Image and video hosting by TinyPic

30 October 2014

Aquaria KLCC : Princess tengok PIRANHA makan


ceritanya Rabu cuti Deepavali yg lepas,
x plan pon nak kesini, biasalah kami ni,
semua benda unplanned, hahaha.
kami keluar lepas jumpa kak Latifah Bee,
ambil baju Anna ( pojen ) maksu aku untuk birthday anak dia
bulan 12 nanti, lepas tu dah x tau nak kemana,
kami terus lah ke KLCC, walaupun jarang bejalan kat Kl ni,
tapi still x tau nak pegi mana, bosan gila,
tak paham org org lain tu pegi lepak mana selalu.
ce bgtau sikit mana tempat yg best kt KL ni.hahaha

mcm baru 1st time sampai klcc amik pic gini.haha

dekat KLCC rabu haritu, Ya Ampun, bau bauan nyaaa,
xmenahan aku, yelah kan, raya Deepavali, dorg pakai minyak apa
ntah masuk KLCC, naik pening kepala aku,pas tu g keluar kat air pancut tu,
punya lah ramai pelancong asing! hahaha. sibuk nk bergambar kat air pancut tu,
shah rukh khan ada, salman khan, angelina jolie ada, oh hetty kos endang pon hade.
hahaha.dah mcm kat luar negara lak aku rasa.

lepas dh rasa sesak sgt kat situ, laki aku pon ckp,
jom masuk aquaria nak? cuba google bape rm tiket masuk,
then aku pon google lah, baru RM38 untuk dewasa,
bawah 2 tahun free jewww, atas 3 tahun RM28,
kira ok lah kan, kami berdua baru rm76,
masuk lah demi anak,hehe.padahal makpak yg melebih.
anak masuk free je.



seriously aku mmg pestime masuk aquaria ni,
xpernah pon masuk lg, mmg agak teruja lah,
princess masa ni time tidor dia sebenarnya,
tapi bila bejalan, dia mmg akan tahan mata,
aku risau gak kalau dia mengamuk, tapi nasib lah ok je,
cuma kadang kadang terlentok jap, pas tu terjaga balik bila
ada ikan besar.hehe.

ikan piranha


ni ikan tau.hehehe

carik mana ikan?

my little family


bila dah masuk area ni, aku suka sangat, ikan semua besar besar,
suka dan takut sebenarnya, korg mmg elok lah bawak anak anak.
mmg seronok betul.aku pon teruja!
tengok balang ikan kat belakang tu.best kan!
kami duk lama kat sini tgk ikan, leka.
snap pic kat sini xleh pasang falsh, nanti ikan terkejut.haha.
kejap kejap kang ada effect mcm guruh and kilat kilat.aku pon xtau kenapa gitu,
konon konon mcm dlm laut lettew kot.

dlm ni ikan besar besar.takut gila.







princess kerja nya mendongak je,pas tu jerit jerit tgk ikan atas kepala,
ada mcm mcm ikan, aku paling suka tgk ikan pari yg besar tu.
mmg gila ahhh! nak makan pun x lalu kalau bsar gitu.haha
ikan pari tu nampak mcm terbang terbang je dlm aquarium tu.
( eh mcm budak budak ayat aku )

menguap dah.

ibuu! tuttt tuuuuuuu~ haha





lepas keluar dr aquarium tu, akan lalu bahagian depan dia,
sini paling lama kami duduk, sbb princess menjerit jerit tgk turtle tu,
aku xtau apa yg dia suka sangat, tapi mmg dia lari sana sini konon
mcm nk tangkap turtle tu.hahaha.lawak gila,
lepas tu ada jugak minah minah muda ni, sibuk nak tolak tolak
budak budak yg duk depan ni, sbb nk snap pic turtle tu,
eh x paham betul aku, mcm budak budak!

masa aku pergi ni, ramai gak org, myb sbb cuti kan,
anak anak cina menjerit jerit, ckp menjerit jerit,
pening kepala aku.siap melompat lompat.haih!
sabor jelah~

laluan untuk tengok ikan ni sehala je tau,
once korg dh jalan terus, korg xleh patah balik,actually boleh je,
tapi kang org pelik je tgk korg, so kalau korg nk tgk ikan kat situ,
nk duduk satu tempat, duduk je, jgn jalan terus,
mcm kami ni, laki aku kononya ingat leh patah patah balik,
lepas naik escalator, terus keluar dr aquaria,
pas tu nyesal.hahaha.aku dh cakap, jalan ni sehala je,
xleh nk patah patah balik, sbb sblm sblm ni kalau g memana pon
mmg mcm tu kan, laki aku biasalah, xnk dgr ckp aku.hahahaha.

kat sana ada timing utk tgk bg ikan ikan makan.
korg boleh lah tunggu kalau rajin,kami sempat lah tgk piranha makan,
ingat kan piranha makan sama mcm dlm cite Piranha 3D tu,
tapi nan hado! dia cuma pelahap je, tapi xde lah ganaz mana,
dan org tu kata, piranha akan gigit manusia kalau terbau darah je,
kalau badan kita luka ke,tu akan gigit, kalau x, dia buat x tau je kt korg.
kalau x caye. g celup kaki dlm tu.hahaha.
tapi aku idak lah kot.biar lah, kang x pasal hilang kaki.haha.


kami anak beranak mmg happy gila lah,
kami mmg suka pon g tempat tempat gini,
nanti princess dah besar, leh dtg sini lg,
suruh dia simpan duit belanja sekolah dia,
hahaha.

Harga Tiket : Dewasa Rm38
Kanak kanak ( 3tahun keatas ) : Rm28
Warga Emas : Rm28

kalau Gov Staff bawak ID korg, leh dpt lagik murah,
member opis aku kata lah.heee.

ok lah, bai ♥




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. dulu pegi takde obor-obor tu

    ehh akak suka tgk gmbr korg sefamily..nmpk sweet sgt gmbr ni!

    ReplyDelete
  2. Seumur umur baru sekali pergi.

    ReplyDelete
  3. daku dulu pergi bawak raees...elok je masuk aquaria..dia boleh lak tido..lama plak tu..sampai dah keluar baru dia bangun..rugi tiket mama nye beli.haih...

    ReplyDelete
  4. akak masa anak dua dulu dah 3 kali pergi.. mmg tak bosan pi aquaria ni..

    ReplyDelete
  5. Best bawak anak ke sana kan rara. Akak dah dekat 3-4 tahun x kesana..

    Rara ngan husband muka ada iras2..

    ReplyDelete
  6. nak pergi jugak...dah bertahun ajak husbaned pergi tp nan hado jugak...hehe.

    ReplyDelete
  7. wah x pnh pegi sini. nanti lah 1 day.
    Err putih nye gigi mu raa :D

    ReplyDelete
  8. tak pernah pergi la.. kite jauh.. layan zoo jek.. hahaha

    ReplyDelete
  9. memang tempat gini budak2 suka la..kalau bawak maisara rasanya bukan takat melompat maccam budak2 cina tu je,tapi silap2 dia tak nak keluar.masuk aquria kat sini pun sampai tak mau balik.heheh

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com