Respon Erra Fazira isu Engku Emran mahu rujuk semula -
Beberapa hari lepas, Engku Emran menerusi laman Instagram miliknya telah
memuatnaik satu status panjang lebar yang menyatakan hasratnya ingin merujuk
semula Erra Semula selepas genap sebulan bercerai.
Di sebalik status itu, Engku Emran turut mencipta hastag
#prayformomandayah yang diabadikan pada baju-T anaknya, Engku Aleesya.
Bagaimanapun, hasrat Engku mungkin hanya kenangan apabila Erra memberitahu
sudah tawar hati dengan bekas suaminya.
Sehubungan dengan itu, aktres berusia 40 tahun itu meminta
orang ramai dan Engku untuk menghormati privasinya. Kata Erra, tiada ibubapa
yang tidak mahu membahagiakan anak
"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang
tidak mahu membahagiakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap
dikendong. Jangan desak saya."
Jelas pelakon itu, meskipun lebih dua juta pembaca mendoakan
agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di
antaranya dengan Emran.
"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik."


selamat pagi
ReplyDeletesinggah isnin :)
Aku bru je lepas bc ttg engku nk rujuk. Haha. Gila ketinggalan aku. =p
ReplyDeleteTapi tu la Ra. Kita tak tahu apa sebenarnya yang dah Erra lalui kan. Mesti ada sebab. Kan? Wallahhualam.
Yer la kan bagus kalau depa dua dapat rujuk balik.. tapi itu la mungkin erra ada sebab sendiri kot..tak pe la kita doakan yg terbaik utk mereka.. =D
ReplyDeletenak buat camne kan...erra keras hati mungkin ada sebab hanya dier dan ALLAH SWT yang tahu kan..kiter doakan moga dier dapat laksanakan tanggungjawabnya sebagai seoarng ibu, walaupun dah berpisah...
ReplyDeleteMungkin Erra trauma Rara, kita tak tahu apa yang dia alami.
ReplyDeleteAs Erra said, hanya Tuhan je lah yang tahu apa yang Erra tanggung selama ni.
-Dakpink-
klu ibu lain kompom dah lama berebut ngan ex laki nk amika nak ... huhu
ReplyDeleteAlahaiii...sedihlah pulak Erra x sudi ;(
ReplyDeletehurmm..ade sebab kot nape erra xleh nak terima blk..kita doakan je la yg terbaik ;)
ReplyDeleteSinggah pagi..
ReplyDeleteItu lah harapan semua anak klu ibu ayah berceraikan..semoga segalanya menjadi lebih baik..:)
Sebagaimana kata Erra hanya dia dah Allah yg tahu.
ReplyDeleteKesian anak dia.
Bila kita tgk anak dia...rasa nak mengalir air mata...ya Allah...
ReplyDeletebagus laa kalau bekas suami nak rujuk balik..
ReplyDeleteapapaun hanya empunya diri yg merasa perit jerihnya.. apa kisah sebalik perceraian kita tak tahu..