
Tak apalah kalau dia tidak kisah orang tahu solatnya compang
camping pada usia sudah 55 tahun, namun ayat seterusnya dari mulut pengarah dan
produser filem ini agak kontroversi kerana membabitkan hukum agama.
Raja Azmi dirakam berkata, “Kak Mi akan pakai (tudung)
bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa
tu Kak Mi rasa tu tak penting.
“Kalau betul (tak pakai tudung) satu dosa yang amat besar
sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka Kak
Mi tak boleh terimalah semua tu.”
Tambah Raja Azmi, yang penting baginya adalah amal ibadat
dalam solat yang perlu dibetulkan dahulu.
Ditegur wartawan apa yang dikatakannya itu boleh dianggap
lantang Raja Azmi menjawab, “Kak Mi bercakap sebab dah fikir sebab tu lantang
bercakap. Kalau tak fikir Kak Mi akan cakap benda yang bodoh.”
Sebenarnya jika sudah tahu kita bersalah tidak mengikut
hukum agama atas apa alasan sekalipun, sebaik-baiknya tidak perlu menegakkan
benang yang basah.
Apa pun marilah kita sama-sama berdoa semoga Raja Azmi dan
kita semua sentiasa diberikan hidayah olehNya.
==========================================================
aku xtau lah kalau korg x terkejut baca statement Raja Azmi ni,
tapi aku,terkejut beruk kot.biar betul dia ni!
sejahil jahil aku dulu.aku xde lah ckp gini.
sbb masa sekolah dulu.Ustaz dan Ustazah dah pesan.
dah bgtau.Ya Allah.moga terbuka lah hatinya,
pegi lah kelas agama.hmmmmm~

serius ngeri dapat tau pasal ni..beraninya dia mempertikaikan hukum agama..pelik dia takleh terima dosa masuk neraka tu..mcm hukum Allah tu undang2 negara pulak..huhuhuhu
ReplyDeleteBERANI MATI STATEMENT
ReplyDeletealahai....speechless!tak tahu nak ckp apa org cenggini...huhu
ReplyDeleteApa nak jadi la..dah tua..baik dia pergi belajar agama..kan??bercakap benda yang kita tak tahu akan menampakkan kelemahan kita..ni kes nak tunjuk pandai la ni,tapi ...erm..entah la..kesian sangt dekat dia.sebab tu la didikan agama sejak kecik tu penting.mak ayah kena main kan peranan dari rumah lagi.bab sembahyang,mengaji,tutup aurat ni rasanya benda permulaan yang kita kena ajar pada anak.kalau tidak gini la jadi nya.
ReplyDeleteaiyarkkk..
ReplyDeleteSinggah petang...
ReplyDeleteWOW!sampai cmtu yea kenyataan yg di keluarkan..Hmm...xpela..kite doakan semoga di buka pintu hati nya...Aminnnn:)
takpelah.... kita sama - sama doakan semoga dia diberi hidayah... tak payah hentam ke ape... sebab takut2 kita lagi berdosa dari dia... kekadang Allah sengaja uji kita ngan kisah2 dan pendapat2 orang macam ni... ^_^
ReplyDeletehurmm..camni punye org pun ade ekk?? kasi bakor skit rambut dia tuh..biar dia tau seksaan neraka tu cemana klau tak bertudung..huh!!
ReplyDeleteAkk pun terkejut beruk jgk..
ReplyDeleteInila bila dah terlalu jahil tp berckp ikut suks..huhu..
Semoga Allah bukaksn pintu hati dia..
Dan terangkan juga hati dia..amin
Dia pergi kelas agama tapi tak tau ilmu tu meresap ke tak...:)
ReplyDeletedia ni cakap ikut sedap mulut jer ni...
ReplyDeletealamak...no komen rara..
ReplyDeleteNmpaknya dia x tau aurat wanita tu mcm mana. Sian dia.
ReplyDeleteaku pn x pakai tudung.. tp x lah berani mati ckp mcm dia tu.. giler kentang!
ReplyDeleteTak apalah...kite sama2 mendoakan dia mendapat hidayah dari Allah. mana tahu lepas ni dia lagi baik dari kite kan... =)
ReplyDeleteDIa buat statment ni kat mana eh Rara?? Lama x tengok berita hiburan ni. HUHUHU