Image and video hosting by TinyPic

08 August 2014

Luangkan Jumaat untuk Surah Al-Kahfi





Sabda Rasulullah saw : "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi).
Terjemahan ayat ;

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).

2. (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

3. Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

5. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

6. Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

7. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

8. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

9. Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

10.(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".



-----------------------------------------------

kadang kadang aku rasa bagusnya IG or FB ni sbb ada org
akan ingat kan apa yg kita lupa,ada benda yg kita tak tau,menjadikan kita tahu.
banyak yang kita belajar,harini hari Jumaat,seeloknya di luangkan masa untuk
membaca surah Al-Kahfi, marilah luangkan beberapa minit je utk 10 ayat pertama.
banyak kebaikannya.aku bukan nak tunjuk pandai,tapi apa lah salahnya kan,
org kata,kalau x baca,mendengar ayat Al-Quran pun dah elok.
kalau baca dan faham,lagik bagus.heee.
banyak khasiatnya surah Al-Kahfi ni.

ok lah,nk breakfast jap,jap lg ada meeting, bai ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Jom hafal surah al-kahfi ni. Kalau dorang buat versi lagu doa dhuha tu mungkin lagi senang nak hafal kan ☺

    ReplyDelete
  2. Bagus rara...julia pun nak buat mcm rara buat...berkongsi maksud2 ayat2 al-quran setiap hari jumaat...rara, bila tau maksud kan rasa mcm seram nak nangis je kan rara...alhamdulilah

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com