

SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam
replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.
Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada
marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar
pada Jumaat.
Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota
bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.
Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam
gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.
Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki
terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.
Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari
Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun
lalu.
Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud
berkasih-sayang - mynewshub

Salam Ukhuwah Fillah ..Macam2 hal la kan ..apa la yang dia rajin sangat masuk kat dalam batu tu .pelik betul la kan ??
ReplyDelete