.jpg)
Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan
kulit gatal
- Imbasan mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti
oleh cacing pita
- Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar
ikan mentah yang telah dimakannya
- Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang
semakin melambung tinggi
China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan
daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu
berhati-hati apabila mengambil makanan ini.
Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan
satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya
telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu
banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.
Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini
telah dirawat di hospital di Guandong.
Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh
mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.
Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan
larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti
ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih
hidup.
(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).
Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap
kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin
popular dalam masyarakat.
=============================================
aku pon penggemar sushi,
tapi xsuka mkn ikan mentah tu,
tapi aku suka makan telur ikan.huaaaa.
sama x kekdahnya tu? geli pulak aku.

aku memang tak makan shushi.. org nak kata aku tak advance pun tak apa sbb aku geli nak mkn shushi tak tau lah kenapa.. apa2 pun ko rentikan lah makan shushi tu Ra..
ReplyDeletesuka sushi dan mmg mkn ikan mentah tu cuma tak selalulah...
ReplyDeletetak makan sushi... tekak x leh terima.. huhu
ReplyDeletealamak.. geli pulak tengok.. alise pon suka sushi tapi xmkn yg mentah tu.. makan yang belut dgn telur ikan jek..
ReplyDeleteEiii..lagi la tak selera nak makan sushi lepas ni..akak kan dulu makan jugak tau..tapi beli yang dah siap.kat pasaraya.lepas tu satu hari akak pergi makan kat restoran nya..kat auto city ni la..lepas tengok dia dok buat depan kita terus tak lalu makan..hhahah..padahal restoran nya bersih..cuma akak memang geli bila bab2 itu la..pelik betull
ReplyDeleteErr..seramnya tengok imbasan tu..nasib la memang x pandai makan sushi
ReplyDeleteeeii geli la
ReplyDeletemakkk..nasib i mmg xmkn sushi..tekak ni xleh nk terima..
ReplyDeletetak rasa cacing tu gerak2 ke.. kikikkii
ReplyDeleteentry terkini...Harris getting better
Meremang bulu roma. Gulp
ReplyDelete