07 May 2014

Harga untuk IKLANKAN Produk di BLOG

hai korg,Assalammualaikum,
harini xde benda penting nk borak sgt,
aku pun x bape nk sihat,keje pun dh buat dh siap siap,
cuma nk buat satu entry tentang iklan kat blog ni,
now aku tgh buat 1 iklan ( product review ) untuk cust aku,
sementara menunggu penerangan product,
aku mcm tertarik nk up entry pasal hal hal IKLAN ni,
harga IKLAN,caranya dan sebagainya.

masuk yg kali ni, yang aku tgh buat,
dah banyak jugak iklan yg aku buat,
semua cust aku puas hati lah dgn review aku,
dan pada permulaan,aku x mintak harga yg OVER,
aku letak biasa biasa je,yg mmg x terjangkau oleh pemikiran korg,
mmg murah lah aku bg.sbb aku lebih kepada nk menolong,
dan bukan mmg jenis buat iklan saje.

tapi ada jugak yg kdg kdg tu cakap,

" EH,kita kan kwn,takkan nk mintak tolong buat IKLAN pon nk kena bayar "

eh eh,ni mmg agak melampau lah.aku bukan mintak mahal,
tapi ada jugak yg ckp mcm ni,boleh pulak kata aku xleh nk tlg dia,
aku nak je suruh dia g tanya blogger lain,bape blogger lain letak harga untuk 1 ads,
aku ni je yg letak murah,lain lain RM400,RM200,RM100,ribu ribu pun ada taw.
tu kalau blogger hebat hebat lah kan.aku ni,cecah Rm100 pun belum,
sbb x sampai hati.hehehe.boleh x gitu.

aku rasa korg kena faham knp blogger letak harga mahal.
sbb satu sbb hasil tulisan dorg,satu lg sbb followers dorg,
followers akan baca setiap entry blogger kesayangan dorg,
" krikkrikkrik " egegege,sayang ke? ikut lah sape pun nk baca,
peng"stalker" ke,but dorg still baca,so mana tau kdg kdg dorg akan ckp,
" eh ritu aku ada baca lah pasal product tu,dr blogger ni xsilap, bla bla bla.
so kalau dorg cr balik ko,so InsyaAllah ko dpt lah cust.

dan lagik 1,kalau SEO dia tepat,bila bila masa je org akan cr product yg dia nak,
search search product,tetiba jumpa blog ni,dia ada jual,
so org akan contact utk order barang tu,cepat atau lambat je persoalan nya,
tapi kalau ikut statistik aku,sampai harini ada org cr product product yg aku review,
semua nya berbalik dan terletak pada rezeki Allah nk bg jugak.

bg aku,xsalah nk melabur sikit,kalau lah nk rezeki lebih,
kalau korg kedekut nk melabur,rezeki pon kedekut lah nk dtg.
back to karma lah.

eh korg mst ckp kan, " amboiii lancang pulak rara ni berkata kata "
ohhh tidakkk,aku bukan nk mengajar korg,tapi ni berdasarkan pengalaman aku,
sbb aku pun peniaga gak.kdg kdg perlukan pengiklanan dr blogger lain,
dr sini lah aku boleh bercerita begini kat korg.
kdg kdg org x faham pasal search engine.
aku sendiri pon bertahun nk faham.hehehe.

so bg sape yg nk iklan kan barang pada blogger,jgn lah kedekut ye.
melabur lah sikit.terpulang kat korg nk cr blogger hebat mana pun.
hehehe.

selamat berniaga,moga kita semua success. AMIN.


14 comments:

Farah Waheda Wahid said...

sekali beriklan entri tu akan ada di situ selamanya... selagi blogger tak delete, kiranya promosi sepanjang hayat...sebenarnya nak ikutkan diaorang bayar tu tak berbaloi dengan iklan sepanjang hayat tu...he he he...haruslah bayar..blogger guna masa, tenaga dan buah fikiran untuk menghasilkan entri...

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Semoga terus success rara.. =D

Chekgu Azrine said...

Blog akk suam2 kuku je sis..
Blog rara tntu byk uv..
Mmg sesuai org nk tmpg tempek iklan kan..hehe

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Betul tu kak rara.. ena setuju dengan kata kata akk.. Apapun, get well soon ye kak rara..

DYatie said...

i nak u iklan kan produk ai la. boleh? ai kan kawan u bertemu d gojes yang hot tu. eh? hahahaha.

fifi said...

I pun nak iklan gak.haha..tp tunggu i fikir nak jual apa

Nurzakiah Hanum said...

all the best

sYiRa LoKMaN said...

sama2 tolong kan bagus :)

Diana Rashid said...

kalau nak sewa kotak iklan murah je.tapi nak suruh kita buat entry untuk iklan kan produk dia MEMANG KENA MAHAL.lagi2 entry tu kena datang dari idea sendiri.lagi la susah nak buat.nak cari gambar,nak cari link,nak perah idea menulis..setakat ni harga dari akak masih murah.belum lepaS seratus jugak.internet bukan free oi..heheh

::EIDA:: said...

hoii tak sihat ke mak jemaah! get well soon my bebeh............ betul2 bukan banyak pun kita mintakk... tapi ce hargaii sikit penat lelah kitaa menuliss nii perah idea bagaii =P

eima said...

haaaaaaaaaa aku ade satu produk ni ... nk minta hang la iklankan nenanti .... hihihi

nk kena bg produk dulu ke klu nk srh hang review dan iklankan ni ???

Umi Qi said...

Aku sokong!....sbb ada juga peniaga2 luar yg dok asik email aku suh review produk diorang....takkan aku nak ckp bape u nak pay i....haishhh nak suruh senang2 je iklan...bayar xnak...grrrrrrr

lovelywa said...

kita pun ade gak dorg mintak iklankan produk tp tak buat2 lagik..tak pandai plak nak amik2 byran nih..tolong2 kawan je kot..

tifaanvar said...

ra, kalau nak ads murah baik depa pergi iklankan kat blog yg baru. Tapi th pulak nnti x bnyk readers yg th pasal produk mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...