Image and video hosting by TinyPic

31 October 2014

Viral Jeruk Mangga Asam Boi


dari sehari ke sehari aku tgk org post pic jeruk mangga ni,
memula aku tak heran sangat, tapi bila benda dh hari hari lalu depan muka ko?
agak agak ko terliur x? aku jenis yg x makan jeruk,
kalau jeruk dr Penang tu, jeruk Pak Ali kan yg pemes tu?
aku sikit pon x terliur, tapi dgn jeruk mangga asam boi ni,
seyes buat aku x keruan.haihhssshhh! myb sebab ada cili cili tu kot.

lepas tu, balik je Ipoh last week, aku pon buat lah,
lagik best bila makcik jiran bagi mangga lak,
banyak, lg sonok lah kami.mula mula testing buat sebekas dulu,
pas tu kalau sedap, baru buat lagik.aku buat dgn adik aku,
kul 7pm, magrib magrib kupas pelam weiii,hahaha.
sbb org kata dia 5 jam je simpan dlm peti.
so kelam kabut buat.tgh malam sat g boleh makan dah.

Resipi :

Pelam 4 bijik, ( yg keras dan masam lg sedap )
cili padi merah dan hijau ( ikut tahap kepedasan korg )
asam boi ( 7 8 biji )
gula and garam ( buh gula lebih sket )

lepas 5 jam dah boleh makan,
rasa dia? mmg sedap lah weeeiiiii, masam masam pedas,
Ya Allah, kecur kecur ailio aku tgh menaip ni.hahaha.
xcukup weiii!


hari sabtu aku buat lagik 2 balang mcm dlm pic ni,
ko tau balang besar tu kan? laki aku makan sorg,
hampeh betoi, x sempat bawak balik KL pon.

kalau org jual, sebalang besar tu Rm25 tau,
aku buat sendiri je.hehehe.lg senang, puas hati, jimat.
ada kes kat FB aku baca, yg beli online,
tapi gambar lain, bila dapat tu lain.ich x baik betul dorg ni.
meniaga biar lah ikhlas kan.

weekend ni nk carik pelam, nk buat lagik.hehe
bai ♥




Princess : Checkup Gigi


harini Taska princess ada buat Program Pemeriksaan gigi,
ada lah aktiviti aktiviti lain, kami mak mak pak ni di jemput lah hadir.
hehe.aku mmg mcm excited nak pergi, nak tgk kondisi gigi anak aku.
dorg ada buat sapuan florida setiap 6 bulan.princess mmg
dah ada kad merah tu, kad cek gigi.ritu dh sapu florida,
now xpayah, cuma check je.

dengan mama Amani

kami mak mak pak diberi ceramah dulu sorg sorg.
cite lah pasal gigi gigi anak memasing,kalau korg tgk pic yg atas sekali tu,
pic gigi paling bagus ada lah yg num 2, dia mcm ada kapur kapur sikit,
yg tu yg paling bagus, dan gigi yg jarang adalah gigi yg elok yeww.
jgn ingat gigi jarang tu gigi anak kita pelik lak,
gigi jarang bagus untuk gigi kekal tumbuh nanti.
dia ada ruang untuk keluar, kalau rapat rapat sgt,
tu yg nanti gigi kekal akan bersimpang siur, *eh faham x ni?
aku pulak tgk gigi anak jarang jarang, aku lak risau.haha.
tapi skrg x risau dah, dan paling baik, anak umur setahun,
dah boleh bawak dia jumpa doktor gigi, untuk ajar dia kenal doktor gigi,
dan doc leh check gigi dia elok tumbuh atau x.

lagi 1 doc kata, kalau berus gigi, kalau boleh jgn kasik anak telan ubat gigi,
nanti gigi kekal yg tgh proses nk keluar tu akan jadik rapuh,
sbb banyak telan ubat gigi.kalau boleh ajar anak meludah,
princess suka mkn ubat gigi.mmg geram aku,lepas ni xnk bg dah.
tu selalu aku buh sikit sgt ubat gigi kat dia, tapi pastu dia mintak lagik,
hishhh, sabor jelahhh~
nak check gigi, tapi xnk bukak mulut.

Princess ni jenis pemalu tau, mmg pemalu kalau dgn org x kenal,
kalau dgn org kenal, dia akan jadik gedik.hahaha.
dia punya pemalu sampai xleh nk buat apa apa.
sampai nk suruh bukak mulut pon mmg dia xnk.
banyangkan lahhhh~ tapi misi kata princess punya gigi ok.


mcm masa kita sekolah sekolah dulu kan.hehe


dapat lah towel and pen, princess dpt ubat gigi Kodomo Lion and berus gigi.
hehehe.best sgt Taska Cumi Ciki ni, sbb ada mcm mcm program.
taska anak korg ada buat x? best kan?!

heee ok lah, tu je nk cite.bai ♥





30 October 2014

Aquaria KLCC : Princess tengok PIRANHA makan


ceritanya Rabu cuti Deepavali yg lepas,
x plan pon nak kesini, biasalah kami ni,
semua benda unplanned, hahaha.
kami keluar lepas jumpa kak Latifah Bee,
ambil baju Anna ( pojen ) maksu aku untuk birthday anak dia
bulan 12 nanti, lepas tu dah x tau nak kemana,
kami terus lah ke KLCC, walaupun jarang bejalan kat Kl ni,
tapi still x tau nak pegi mana, bosan gila,
tak paham org org lain tu pegi lepak mana selalu.
ce bgtau sikit mana tempat yg best kt KL ni.hahaha

mcm baru 1st time sampai klcc amik pic gini.haha

dekat KLCC rabu haritu, Ya Ampun, bau bauan nyaaa,
xmenahan aku, yelah kan, raya Deepavali, dorg pakai minyak apa
ntah masuk KLCC, naik pening kepala aku,pas tu g keluar kat air pancut tu,
punya lah ramai pelancong asing! hahaha. sibuk nk bergambar kat air pancut tu,
shah rukh khan ada, salman khan, angelina jolie ada, oh hetty kos endang pon hade.
hahaha.dah mcm kat luar negara lak aku rasa.

lepas dh rasa sesak sgt kat situ, laki aku pon ckp,
jom masuk aquaria nak? cuba google bape rm tiket masuk,
then aku pon google lah, baru RM38 untuk dewasa,
bawah 2 tahun free jewww, atas 3 tahun RM28,
kira ok lah kan, kami berdua baru rm76,
masuk lah demi anak,hehe.padahal makpak yg melebih.
anak masuk free je.



seriously aku mmg pestime masuk aquaria ni,
xpernah pon masuk lg, mmg agak teruja lah,
princess masa ni time tidor dia sebenarnya,
tapi bila bejalan, dia mmg akan tahan mata,
aku risau gak kalau dia mengamuk, tapi nasib lah ok je,
cuma kadang kadang terlentok jap, pas tu terjaga balik bila
ada ikan besar.hehe.

ikan piranha


ni ikan tau.hehehe

carik mana ikan?

my little family


bila dah masuk area ni, aku suka sangat, ikan semua besar besar,
suka dan takut sebenarnya, korg mmg elok lah bawak anak anak.
mmg seronok betul.aku pon teruja!
tengok balang ikan kat belakang tu.best kan!
kami duk lama kat sini tgk ikan, leka.
snap pic kat sini xleh pasang falsh, nanti ikan terkejut.haha.
kejap kejap kang ada effect mcm guruh and kilat kilat.aku pon xtau kenapa gitu,
konon konon mcm dlm laut lettew kot.

dlm ni ikan besar besar.takut gila.







princess kerja nya mendongak je,pas tu jerit jerit tgk ikan atas kepala,
ada mcm mcm ikan, aku paling suka tgk ikan pari yg besar tu.
mmg gila ahhh! nak makan pun x lalu kalau bsar gitu.haha
ikan pari tu nampak mcm terbang terbang je dlm aquarium tu.
( eh mcm budak budak ayat aku )

menguap dah.

ibuu! tuttt tuuuuuuu~ haha





lepas keluar dr aquarium tu, akan lalu bahagian depan dia,
sini paling lama kami duduk, sbb princess menjerit jerit tgk turtle tu,
aku xtau apa yg dia suka sangat, tapi mmg dia lari sana sini konon
mcm nk tangkap turtle tu.hahaha.lawak gila,
lepas tu ada jugak minah minah muda ni, sibuk nak tolak tolak
budak budak yg duk depan ni, sbb nk snap pic turtle tu,
eh x paham betul aku, mcm budak budak!

masa aku pergi ni, ramai gak org, myb sbb cuti kan,
anak anak cina menjerit jerit, ckp menjerit jerit,
pening kepala aku.siap melompat lompat.haih!
sabor jelah~

laluan untuk tengok ikan ni sehala je tau,
once korg dh jalan terus, korg xleh patah balik,actually boleh je,
tapi kang org pelik je tgk korg, so kalau korg nk tgk ikan kat situ,
nk duduk satu tempat, duduk je, jgn jalan terus,
mcm kami ni, laki aku kononya ingat leh patah patah balik,
lepas naik escalator, terus keluar dr aquaria,
pas tu nyesal.hahaha.aku dh cakap, jalan ni sehala je,
xleh nk patah patah balik, sbb sblm sblm ni kalau g memana pon
mmg mcm tu kan, laki aku biasalah, xnk dgr ckp aku.hahahaha.

kat sana ada timing utk tgk bg ikan ikan makan.
korg boleh lah tunggu kalau rajin,kami sempat lah tgk piranha makan,
ingat kan piranha makan sama mcm dlm cite Piranha 3D tu,
tapi nan hado! dia cuma pelahap je, tapi xde lah ganaz mana,
dan org tu kata, piranha akan gigit manusia kalau terbau darah je,
kalau badan kita luka ke,tu akan gigit, kalau x, dia buat x tau je kt korg.
kalau x caye. g celup kaki dlm tu.hahaha.
tapi aku idak lah kot.biar lah, kang x pasal hilang kaki.haha.


kami anak beranak mmg happy gila lah,
kami mmg suka pon g tempat tempat gini,
nanti princess dah besar, leh dtg sini lg,
suruh dia simpan duit belanja sekolah dia,
hahaha.

Harga Tiket : Dewasa Rm38
Kanak kanak ( 3tahun keatas ) : Rm28
Warga Emas : Rm28

kalau Gov Staff bawak ID korg, leh dpt lagik murah,
member opis aku kata lah.heee.

ok lah, bai ♥




BOTOX CREAM, Halal tanpa Suntikan

Cuaca sangat tidak menentu sekarang ni,
kalau hujan mesti ribut, kalau panas mesti terik,
bukan panas panas biasa mcm dulu dulu,
tahu kan korg? semua tu memberi sedikit sebanyak effect kepada
kulit wajah kita? 

aku hari hari berjalan kaki untuk pergi breakfast
dan lunch, hari hari berjalan mengadap terik matahari,
kadang kadang naik x tahan muka ni,
sampai sakit kepala pun hade.

1 hari aku tengok muka kat cermin,
usia baru masuk 27 tahun, tapi kulit aku,
alahaiiiii~ kering, kusam, kedut kedut bawah mata,
sedih tau, kalau keluar rumah, mesti kena makeup,
kena pakai apa apa untuk nampakkan muka fresh,
kadang kadang teringin sgt nak dpt kan muka natural
tanpa makeup.sobs~

tapi skrg ni aku tengok, tengah HOT di FB dan blog blog,
ramai bercerita tentang BOTOX CREAM,
ramai yang dah guna dan akui keberkesanannya,
mmg hebat! aku mcm teruja pun hade,
biasa lah perempuan kan, kalau bab bab kecantikan,
berhabis pun xpe.

sebelum ni kalau dengar je BOTOX mesti ingat suntik,
bila suntik mesti ingat Ifa Raziah.kan kan.hahaha.
tapi skrg ni x yah dah suntik suntik,
org pakai CREAM BOTOX je,
suntik suntik sakit wei, pakai Cream je senang!

ko rasa aku xnk try ke? mesti lah nak! hahahaha.


tengok rupa botol pun dah tau mcm mana,
aku kalau membeli, aku akan tengok rupa botol.
packaging dia mcm mana, kalau nan hado je rupa,
malas lah nk amik port, tapi ni, wow! menarik.
rasa nak cuba tu membuak buak.

dan yang paling penting HALAL,
kita mesti cari benda yg halal dan selamat kan,
suami aku, benda yg selalu aku makan dan pakai,
dia akan check dulu.so BOTOX CREAM ni mmg lulus lah
qc dr suami aku.hehehe.dijamin Halal dan selamat.

lepas dah mencuba Cream Botok ni,
serius muka jadi halus je, licin~
mmg seronok sangat, muka dah x kusam,
pagi pagi bangun tidur, tengok muka di cermin,
rasa mcm teruja sangat.parut parut jerawat dulu pon 
semakin hilang dan pudar.nak pergi kerja pon happy je.

korg x nk cuba ke?
pengedar dah ramai di seluruh negeri,
oh ya! kalau nak maklumat lanjut, korg boleh visit website sendiri,
kalau lah penerangan aku x best kan,haha.
boleh ke www.mzsecret.com , boleh tengok testimoni kat situ,
dan senarai agen agen pon ada kat situ,
xrugi mencuba!

ni sedikit info untuk korg :

MZ Secret Botox Cream merupakan produk kecantikan tanpa suntikan yang Halal di Malaysia. Antara kelebihan MZ Botox Cream

- Menegangkan Kulit Wajah -
- Melambatkan proses penuaan, kulit tampak awet muda -
- Menghilangkan Masalah Garis2 halus di muka -
- Kulit nampak putih secara Natural -
- kulit sekata dan tidak berminyak -
- Pori mngecil -
- Menghilang Jerawat dan memudarkan parut-parut jerawat -



maklumat lanjut :

www.mzsecret.com



hebat kan?! selamat mencuba!
nak tanya apa apa, tinggalkan komen ye,
bai ♥



Menu Berpantang ( IKAN )


RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon


SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR


Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM


Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.


29 October 2014

pre-makan makan 3rd Anniversary


takde yg istimewa semalam,
benda jepun naik, so diam diam je tido.hahaha
nak pergi Wondermilk kononnya,
tapi balik kerja semalam, sampai rumah dh pukul 6.45pm,
jem kemahen, so wondermilk kemana, apah kemana,
kebetulan stok pampers princess dah nak habis,
tesco pulak sale mamypoko rm40,
g rembat pampers dulu lah.princess dah pakai size XL,
huaaaaaaa.membesar peha anak aku.haha.

suami kata jom makan kat secret recipe,
tapi aku mcm bosan je, sbb aku rasa mcm xde yg menarik kat SR,
rasa mcm dh bosan dah,aku nk jugak makan kat wondermilk.
hehehe.

tapi last last makan kat Hazraz je,
mkn western, sbb mmg runsing sgt fikir nak mkn kat mana,
korg ada masalah mcm aku x?
kami laki bini asek bertelagah je suruh decide mkn kat mana,
bosan betul.haha

so lepas makan, balik rumah, baring baring,
pillow talk lg dengan suami aku, sembang pasal nk beli rumah.
dan gelak gelak dan fikir pasal Bawal Aidijuma aku.
last last tertidur.hahaha.

sekian cerita yg bosan dr aku,
bai ♥



larikkkkkkkkkkkkkkkkk~ hahaha




Perempuan! tolong jangan terjebak dengan Aidiuma

4 helai koleksi yg pertama sekali, biru tulip kwn punya
dulu aku sikit pun x pandang AJ, haha, aku ada pekenan yang daisy tu dulu,
tapi macam kemahuan tu x membuak buak pon, xtau lah kenapa,
tapi tetiba je nafsu tu dtg, tambah pulak bila ada geng.

asalnya si Anez Zamri tu lah.dia suka upload AJ dia,
semua comels comels, start dr cupcake tu.mmg suka gila aku,
ada lah try kirim kirim kat anez, tapi anez kata dah habis,
then start mengirim kat org bila ada mobile store,
kirim kat makcik laki aku, hahaha, dia konvo kat UTP,
pas tu aku sibuk kirim kat dia, dapat lah yang Green label
and white label ni, hehe. dah pandai kenal label label pulak wei.
hahaha.sblm ni x tahu langsung.

lepas tu merebak masuk ke group group AJ pulak,
dah masuk group tu mula lah mengirim pulak,
kalau kirim kena bayar upah, ada yg rm3, rm5, then pos lah,
aku rasa aku rela bayar rm3 lg dari kena bersesak sesak kat concept store tu,
sorg kata kat concept store tu ada yg sampai gaduh gaduh,
nangis nangis rebut tudung.hahaha.gila kan!
gitu lah kekdah nya! sape kata bawal xde value?
tinggi nilainya walau murah tau.

anez cakap, kalau yg old season lg mahal,
ada yg org jual sampai beratus ratus,
perghhh~ seyes wehhh~ mmg gila.
aku pon mula x tau kenapa mcm tu,
tapi bila dh tgk banyak kali, mmg lawa lawa jugak pattern lama,
tudung ni design nya limited, xbanyak keluar,
dan design akan keluar setiap minggu,
hah ko rasa larat x nak kejar?
kalau larat kejar lah.aku dah nk semput ni.
malam td x cukup tidur sbb memikior kan nk design yg mana
untuk keluaran WL weekend ni.hahaha.
laki aku geleng kepala je,haha.

aku jarang addict dengan 1 benda,
tapi kali ni disebabkan tudung, dan harga dia mampu milik,
so aku terus memburu, aku ni walaupun nampak ganazzz,
tapi aku berjiwa lembut,suka gila design yg comel comel,
ewahhhh~ hahaha.

skrg baru ada 4 helai, kat anez aku order lg 2 helai,
pas tu ada yg Q lagik 4 helai! hahaha.seyes gila!
aku sampai nk nangis rasa.

WL yg keluar weekend ni.

nanti dah dpt aku belanja lg pic tau.
hehehe, aku nasihatkan korg jangan lah terjebak,
nanti jadik cm aku.hahahaha.kalau nk terjebak pon xpe.
nanti aku ada geng.hehehe.

ok lah.bai!



sedap mata memandang

28 October 2014

Happy 3rd Anniversary Fadhlan & Safura


eh rasa mcm baru je semalam kawen ( ayat klise ) mcm biasa lah.hikhik.
semalam hape? anak dah 2 tahun hoiii~

harini Anniversary kami yg ke 3,
bulan 9 dan 10 adalah hari wish wish,
sebab mmg berderet, start from birthday sampai ke anniversary,
mcm biasa, no seprise seprise lah,hehe.just wishes and kisses.
ewahhh~ hehehe.

sekejap je masa berlalu, dah 3 tahun usia perkahwinan kami,
kami masih lg belajar, dan sampai tua kami akan belajar mengenal
hati budi masing masing, seriously! 
belajar mengenai pasangan masing masing mmg takkan habis.

laki aku mcm biasa, seorang yg cool, tapi kalau dia susah hati,
akan nampak muka dia susah hati, tapi dia x suka menyusahkan org,
hmm kdg kdg aku selalu pujuk dia, ceritakan masalah dia,
bila kita luahkan perasaan, hati kita lega sangat kan.

sepanjang 3 tahun usia perkahwinan, kami selalu adakan
sesi pillow talk, mmg best! bercakap dengan pasangan kita
akan menambahkan rasa cinta, x percaya? buat lah! hehehe.



aku xde apa nk wish, cuma, nk cakap kat suami aku,
sayangilah aku sampai aku tua, sampai bila bila,
sbb aku sayang sangat kat dia.heee~

moga cinta kami kekal sampai mati.
Amin.



20 October 2014

Susahnya memilih nama

dari pilih nama anak dulu, sampai ke Blogshop mcm susah,
kegilaan apakah ini, and again, aku suka menyesakkan kepala aku.
hahaha.masa pilih nama domain dulu pon gitu,
sibuk pening pening kepala, tapi bila proceed je
www.safurara.com, ok jek kan, xde pon masalah,
bila dah lama lama, ok lah menyebutnya nanti.

now nak pilih blogshop name,
nk buat name card, nak buat 1 blog shop,
tgh fikir fikir design, dah ada dh design,
tapi aku suruh ayu hold dulu, sbb aku nk tukar lg,
hahaha, bila buh nama Moms Madness Garage kat atas template,
mcm panjang sgt.mcm pelik, mcm x best,
so aku nk re-design balik lah, nk tukar nama lain.
hahaha.

mintak pendapat Group Gojes,
tapi akhirnya berakhir dengan gelak tawa,
mmg kelakar, rasa mcm nk gelak guling guling.
susah rupanya nk pilih nama ni kan,
nama yg org tgk, trus boom! trus mcm org tertarik.
mcm Zalora, mcm PopLook, simple dan nice kan?
aku nk buh nama apa? raraPop? raraLook? LoraRara?
hahaha.sabor jelah~

ada jugak yg kata, kekalkan nama safura,
yess! aku mcm nk kekalkan nama safura,
sbb masih x jumpa lg nama shop safura,
yg ada safura lifestyle, tu kak safura mmg aku kenal dia,
hehehe.

Safura Shop?
Safurara Shop?
Safura Online Shop?

eh mcm dah banyak patah perkataan dah kan,
aku nk sekurang kurangnya 2 patah je,

bySafura?
WithSafura?

eh eh pening! korg nk tolong aku?
meh lah tolong komen,hahaha.
mekasih korg! bai!



Kempen " i want to touch a dog " Apa nak jadi dengan Islam kita?


Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.

"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.
Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.

"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. 

Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.

Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.

Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.

Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?

Allahua'lam - FB

-------------------------------------------------------------------------------------------

Allahuakbar, apa nak jadi ni,
apa nak jadi? harini news feed penuh hal pasal anjing,
harini aku sibuk sket, dah kul 10am baru bukak FB,
bukak je, penuh update pasal Anjing,
kempen " i want to touch dog "
apa masalahnya korg ni?
kenapa beriya sangat nk pegang anjing?
kegilaan apakah?


hmm malas nk komen banyak,
g g minum air jap, sesak dada ni.





17 October 2014

apa itu LOTUS BIRTH

sejak 2 menjak ni,ramai yg bercerita tentang Lotus Birth,aku pon baru tahu,
mmg pembelajaran dan ilmu baru.sebelum ni aku x pernah tau tentang
Lotus Birth ni,rupanya tali pusat anak kita tu,mmg sangat sakit masa
dipotong ye,aku ingat kan tali pusat tu masa dipotong,ianya x sakit,
dan hanya seperti potong kuku,tapi andaian aku sangat salah!
mari teruskan bacaan,kredit to FaceBook Dr.Suriyakhatun

Menulis tentang lotus birth ( ia itu membiarkan uri dan talipusat tanpa memotongnya sehingga ia jatuh sendiri) secara ilmiah berdasarkan fakta tidak mudah sebab topik ini dengan cepatnya mencetuskan emosi dikalangan pembaca dan juga dikalangan para profesyenal perubatan. Lebih dari ini topik uri mempunyai makna yang mendalam bagi ramai manusia sejak dari zaman silam . Memang ada masyarakat manusia yang mengamalkannya khususnya kaum Hindu dari Bali dan kaum orang asal dari Australia. Ia berkaitan dengan spiritualitas yang inginkan sebuah kelahiran yang tanpa trauma kepada anak .

Hakikatnya, kelahiran, bagi ibu dan juga bagi anak sebuah proses yang menyakitkan . Ia adalah pengalaman yang memang membawa kejutan besar untuk anak dan ini adalah kejutan pertama bagi anak kecuali si ibu memang mengalami kejutan dalam masa mengandung maka anak akan alami aspek emosi kejutan itu .

Terpisah anak dari ibu sebuah trauma tahap mental dan emosi . Uri adalah kenalan bayi semasa dalam perut dan ada yang membuat andaian bahawa uri adalah kembar pada anak. 

Mengikut logik, ini tidak mungkin sebab uri adalah anggota yang dicipta Allah untuk menyampaikan nutrisi dan oksigen kepada anak melalui darah ibu yang sebenarnya tidak bercampur dengan darah anak sebab dipisahkan dari anak oleh uri . Uri menerima darah dari ibu kedalam urat-urat darahnya dan dari sini ada pula urat-urat darah lain yang bersambung kepusat anak disebalik sebuah rintangan diantara urat-urat darah itu ( placental barrier ) . Maka darah ibu berada dalam uri, darah anak juga berada dalam uri dan pertukaran berlaku dari ibu ke anak , nutrisi dan oksigen serta dari anak keibu, bahan buangan seperti darah yang sudah diambil oksigennya dan mengandungi carbon dioxide serta bahan perkumuhan nutritisi ( waste products in blood ) .


Saat anak dilahirkan, hubungan darah ini tamat serta merta bila uri dipisahkan dari ibu namun darah bayi masih ada dalam uri dan telah saya ulaskan bahawa delayed cord clamping akan memasukkan kedalam bayi baki darah yang masih ada dalam uri . Saya sudah pun ulaskan tentang DCC dalam posting sebelum ini . Dalam pada saya membuat literature search untuk menulis artikel ini, saya dapati ada seorang doktor pakar kanak-kanak yang membuat komen tentang DCC dan berkata bahawa dalam pengalamannya ada dua komplikasi yang mungkin timbul dari DCC ia itu jaundic dan polycythemia . Jika ini pengalaman seorang pakar kanak-kanak , kita masih kena membuat pengumpulan data untuk mendapatkan statistik yang lebih tepat tentang kadar komplikasi ini .

Uri adalah daging yang juga mengandungi banyak darah maka apabila ia terpisah dari rahim, ia akan mula membusuk Setiap daging yang melalui proses decomposisi akan berbau busuk dan mengandungi bakteria yang kian membiak . Maka bila uri tidak dipisahkan dari anak ia perlu di awet dan dikalangan orang yang lakukan lotus birth untuk anaknya, uri di awet dengan garam selepas dibersihkan dan di taburkan juga dengan herba, sama ada kunyit atau rosemary dan lain lain untuk hindarkan bau busuk dan juga minimakan risiko bakteria yang patogenic .

Dari segi teorinya, setiap daging yang busuk yang bersambung kepada manusia ada potensi untuk menjadi sumber infeksi dan juga sumber darah toksik . Ini disebut oleh ramai pakar perbidanan dan The Royal College of Obstetrics & Gynaecology telah membuat sebuah kenyataan akhbar berkenaan dengan ini serta mengesyurkan anak dipantau suhu badannya serta keadaan sel darah putih dalam darahnya untuk pastikan tidak ada infeksi . Dari segi amalannya pula, saya belum jumpa lapuran kesan ini berlaku . Mungkin saya tak jumpa sebab tidak dilapurkan tetapi setakat ini tidak ada lapuran kecuali kes extreme dcc sehingga 12 jam yang saya sudah lapurkan.

Dalam huraian selanjutnya saya akan utarakan beberapa faktor sejarah tentang lotus birth serta pengalaman ibu-ibu berkait lotus birth .dan saya akan cuba kupaskan juga tentang trend dan mindset disebalik ibu-ibu yang sudah mula mempertikaikan profesyenal perubatan dan membantah diperlakukan mengikut "standard operating procedure" (SOP) yang telah menjadi norma dalam mengendalikan kelahiran anak .
Stay tuned .


ada jugak 1 lg blog yg mencerita kan tentang pengalaman kawan dia,
melalui pengalaman HomeBirth dan Lotus Birth ni,boleh lah korg baca,
aku baca dengan sangat minat.mmg gigih ibuu ni,bersalin sorg sorg di rumah,
then mengkaji tentang Lotus birth,seriously aku tabik spring,
aku mmg terus terang,aku x sekuat itu! hahaha.


ada jugak yg kata.Lotus Birth ni syiah lah,apa lah.
hahaha mmg kelakar.aku hanya mampu senyum,
biasalah manusia kita ni kan.mcm mcm andaian,
mengalahkan ustaz dan ustazah,
moga menjadi Ilmu baru buat kita jugak,
selamat membaca!


ini mungkin cara yg salah.

yg sebetulnya.






16 October 2014

Jadual Cuti Sekolah 2015






SAMM Negeri Johor membantah keras cadangan KPJ menaja Rozita Che Wan bersalin


OMG OMG OMG! ada yang membantah! ayokkkk!
aku xtau,aku just copy je entry ni,huaaa.
di entry aku tadi KLIK BACA ada orang komen mcm ni,
mcm dlm gambar, takutnya akuuu, huaaa,
ada yg membangkang, tapi aku setuju gak,
ramai lg yg ternama, tapi xde pulak kena taja,
apa alasan KPJ nk taja dia.
hmmm jawap jawap che ta!




Hospital Pakar KPJ Taja Rozita Che Wan bersalin Kelas Pertama

Memang rezeki anak namanya apabila Rozita Che Wan mengesahkan yang beliau akan menerima tajaan pakej bersalin kelas pertama daripada Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri tidak lama lagi dan ianya termasuk rawatan susulan selepas kelahiran.

Alhamdulillah, saya kira ini rezeki anak. Tidak sangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin dan termasuklah rawatan susulan. Bolehlah wang perbelanjaan bersalin yang kami simpan dilaburkan dalam simpanan untuk anak pula, ujar Rozita Che Wan.
Bertuah pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang boleh berjimat kos bersalin di hospital swasta yang mana kelas pertama boleh mencecah kos lima angka. Rozita Che Wan dijangka bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh masa dua minggu ini.


Diharap semuanya berjalan lancar. Berdebar juga dibuatnya walaupun saya tidak sabar untuk melihat anak yang bakal lahir,“ tambah Rozita Che Wan lagi. - RotiKaya


untunglahhh~ untunglahhhh~~~



Cara simpan video anak anak dengan mudah


selain simpan dalam myBook, aku simpan jugak dlm PC kat opis,
dan jugak paling terbaru aku upload semua dlm Youtube,
sblm ni ada jugak upload sikit sikit,
tapi skrg kalau ada masa, aku upload je semua,
kalau dlm pc payah nanti nk bukak balik.
kalau kat you tube, bila bila je boleh tgk balik,
asalkan ada wifi.hahaha.anak dara aku jenis yang suka
tengok diri sendiri ulang ulang,ntah dia pelik kot tgk
diri dia ada dlm video.hahaha.kdg kdg gelak gelak tgk diri sendir,
haih, apa yg kelakar ntah lah.

tapi!
korang kena bijak jugak, jangan upload pakai data korg!
rugi, korg g lah guna wifi kat mana mana.hahaha.
bijak x aku.aku selalu guna wifi office.
agak agak kena tolak gaji x kalau gitu.
hehehe.

tu je nak cite,xde yg gempak pon! hahaha.
ok bai! ♥



15 October 2014

Ibu! jangan bagi anak ubat batuk!

Doctors say traditional home made remedies made with lemon and honey may be the best approach

Ubat batuk adalah pembaziran wang.

Kedua-dua bos NHS dan doktor terkemuka telah menolak produk - dan berkata traditional home made remedies dengan lemon atau madu menjadi pendekatan terbaik.

Ubat batuk, yang biasanya berharga antara £ 3 dan £ 5 untuk satu botol kecil, adalah sebahagian daripada industri penjagaan kesihatan over-the-counter bernilai £ 3 bilion setahun.

Tetapi Pilihan laman web NHS menasihatkan: 'Ada sedikit bukti untuk mencadangkan ubat batuk benar-benar bekerja, walaupun sesetengah bahan boleh membantu merawat gejala-gejala yang dikaitkan dengan batuk, seperti hidung tersumbat atau demam.'

Laman web ini menambah bahawa 'paling mudah dan termurah' rawatan untuk 'batuk jangka pendek'. boleh menjadi penawar buatan sendiri yang mengandungi lemon dan madu.

'Tidak ada cara yang cepat untuk menghilangkan batuk yang disebabkan oleh jangkitan virus. Ia biasanya akan membersihkan selepas sistem imun anda telah bertempur virus itu. '

Dr Tim Ballard, naib pengerusi Royal College of General Practitioners, hari ini disokong tuntutan NHS.

Beliau berkata: 'Bukti perubatan di sebalik ubat batuk adalah lemah dan tidak ada bukti untuk mengatakan bahawa mereka akan mengurangkan tempoh penyakit.

yang mana, siasatan dua tahun lalu berkata, terdapat banyak ubat batuk popular tidak bekerja serta mereka mendakwa. banyak juga mengandungi dos yang tinggi gula, dengan satu minggu dari dos maksimum yang dewasa produk yang popular yang mengandungi banyak gula.

Ia berkata: ' ubat Batuk tidak akan "menyembuhkan" batuk, tetapi mereka boleh membantu melegakan gejala ' - Dailymail


-------------------------------------------------------------------------------------------

aku mmg dah lama tak bg princess mkn ubat batuk,
ubat selsema dan ubat demam,serius, sbb lepas aku buat sedut kahak dia dulu,
yang dekat Dr.Nadir Khan tu, aku mmg tak bg ubat dah.
princess dulu batuk hampir sebulan,bayangkan lah,
siksanya aku tengok dia. KLIK BACA

aku masa tu hampir fobia,
dan Dr.Nadir pon kata, Ubat batuk bukan penyelsaian,
dan sejak tu, aku hanya guna Lemon + Madu,
bg makan sup sup, dan buat Garlic Oil sendiri.
dan Alhamdulillah, princess cepat sembuh kalau batuk
dan selsema. ( cara buat garlic oil )
dan marilah kita stop ambil ubat batuk.
sbb ubat batuk hanya melegakan sekejap,
bukan merawat.








Makanan Pasar Malam ibarat ..........................


harini aku OT, pergi pasar malam untuk cari makan malam,
tapi dari minggu ke minggu,aku rasakan semua makanan mcm pelik,
mcm harini aku beli uncle BOB, Rm6.50
rasa dia? pahit, mcm digoreng pakai minyak yang 40kali recycle,
kalau tgk minyak dia mmg hitam legam,sedangkan minyak boleh pakai 3 kali
je kalau untuk menggoreng,suami aku pernah pesan,
ce tgk minyak dia,tu sbb suami aku kureng sket mkn benda gini.
mmg aku kecewa sangat!


kedua aku beli keropok lekor, nampak tempat dia bersih,
aku x jenguk pon dlm kuali,tapi bila mkn,and again,
rasa minyak yg telah di ulang pakai banyak kali,
sampai x de pon rasa keropok lekor,
sedih gila aku,


murtabak, rm2.50, dah lah xde kari,
selalu kalau beli kt mana mana ada kari,
ni xde,mulut ni teringin nk mkn murtabak td,
sbb hujan hujan ni kan,tetiba mkn murtabak,
tawar pulak.kalau ada kuah sket mst boleh cover rasa tawar tu,
haih~

aku bukan lah cust yg sangat cerewet,
aku cuma pentingkan kebersihan,
akan tetapi, kalau bersih je, rasa tu tak de,
mcm mana? lepas ni mmg takkan beli dah 3 3 item kat atas ni,
serik lah lah,tempat keropok lekor dah 2 tmpt aku blacklist.
lepas ni beli tmpt lain lak,dan lepas ni jugak,
mkn buah jelah kalau g pasar malam,
hahaha.dah tu,semua x sedap,
nk makan apa,
diet pon tetap kena makan kan!

dorg ni meniaga mcm kita ni x bayar kan,
makanan makin mahal, tapi cubalah jujur sikit,
minyak tu gantikna yg baru,hagak hagak lah kan.
haih ntah lah~ malas nk cakap dah,
bai!




lagi satu drama gandingan Sharnaaz dan Nelydia Senrose : Setitis Kasih Darmia


yeayerrssss~ ada lg drama yg dorg berlakon,
yes yes! aku sebelum ni x tau ponnn! nasib steffi up status,
so aku pon menyelit lah, dulu masa drama Bukan Kerana aku tak Cinta,
kami siap nak dorg ni bercinta betul betul.hahahaha hover kan!
Fy, u ingat x u wasap i cakap " raaa, Nelydia dah remove semua pic Qi dlm IG dia "
hahahaha.i ingat lagik masa tu, and ingat dorg pisah betul betul,
choi sangat peminat ni kan, kdg kdg over! hahaha

now ada lg drama dorg, haruslahhh follow kan,
tapi aku selalu tgk kat tonton je, kat rumah x dek sempat nk tgk,
lagik pun kul 8.30pm, masa tu aku tgh sibuk bg anak makan.
hahaha.tgk kat opis lg feel, lunch hour lah tapi.


Puteri Chichi pun hade, eh dia dh kawen ke belum eh?
hmm pelakon cite ni sume kena lah dgn watak jahat dorg tu,
14 episod je, so x de lama sgt nak menunggu,
hehehe.


aku tgh tgk sekerat je, nak sambung tgk lagik,
ok lah,bai! mlm ni jgn lupa!
bai ♥


SKD 1

SINOPSIS :

Setitis Kasih Darmia adalah sebuah drama adaptasi daripada novel nukilan Naniey TJ, mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya. Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.

Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar. Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan hidupnya.

Gandingan mereka berdua pastinya membuatkan penonton merasa teruja untuk menyaksikan kesudahan kisah kasih Darmia dan Amir yang penuh liku dan halangannya. Setitis Kasih ini turut membariskan ramai lagi pelakon hebat seperti Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin dan Ziela Jalil. Jika anda ketinggalan untuk mengikuti siaran drama ini, anda juga boleh layari www.tonton.my untuk siaran ulangan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my.



Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com