29 May 2014

Klinik Wangsa : Dr.Nadir Khan pakar Sedut Kahak Kanak Kanak

SITUASI : Princess batuk yang agak teruk, selama 3 minggu, batuk tgh malam paling teruk,
sampai membawak ke muntah,dan tak lalu makan,badan dah kurus sgt,
bila batuk teruk sampai membawak ke demam.tragik kan?

Jalan Penyelesaian : bawak g klinik,sampai 2 3 kali,bawak g NEB, 2 3 kali,tapi x jd hape.
makan ubat dh sebotol habis, bg madu, madu + lemon, jaga makan, pun x jd apa.
last skali tawakal, bawak jugak g sedut kahak.

mulanya aku rasa mcm x perlu pergi sedut kahak sbb mm x nampak kahak,
hahaha.boleh x gitu? dan dia x selsema.tapi aku silap,walaupun dia x selsema,
tapi bila dia batuk tgh malam tu,sebenarnya mmg ada kahak di paru paru.
dan yg paling worst bila kahak tu menjadi semakin pekat.

dan sebelum kahak menjadi pekat dan princess dapat penyakit LELAH, ( KLIK BACA )
better kami pergi sedut kahak,dan thanks buat kwn kwn yg suggest suruh pergi buat sedut kahak tu.
sgt sgt terima kasih.

kalau ckp pasal sedut kahak.of course org akan cr Dr Nadir kan?
so meh aku pulak cerita kan pasal Dr Nadir ni dan Klinik Wangsa.heee.



seawal jam 7.30pagi kami dh gerak dr rumah.
satunya sbb nk dpt nombor awal.cepat pergi dan cepat balik.
dorg kata klinik Wangsa ni mmg selalu penuh.dan lagik 1 hal sbb kami xtau klinik kat mana,
so dr sesat,baik keluar awal.senang,pape jd kang xde lah kalut sgt kan.

xsusah pun cr klinik ni.sampai je Wangsa Maju, terus cr seksyen 1,
dan jumpa Bangunan Kausar,masuk belah belakang dia,
jalan masuk dalam sket,nanti korg akan jumpa Klinik Wangsa.

sampai sampai je,dah ada org tunggu wei! masa tu aku tgk jam baru kul 7.50am,
hebat kan,aku tgk sorg ibuu dan dukung anak dia tunggu depan klinik,
lepas tu ada sorg bapak jugak yg menunngu,lepas tu baru suami aku,
kalau tidak suami aku num 2,tapi sbb cr parking,dapat lah num 3,
hahaha,tapi xpelah.masih awal lg.

tak lama lepas tu,nak dekat kul 8am, PENUH,beratur org,
dah mcm main dam ular.hahaha.mak mak ada,pak pak ada,
dan klinik pulak bukak kul 8.30, nak dekat kul 9am,
ko bayangkan mcm mana menunggu dia.sian laki aku,
naik kebas kebas kaki.hehehe.tapi demi anak,ku turutkannn.hehehe.
laki aku lagik lah jenis xleh tgk anak sakit.so mmg sanggup berdiri lama pun.

masuk je klinik, jgn lah mengharapkan ko masuk dlm Klinik Fauziah ye.
klinik ni mcm klinik old school je.brg semua lama lama,kerusi lama,
botol ubat pun pesen yg dolu dolu tu.hehehe,tapi itu semua x kisah lah,
asalkan anak aku sihat.

walaupun doc Nadir ni ramai pembantu,tapi dia akan panggil patient dia sendiri.
dan semua benda dia buat sendiri,pasang nab,sedut kahak,buang kahak,
sampai repair mesin neb pon sendiri.hahaha.mmg kelakar.

sampai lah giliran kami no 3, dia panggil, Puteri Imann Sophea,
aku dh mula cuak,mcm mana lah keadaan anak aku nanti.
sakit ke,nangis ke,darah ke.mcm mcm aku fikir,tapi lepas borak borak dgn doc,
hilang sket rasa takut tu.

mcm aku tanya di blog blog lain,dia akan tanya history kita,
bersalin Normal ke Czer, kenapa czer?
anak pernah masuk spital ke.bape kali.kenapa masuk spital.
dan mcm mcm, dan dia kata, masuk hospital tu semua sbb kahak.
dr kahak lah terjadi penyakit penyakit lain.
bila kita ada kahak,dan kahak ni x dikeluarkan,dia akan jd tempat
pembiakan bakteria,bila bakteria merebak,mula lah mcm mcm penyakit dtg,
sebelum bakteria atau virus dtg menyerang,better kita buang dulu kahak.

bila aku tanya, " doktor, mcm mana kahak tu boleh terjadi,mcm mana kahak tu boleh jd pekat "
ko nak tau doc ckp apa? senang je " itu kejadian Tuhan "
hahaha.senang je jawapan dia,dia kata dah Allah nk jd kan begitu.
adoii doc ni,sabo jelah aku.sembang bukan main.

dan banyak kali jugak dia remind,dia bukan doktor yg akan sembuhkan batuk anak aku,
dia CUMA TOLONG keluarkan KAHAK anak aku je,
itu saje.hmm aku mcm errkkk yeke.hah ok lah ok lah.hahaha.
dah dia ckp gitu kan.aku nk argue mcm mana lg.
bila dia cek paru paru princess,mmg bunyik kuat.mmg ada kahak banyak.


dan bermula lah step pertama, kena NEB dulu.
NEB adalah untuk cairkan kahak dulu.doc bg princess NEB lama sket.
dlm 15minit gitu princess kena NEB,
and u know what,masa kena NEB tu,princess keep on batuk,
batuk batuk selama 15minit,sampai berair mata,pas tu hingus trus keluar,
hingus yg hijau tu,1 bilik mcm berasap sbb NEB tu.
aku sampai MENANGIS taw.seyes x tipu.aku nangis sbb kesian sgt kat princess,
masa taip ni pon nk nangis rasa.seyes sedih korg,bila tgk anak sakit.
anak batuk mcm tu,princess dia x nangis,tapi bila batuk tu,dia peluk aku.
mmg sedih.menitik nitik air mata aku masa tu.

lepas je neb, doc trus tunjukkan cara buat Steam and tepuk Percussion tu.
aku dh biasa buat kt princess kat rumah,cuma aku x kuat bila tgk anak nangis.
huaaa.dh anak nangis nangis,trus aku stop buat.

doc masa tunjuk cara tepuk dada anak tu.mmg kuat.selamber je dia pgg anak aku
sebelah tangan je.princess dh meronta ronta dh.merah merah muka nangis.
lepas je tunjuk,terus dia amik TUBE HALUS,tube tu mmg lembut sgt,
suami aku dh pegang tiub tu, kejadian berlaku sangat pantas,
doc suruh aku pegang tgn anak,dia trus jolok hidung dan mulut berselang seli.
dan mmg keluar segala kahak,bayangkan lah kahak tu keluar berlendir lendir,
dan yg paling tragis bila keluar sampai berbelon kahaknya,
punya lah pekat,tapi kahak princess jernih je,belum ada bakteria lg.
cuma kena jangkita virus je.

princess xde lah nangis beriye masa jolok tube tu.
dia cuma mcm nk muntah.aku pon redha je tgk anak,
cuma doakan semuanya berlalu dgn pantas dan selamat.
aku x amik piccy pon sama sedut kahak tu.sbb malas.
cuma nk fokus pada anak aku je.

aku tgk anak org lain,kahak lg pekat.hijau,banyak.lg takut.
dan ada anak anak lain,aku tgk seawal 6 bulan dh dtg utk sedut kahak.
dan kalau masih baby,dorg berisiko sket mcm berdarah sket bila sedut kahak.

InsyaAllah dgn Izin Allah,lepas sedut kahak,anak kita akan sihat.
dan bila tgk princess sendiri,lepas sedut kahak.mmg dia lain,
muka terus nampak ceria,dan masuk je kereta,trus mintak aku roti,nak makan.
alahaiii.tersentuh rasa hati ibuu ni.

dan Alhamdulillah.batuk princess serta merta hilang.mmg xde batuk dh.
xde bunyik bunyik dah,dan selera makan and minum susu mmg kembali,
mmg berselera dia makan.aku mmg sgt bersyukur.

TOTAL CHARGES : RM105
termasuk ubat TAMBAH BATUK,
UBAT KAHAK dan standby ubat demam.

ubat tambah batuk tu actually ubat yg mmg akan buat dia lg batuk,
batuk actually lg bagus sbb batuk boleh membantu dia keluarkan kahak dia.
tapi princess xde lah batuk beriye sgt.batuk sket sket je.dan mmg dgr kahak keluar,
tapi kahak tu dia telan balik.hahaha.xpe,kahak tu keluar melalui najis.hehe.

dan akhirnya.berakhirlah kisah KAHAK princess.
dan skrg ni kami cuba maintain kesihatan dia,
bg supplement untuk kuatkan antibodi.
dan masih mencuba Qaseh Junior.nanti aku review pulak yg tu k.
dah panjang sgt dah ni bercerita.kalau korg nk pergi Klinik Wangsa,
boleh amik alamat ni,set dlm Waze siap siap.


Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju, 
KualaLumpur

Tel : 03-41421614 

( Belakang Menara Kausar )
jumpa Shell,masuk dlm lagik.

aku harap cerita aku sedikit sebanyak dpt membantu korg eh.
heee.bai!





ibuu and papa sayang awak sangat sangat! 
♥♥♥




13 comments:

CikNaa said...

alhamdulillah.. akhirnya lega jgak mak princess ni.ciknaa baca pun lega weh..

Mar Mansor said...

bagus ye klinik ni..
suka tengok muka iman yang ceria lepas buat rawatan..

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpe yg penting dh cuba rawatan kan..

Chekgu Azrine said...

Tq for sharing this rara..
Dekatla klinik ni dgn rumah akk

Ecah Ecot said...

Kawan2 pon kata kt situ bagus!

mOoN IzzaN said...

ikut emosi bila baca ni... betul ra... bila anak x sihat,, mak2 ni la yg terlebih risau.. huhu..

e k i n ♥ y u s r i said...

yup
penah g dr.nadir nie 2 kali

syawalsimpsons said...

ARITU TERINGIN GAK NAK G,...TP ALHAMDULILLAH IZZ DAH OK..TAK JADI LA G

AnneRaini said...

oooo gitu kaedahnye ye... anak akak yg kecik tu pun batuk2 haritu tp skrg ni dah kurang dah. tido pun dah nyenyak. mmg kesian dengar anak2 ni batuk.

Rizziela said...

memang famouskan dr ni utk kanak2

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

dah boleh tambah da tu rara...ehehehe...tahun depan ber4 lak ya...ehehehe

Daus Redscarz said...

dah jmpa klinik.. hebat doktor tu semua dia buat sendiri..

siamang gagap said...

Anak laki saya skang dh darjah 2 n adik pompuan darjah 1... dorang kena masa umu sethn...smp lps tu tk dtg...ubat dia mmg terbaik..bygkan mak n sis sya batuk dia tepuk...byk kawan2 sya dh dpt rawatan kt sni n f.back mmg baik...best dia ckp mcm nie...if u bg ubat batuk..budak2 tkleh buang...ibarat buang sampah bawah katil..tkde tp stay bawah katil...terbaik dr nadir..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...