sejak 2 menjak ni,ramai yg bercerita tentang Lotus Birth,aku pon baru tahu,
mmg pembelajaran dan ilmu baru.sebelum ni aku x pernah tau tentang
Lotus Birth ni,rupanya tali pusat anak kita tu,mmg sangat sakit masa
dipotong ye,aku ingat kan tali pusat tu masa dipotong,ianya x sakit,
dan hanya seperti potong kuku,tapi andaian aku sangat salah!
mari teruskan bacaan,kredit to FaceBook Dr.Suriyakhatun
Menulis tentang lotus birth ( ia itu membiarkan uri dan
talipusat tanpa memotongnya sehingga ia jatuh sendiri) secara ilmiah
berdasarkan fakta tidak mudah sebab topik ini dengan cepatnya mencetuskan
emosi dikalangan pembaca dan juga dikalangan para profesyenal perubatan. Lebih
dari ini topik uri mempunyai makna yang mendalam bagi ramai manusia sejak dari
zaman silam . Memang ada masyarakat manusia yang mengamalkannya khususnya kaum
Hindu dari Bali dan kaum orang asal dari Australia. Ia berkaitan dengan spiritualitas
yang inginkan sebuah kelahiran yang tanpa trauma kepada anak .
Hakikatnya, kelahiran, bagi ibu dan juga bagi anak sebuah proses yang
menyakitkan . Ia adalah pengalaman yang memang membawa kejutan besar untuk anak
dan ini adalah kejutan pertama bagi anak kecuali si ibu memang mengalami
kejutan dalam masa mengandung maka anak akan alami aspek emosi kejutan itu .
Terpisah anak dari ibu sebuah trauma tahap mental dan emosi . Uri adalah
kenalan bayi semasa dalam perut dan ada yang membuat andaian bahawa uri adalah
kembar pada anak.
Mengikut logik, ini tidak mungkin sebab uri adalah anggota yang dicipta Allah
untuk menyampaikan nutrisi dan oksigen kepada anak melalui darah ibu yang
sebenarnya tidak bercampur dengan darah anak sebab dipisahkan dari anak oleh
uri . Uri menerima darah dari ibu kedalam urat-urat darahnya dan dari sini ada
pula urat-urat darah lain yang bersambung kepusat anak disebalik sebuah
rintangan diantara urat-urat darah itu ( placental barrier ) . Maka darah ibu
berada dalam uri, darah anak juga berada dalam uri dan pertukaran berlaku dari
ibu ke anak , nutrisi dan oksigen serta dari anak keibu, bahan buangan seperti
darah yang sudah diambil oksigennya dan mengandungi carbon dioxide serta bahan
perkumuhan nutritisi ( waste products in blood ) .
Saat anak dilahirkan, hubungan darah ini tamat serta merta
bila uri dipisahkan dari ibu namun darah bayi masih ada dalam uri dan telah
saya ulaskan bahawa delayed cord clamping akan memasukkan kedalam bayi baki
darah yang masih ada dalam uri . Saya sudah pun ulaskan tentang DCC dalam
posting sebelum ini . Dalam pada saya membuat literature search untuk menulis
artikel ini, saya dapati ada seorang doktor pakar kanak-kanak yang membuat
komen tentang DCC dan berkata bahawa dalam pengalamannya ada dua komplikasi
yang mungkin timbul dari DCC ia itu jaundic dan polycythemia . Jika ini
pengalaman seorang pakar kanak-kanak , kita masih kena membuat pengumpulan data
untuk mendapatkan statistik yang lebih tepat tentang kadar komplikasi ini .
Uri adalah daging yang juga mengandungi banyak darah maka
apabila ia terpisah dari rahim, ia akan mula membusuk Setiap daging yang
melalui proses decomposisi akan berbau busuk dan mengandungi bakteria yang kian
membiak . Maka bila uri tidak dipisahkan dari anak ia perlu di awet dan
dikalangan orang yang lakukan lotus birth untuk anaknya, uri di awet dengan
garam selepas dibersihkan dan di taburkan juga dengan herba, sama ada kunyit
atau rosemary dan lain lain untuk hindarkan bau busuk dan juga minimakan risiko
bakteria yang patogenic .
Dari segi teorinya, setiap daging yang busuk yang bersambung
kepada manusia ada potensi untuk menjadi sumber infeksi dan juga sumber darah
toksik . Ini disebut oleh ramai pakar perbidanan dan The Royal College of
Obstetrics & Gynaecology telah membuat sebuah kenyataan akhbar berkenaan
dengan ini serta mengesyurkan anak dipantau suhu badannya serta keadaan sel
darah putih dalam darahnya untuk pastikan tidak ada infeksi . Dari segi
amalannya pula, saya belum jumpa lapuran kesan ini berlaku . Mungkin saya tak
jumpa sebab tidak dilapurkan tetapi setakat ini tidak ada lapuran kecuali kes
extreme dcc sehingga 12 jam yang saya sudah lapurkan.
Dalam huraian selanjutnya saya akan utarakan beberapa faktor
sejarah tentang lotus birth serta pengalaman ibu-ibu berkait lotus birth .dan
saya akan cuba kupaskan juga tentang trend dan mindset disebalik ibu-ibu yang
sudah mula mempertikaikan profesyenal perubatan dan membantah diperlakukan
mengikut "standard operating procedure" (SOP) yang telah menjadi
norma dalam mengendalikan kelahiran anak .
Stay tuned .
ada jugak 1 lg blog yg mencerita kan tentang pengalaman kawan dia,
melalui pengalaman HomeBirth dan Lotus Birth ni,boleh lah korg baca,
aku baca dengan sangat minat.mmg gigih ibuu ni,bersalin sorg sorg di rumah,
then mengkaji tentang Lotus birth,seriously aku tabik spring,
aku mmg terus terang,aku x sekuat itu! hahaha.
ada jugak yg kata.Lotus Birth ni syiah lah,apa lah.
hahaha mmg kelakar.aku hanya mampu senyum,
biasalah manusia kita ni kan.mcm mcm andaian,
mengalahkan ustaz dan ustazah,
moga menjadi Ilmu baru buat kita jugak,
selamat membaca!
![]() |
ini mungkin cara yg salah. |
![]() |
yg sebetulnya. |

macam2
ReplyDeletebg MG tayah la..trus jela potong
ni nk jga mak jg anak tmbh lak nk jga uri tu ..huhu
btw, jom join GA MG :)
http://melangkaugarisan.blogspot.com/2014/10/channel-set-perfume-giveaway-by.html
Jgn kata nk beranak kt umh..kt hosp pun takut...haha
ReplyDeleteilmu baru ;))
ReplyDeleteyg mende tu besenye si suami ke yang akan tanamkan?sbd ade dengar kene basuh2 dulu...
ReplyDeleteyg xkaji selidik mmg trus jatuh hukum kata syiah.. adoyaiii..
ReplyDeletethanks for sharing...haritu yang handle, suami...saya langsung tak tengok...hihi
ReplyDeleteMJ pun baru dengar dan tahu pasal Lotus Birth ni.. tu pun lepas kecoh kat FB..
ReplyDelete