15 August 2014

Kisah BUASIR princess

haritu aku ada update pasal princess kan,yang aku kata nk bawak dia g klinik tu.
hmm korg jangan terkejut lak,aku pon xtau lah benda tu buasir ke x,
dan mcm x logik budak budak kecik dh ada buasir kan?
tapi doktor kata lain pulak.

asalnya, bontot pirncess mcm ada kulit lebih taw.
dan sejak last week,benda tu mcm membengkak,
dan 2 3 hari lepas,princess berak ada darah sikit,
dia x menangis ke hape,tapi dia bila kita nk basuh bontot dia,
dia mcm x bg,sakit agaknya.

aku pon bawak jumpa doktor last week,
doktor Sajidah kata tu buasir,tapi tak de ubat untuk budak,
so kena makan ubat sembelit je,bg taik dia lembut,
kalau lg 2 hari x ok,dia suruh dtg balik.suruh rujuk pakar,
so harini aku pergi semula Klinik tu,
jumpa pulak doktor Halimah,doc Halimah pulak cakap lain,
tu bukan Buasir,tapi kulit lebih di bontot yg luka sbb sembelit dia,
hah pulak! dan hati aku pon kuat mengatakan bukan buasir,
dia cume kulit lebih di bontot tu,
dan berak jd berdarah sbb taik dia keras sgt.
doc Halimah kata x perlu rujuk pakar,sbb kalau rujuk pakar pon,
no point,sbb princess still kecik lg,nk operation pon x boleh.

and now,cuma kena bg sembelit princess pulih,
kena bg taik dia lembut,kena bg makan buat 4 kali sehari,
tak kira buah apa pun,sayur boleh bg,tapi sayur tak lah sebagus buah,
sayur kalau kita masak terlebih,dia ada hilang khasiat,
tapi buah tidak.

so misi lepas ni,kena banyyakkan bg princess makan buah,
bontot princess tu,kena pulihkan cepat,kalau tak nanti dia akan jd lg worst.
huaaaa seram kan.hope ok lah lepas ni,
kesian sgt princess,sbb aku bila nk basuh berak dia,dia x bg.
sbb sakit.aku pon x sampai hati.

sebab dia behave harini.ibuu bawak dia makan nasi lemak.hehehe

5 comments:

Chekgu Azrine said...

rara..try bagi makan buah betik..mmg melawas dengan cepat
then kalau blh bg dia banyak minum air masak ye
susu cairkan..or tukar susu..
tak tanya DR ke punca dia sembelit tuh..
akak plak yang risau nih..huhu
sebab kesiankan

ArELeEz said...

pisang pun ok kot.

Pn Sheila said...

ala... iannyer princess... buasir yer... akak bg anak minum oren...

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

Rara..buat jus pear untuk dia minum..buat masa ni tu la pelawas untuk baby rina..kurangkan makanan karbo juga tu pnyumbang pada taik keras

athi FATHIYAH said...

pernah experience gak ni.

selain bg makan buah,
kitaorg try tukar susu...
sbb kadang2 susu especially susu coklat bg najis keras...susah anak nak membuang..

then bagi dia soft diet dulu dalam 1-2 minggu..

serta biasakan dia minum air vitagen..n byk minum air masak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...