07 May 2014

apakah hukum dry cleaning?

sebenarnya ketika aku menulis ni jam dah menunjukkan pukul 4 pagi dan aku akan bekerja dalam tempoh beberapa jam saja lagi

tapi aku rasa kalau aku tak tulis pasal benda ni, aku takkan tidur dengan tenang, so dalam mengantuk pun aku gagahkan juga

malam tadi seorang sahabat yang juga pengusaha kedai dobi telah melontarkan satu statement yang cukup meresahkan

katanya, tahu tak kau tentang hukum memakai baju yang telah menjalani cucian kering atau kita selalu panggil dry cleaning

sebelum pergi jauh, baik aku cerita apa itu dry cleaning

ia adalah proses mencuci pakaian tanpa menggunakan air
tetapi bukan bererti teknik mencuci ini benar-benar kering atau tidak basah
istilah dry clean ini hanya diciptakan kerana ia tidak menggunakan air dalam 
proses pembersihannya tetapi menggunakan bahan cairan solvent 
(yg bahannya itu diperbuat dari minyak mentah)

orang akan hantar pakaian mereka untuk dry cleaning jika ia dibuat dari wool, rayon atau sutera
ini kerana fabrik jenis itu akan berubah warna dan “mengkerut” bila kita mencucinya dengan air dan sabun
berbalik pada cerita member aku ni, katanya silap haribulan dry cleaning ni TAK SUCI!

aku tak ‘melantun’ tak tentu pasal pasal statement dia ni kerana aku tahu dia layak bercakap tentang perkara berkenaan, sebab dia memang buat bisnes ini
baik dengar elok-elok apa yang dia kata kat aku;

” Syahril, kebanyakan kedai cucian kering atau dry cleaning di negara ini masih menggunakan bahan yang dipanggil solvent perchloroethylene (Perc).

” Perc tersebut biasanya digunakan berkali-kali bagi mencuci baju dengan dikitar semula. Hanya setelah Perc didapati kotor, proses penyulingan atau distillation digunakan bagi membuang kotoran.

” Perc yang dikitar semula itu akan menyebabkan ia berubah menjadi mutanajis atau sekurang-kurangnya mustaqmal, sedangkan dalam Islam untuk mencuci kita hanya dibenarkan menggunakan air mutlak

” Tanpa air mutlak setiap pakaian yang dicuci tidak akan suci sekalipun bersih pada pandangan mata kasar,” tegasnya

alamak! statement Nazir atau aku panggil Aceh dari BigFoot Laundry ni betul-betul buat aku tergamam
memang betul, Islam bukan saja lihat pada kebersihan, tetapi juga KESUCIAN
pastu aku tanya balik, entah-entah Perc tu mereka buang dan ganti setiap kali selepas digunakan
tetapi menurut Aceh, ia tidak mungkin berlaku kerana kos Perc itu sangat mahal, boleh bangkrap taukeh dobi kalau buat macam tu, lagipun taukeh dobi terutama yang bukan Islam dia peduli apa, bagi dia yang penting pakaian itu bersih, manalah dia faham tentang konsep suci itu betul juga cakap Aceh
abis aku tanya balik kat Aceh, apa pilihan yang kita ada kalau dry cleaning tu TAK SUCI?

dia bagi satu kaedah iaitu memilih perkhidmatan wet cleaning atau Aqua wash
sekarang ni dah banyak kedai dobi yang ada perkhidmatan ini
aqua wash tidak menggunakan sebarang bahan kimia terlarang dan 
tidak mengandungi minyak haiwan bahan yang digunakan 
adalah berasakan biodegradable soaps and conditioners

pakaian yang dicuci melalui sistem aqua wash akan melalui prosess pre-spotting dan kemudiannya dibasuh menggunakan air serta aqua wash chemcial menggunakan mesin yang telah diprogramkan
yang penting, setiap cucian yang dilakukan adalah menggunakan air serta chemical yang tidak dikitar semula, 

tidak seperti kaedah dry cleaning yang aku sebut tadi aku terpaksa kongsi maklumat ini kerana dah diberitahu, aku rasa berdosalak kalau simpan, kebetulan orang kita memang kerap hantar baju untuk dry cleaning

so aku alu-alukan kalau korang ada pendapat atau tahu hukum dry cleaning ni, kalau ada fatwa mengenainya lagi bagus!

mesin dry clean


kredit : SUMBER

p/s : aku ada baru sehelai baju yg basuh dry cleaning.ahcaner tu?





14 comments:

fazianbatrisyia said...

tq kongsi maklumat.
sy dah lama tak pakai baju yg susah maintainence...
so mmg dah kurang sgt dry cleaning

Chekgu Azrine said...

Uits..bju ahkak byk yg hnto dry cleaning..alahai..lps ni no more dah..nk cr tmpt yg mcm sis bgthu tu..huhu..haru haih

Daddy Ziyyad said...

Persoalan yg bagus, membuka minda...Saya tak pernah terfikir pun...Tapi mmg tak pernah umur ada hantar baju utk dry cleaning..hihihih

msredcheesecake said...

thanks share...tak terfikir pasal dry clean

Nurul Huda said...

Salam.. No awk 37 eh ? Giveaway dianarashid? Saya ad check td.. No 37 ad.. Awk mang.. Cube awk check btol2.. Btw tahniah..

Nurul Huda said...

Salam.. No awk 37 eh ? Giveaway dianarashid? Saya ad check td.. No 37 ad.. Awk mang.. Cube awk check btol2.. Btw tahniah..

eima said...

Ade jg terbaca psl ni dulu....tp aku x penah dry cleaning lg pastu aku kedekut hahaha

Mama Twin said...

Tq..info yg sgt penting ni..selamat saya x pernah hantar dobi baju2 saya..

ieza ashaari said...

kedai dobi shuib sepah guna aqua. nasib baik aku punya baju sume cuci guna air.

SarahSyafiq said...

info baru pg hari.tq rara.

::EIDA:: said...

kaw dah kenapa kul 4am menulis blog? HAHA amagaddddddd! ida pernah dry clean baju. baju kahwin duluuuuuu.. baju kurung sendiri tak pernah lagii.... hihihi.... sokmo basuh sendiri, rajin tak rajin takk kekekeke

Mama Safiy Arfan said...

tq atas info.mjr sy xpnh guna pon dry cleaning hehe

FiZ said...

tak pernah terfikir pun selama ni.mak saya selalu jugak hntr dry cleaning,kena bgtau ni.

tifaanvar said...

mmng prnh trbaca tntng isu ni dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...