Image and video hosting by TinyPic

16 October 2014

Hospital Pakar KPJ Taja Rozita Che Wan bersalin Kelas Pertama

Memang rezeki anak namanya apabila Rozita Che Wan mengesahkan yang beliau akan menerima tajaan pakej bersalin kelas pertama daripada Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri tidak lama lagi dan ianya termasuk rawatan susulan selepas kelahiran.

Alhamdulillah, saya kira ini rezeki anak. Tidak sangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin dan termasuklah rawatan susulan. Bolehlah wang perbelanjaan bersalin yang kami simpan dilaburkan dalam simpanan untuk anak pula, ujar Rozita Che Wan.
Bertuah pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang boleh berjimat kos bersalin di hospital swasta yang mana kelas pertama boleh mencecah kos lima angka. Rozita Che Wan dijangka bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh masa dua minggu ini.


Diharap semuanya berjalan lancar. Berdebar juga dibuatnya walaupun saya tidak sabar untuk melihat anak yang bakal lahir,“ tambah Rozita Che Wan lagi. - RotiKaya


untunglahhh~ untunglahhhh~~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Unutng badan..Rezeki anak katakan. Semoga dipermudahkan urusan beliau..aminn

    ReplyDelete
  2. Kenyataan Umum
    16 September 2014

    Taja Artis Bersalin: KPJ Tidak Sensetif Terhadap Rakyat Kebanyakkan

    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Johor membantah keras cadangan Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang ingin memberikan tajaan kepada aktress Rozita Che Wan termasuk urusan bilik bersalin, bilik penginapan, rawatan dan layanan kelas A secara percuma.

    Apakah asas KPJ membenarkan pengurusan Ampang Puteri untuk memberikan tajaan ini? Sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.

    Sementelah pula, pasangan artis ini juga bakal menikmati laba besar hasil daripada penjualan hak eksklusif gambar-gambar bayi mereka nanti kepada pihak Astro. Tidak mungkin pasangan artis ini tidak mempunyai kemampuan untuk membayar yuran perubatan sehingga perlu diberi secara percuma.

    Ramai rakyat Johor yang terpaksa berbaris panjang di klinik-klinik kesihatan awam, malahan senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital-hospital pakar Kerajaan juga begitu panjang.

    SAMM Johor juga baru-baru ini terpaksa mencari ikhtiar dan berbincang dengan Bank Rakyat untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi merawat adik Mohd Aqil Rida yang berasal dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan rawatan pembedahan jantung di IJN.

    Tetapi di mana peranan KPJ? Mengapa KPJ tidak mahu menghulur bantuan rawatan percuma kepada anak kelahiran Johor seperti kes adik Mohd Aqil Rida ini? Mengapa KPJ tidak memberikan diskaun dan insentif lain kepada anak-anak Johor terutamanya kepada kumpulan berpendapatan rendah untuk menerima rawatan yang lebih sofistikated?

    SAMM Johor ingin memperingatkan KPJ sebagai antara pemain utama pusat perubatan dalam negara akan tanggungjawab sebenar KPJ. KPJ janganlah terlalu mengejar populariti sebaliknya ingat juga tanggungjawab sosial yang terpikul terhadap aspek kesihatan anak Johor.

    Mencari populariti juga bukan dengan bermaksud menaja sekelompok artis yang kaya raya sebaliknya memberikan insentif dan limpahan nikmat dunia perubatan moden kepada seluruh anak negeri Johor.

    Sehubungan itu, SAMM Johor mendesak KPJ membatalkan hasrat ini dan Kerajaan Negeri juga perlu untuk melihat akan insentif dan diskaun yang boleh diberikan oleh KPJ kepada seluruh anak negeri Johor.

    Hadzril Rizal
    Penyelaras
    SAMM Johor

    ReplyDelete
  3. kalau dia ni bukan "someone" aku pasti dia akan beranak kat HKL je.. bayar singgit.. :D

    ReplyDelete
  4. Best tu. Untunglah di taja. Rezeki anak.

    ReplyDelete
  5. pendapat aku sama cam SAMM mengenai tajaan ni ... lebih baik taja golongan kurang kemampuan utk merawat penyakit kronik dr artis berkemampuan utk beli X6 kat anak dia... bkn dengki tp rasa ketidakwajaran ....

    ReplyDelete
  6. KPJ taja org kaya patutnya taja org yang tak mampu kan

    ReplyDelete
  7. Murah rezeki. Takpela. itu part dia. Rezeki dia kan.

    ReplyDelete
  8. dah rezeki dia...untung badan la kan...kita akalu nak kena la jadi macam dia..eh..eh...

    ReplyDelete
  9. untung la jd che ta..dh la kaya..besalin ditaja pulak tu..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki anak n mommynya :)

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com