27 August 2014

Jumpa Blogger Kulit Cantik

cuba teka anak sapa?

hai korg! lama nya x menaip,rindunyaaaaa,tapi malas.hahaha.
banyak benda nak cite,tapi sibuk tengok Korea,gini lah gayanya,
now aku tgh layan Temptation,pas tu ada lg 1 cite baru, Discovery of Romance.
haih sonok! tapi aku tetap x leh lupakan my love from the star tu.huaaaa.

ok,berbalik kepada cerita,sape tau last week aku g JB?
sape follow IG and FB aku mst tau kan.hehehe.
cerita yang paling sedih ialah AKU TERTINGGAL PHONE!
gila kan! phone adalah buah hati aku yg paling penting!
boleh aku tinggal.yang laki aku nganjing, dia kata,phone aku teman dia,
xnk ikut g JB,hampeh! aku masa tu rasa mcm,pergghhh malas nk cite.
tak terluah dek pangkal hati aku ni.

aku g JB sbb g rumah adik aku,dia buat open house,
dan satu lagik perkara yang buat aku paling paling nak jugak g JB,
sebab nk jumpa kawan baik alam maya aku.baik mcm mana?
baik cara kami lah,bukan baik sampai comolot tu.aku xnk baik cm tu,
nanti mst gaduh,kami baik biasa biasa je,mcm aku baik dengan Etty,
dengan Anez,dgn Hana,gitu lah.sbb aku dh serik dah bila baik sampai
tahap comolot,mst gaduh bagai nak gila.aku xsuka mcm tu.

aku punya excited nak jumpa fy,sampai xlalu makan and minum.
hahaha. #silapercaya! hari Jumaat kan JB cuti,adik aku pun cuti,
tapi disebabkan MH17, kami keluar lambat sket,
tunggu adik aku habis solat jumaat,then baru keluar.
lg pun masa tgk " welcome home MH17 " tu.hati aku meruntun sangat.
bila bila masa boleh nangis,tapi xnk lah nangis.tahan je mata.
bayangkan dorg pergi berkerja dgn gembira,tapi pulang hanya jasad.
tak bernyawa.naik bulu roma aku masa menaip ni.sedih sangat rasa.

so,kami keluar rumah kul 3pm,janji dgn fy kat country garden kul 5pm,
tapi sampai JPO pon dah kul bape,makan makan,masuk VS,PDI,MK,COACH,
jalan sekali lalu gitu je,then dah kul 5.30pm,aku dh cuak dah,
risau fy dah sampai,haih! 1st date dah lewat.mcm mana ni.hahaha.

nasib lah fy tunggu jugak aku,masa dah sampai kat COuntry Garden,
hati aku bertambah tambah debar,poyo kan.tapi betul! hahaha.
aku tunggu fy depan LOVE besar tu,tapi fy kata dia xnampak pon aku.
hahahaha.aku LIKE,hmmmm mana fy ni! hahaha.nebes ni!
tempat pertemuan kami.hahahaa

rupanya fy kat seberang sana.aku tunggu jugak kat LOVE sini.
tgh syok syok snap pic,ada org sapa aku dr belakang.
" rara,rara " aku pusing,errrrr " fyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy " aku jerit.
ahahahaha.poyo x cite aku.hahahaha.mcm jejak kasih.

- apa 1 impression aku bila jumpa fy?

Fy,mmg dalam alam maya ni pon aku kenal dia dengan
seorang yg sangat menjaga kulit muka.aku tgk fy, dia mmg putih,putih dan GEBU,
kulit sangat cantik.serius.walaupun fy kecewa sebab ketumbit keluar seminggu 2 kali.
hahaha.tapi x nmpk pon ketumbit tu.tetap lawa! seyes,ini x tifuuuu!
dia kata dia nk pakai selekeh selekeh jumpa aku,tapi idak lah selekeh pon.
ok je.lawa je aku tgk,tu sbb org kalau dh putih ni kan,kulit pulak cantik,
pakai apa pun still nampak ok.tetap lawa.huaaa jeles!

Fy,dlm wasap,dalam PM, dalam status status dia,dia nampak mcm garang,
mcm tegas,ayat ayat dia semua kelakar,aku bayangkan dia seorang yg clumsy tau.
hahaha.sbb dia suka clumsy kalau borak ngan aku.tapi kat luar,adalah TIDAK
SAMA SEKALI.fy ni lembut je,aku mcm, hmmm kenapa fy lembut cm ni.
suara slow je.mcm nana farhana.cakap ngan Rissa pon lembut je.
aku ckp ngan princess.mcm ribut.hahahaha.silap silap keluar petir.
tapi Fy tak pun mcm tu.huaaaa.ajar i fy,jd lembut!

Fy dtg ngan MIL dia.MIL dia boleh geng ngan mak aku.hahaha.
dorg duk nyembang 2 org kat tepi pantai.hahaha layannn~


princess baru bangun tido


Rissa pulak? kalau dh maknya lembut gitu,korg rasa Rissa mcm mana?
of course lah mcm mak dia,Rissa pun sangat lembut.GEBUS GEBASS!
seyes wehhh! aku sangat terkejut tgk rissa,comels gila,
bambam,badan tegap,putih! walaupun beza 3w je dgn princess.
tapi Rissa sgt debab,princess kurus jeee.sobs,kesian anak aku.hahaha.
mak je gemok,anak kurus.

Fy kata selalu rissa taknak kat org,tapi masa jumpa aku,Rissa best je,
senyum senyum,nak jugak bergambar,princess lgsg tak nak.
sbb baru bangun tido,tu pon aku paksa dia bangun.hehehe.
mengantuk sangat gamaknya.salam Rissa pon gitu gitu je,
xde mood lagik.hehe.tapi Rissa gud girl sangat.senyumm je,
tapi susah nk dgr suara dia.hehehe.





curik PIC dr blog Fy.hehehe

tengok anak aku,dah panas sikit,main pasir,suka sangat lah dapat main pasir,
tapi rissa taknak main.Fy kata rissa geli.hehehe.princess gelinya kejap je,
pas tu dh jd permainan dia.hahaha.omei kan dorg!

Country Garden ni adik aku kata dulunya Danga Bay,
tapi dah mati,so dorg naikkan balik,so jd mcm ni,
mmg sangat cantik.aku teruja sangat.aku berangan lah kalau
lah boleh bawak anak anak jalan jalan ptg ptg kat tepi pantai cm ni,
kan best! hehehe.verangan jelah! hahaha.




Dear Steffi,
thanks sebab sudi jumpa i,
sudi jd kawan i even x kenal sangat dulunya.
thanks sebab,
sudi tunggu i selama sejam.
thank you so much! i harap persahabatan kita kekal selamanya,
sampai satu hari nanti i dtg JB sbb nk tgk Rissa kawen. *eh
hmm dan i hope satu hari nanti,u berjaya pujuk Tony bawak u dtg Ipoh.
hehehehe.datang KL pon jadiklah.hahahaha.

last pesanan i untuk u fy! JOM LAH KITA DIET SESAMA! hahaha.
jom kita kurus sesama.mst best! huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.bai!




10 comments:

Allene said...

tgk anak pun cantik je kulit.. huhuhu jelesnya....

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Mummy yang gojes dan hot.. heheheh... dua dua cantik.. auuummmm

eamy milea said...

Fy sama comel ngan anak dara die.. :)

Siti Nursyamimi said...

bestnye jmp kwn alam maya..
korang ni sesama cntik tau! geram aku nengok.. ra, ko bila nk dtg jmp aku plak??hahaha

Chekgu Azrine said...

Alahai...sweet je hmpa dua org

ummi aqilah (LM) said...

Patutlah ank dia sgt comel dan gebusss

Shark Kay said...

comel sungguh budak kecik 2 orang tu
sporting ek rissa,
princess malu2 plak.
hehe.

amal said...

dua2 cantik! :D

Diana Rashid said...

OOO..dah tak de ye Danga bay tu..dulu masa akak dok jb Danga bay tu la tempat berpeleseran..hahaa...tinggal kenangan je la..

::EIDA:: said...

dua dua cantik! ehh rara.. dah kurus ehh ehh!!

jemput ke entry baru ida, almaklumlaaa bloglist rosak. ape pun tak boleh laa... hukhuhuk

http://www.idabaharum.com/2014/08/laman-grill-kajang.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...