13 August 2014

Simpan Duit Raya Princess


duit raya princess tahun ni,kami dah pergi simpan awal awal,
tak nak jd mcm tahun lepas,lewat lewat simpan,kang risau makpak nya tertarik
sikit sikit duet anak.hahaha,so sebelum terlewat,mari lah menyimpan,
tahun ni mmg x terambil langsung duet raya princess,mmg semua simpan.

hari isnin minggu lepas aku EL,sbb mmg xlarat sangat nk keje,
laki aku pulak ada rumah lg.so hape lagik,mana leh tgk dia golek sorg sorg,
aku pon nk jugak join tido lama lama,hehehe.so tgh hari tu kami siap siap lah
g Tabung Haji,kami decide nk buka Tabung Haji je kat princess,
sbb senang nanti,nanti bila princess dh besar sket,baru bukak 
SSPN pulak kat dia,tapi benda nya sama je kan.

kami sampai sampai kat Tabung Haji Bandar Baru Ampang haritu,
punya lah ramai gila manusia,semua mak mak pak isi borang,
Buka Akaun Baru,hehehe,semua baru nk simpan duet raya anak yewww~
hehehe.kami punya nombor just 6 org gitu je nak kena tunggu,
tapi lah! berjam jam~ mcm mcm masalah kat kaunter.
sabo jelah~ ada lah nk dekat 3 jam kami tunggu,
nasib lah laki ku jenis penyabar,
akhirnya selamat simpan duet princess,
lepas lepas ni senang lah dah,
just masukkan duet je.heee.

aku ingat lg dulu dulu,kalau duit raya kami adik beradik,
xde nya nk simpan,dpt duet raya,semua beli barang kesukaan masing masing.
masa tu lah nk tunjuk hebat beli brg sendiri,padahalll~ hahahaha.
tapi untuk anak anak kita ni,xnk lah mcm tu.skrg dia x faham lg,
baiklah kami simpan dulu,nanti kalau dia dh faham,baru bg dia sikit,
kita simpan sikit.ada jugak duet simpanan untuk dia nanti kan.
zaman dorg nanti adalah zaman yg sangat mencabar,
kita makpak kena lah pandai pandai manage kan?
aku and laki aku pon masih lg belajar,
belajar untuk menjadi yg terbaik.

korg dah simpan ke?



15 comments:

Yana Ujang said...

akk dh smpn hari tu..transfer dr cimbclick je...senang..huhu~ riso dh tangguh2 nnt jd cam thn lepas..lesap trus duit dia T_T

ra..alang2 dh bukak acc tabung haji, daftarkan haji sekali utk princess..lps daftar duit tu boleh je nak keluarkan blk dari acc... :)

Chekgu Azrine said...

Blm simpan..huhu..nk tggu hbs raya aci x

eamy milea said...

Asalamualaikum rara,

Saya belum bukak akaun Tabung haji lagi untuk anak saya. Insyaallah esok nak pegi bukak..duit ni mana boleh simpan lama3 kang lama2 hilang hihi.. 😊

Diana Rashid said...

Semua dah seleaai masuk akaun.minggu raya tu dah masuk kan.tapi ni ada lagi sebab pergi jalan umah kawan2,open house kat sini dapat duit raya lagi.tunggu habis raya la baru masuk kan yang setengah ni.

Kira Sakura said...

samalah. dah simpan sesiap duit anak bujang tu. bukak masa dia 6 bulan dulu. simpan duit dapat masa bersalin dlu. mujur lah pun dah bukak awal2. memang masa nak simpan duit raya punya ramai orang bergilir nak bukak akaun.

sama jugak. tabung haji pilihan hati :D

sYiRa LoKMaN said...

selamat malam...tolong doakan syira rajin blogwalking ye..makin malas skrg ni..ehehehe

ArELeEz said...

bagus planning u tu. wajar dicontohi.

Love Razila said...

Dah selesai simpan tapi masih berbaki sikit2 lagi sebab dok beraya lagi kan. Hehehhe ape pon kene menyimpan untuk kegunaan masa hadapan =)

Tabung haji, saya buat potongan gaji terus masuk akaun ank2 ..

dalila said...

hurmmm..blm simpan lg..tu la..takut jgk ni tertarik2 sket..thn lps pun tertarik jgk..jenuh la nk membayar blk

Mila Hilas said...

belum smpn gk lagi....raya sebulan so tunggu hbs semua collect dlu hahahaha...jht x niat?

lia said...

akak pon da selamat simpan... lega otak sbb riso terguna jer... almaklum la, gaji lambatttt g he3

Rizziela said...

duit raya 3 hero pun dah selamat dlm bank

Fifi Nadhrah said...

fifi tak simpan lagi.. ade lagi yang menghulur.. tu yang tak simpan lagi tu.. tunggu habis raye..

eima said...

mesti la kena simpan zaman sekarag ni .. kita tatau lagi masa depan cam ne .. tetiba pendidikan percuma dah takd e cam ne ... cam ne kita nks ara anak2 kan ... klu menyimpan dr sekarang mungkin kita boleh guna utk bantu pendidikan diorg nanti

Ecah Ecot said...

x sempat nak gi bank lagi bukak akaun si rasya...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...