Image and video hosting by TinyPic

01 July 2014

Warkah Buat Anak ( Puteri Imann Sophea )


Princess, 
saat ibuu tau yang ibuu mengandung,ibuu adalah orang yg paling gembira,
sambil makan pun ibuu dan papa asyik tersenyum,kehadiran awak mmg kami nantikan,
bahagia jgn di ucap,mmg bahagia.

Princess,
saat awak menendang perut ibuu,ibuu bahagia,awak menggeliat,
ibuu senyum,sambil usap usap perut,sangat tak sabar menanti awak lahir.

Princess,
walaupun awak lahir secara mengejut,ibuu tak kisah,
ibuu ingat lagi, masa tu ibuu cuti awal selama 2 minggu,
ibuu kononnya nak berehat rehat,
pagi tu ( 6/9/2012 ) nurse call ibuu,dia kata ibuu kena checkup kat klinik Tanjung,
mlm tu ibuu mmg dah rasa tak sedap perut,pg pg ibuu pergi klinik sorang sorang,
papa jauh dan papa kerja.tak dapat teman ibuu,ibuu tak kisah,
dalam keadaan sarat, 9 bulan awak dlm kandungan, drive lah ibuu sorg sorg,
drive ke klinik.ambil nombor giliran,dan tunggu.

doktor suruh masuk bilik.doktor scan awak,doktor punya lah terkejut sbb
doktor kata awak songsang.dan masa tu ibuu dah 38w, kes kita jd besar sebab
nurse kat klinik cheras mmg x inform apa apa kat ibuu,dorg mmg xde scan awak dulu,
dorg tak ckp pon kat ibuu yang awak sonsang.

nurse semua kelam kabut masa tu,trus refer ibuu kat Hospital Besar Ipoh,
dalam keadaan sarat tu,kelam kabut ke Hospital Besar,
ibuu pun x paham kenapa kena kelam kabut,tapi kena jugak kelam kabut
sbb kes awak ni sangat luar biasa,selalu org lain kalau anak sonsang,
dia akan tau bila dia nk kena bersalin,tapi kes awak,ibuu relax je boleh rehat rehat,
hahahaha.sabo jelah~

sampai kat Hospital Besar,kelam kabut lg doktor kat sana,
yang paling kelam kabut bila,doktor suruh ibuu beranak petang tu jugak,
ibuu terkejut sangat,sampai ibuu nangis nangis call papa,
nasib lah masa tu maksu teman ibuu,tapi ibuu seronok sbb doc kata,
ibuu dah boleh dukung awak nanti.tapi ibuu takut,
perut ibuu akan kena belah.

dalam keadaan kelam kabut tu,papa pun balik Ipoh,pukul 3pm ibuu masuk hospital,
dan mlm tu tetiba awak dah nk keluar sangat,padahal ibuu akan beranakkan awak
subuh subuh nanti,tetiba kul 12am ibuu dah kena tolak pergi labour room,
ibuu x sakit pon,tapi nurse kata contraction kerap,5 minit sekali,
tapi ibuu x sakit pon.cuma rasa perut kejap kejap mengembang,
dan tetiba dah buka 2cm,kelam kabut semua doktor tolak ibuu.
dah lah ibuu baru lepas makan mcm mcm.hehehe.kelakar lah.

jam 12.30am,awak lahir ke dunia,ibuu x nampak jelas muka awak,
tapi ibuu paling nampak jelas adalah dagu Belah awak tu,
sama mcm ibuu,ibuu sangat bertuah sbb masa mengandungkan awak,
awak sangat baik,xde masalah apa apa,sampai lah beranak.
tak sakit.ibuu x rasa apa apa pun.terima kasih princess.

Princess,
semakin hari awak membesar,semakin comel.
semakin bijak,ibuu sampai kan xboleh nak tgk awak sakit langsung,
even kena gigit semut pon ibuu marahkan pengasuh awak,
sampai ibuu berhentikan awak duduk taska.
maksu jaga awak sampai awak setahun,dan sampai pandai jalan,
maksu jaga awak dgn baik sgt.awak bijak.langsung tak banyak kerenah.
awak sihat,jarang sangat nak sakit.

sampai umur awak setahun,awak pandai jalan,ibuu hantar awak ke taska,
tapi sejak hantar awak ke taska,awak berubah watak,
awak menjadi terlalu sensitif,terlalu cranky,selalu sakit.
ibuu sedih,sangat sedih,ibuu x tau kenapa awak jd mcm tu,
tapi awak mmg lain,bukan mcm princess ibuu yg dulu,
yang ceria sentiasa.

Princess,
awak selalu nak nangis,apa apa salah sikit awak anak nangis,
awak hanya nak ibuu duduk depan awak,awak cakap bahasa yang ibuu x faham,
tapi comels sgt! hehehe.kalau awak nk tidur,awak akan mengamuk,
ibuu pangku xnk,ibuu tepuk pon xnk,sampai kan awak akan tidur sendiri,


Princess,
ibuu kalau boleh xnk marah awak,tak nak naik tangan dengan awak,
tapi x tau kena kdg kdg bila dh terlalu hilang sabar,ibuu akan termarah awak,
pukul kaki awak,dan lepas tu,berbakul kesalan di hati ibuu,
ibuu akan rasa bersalah sangat,ibuu tak nak ajar awak dgn cara mcm tu,
tapi sbb ibuu rasa penat,stress,dan awak pon menangis je,
ibuu laju je tangan ni,ibuu rasa bersalah sangat.

Princess,
percayalah,ibuu sayang sangat sangat pada awak,
ibuu terlalu sayangkan awak,maaf kan ibuu andai ibuu ada buat salah pada awak,
ibuu tak de niat nak marah.cuma kdg kdg ibuu terlalu letih dan stress,
org lain takkan faham apa yg ibuu rasa.

Princess,
kita doa kan papa balik duduk dgn kita ye,kita doa papa dapat kerja kat KL ye.
maybe bila ada papa di sisi kita.awak mungkin akan lebih ceria,
ibuu akan kurang penat dan stress,kita doa sama sama ye syg,
ibuu mintak maaf.

nanti ibuu tulis lg.sebak dada ibuu.nangis kang batal pose lak,
hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. dah besar nanti sophea kena baca tau..panjang ibu menaip meluahkan perasaan ni hehe :D

    ReplyDelete
  2. Anugerah dari Ilahi yg sangat di nantikan oleh setiap ibubapa Safura.. Comey betul princess tu :)

    ReplyDelete
  3. sebak baca satu persatu...
    tetiba rindu Iqy kat rumah...
    Oh anak!!!

    ReplyDelete
  4. sebak nye baca .. sb sob ..

    semoga anak2 kite akan jd anak yg solehah

    ReplyDelete
  5. Princess baca nanti mesti dia sebak..sedih..besarnya pengorbanan ibu awak. princess,...

    ReplyDelete
  6. Sedihnya i baca...sobs sobs..

    ReplyDelete
  7. Sebak pulak aku baca ra. Huuu.

    ReplyDelete
  8. yg baca ni pun rase sebak jugak. tsk3.. b'tabah, ye! semoga sumenya dip'mudahkn.. amin..

    ReplyDelete
  9. yg baca ni pun sebak jugak. tsk3.. b'tabah, ye! semoga sumenya dip'mudahkn.. aminn..

    ReplyDelete
  10. Waaaa.. ko saja kan ra. Princess, plz behave ye syg. Sian ibuu awk.

    ReplyDelete
  11. Princess akan lebih menyayangi ibunya lepas baca nota ni...tersentuh hati...

    Be patient rara...bykkan doa..
    Maybe stress sebab berjauhan ngan suami...akk pernah alami...so faham sgt rasanya...sabar yer sayang...
    Oohhh...nangis dah kita...uhuk2!!..

    ReplyDelete
  12. Anak lah permata hati ..segala2 nya untuk seorang ibu..
    Tak dapat nak digambarkan bagaimana seronoknya menjadi ibu...

    Semoga sophea membesar sehat walafiat...menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada aysh ibu...aamiin

    ReplyDelete
  13. syahdu weeehhhh
    princess jaga ibu bebaik k

    ReplyDelete
  14. ibuuu..huwwaaa..
    touching gile baca yg last2 tu..semoga family rara dpt bersatu, maksudnye dapat duduk skali kt KL ni..

    ReplyDelete
  15. baca entry ni sambil tahan air mata tak kasi jatuh huhu tapi jatuh gak...so sweet...insyaallah bila dia besar dan baca ni dia akan bangga dgn ibu dia...

    ReplyDelete
  16. hoiii~ nangis aku baca ni.. sebab anak aku pon lately ni makin melasak, makin cranky, aku dah la preggy, kadang tu termarah, terbabab jugaq kakinyer *sobs*

    ReplyDelete
  17. Insyallah..suatu hari nanti pasti papa akan bersama kalian

    ReplyDelete
  18. jom kite doa same2 semoga kite2 yg PJJ nie dpt duduk sebumbung bersame2 keluarga...amin...

    ReplyDelete
  19. ra.. aku rasa dia ada masalah pergaulan kat school kot. myb kawan2 kacau dia ke... sbb tu bila ko bangun dia tak bg. nak berkepit je. cer siasat.

    ReplyDelete
  20. touchig la rara...kes kita mcm cama je...gi checkup pastu doc ckp mlm ni bersalin baby dh besar..sekali kuar 3 kg je huhu

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com