
Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam
Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith
yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi
minum seekor anjing yang kehausan.
"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah
perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil
melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum
dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith
Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]
Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah
cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai.
Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila
sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.
Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan
"pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang
boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.
"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing
merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita."
(HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik.
Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini
shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan
disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing.
Namun, kita diizinkan
pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu
2. membela anjing untuk memburu
Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat
malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan
apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.
Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat
saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan
percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera.
Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.
Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut
perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti
ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada
haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan
ke-universal-an Islam.
Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a
Pig" ?
Allahua'lam - FB
-------------------------------------------------------------------------------------------
Allahuakbar, apa nak jadi ni,
apa nak jadi? harini news feed penuh hal pasal anjing,
harini aku sibuk sket, dah kul 10am baru bukak FB,
bukak je, penuh update pasal Anjing,
kempen " i want to touch dog "
apa masalahnya korg ni?
kenapa beriya sangat nk pegang anjing?
kegilaan apakah?
hmm malas nk komen banyak,
g g minum air jap, sesak dada ni.

bila ilmu disalahguna..
ReplyDeleteinfo yg betul tak diambil kira..
churp2
ReplyDeletedari pegang dog baik pegang kucing.. ni ntah2 kucing pon ditendang2 jek..
ReplyDeleteniat menghalalkan cara..kalau nk educate orng psl samak or sertu,banyak lg caranya..bila buat mcm nie,ramai yg dtg suka2 je nk pegang..pegang sj2 kan haram..
ReplyDeletesedih kan?
ReplyDeleteyg menganjurkan tu da le satu hal.
yg dtg tu and pegang anjing tu!
alololo and bergambar plak tu!
Allahu Akbar...
nk nanges tgk..ape nk jd zaman skang ni..sedih sgt..bile jumpe anjing sakit xde plak nk tlg..tp bile nk pegang suke2 bole pulak..haihhh..
ReplyDelete