
yeayerrssss~ ada lg drama yg dorg berlakon,
yes yes! aku sebelum ni x tau ponnn! nasib steffi up status,
so aku pon menyelit lah, dulu masa drama Bukan Kerana aku tak Cinta,
kami siap nak dorg ni bercinta betul betul.hahahaha hover kan!
Fy, u ingat x u wasap i cakap " raaa, Nelydia dah remove semua pic Qi dlm IG dia "
hahahaha.i ingat lagik masa tu, and ingat dorg pisah betul betul,
choi sangat peminat ni kan, kdg kdg over! hahaha
now ada lg drama dorg, haruslahhh follow kan,
tapi aku selalu tgk kat tonton je, kat rumah x dek sempat nk tgk,
lagik pun kul 8.30pm, masa tu aku tgh sibuk bg anak makan.
hahaha.tgk kat opis lg feel, lunch hour lah tapi.

Puteri Chichi pun hade, eh dia dh kawen ke belum eh?
hmm pelakon cite ni sume kena lah dgn watak jahat dorg tu,
14 episod je, so x de lama sgt nak menunggu,
hehehe.

aku tgh tgk sekerat je, nak sambung tgk lagik,
ok lah,bai! mlm ni jgn lupa!
bai ♥

SINOPSIS :
Setitis Kasih Darmia adalah sebuah drama adaptasi daripada
novel nukilan Naniey TJ, mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang
kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak
pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya.
Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada
Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya
sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya. Tawaran untuk
menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan
untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja
separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa
Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat
tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu
dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah
rahsia antara mereka berdua.
Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul
Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan
Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan
telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali
lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya
harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela
agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin
kuat Khairul Amir mengejar. Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan
kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan
hidupnya.
Gandingan mereka berdua pastinya membuatkan penonton merasa
teruja untuk menyaksikan kesudahan kisah kasih Darmia dan Amir yang penuh liku
dan halangannya. Setitis Kasih ini turut membariskan ramai lagi pelakon hebat
seperti Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi,
Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin dan Ziela Jalil. Jika anda
ketinggalan untuk mengikuti siaran drama ini, anda juga boleh layari
www.tonton.my untuk siaran ulangan. Untuk maklumat lanjut sila layari
www.tv9.com.my.

Kalau best, teringin juga nak layan citer ni... Dah la cuma 14 episod.. menarik ni...
ReplyDeleteaku tak pernah baca lagi novel ni.. wah. cerita da mmg best
ReplyDelete