Image and video hosting by TinyPic

27 June 2014

Didie Alias selamat bersalin

Tahniah.Alhamdulillah.

26 June 2014

Gambar bukti awie memukul isterinya

Wanita adalah untuk disayangi,
Dibelai,dimanja.

Bukan dipukul begini rupa.
Kalau nk pukul hanyalah dengan kain batik
Yang digumpal dan hanya boleh dipukul
dikaki.

Tak tau lah ni betul ke tidak.
Hanya Allah swt yg tahu.

Nabila Huda Amuk

lepas kejadian Amy Search maki nabila huda kat IG dia,
dan lepas ada yang cakap Bert pemilik Kulkats Barrio tu
kekasih terbaru Nabila huda,terkini Nabila Huda AMUK pula.
bukan amuk yang bawa parang tu lah! hahaha
tapi amuk dengan mendelete semua gambar gambar nya di Instagram,


dengan hanya meninggalkan 1 gambar yg tertulis,
JUST UPSET,aku rasa dia mmg kecewa,
kecewa dgn umum dan bapak dia sendiri.
hmm,tak tau lah nak komen mcm mana pasal dia ni.
mungkin malu sbb bapak dia maki dia,
tapi ntah lah kan! tak tau nak salahkan sape.

kalau kita dh bergelar Janda,ayah kita masih bertanggungjawap ke
dengan apa yg kita lakukan eh?

ada sape sape boleh jwp soalan ni x?

tak pe lah.kita tunggu jelah sampai bila dia nk menyepi.
buat akaun IG lain jelah abil.hahaha



Install Smart Shopper application untuk membeli barang lebih murah

tadi aku buat entry pasal susu murah kan, ( KLIK BACA )
ni nak share jugak Apps apa yang aku guna untuk selalu mendapatkan
barangan keperluan kita dengan harga yang murah dan berpatutan,
murah dari biasa,dari situ kita boleh jimat banyak.
OR, duit lebih tu boleh buat beli handbag,kuikuikui~

thanks to Steffy kwn blogger aku yg suggest aku install Smart Shopper ni,
sejak aku install Smart Shooper,mmg aku selalu beli barang dengan harga yang murah,
aku apa apa pun aku tetap akan pergi beli barang kat Tesco.hehehe.
sebab Tesco Ampang tu bagi aku mmg amat selesa,barang keperluan semua penuh,
kalau nak apa apa mmg selalu ada lah,sama jugak dengan Tesco Scoot Garden,
aku suka pergi sana sbb sangat selesa,makanan kat food court dia sedap.haha
*ok makanan xde kena mengena

balik kepada Smart Shopper tadi,korang boleh pergi ke Play Store korg,
and search je Smart Shopper.senang gila! nanti hari hari korg boleh check brg murah,
aku kalo nk cari susu murah,aku pergi kat coloum MILK,
sana nanti dia bg tau lah,susu apa yang tengah murah skrg,
dekat mana yang murah,lepas tu pandai pandai lah decide.
Apps ni mmg banyak sangat membantu.




gambar kredit untuk blog fi!

thanks fy! i amik pic kat blog u taw! hahaha.
kalau korg nak baca version fi pulak.boleh terjah sini
( KLIK BACA )




Susu Dutch Lady dan Mamypoko murah di Tesco 26 Jun 2014


susu sekarang semua dah naik harga kan.
aku beli barang anak mmg selalu time offer,
pampers and susu selalu kat Tesco lah,tapi lately dah jarang nk ada offer,
kalau ada offer pon sikit sangat,just rm2 je,
aku ni hari hari check Smart Shopper,
kawan blogger ( steffy jay *oopsss ) aku yang suggest suruh 
Install Smart Shopper kat phone,
senang nak check barang yang promotion,
minggu ni aku selalu check susu,sbb stock susu princess dah habis,
semua mahal,paling murah kat Aeon rm22.90,
tapi tadi check check kat Tesco, tetiba ada offer,
RM19.99, huaaaaaaaaaaaaa murah! 
sambil mengigil gigil rasa tgk susu murah.
aku terpaksa beli 1 pack dulu kat speed mart haritu,
korg tau bape harga 1kg? rm26 tau x?! hahahaha.
sabo jelah,nk x nk kena beli jugak,

actually aku bukan berkira nk beli susu anak,
tapi kalau time promotion tu,lg berbaloi kan! hehe.

sama jugak mcm pampers,
mamypoko biasa boleh cecah sampai rm50,
tapi offer just RM40 je,baik kita tunggu offer,betul x?

aku bila ada offer gini,aku mmg akan beli banyak,
pampers sampai 4 pack,susu sampai 6 pack,
mmg buat stock.senang,sebab lepas ni tak payah fikir dah.
hehehe.so balik ni nak ajak mak mertua aku g tesco,
risau jugak habis kan.sbb selalu Flavor biasa selalu cepat habis.
jom lah korg!

bai ♥

korang dah apply cuti raya ke?


hahahahah jangan kata aku over hokkay! aku memang selalu kena apply cuti raya
cepat cepat.sbb unit aku kena buat Over time,so sape yang cuti,nama akan
ditolak untuk OT,so kena agih agih kan sape yang kena kerja.
aku yang geng geng perempuan ni,sah sah lah nak cuti.jangan tanya kenapa lah eh!
hahaha.ko gila nk kerja pagi raya! mau meraung raung dengar Takbir Raya!
hahahaha.

aku tahun ni cuti 4 hari,aku kan raya Ipoh tahun ni,
so excited dia bukan main lah,balik awal sikit sbb nak tolong mak aku mengemas,
kan aku kata aku nk g beli barang kat IKEA tu ( KLIK BACA )
then nak menghias rumah sikit,sape yang nk beraya ke rumah tu,
moh lah kite,rumah aku sentiasa terbuka.kikikiki.

isnin minggu depan pon aku cuti jugak,
jumaat ni ( esok ) nak g penang,nk jalan jalan and makan makan kat sana,
alaaaa~ nanti aku up lah entry.hahaha.aku nak makan DURIAN,
nak makan rojak tonggek,nk makan pasembor,nak makan ikan bakar,
hah,semua nk makan,jangan nanti cirit birit sudah lah.heee.

korang punya persiapan raya mcm mana?
kwn aku ada yg dah siap semua persiapan,
aku semua dh tempah,cuma tinggal nk cr kasut raya princess,
baju melayu laki aku,and kalau ada duet lebih,
nak hengbegggg satuuuu~ hahaha, tu pon kalo ada bajet lebih,
tunggu lah kalau PM baik hati nk hulur kan bantuan raya,
RM500 ponnnnggg kami terimaaaaaaaaaaaaaa~ hahaha.

ok lah,aku nk pergi pos segala barang customer ni,
nak clear kan semua stock stock,
bulan puasa ni aku nk stop meniaga,
nak tumpukan kat puasa and anak je,
cukup lah tu kan.hehehe.

bai ♥





Qada Puasa, Bayar Fidyah Dan Ukuran Cupak

Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan berikutnya. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.

Sekiranya tidak berkesempatan qada puasa sebelum datangnya bulan Ramadhan berikutnya, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini).

Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?

Qada' Puasa, Bayar Fidyah Dan Ukuran Cupak

Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.

Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.

Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?

Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.

Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.

Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.

Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?
Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.
Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.

Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.
Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?

Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.

Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.

Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).

Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?

Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.

Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.

Cara Kira Fidyah

Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel) :

Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.


Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.

SUMBER : Soleh.Net

25 June 2014

Bas buruk Ipoh yang banyak kenangan


tadi adik aku ada post gambar bas ni.tengok je bas ni,aku terus senyum sendiri.
banyak kenangan aku dgn bas ni.terutamannya dengan mak aku.
kami dulu bukan orang senang, #bukanayatkliseye kami dulu takde kereta,
masa tu aku baru sorang lah,xde adik lagik masa tu,
papa aku hanya ada motor vespa.tapi vespa tu mmg lejen!
sama lejen mcm bus burok ni! hahaha

kami kemana mana semua naik vespa papa,
paling best bunyik vespa tu.hahaha.vespa tu sangat lah berjasa,
bila papa pergi kerja,aku hanya tinggal berdua dengan mak aku,
bila dah tinggal berdua,mulalah kami merayap,
mak aku akan pakaikan aku baju cantik cantik,
aku dulu masa kecik mmg suka melawa, ( sama mcm skrg *eh ) hahaha
mak aku pakaikan dress,then kasut,bila pakai kasut,
mesti ada stokin renda renda,renda tu mesti lah kena terkeluar,
masa tu dh rasa diri ni omei sangat dah.hahaha.
lepas tu tunggu bus depan rumah,aku mesti nak duduk tepi tingkap,
bila tanya mak aku, " mak,kita nk g mana ni " pastu mak aku cakap,
" kita nak pegi Super Kinta " hahahaha,aku ingat lagik ayat tu.

Super Kinta dulu mmg best!
bagi kami, Super Kinta tu dulu masa Pavillion.hahahaha.
macam macam ada kat sana.kalau korg tgk cite ROCK yg Que Haidar 
berlakon tu,tu lah Super Kinta.hahaha.
tapi skrg ni super kinta dah xde pape dah.orang pandang sebelah mata ke,
sama jugak dgn bus ni,bus ni mmg meninggal kan 1001 kenangan utk aku,
naik bus,mesti akan guna tiket kertas yg warna warni tu,
aku paling suka tgk makcik makcik yang jaga tiket bus ni,
dorg hebat,bus break emergency mcm mana pon,
dorg steady je,cayalah makcik,rambut mesti menggerbang,
lipstik mesti kena merah,baju kemeja besar dgn jeans,
baru lah rare! hahahaha.

tiket dulu.hahaha.

zaman kanak kanak aku dulu sangat lah seronok,
tak payah fikir apa apa,hanya seronok je,main makan tido!
korg pernah x naik bus ni? mesti x pernah kan?
korg mst ada kereta dah kan.heee.
bai ♥




Miley Cyrus yang terlampau


aku kenal dulu Miley Cyrus dengan lagu The Climb,
lagu The Climb yang sangat terkesan pada aku,sebab aku suka lagu tu,
Miley masa tu sangat nerd,sopan,rambut panjang,aku suka lah!
ada 1 kes yg aku pernah baca dulu sbb sbb dia berubah sampai
jadi mcm skrg ni,tapi lupa dah sebab apa.hahaha *boleh kan lupa

dia kan dulu comels dgn icon Hannah Montana dia tu,
tapi NOW! aku mmg sangat terkejut tambah lg bila tgk video clip 
Wrecking Ball dia tu.aku x nk paste kat sini.korg tgk sendiri di you tube ye.
hehehe.aku memang mcm x sanggup tengok.sbb dia siap bogel!
kalau baca kat Daily co uk,dia jd lg teruk lepas break off dgn " man alive "
dia tu,mmg hensem woi Boyfie dia dulu! hahaha.

dulu!

aku bukan nak sebok sebok pasal artis luar negara pulak.
korg jangan salah faham,cuma nk share je,betapa shock nya aku,
bukan aku saje,ramai lg peminat peminat dia yg kecewa sgt.
kecewa dgn penampilan dia skrg yg agak " jijik " tu.

Miley Cyrus
beza sangat kan!

Miley Cyrus Quotes Tumblr | miley cyrus quotes op Tumblr | We Heart It

aku rindukan miley cyrus yang dulu.dan aku rasa x mungkin akan dpt balik
mcm dulu.sebab dia kata dia selesa dengan cara dia skrg.choooi!


p/s : sekarang mmg teruk! dia nk jd mcm Lady Gaga kot.




















































































































































Kerana Selfie, Pelajar Tersepit Dalam Replika Faraj


Selfie

SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.
Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.

Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.

Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.

Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang - mynewshub

Barisan Kabinet Baru 2014

REVIEW MINI RICE COOKER

hai, Assalammualaikum, dah lama nk buat review pasal ni,
tapi asyik lah lengah lengah kan,haih! apa nak jadik ni,
suka sangat buat entry peram peram sampai masam.heee.

ingat tak aku ada bukak order tentang mini rice cooker dulu tu?
( KLIK BACA ) Alhamdulillah.close je order, supplier pun pos barang,
barang selamat sampai dengan baik.im a happy mom!
check all the item,tengok semua ok ke x, rosak ke x,
so far semua ok, aku dengan excited,terus amik aku punya,
aku pilih design Panda Hitam putih.hikhik.

ni aku punya.

alahaiii,memang kecik comels sangat mini rice cooker ni.
serius,tinggi dia hanyalah setinggi remote astro korg kat rumah tu.
tengok pic kat bawah ni.tak tifuuu taw! 

princess buat QC

cup beras

cup beras ni sangat kecik.korang agak agak lah tangan aku tu besar mana.
aku tak tau nk explain mcm mana,hahaha boleh x mcm tu?!
tapi rice cooker ni untuk makan org dewasa,cukup lah untuk 2 orang,
mmg kenyang jugak,hahaha.kalau jenis yg makan sikit.boleh makan 3 org.
tu sebab aku memilih mini rice cooker ni,bulan puasa nanti,
agak agak kalau x boleh puasa,boleh lah masak nasi 1 cup,
cukup untuk korg sorg je.jangan membazir.

ada alas besi untuk buat steam dan panaskan lauk

dia ada satu bekas besi taw.untuk steam dan panaskan lauk,
kalau nak bawak ke bilik hotel,kalau ada anak kecil,
memang sangat sesuai,sumbat dlm luggage je! hehehe.
pasang je kat bilik hotel,korang dh boleh masak bubur anak.
bekas beli tu boleh buat panaskan lauk sekali gus.
hebatkan mini rice cooker ni.

plug
disebabkan mini rice cooker ni lahirnya di Korea,so plug dia lain sikit,
korg kena beli Adapter lain,ala murah je, rm2 ke rm3 je 1,
tak jadi masalah besar pun.




ni contoh nasi yang aku dh cuba masak, aku masa 2 cup kecik tu,
tak penuh pun periuk,dan nasi tak lah lama sangat masak,
biasa je,dlm 15-20 minit mcm tu,habis je masak lauk,nasi pun masak,
so ngam ngam soi! hehehe.

nasi serius ok! sedap! ( ok itu tambahan )
nasi takkan jd berkerak dan melekat,sbb dia non stick,
senang di basuh.korg boleh basuh penutup dia,
tapi jgn basuh badan dia pulak.kang rosak,
badan dia cukuplah dengan lap lap saje.ok!

kalau korang nak order lagik Mini Rice Cooker ni,
boleh je PM page aku, SafuraOnlineDiary,
tapi maaf lah kalau lambat reply,sbb kdg kdg page ni x keluar notification dia.
hikhik.

harga untuk satu mini rice cooker ni adalah RM90 postage via pos laju RM15,
so masih mampu milik.sbb aku tengok kat luar,mahal lagi.marilah membeli dengan saya.
#sayajualmurah dan jangan lupa like page MOMSMADNESSGARAGE ye.
mekasih korg.kalau nak tanya lagik pasal mini rice cooker,boleh je PM aku.
bai! ♥



Mesin sedapkan awek


zaman sekarang semua duet je.hahaha.
tak payah nk nampak good looking sangat,
muka pecah rumah pon xpe.asalkan poket smart.
ye dak! ayat klise " duet bukan segalanyaaa "
TAPI " segalanya duet! " 


bai ♥

24 June 2014

peralatan yang perlu dibeli di IKEA menjelang raya



bila dah namanya perempuan, IKEA adalah 1 nama yang tak asing lagik,
meh aku pelempang sape yang tak kenal IKEA,dulu aku x kenal jugak,
jakun gila bila pergi Ikea,hahaha.kesian kan.tapi skrg pon jarang pergi,
sebab lakiku idak lah mahu kesana selalu! sesak katanya,
memang kat sana sokmo sesak,kalau pergi pon,
korg akan tetiba sengsorang je,laki and anak ntah kemana mana,
hahaha.memang selalu mcm tu,sebab maknya sibuk belek barang and harga,
yang apaknya sibuk kejar anak sana sini.kihkih.tu sebab laki aku xnk kesana,
tapi aku paksa jugak kalau dah terliur sangat dengan Meatball.

untuk raya ni,aku ingat nak keluarkan bajet sikit untuk rumah kat Ipoh,
walaupun mak aku duduk rumah tu,tapi apa salahnya kalau kita keluar bajet sikit,
hias rumah kan,sejuk sikit mata memandang.hehehe.
kebetulan rasa ni,kami semua adik beradik raya kat Ipoh,
aku dah berangan dah nak masak nasi impit and rendang.kihkih.

so marilah usha usha website Ikea, list kan barang barang apa yang patut nak dibeli,
barulah tak terover bajet! ye dak?! hehehe.aku dh pekenan dh hanging rail kat atas tu,
leh gantung gantung periuk gitu.lawa kan! haih! tetiba rasa mcm nk cat dinding kaler hitam,
hahaha,punya lah nak tiru IKEA.hahaha.

BYGEL Dish drainer IKEA Removable tray underneath; collects water from the drainer.

lepas tu nak beli dish drainer ni.sangkut jugak,tapi xleh sangkut benda berat lah kan,
kang berderai pulak semua pinggan mangkuk.


cutlery Stand ni omei gila! huaaaa,kenapa omei sangat ni!
dah lah murah.ok ok boleh masuk dlm list jugak!

ALBERT Shelving unit IKEA Untreated wood; can be treated with oil, wax or glazing paint for increased durability and a personal touch.

lepas tu nk beli jugak Shelving Unit ni,senang nk isi menda menda kat dapur tu,
tapi aku xtau lah kan.rak ni tahan lama ke x,sebab softwood pine katanya,
kalau kena air ke apa.agak agak reput x? sape ada nk review menda alah ni?
sila tinggalkan link ye.hikhik.

SKURAR Candle holder IKEA The warm light from the candle shines decoratively through the lace pattern on the candle holder.

ok,bekas ni memang buat aku pensan! lepas tu bangun balik.pas tu pengsan balik.
menggeletar rasa badan.huaaaa,dah bape dah bajet ni! haihshhh! hahahaha
lawa kan korg!

SOLFINT Serving bowl, set of 3 IKEA
tempat isi lauk? anyone? hahaha.omei kan!
BĂ„RBAR Tray IKEA
dulang? amboi.bird bird ko!

IKEA Vases, bowls & flowers

ok! last last! mesti ada pasu bunga, rm4.50 je vase ni.
cukup lah godek website Ikea ni,
kalau x,x balik kau nanti.duduk menepek je kat sini.
ok lah.bajet dlm rm500, cukup x? tapi tu pun kena mintak izin sang suami dulu,
sekali dia x approve,angan angan terbang melayang~ hahaha.
hope boleh lah~ mood raya : ON hahaha

ok bai!





Alexa Traffic Rank selepas sebulan tukar domain


Alhamdulillah,hampir sebulan lebih aku berDOMAIN www.safurara.com,
dan aku mula belajar sikit sikit dan lebih mendalam lagi tentang SEO,
banyak yang kena belajar, 2 3 hari ni aku sibuk nak cek rank dalam Alexa,
hahaha,dah kenapa kau nk check rank ko? bukan hebat pun,
tapi saje lah lah,tahap mana blog aku ni.

seriously, lepas tukar domain sendiri,ada timbul rasa 1 tanggungjawap dekat blog,
yelah,blog dah kena bayar kan,kena lah update,walaupun entry pasal hal sendiri,
dan hal syok sendiri,tapi ada jugak silent reader kita yang ingin membaca,
ada jugak traffic masuk bila kita update.aku paling kuat pon,
bila idea datang,aku update pakai Bloggerdroid je,walaupun xpuas,
tapi jadilah,dalam meluahkan perasaan dan melepas kan idea yg terbuku,
ewahhhhhh~ hahaha.

minggu lepas aku baru lepas belajar pasal Bounce rate di blog
Denaihati.com, dan aku mula faham sikit sikit pasal bounce rate,
teruk gila bounce rate aku,tapi skrg aku dah pasang link within,
so maybe akan ok sikit nanti, apa itu bounce rate?
sila google ye,kalau malas,nanti aku terangkan,aku pon banyak google je,
dan banyak belajar dari blog Denaihati.com.

pasal cara buat Linkwithin tu,nanti aku akan buat tutorial gak,
thanks jugak kat kak azrine ( chekgu azrine ) sbb buat tutorial,
tapi aku buat asek lah x menjadi,so ko pandai pandai lah godek sendiri sampai jadi.
aku ni jenis,selagi tak jadi,selagi tu runsing tak tentu hala.
sampai makan pon x lalu,ewahhh overr! hahaha


ni Alexa Traffic Rank aku kat Malaysia,
4,276 hamboi,banyak nya nombor,hahaha.
aku x tau apa guna nya rank ni,nanti aku google lah,
tapi Bounce rate aku teruk gila.tinggi sangat,
bounce rate kalau rendah ok sangat dah,dulu aku cek
dlm 40% harini sampai 70%. hmm tapi xpelah,
benda ni berubah ubah kan.nanti kita usahakan lagik
untu rendahkan bounce rate.

blog aku pon sekarang mcm dah ok,
kat dashboard keluar jugak entry baru,tapi kadang kadang ngong gak,
ada yg dah lama punya entry,kat dashboard kata 1minute ago,
gilo hapo! hahaha

nanti aku akan cerita apa masalanya bila kita mula mula tukar domain taw,
seronok tukar domain ni,tapi ada benda yg x seronok jugak,
cuma kena banyak sabar jelah.hehehe.

hmm apa lagik nk cerita eh? xde dah kot.nanti kalau ada lagi,
aku cerita lagik k,bai!


KULAT SUSU di mulut bayi


lambat pulak aku up entry pasal ni,tapi xpe,biar lambat asalkan selamat.
hehehe.aku up jugak entry untuk rujukan ibuu ibuu diluar sana,
harini entry berkenaan tentang KULAT SUSU,
kulat susu ni sebenarnya yang selalu kena adalah bayi bayi,
tapi aku xtau kenapa princess ni,dah setahun lebih pun kena jugak,
doktor pun pelik.aku tau sbb apa terjadi.sbb princess suka minum susu tgh malam,
so ada susu yg terkumpul dlm mulut.dan lama lama baru jadi mcm ni.
tapi jangan risau, kes KULUT SUSU ni tak lah teruk,dan bukan sesuatu penyakit
yang kritikal.

aku mulanya tak bawak g klinik,aku google je " putih putih di bibir bayi "
hahaha,lepas tu keluar lah Fungal ni,so xbahaya,so aku lex lex dulu,
ingat kan dia akan baik sendiri,tapi tgk tgk dia jd lg worst,
so aku bawak jelah g klinik Fauziah.mana tau merebak pulak Kulat susu ni kan.



doktor bagi cacair ni untuk rawat Kulat Susu princess,hehehe.
bibir princess x pecah pon,sbb dia masih makan dan menyusu mcm biasa,
cuma mata aku tak sedap tgk putih putih kat mulut dia tu.

so,setiap malam,aku titipkan cecair ni kat bibir dia,ianya tidak merbahaya jika tertelan.
princess pun tadah je mulut bila aku bubuh menda alah ni.hehehe.
aku try rasa sikit,dia rasa mcm kelat kelat.dalam 2 hari, kulat tu pulih,
dan bibir dia cantik mcm biasa.hehehe.baru senang hati aku.haishh!

mcm mcm bila ada anak kan,lepas satu,satu benda yang datang,
tapi xpe,sesi pembelajaran.hikhik.

semoga entry ni berguna untuk ibuu ibuu lain jugak.

kredit : DrZubaidi blog


Sambutan Hari Lahir Nadi Anaqi yang sederhana dan suci





suka tengok keluarga Zahiril Adzim and Sheira Ayob ni,
simple,xberiye,xshow off. dan hanya bersederhana,tapi nampak meriah,
pakai baju melayu,baju kurung,alahaiii, memang nampak suci sangat ♥
jatuh hati pulak aku,bukan mcm artis artis lain skrg ni,
semua berlumba lumba untuk nampak hebat.kan?!

semoga Nadi Anaqi menjadi anak yg soleh.Amin.

p/s : kenapa awal comels sgt!

DASHBOARD Blog problem


Dashboard Blog ni problem ke?
semalam tengah hari tak silap aku ok lagik,
masuk je petang semalam jadi mcm ni,keluar 1 je entry,
bila " view more " x boleh gak.haihssshhh! 
dah lah harini aku rajin nk BW,tapi jd mcm ni pulak.
cepat lah sihat dashboard ku!

Princess : Bu,Papa ne?


Assalammualaikum, hai semua, morning! harini aku rasa segar sangat,
entah lah kenapa,tapi rasa happy, harini aku bangun awal,
semalam aku borak borak ngan laki aku,
" sayang,bosan lah dgn hidup eb " hahaha,boleh tak aku kata gitu,
pas tu suami aku tanya " kenapa? ", aku bosan dengan hidup yang mcm ni,
aku selalu bangun lambat lately ni,pergi keje pon lambat,
masuk kerja kul 8am, tapi punch in pukul 8.30am, 8.40am,
sedih kan? aku sebenarnya x suka mcm tu,dan life aku bukan lah mcm tu,
aku jenis yg AGAK punctual, hehe,tapi lately x tau lah kenapa.
effect sbb tak tido malam masa princess x sihat dulu,membawak sampai ke skrg,
mlm je mst xleh tidur,tidur x lena sangat,masuk pukul 5am tu,baru nak lena,
kalau gitu mana x terlajak tidur kan.hmmm bosan sebenarnya,
tapi harini aku bertekad,nk berubah,tak nak jd mcm tu lg,
nak nak puasa lg seminggu ni,marilah lebihkan ibadat dari tidur ye dak,
ada jugak pekdahnya.


harini aku bangun pukul 6.10am, mandi,solat subuh,siap siap,
salin pampers princess,selak langsir,bukak tingkap,berdoa agar rezeki masuk
pagi pagi ni.keluar rumah suasana masih lg sejuk,reduppp,tenang je hati,
tengok pulak aunty aunty cina tu bertaici depan rumah,
alahaiii,kan best mcm ni,takde lah mcm selalu,kelam kabut x tentu hala.
haih~

dalam hidup ni,hanya kita sendiri yang mampu mengubah diri kita kan,
bukan orang lain,kalau istiqamah,bersungguh sungguh,mesti menjadi kan!

semalam suami aku outstation ke Klang,dia meeting kat sana sampai Rabu ni,
so minggu lepas lama sket lah Princess berkepit dgn papa dia,dari hari Jumaat haritu
sampai Isnin,so manjanya bukan main lah.asal papa hilang sikit,mulalah tanya,
"bu,papa ne?" amboiii~ kemahen kan! xleh lekang! hehehe.

malam tadi,mcm biasa lah,dia bangun kul 3am,minum susu,
sambil mintak susu tu,aku dh dgr sayup sayup dia tanya " bu,papa ne? "
tapi aku biarkan,terus aku g buat susu,lepas bagi dia susu,
dia bukak mata and tanya lg " bu,papa ne? " Ya Allah,serius sedih sangat,
aku terus usap kepala dia,aku kata " papa work sayang "
" princess tidur ye,nanti papa balik " nak mengalir air mata aku,
kesian anak ibuu,sampai tgh malam pun tanya papa,
kadang kadang aku rasa tak sanggup tgk anak aku rindukan papa dia.
sedih sangat.

sabar ye anak ibuu,satu hari nanti papa akan balik duduk dengan kita ye,
maaf kan ibuu,maafkan papa sbb awak perlu lalui hari hari tanpa papa,
InsyaAllah,nanti ALLAH S.W.T akan bantu kita.Amin.
























ok jom breakfast! lapa, harini beli macaroni goreng kat Kafe.heee ♥


23 June 2014

Kekasih Nabila Huda, Pemilik KULKATS BARRIO

insan yg digelar " BERT "

sape ada baca entry pasal Amy Search maki Nabila Huda kat IG tu?
( KLIK BACA ) kalau tak baca lagik,boleh lah klik baca ye.hehe.
aku ni bukan nk kepochi hal Nabila Huda ni,tapi bila tgk cara hidup dia,
aku terpanggil untuk komen.kalau korg lah,apa pendapat korg?
aku kdg kdg suka Stalk kehidupan dia.korg tgk x mcm mana anak dia,
tengok video video tentang anak dia,yg dia post tu,aku rasaaa.
hmmm __________ mcm mana eh.agak agak betul ke caranya?
sape lah aku untuk mempertikaikan cara didikan anak tu kan,
sbb aku pon ada anak.tapi korg nilai lah sendiri.

lepas Amy Search maki hamun Nabila Huda kat IG,
Nabila pulak buat serangan balas kat bapak dia.
mmg rare ah! gila lah dia ni!



kalau ko,ko berani x nk cakap kat bapak ko mcm tu?
hahaha.mmg lain kan kehidupan artis ni dgn kita.kalau aku,mst aku malu,
takut kat bapak.adakah Nabila Huda ni mmg hidup dlm keadaan tertekan?
ke mmg dia yg buat hidup dia jd mcm tu.pelik kan.

Tapi kalau lah xnk org kacau hidup dia,kenapa dia upload semua pic pic mcm tu
kat IG dia.kalau dia bukan anak sesiapa xpe lah.ni anak Penyanyi terkenal,
mst lah bapak dia malu kan.kesian Amy Search tu.aku pulak yg terasa sedih.

kalau biasa tgk kat IG,dia mmg dh biasa sgt dgn KULKATS BARRIO tu,
anak dia pon mcm dh biasa kesana.
so mmg no wonder lah kalau pemilik kedai tu,kekasih dia.
aku pon pernah mkn kat Kulkats tu dulu.ok lah.best jugak.tempat org muda muda lepak.
kalau aku ni,siap nk bawak anak.bawak mak, mmg x sesuaizzz lah kot.hikhik.

hmm kita tgk jelah apa pengakhiranya kisah ni,
tapi aku harap,biarlah yg dia sedar,tu bapak dia.
apa apa pon kena hormat ayah kita kan.
aku pun kdg kdg kalau marah kat bapak aku,aku fikir balik,
sapa yg jaga kita,bg makan dan minum,bg tempat tinggal yg selesa,
bg pakaian yg cantik.fikir semua tu.

dan kalau tgk pakaian dia masa ke Brazil tu.mmg sangat sangat
seksi,hmmm,ptt lah ada org ajak dia tukar agama,mintak simpang lah.
moga ada jalan yg terbaik untuk dia.






Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com