20 May 2014

Anak Pramugara MH370 Selamat Dilahirkan


"19 May 2014 Sayang, Ampunkan lah segala dosa2 mami to you... Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemafaan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita.. Ampunkan lah mami B... Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini.. Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus mencurahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata2 you yang diamanahkan oleh Allah ini menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia & di akhirat.... Salam sayang & rindu to you B... I realy realy miss you ... #prayforrainmh370 #prayformh370"

Itulah yang ditulis dan dimuat naik oleh Intan Maizura Othaman di akaun Instagram miliknya sebelum melahirkan anak keduanya, di Hospital Putrajaya. Intan merupakan isteri kepada Mohd Hazrin atau lebih dikenali sebagai Rain, salah seorang anak kapal MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Intan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam dan bayi tersebut diberi nama Muhammad bin Mohd Hazrin. Pasangan itu juga sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Iman. Usaha mencari pesawat yang menerbangkan 239 penumpang itu kini telah memasuki fasa baru SAR di dasar laut.

---------------------------------------------------------------------------------

Tabahnya hati wanita ini.aku salute. " sedih "

10 comments:

Zura Lee said...

aduhai... sedih sgt.... tabahnya dia kan bersalin sorang2.... :(

yana yani said...

dia memang tabah, ustazah muhaya
pernah baca satu luahan rasa dia
ustazah muhaya kata cara dia bercakap menandakan yang dia seorang yang beriman

mia izzati said...

tabah hati ibu baby ni..kalau sy pon mesti sedih..moga kuat la ye..

ZazaMyMoon said...

isteri mana lah yg x sedih..
aku masih menantikan keajaiban.. mintak2 lah Allah tunjukkan cepat..

fazitaismail said...

Sedihnyaa..semoga beliau tabah DLM membesarkan anak2..

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Sedihnya... semoga beliau tabah hadapi ujian Allah ini.. :(

dalila said...

huwaaaa...sedihnye bace status die...semoga dia trs tabah..

CikNaa said...

nangesss!!

Allene said...

bertakung air mata aku baca ni ra.. T___T

Mila Ahmad said...

Sebaknya kak :'( tak tau nak ckp camne.Semoga ibu kepada dua anak ini kuat dan tabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...