReplyDeleteAs-salam rara..
ReplyDeletemmg bahagia bila dipeluk.. comelnya gambar tu.. jelas tergambar kebahagiaannya..
macam kite la suka laki peluk..eh tak same eh? huhu..
ReplyDeletepeluk juga tnda kash syg =)
ReplyDeleteanak2 dara aida da besar pun masih aida peluk cium time diorang nak gi skola.
ReplyDeleteijat yg kecik tu lagi la 24 jam rasa nak peluk dia hi hi hi...
ank llki dua org tu dh x peluk lagi sbb segan. Tp ank dara sll saya peluk
ReplyDelete