Image and video hosting by TinyPic

26 September 2014

Pengalaman melawat Lembaga Koko di Nilai


Entry lepas kalau ada yg nk baca,leh KLIK SINI 
ni aku sambung jelah eh.hehehe.

kami bertolak dlm kul 9am,bus stuck dlm jem nk masuk dlm Angkasapuri ni.
hehehe.ok lah,no hal sbb kami tetap sampai dlm range masa yg ditetapkan.
rupanya bukan jauh sangat pon Lembaga Koko ni,
dekat je,lepas je tol,masuk sikit dh sampai Lembaga Koko Nilai.
nk tido pon x sempat meleleh ailio.hahaha. 



sampai je terus bergambar ramai ramai,then register,then makan makan breakfast
sambil dengar taklimat,sangat santai.sonok jeee.
masa daftar tu dpt beg,dlm tu ada pamphlet pasal Koko dan coklat,
ada acuan buat coklat,tools buat coklat,dan apron skali.
wahhh kurrlasss,bukan calang calang yeeee.hehe. 




lepas taklimat,kami dibawa ke Chocolate Royal pulak,
kat sini masuk masuk je bau coklat.ampunnnn sedapnya bau,
mmg best.kat sini kilang buat coklat,tapi namanya kurrlasss jugak kan,
mmg teruja sgt tgk dorg buat coklat ni.setiap mesin ni ada coklat yg dia hasilkan.
yg bulat bulat kat atas ni untuk buat coklat bulat bulat tu,penning ke apa namanya.
alah x sempat lak nk tunjuk gambar,malas nk carik.hahaha.
boleh x gitu~



makcik makcik ni punya lah teruja,sampai kami x boleh nk kedepan pon,
kami duk lah belakang.malas nk berhimpit.hahaha.
nasib mak jemah tinggi.hahaha.


aku teruja gila tgk coklat yg dorg hasilkan.mmg lawa.mmg cantik,
yg printed tu pon lawa.tapi dorg x ajar pon mcm mana buat dia.
Btw coklat dr sini mmg sedap.sbb mmg coklat tulin kan.
then dorg jugak hasilkan product kecantikan,
rupanya lemak koko ni sangat bagus untuk kulit kan?
product product berasaskan butter cocoa tu mmg bagus untuk digunakan.
aku xtau pon sblm ni.heee.terasa kerdil diri ini.
dan kalau korg nk tau jugak,milo tu dihasilakan dr HAMPAS biji koko ye,
hahaha.last last skali dh dorg serap segala kebaikan koko tu,
last skali biji koko tu tinggal hampas,hampas tu lah di buat milo.
ni bukan Auta ye,ni Fakta.hahaha.







depan mata nampak coklat banyak banyak mcm ni,
apa ko rasa? tapi diletak pulak FOR DISPLAY ONLY,
mmg frust lah,kalau ikutkan hati,aku nak je ngap semua.
hahaha.aku dh lah penggila coklat.dan nk mention lg skali,
coklat dia sedap gilaaaa.huaaaaa.

dan lepas tu kami ada sesi buat coklat sendiri,
Kay dari Lembaga Koko ni akan ajar dan borak borak pasal koko ni.
aku ada rakam video,so boleh lah kalau korg nk tengok.
best sgt belajar dengan kay,sbb dia suka buat lawak,
dan friendly,belajar kat Paghriissss tauuu.hehehe.
Kay dh x heran pon dengan coklat coklat luar negara tu.
beshhhhhnyaaaa~


aksi ni paling menarik.mahal gayanya tu.

ada gaya x?


lepas tu turn kami pulak buat coklat,pakai apron yg dia bg tu,
tools lain sume dia dh sediakan.hehehe seronok,sangat x sabar masa buat ni.
kami belajar jugak lah tips tips pasal coklat,nanti aku share lain dgn korg eh =)
nk buat coklat kena ada tools yg betul,untuk buat coklat menggunakan coklat tulin,
kena ada marmar,ada termometer,ada spatula dan lain lain lg,
bila lengkap tools senang lah nk buat keje,dan kena duk dlm aircond,
kalau x nanti coklat senang cair dan lambat keras,
tapi kalau buat coklat guna coklat compound,korg x perlu pon semua tu,
boleh je buat kat dapur kita mcm biasa,xpayah nk bermarmar segala ye~
overrr sangat tau.hahaha.

kami 1 group,ni kes aku nk selfie sorg sorg,to sempat dorg menyelit.hahaha

ni termometer dia.


hah ada gaya x? hahaha

buat coklat mmg seronok,xde lah susah mana pon.
lepas ni aku nk bukak bisnes buat coklat lah,tapi agak renyah,
korg kena ada peti ais kering sendiri,sbb coklat musuh utama dia adalah air,
so x leh tempat yg ada air,dan dlm peti ais korg,
xleh ada budu ke,cencalok ke,tempoyak ke,
sbb nanti coklat tu akan absorb bau tu,tu sbb bila simpan lama lama coklat
dlm peti,coklat kita akan ada bau x sedap kan.pasan x?



lepas solat dan lunch,kami sambung lg buat coklat,
mcm mana nk buat coklat yg ada inti,mcm mana nk buat coklat letak kacang,
mcm mana nk buat coklat putih,mcm mcm lagik.mmg best sangat.
aku suka benda benda gini.

pic atas ni hasil semua coklat yg kami buat,banyak kan.
so mmg x payah beli dah.coklat kat sini agak mahal,
sbb mmg coklat tulin,sekilo RM60,tapi serius mmg sedap.
kalau mkn tu mmg melt terus dlm mulut.aku suka sangat lah.
Princess pon masa aku bawak balik.dia sorg dah berapa ketul.
geram betul aku.hahaha.

cuba cari aku.hahaha

dalam jam 4pm kami dh settle semua,dan pulang ke Angkasapuri
dengan selamat,Alhamdulillah.mmg fun,mmg best,cuma ada lah beberapa perkara
yg lawak tu kan,biasalah bila dah ramai ramai mcm ni,
mcm mcm lah peel nya kan.tapi aku tetap seronok,even last last tu aku naik stress
sampai sakit kepala.hahahaha.

thanks Lembaga Koko,layanan yg sangat best!
lepas ni nk usulkan ke Puspanita g tempat lain lak,
agak agak mana best eh? hehehe.
bai ♥





Hasil daripada Jualan Puspanita harini

lagi satu yang best bila ko keje Gomen ni,
tiap taip jumaat minggu Gaji tu, akan ada Jualan Puspanita,
Jualan ni ada lah jual mcm mcm benda,
ada baju,tudung,telekung,makanan,brg kecantikan,
wafer,kain,baju anak,baju bapak,semua ada lah.
ko cakap je nak apa.kambing golek pon hade.
hahaha ok #itutipu, kambing panggang je hade.

kami kan dah gaji kelmarin,
so harini menjejak lah kaki kami ke jualan puspanita,
tipu lah kalau x beli apa apa,aku lah selalu nya,
mesti terjebak,terjebak jebak beli mcm mcm,bencik lah aku.
aku selalu lemah dengan godaan kalau untuk bab kecantikan,
bedak dan lain lain lg,kalau baju aku tak terliur sangat,
tapi kalau bab bab barang makeup,mmg senang je terjebak,
aku sampai stress dgn diri aku sendiri tau!



Jualan Puspanita harini aku terjebak beli menda alah kat atas ni,
HB loose powder and conceal cream ni.
aku sebenarnya dh lama mencari concealer yang bagus
and sesuai dgn kulit,tapi masih x jumpa lg,
then td akk tu promot baik punyaaaa product ni,
dari Taiwan katanya. ( org kata kalau nk beli product muka,
beli yang Korea ke,Taiwan ke,sbb product dorg sesuai dgn kulit kita )
so aku pon sangat terjebak,dan terbeli lah menda alah ni.
masa dia test kat muka aku,mmg best.mmg sedap.ringan dan mcm x pakai
apa apa bedak pon.so keluar duit,bayar,dan blah,jgn duduk lama lagik kat situ.

aku xtry pakai lg,jap g cuci muka baru nk try.hahaha.
mmg dasar x sabar tunggu balik rumah.


lagik satu benda yang aku tertarik lg,dengan nail polish ni,
cutex yg boleh bawak solat.korg perasaan x banyak hijabista hijabista ni,
dorg kan selalu pakai cutex,aku tertanya-tanya,mcm mana dorg solat,
sah ke tidak.rupanya dorg pakai cutex ni,boleh bawak solat,
dan peel-off,korg x yah nk beriye g carik nail polish tu,
yg ni korg leh tarik je,nanti aku demo mcm mana tau.hehe.
yg ni sebotol rm15,ni opis mate aku lah gatai ni,
kan dah terjebak skali.hahaha.

tapi aku takkan bawak benda ni g solat,hmm mcm x perlu
bawak even dia kata boleh bawak solat,mcm x sedap lak nk solat
skali dgn pewarna kuku kan.skrg aku period,so xrisau lah.
ni jap g aku bukak lah.senang jeee.hehehe.

ok lah.nk makan jap.bai ♥





Gambar Majlis BabyShower Rozita Che Wan

baby shower

baby shower

baby shower

baby shower

baby shower

baby shower

wahhhh meriah sangat,mcm x sabar lak nk tgk muka baby.
huaaaa.aku pulak overrr.



Harga OverTime untuk pengasuh

semalam aku lambat amik princess,
rehersal habis kul 5.45pm,then aku sampai kat taska kul 5.50pm,
aku amik anak mcm biasa jelah,aku x tanya apa apa pun,
pagi ni tetiba ada tulis kat whiteboard P.Sophia 5.50pm,
thats means kena bayar OT lah.aku tanya kat pengasuh lg sorg tu,
OT tu bayar kat sape? dia kata bayar kat dia,
then aku tanya lah berapa, berdebor debor hati aku nk tunggu jawapan,
hahaha.korg rasa berapa RM?

ce teka?


ce teka?


then pengasuh princess kata, RM7
errrrrr terkejut gak aku,tapi aku x tunjuk lah.hahaha.
rm7 untuk even 10minit.kalau lebih 6.30pm xsilap aku,
kena bayar double,means rm14.
adoiiiii,xbalik modal mcm ni.hahaha.
bukan lah nk berkira,tapi mcm mahal lah bg aku,
lepas ni mcm mana lewat pun,aku akan amik princess
sblm kul 5.30,kalau x kang kena bayar ot.hahaha
bukan kedekut,tapi dasar penjimatan.
hahaha.

tempat korg pulak mcm mana?
kena bayar OT jugak x?


ok lah,nk breakfast roti jala jap.opismate belikan td,
bai ♥


doa pagi jumaat



25 September 2014

Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi


Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal 

- Imbasan mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti oleh cacing pita 

- Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah dimakannya 

- Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang semakin melambung tinggi

China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.

Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.

Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.

Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.

Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).

Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.


=============================================

aku pon penggemar sushi,
tapi xsuka mkn ikan mentah tu,
tapi aku suka makan telur ikan.huaaaa.
sama x kekdahnya tu? geli pulak aku.



24 September 2014

Princess : Bila anak dara dah pandai sembang

Princess : buu papa ane?

Ibuu : papa workkk

Princess : bukannnnnnn

Ibuu : apa bukan pulak.betullah papa work


Princess : bukannnn.papa kat umahhh.


Amboiii sangat.dia lg pandai dr ibuu ye.org dh cakap dh papa work.dia nk jugak ckp papa kt rumah.last last balik rumah mmg papa xde.pas tu sibuk jerit jerit panggil papa.padahal mmg papa xde.haihh anakkk.dah pandai sgt dh ehhh.

Lawaknya berkerja dengan makcik makcik

Alhamdulillah.selamat dh lawatan ke Lembaga Koko Nilai.sempat lah dgr taklimat pasal koko.amik tau pasal coklat.tapi skrg xnk story pasal tu.skrg nk story pasal makcik makcik yg bersama aku td.mcm mcm peel makcik makcik tu.aku harap makcik tu x baca blog aku.hahaha.

Kelakar lah bila berkerja dgn dorg.kelam kabut,aku rasa korg mesti faham kan.jenis org yang kelam kabut.xsabar nk buat sesuatu dgn sabar.aku td perhatiii je.malas nk layan.haha.

Bila dah sampai bab nk agih agihkan coklat yg kami dapat tu pun 1 hal.ada lebih 1 box coklat.tapi ada sorg makcik tu bukan nk agih.dia amik sorg.sampai penuh bekas dia.haih selfish kannnn.kena lah bahagi bahagi.semua org buat kerja yg sama.aku sampai sakit sakit kepala nak gelak.aku xheran sgt.tapi kesian lah kt org lain kan.dari awal sampai ke akhir.kelam kabut sajeee.dengan yang xfaham xfahamnya.org tu dah ajar dah terangkan banyak kali.tp still nk tanya.haih sabarrrr sabarrrr.haha.

And now aku masih sakit kepala.ok nk tido jap.bai.hahahaha.sampai nanti gerak aku eh.hahaha.

Kali pertama mengikuti rombongan PUSPANITA


Harini iollss diberi pelepasan, pelepasan hape? Pelepasan menyertai rombongan ke lembaga koko.hah uollsss.mokcik nk g buat cekelat harini.ngeh3.


kalau korg x tau, mak jemah ni ahli Puspanita.hahaha.kerlasss uollss.dah keje gomen kan.puspanita dan gomen x leh dipisahkan.kali ni pestime lah mak jemah ikut rombongan.yang membuatkan mak jemah nk ikut sbb g lembaga koko.leh tgk cekelat.dan nanti ada sesi buat coklat sendiri.beshhh khennn.ala ala masterchep tu.hehe.



kalau penuh gambar kat IG mak jemah tu harap mahap yek.hehehe.nk follow ig mak jemah.taip je safurara.bukan www.safurara.com ye.hanya safurara sajeerr.hehe.bai korg.nt borak lg pasal koko ni.baiii ♡




23 September 2014

Handbang dari Biawak

Harini trending sgt kes biawak.biawak cakar budak 2 bulan tu.kesian sangat kan.luka dalam sangat.aku mmg x sanggup tgk.hish. malam ni aku nk tunjuk handbag real dr biawak.ni real tau.bukan tipu.hishhhh x sanggup aku nk guna.

Sepagi dengan secawan Coffee


morning! harini a little bit busy,
jap g nk meeting,nk hantar report KIK.
hope semua ok.



22 September 2014

Baju Frozen Murah dan Berkualiti


sambungan Part 1, dan Part 2 : moh cite pasal baju Frozen princess pulak.
Tutu Dress Elsa Princess ni ditaja oleh kak Latifah Bee. aku kenal kak ni
sejak dia jd penaja aku masa aku buat GA dulu.hehe.best akk Latifah Bee ni,
peramah dan senang nk deal dgn dia.

sebulan sebelum aku nk buat birthday princess,aku ada survey survey baju Frozen,
tapi xtau kat mana ada jual,then kak Latifah PM aku,dia kata dia nk sponsor baju.
wahhh bia betik akk ni.hehe.aku segan lah jugak,nk mintak beli,
tapi dia x bg aku beli,dia nk bagi je kat aku.

so seminggu sebelum birthday princess,
kami jumpa kat Axis Ampang,
segan jugak nk jumpa kak Latifah,tapi bila dh jumpa,
xhabis habis borak,sampai lah anak dara aku tu berak,
hahaha.so kena balik cecepat.





kalau beli baju dari kak Latifah ni,pertamanya,korg x yah risau pasal material kain,
kain dia mmg kain satin + net yg lembut tu,bukan kain keras mcm kertas tu ye,
mmg selesa,aku pada mulanya,risau nk beli baju online sbb risau kain dia keras kekung,
aku kalau boleh nk pegang dulu material dia mcm mana,tapi kalau beli dgn
kak Latifah atau dr Butik Online dia ONLINE SHOP mmg tak perlu risau.
material kain amat dititik beratkan,sbb dia jugak bg anak anak dia pakai,
dia kata takkan nk bg anak anak pakai kain x keras kan.

Princess pakai Dress Frozen dia dr kul 3pm sampai malam,
tgh hari tu princess pakai,x berpeluh pon.ok jeee,
dan nampak princess selesa je, x de pon mengamuk ngamuk,
kalau x selesa,kompom dia ngamuk dulu.

oh lupa jugak nk bgtau, Crown yg princess pakai tu,beli kat My One Shop je.
mashu dia belikan.hehehe. Rm12.90, korg tau kan kedai My One Shop tu.
crown crown gini mmg omei omei sangat,murah pun murah,
nasib lah anak dara tu pakai je sepanjang majlis,baik pulak dia haritu,
kalau x jangan harap lah nk pakai.dia senyum senyum tgk muka dia
kat depan cermin.ngade sangat!



tutu skirt and tshirt ni pon dr kak Latifah kak.baik hati sangat akk ni,
semua dia nk bg.hhahaha.banyak lg barang yg dia jual,
kalau barangan Frozen,ko ckp je nk apa,semua ada,
baju,baju tidur,dress,beg semua ada lah.boleh lah usha usha kat
ONLINE SHOP dia eh.berurusan dgn kak Latifah Bee adalah sangat seronok.
semoga akk selalu dimurahkan rezeki ye kak.

ok lah.bai ♥


jgn lupa ONLINE SHOP





Ayu Mee Udang Teluk Kumbar, Mee Udang Terbaik


Last week kami ke Penang,pergi hantar rombongan bertunang,
pergi sekejap je,bertolak Jumaat Malam,
dan balik hari sabtu tu lepas kenduri,
sebelum balik Kl, MIL aku ajak makan mee udang,
Ayu Mee Udang ni dekat je dgn rumah makcik laki aku,
tepi tu je,so singgah lah kejap.
sebelum ni aku pernah mkn mee udang kat Taiping je.
kat Taiping tu mmg terbaik lah.so meh try kat sini pulak.

aku order mee udang,princess pulak Nasi Goreng udang.

masa sampai tu,aku terkejut gila tgk pinggan dia,
mmg besar gila,mee banyak,udang 3 ekor dan udang tu sangat besar,
princess punya lah x sabar sgt nk makan udang,sampai amik udang aku.
hahaha.

rasa mee udang dia,perghhh~ aku xtau nak cerita mcm mana,
sedap,semua rasa ada,tak berapa nak pedas,dh mkn lama lama baru
terasa kepedasan dia.so budak budak pun mmg boleh makan lah.

kalau mkn sepinggan tu,mmg akan kenyang sampai ke malam,
( kalau korg mkn masa tu pukul 5pm lah ) hahaha.

Nasi Goreng Udang dia pon sangat sedap!
kat situ,specialist dia mmg Mee Udang and Nasi goreng udang lah,
jgn mintak menu lain,sbb menu lain xsedap,hehe.
Harga Sepinggan Mee Udang dlm Rm13 tak silap aku,
sbb kami makan 3 pinggan mee udang,dan 2 pinggan nasi goreng udang,
Rm70.so kira ok lah kan.puas hati,nasi pun banyak gila.

nanti kalau korg ke Teluk Kumbar,boleh lah try Ayu Mee Udang ye.
mmg sedap.

kalau nk singgah,ni alamat dia ya :

Restoran Ayu Mee Udang.
936B , Lengkok Kg Masjid Satu,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Tel : 04-6493881
H/p: 012-4652823



masa OTW balik,singgah tgk kapal terbang mendarat, eh mendarat lah kan,
hehehe.takut rupanya kalau tgk kapal terbang mendarat ni kan.
bunyik dia,menakutkan.tp best.princess suka.



Victoria Beckham True Love



pagi tadi kat HotFM story pasal True Love.
dan kebetulan tgk kwn kat FB post pic ni,tentang True Lovenya
Victoria dan Beckham.dr duduk teres,dan akhirnya dapat beli
ISTANA,hebatnya cinta dorg,dan yg aku teruja,so far x pernah
lg dgr kes apa apa pasal dorg,x dgr pasal gaduh ke,nak cerai ke.
best je kan?

mcm aku pulak,mcm mana aku tau true love nya cinta kami suami isteri,
since laki aku ( masa tu tunang lah ) sanggup datang dr Manjung,
ke KL,semata mata nk bawak aku g hospital,masa tu aku sakit teruk,
xboleh dah nk harapkan org lain,dan dia sanggup datang,
tgh malam pulak masa tu,lepas hantar aku balik rumah,
dia pulang balik ke Manjung,mmg rare lah aku rasa.
kalau org lain,aku xrasa ada org sanggup buat cm tu.

masa tu lah aku rasa aku x boleh hidup tanpa suami aku,
walau gaduh mcm mana pon,aku tak boleh tanpa dia,
gaduh kejap je,xsampai sejam,pas tu aku mst dtg kat dia,
salam dia,cium tangan dia.takut wei,syuga bawah kaki dia.
hahahaha.

aku harap,cinta kita semua suami isteri,kekal berpanjangan lah,
anggap lah duit tu cuma hiasan dunia,selalu pasangan gaduh pasal duet kan?
hehehe.jgn tipu lah,aku tau.hehehe.

dan maksu aku pernah pesan kat aku masa mula mula aku kawen dulu,
dia kata,kalau nk marah,g duduk jauh jauh,
pas tu letak badan ke,tangan ke dekat ngan aircond,kasi sejuk sikit.
hahaha.pas tu nanti mesti ok.

mmg menjadi! kalau rasa nk marah,duduk jauh jauh,
jgn duk dekat dekat lg kalau nk marah,kang mst jd gaduh teruk lg.
hahaha.korg try lah.

ok lah.nk buat kerja.bai ♥




21 September 2014

Takutnya ada anak dara

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun anak aku.bila belek belek pic.Ya Allah.big girl dah.bila tgk dressup dia ptg td.lg lah rasa nk meleleh air mata.besar dh anak ibuu.mulut pon dah pokpek pokpek.pandai dah nak pakai itu,nak pakai ini. Ya Allah,jdkan lah anak aku anak yg solehah,yang mendengar kata,yang menyenangkan hati kami sekeluarga.

P/s : lepas ni leh jd cam khairine anak senah zaza tu.ajak ibuu sopimm.takutnyaaaa.hahaha.ibuu kena kerja lebih sikit ni.hehehe

20 September 2014

Giant Fan di Restoran Jejantan Sg.Buloh

Kalau korg singgah restoran jejambat sg.buloh,jgn tanjat lak nampak kipas giant ni.1st time princess tgk,melopok mulut dia.hahaha.mmg kelakar lah.kipas tu seriousely mmg besar.geraknya slow je.tapi dia punya angin,mmg sejuk.best gila. Kalau lah boleh pasang kat rumah.mst besh kannn.

19 September 2014

Makan Makan Dominos untuk keberangkatan officemate ke Makkah


Ahad minggu ni,21hbseptember2014 k.ain akan berangkat ke Makkah,
untuk mengerjakan haji,so harini k.ain banjer kami makan,
kami dgn mkn mmg sinonim,makan sajer,xde kerja lain.
asalnya nk g makan kat MidValley,tp boleh pulak harini sesak kemahen,
tempat parking ladies dorg tutup.mmg choi sgt.kami keluar dh 1.30pm,
then cr parking x jumpa,keluar dr midV dh kul 2.15pm,
then last last makan Dominos kat Pantai Dalam je,
sadis kannn! haih! pas tu kena marah sbb balik lambat.
sabarrr jelah.hahaha #padanmukakami


saya punya,lemak melompat gembira!

k.ain tudung merah k.lin tudung kelabu.hehe

terima kasih k.ain,moga dimurahkan rezeki,
doakan kami pulak sampai ke sana ye,
k.ain murah sgt rezeki sbb awal tahun haritu mengerjakan umrah,
dan akhir akhir tahun ni diJemput pula menunaikan haji,
im happy for u,moga nanti,ada jugak kesempatan aku untuk menunaikan umrah.
#hajibelumdaftar sobs~

semoga k.ain selamat pergi dan pulang,
dikurniakan kesihatan yg baik baik saje kat sana,
dah semoga mendapat Haji yg Mabrur.
Amin.

kenyang gila makan Dominos.hikhik,
dan aku nk bg tau korg! air Biru dr Dominos ni adalah sangat sedap.
sedap gilaaa! Try lah Mountain Dew Biru ni.bestttt!
kat luar xde jual lg tau.hehehe

sekian,nak balik.bai ♥


Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com