26 September 2014

Hasil daripada Jualan Puspanita harini

lagi satu yang best bila ko keje Gomen ni,
tiap taip jumaat minggu Gaji tu, akan ada Jualan Puspanita,
Jualan ni ada lah jual mcm mcm benda,
ada baju,tudung,telekung,makanan,brg kecantikan,
wafer,kain,baju anak,baju bapak,semua ada lah.
ko cakap je nak apa.kambing golek pon hade.
hahaha ok #itutipu, kambing panggang je hade.

kami kan dah gaji kelmarin,
so harini menjejak lah kaki kami ke jualan puspanita,
tipu lah kalau x beli apa apa,aku lah selalu nya,
mesti terjebak,terjebak jebak beli mcm mcm,bencik lah aku.
aku selalu lemah dengan godaan kalau untuk bab kecantikan,
bedak dan lain lain lg,kalau baju aku tak terliur sangat,
tapi kalau bab bab barang makeup,mmg senang je terjebak,
aku sampai stress dgn diri aku sendiri tau!



Jualan Puspanita harini aku terjebak beli menda alah kat atas ni,
HB loose powder and conceal cream ni.
aku sebenarnya dh lama mencari concealer yang bagus
and sesuai dgn kulit,tapi masih x jumpa lg,
then td akk tu promot baik punyaaaa product ni,
dari Taiwan katanya. ( org kata kalau nk beli product muka,
beli yang Korea ke,Taiwan ke,sbb product dorg sesuai dgn kulit kita )
so aku pon sangat terjebak,dan terbeli lah menda alah ni.
masa dia test kat muka aku,mmg best.mmg sedap.ringan dan mcm x pakai
apa apa bedak pon.so keluar duit,bayar,dan blah,jgn duduk lama lagik kat situ.

aku xtry pakai lg,jap g cuci muka baru nk try.hahaha.
mmg dasar x sabar tunggu balik rumah.


lagik satu benda yang aku tertarik lg,dengan nail polish ni,
cutex yg boleh bawak solat.korg perasaan x banyak hijabista hijabista ni,
dorg kan selalu pakai cutex,aku tertanya-tanya,mcm mana dorg solat,
sah ke tidak.rupanya dorg pakai cutex ni,boleh bawak solat,
dan peel-off,korg x yah nk beriye g carik nail polish tu,
yg ni korg leh tarik je,nanti aku demo mcm mana tau.hehe.
yg ni sebotol rm15,ni opis mate aku lah gatai ni,
kan dah terjebak skali.hahaha.

tapi aku takkan bawak benda ni g solat,hmm mcm x perlu
bawak even dia kata boleh bawak solat,mcm x sedap lak nk solat
skali dgn pewarna kuku kan.skrg aku period,so xrisau lah.
ni jap g aku bukak lah.senang jeee.hehehe.

ok lah.nk makan jap.bai ♥





5 comments:

Wawa Yusoff said...

Aku pulak harini terjebak dengan segala jenis shawl dan skirt.

semalam gaji harini dah nipis beg duit. hahaha

Anonymous said...

Tahukah awak bahawa menyimpan kuku panjang merupakan dosa kerana dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi.
bagi orang Melayu dan beragama Islam yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang kurang pandai atau pun degil, liat untuk solat dan mendengar kata akibat diberi makan bahan kotor yang berada pada kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan

safurara said...

@Anonymous terima kasih lah sbb mengigatkan,tapi adakah anda rasa selepas saya berak,sy terus sediakan makanan anak saya? adakah kuku sy nampak kotor,hitam? takkan? walaupun panjang,kuku saya tetap bersih.btw thanks lah sbb ingatkan pasal babi lah segala.tapi i know what im doing! so jaga je diri sendiri ye.xyah sibuk hal org.thanks.

Love Razila said...

Wah..kite pula nak mencari eyeliner ni. hemm eyeliner yang ada dah habis. Hahaha bedak pakai bedak nyonya je. Kikiki =)

Diana Rashid said...

Akak ada satu pengilat kuku tu Ra..suami tak bagi pakai masa solat.dia suruh tanggalkan dulu..dia kata kalau pun akak yakin boleh pakai solat,tapi dia tak yakin..hahahahahampeh.. jadi sebab sayang nak tanggalkan tiap kali nak solat akak pakai time datang bulan je..tapi akak beli mahal sikit dari harga Rara..mahal tak banyak pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...