14 October 2014

Tugasan yang akan membuatkan kau komited


buat masa ni, ini jelah benda yang paling best yg aku pernah buat.

aku jarang galas tanggungjawap yg besar besar,
dr sekolah, sampai lah ke Poly, aku jarang ada jawatan yg kena
ada komitmen yg kuat. sbb aku malas, sbb kalau aku pgg jawatan apa apa,
aku akan asik teringat je benda tu, kadang kadang sampai x boleh tidur,
aku akan asek fikir sampai benda tu siap.mmg itu masalah aku.
kdg kdg sampai termimpi mimpi.teruk sangat aku rasa.

demi kerja, dan disebabkan setiusaha kumpulan KIK aku
menunaikan Haji, so aku kena menggantikan tempah dia,
ala k.ain, ingat x? yg aku cerita officemate aku pergi haji tu?
walaupun k.ain dah bahagiakan tugas tugas masing masing,
tapi secara keseluruhannya, benda benda lain aku kena buat jugak,
so, tetiba aku jadik mcm stress, hahaha, mula lah episod poyo dalam hidup,
kelam kabut x tentu pasal, asek fikirkan report,
kesalahan itu ini, hari hari catat task baru yg kena buat,
yg kena update, nasib lah ahli kumpulan aku best gila,
semua sama sama tolong, kalau lah aku buat sorg sorg,
mau menangis aku kat sini.

aku bukan lah org yg cekal, sedang kan dulu,
masa buat Programming pon, aku sampai nangis nangis,
stress sampai period pun lewat, poyo gila kan.
hahaha

Pasal KIK ni, kami asalnya x terfikir akan sampai ke peringkat ni,
serius, mmg tak sangka, tapi, rezeki tu datang dari Allah kan,
kalau Allah S.W.T kata itu rezeki kamu, maka rezeki kami lah,
takkan nk tolak pulak kan, tapi kena usaha lebih sikit lah untuk
meniti tangga seterusnya.

lepas Johan peringkat Jabatan haritu,
banyak benda kami kena perbetulkan,
hanya dalam masa 2 minggu lebih kurang,
kena study semula benda benda lain.
ko rasa benda tu mudah?
nasib lah bila kami meeting, kami santai santai je,
penuh gelak ketawa,kdg kdg terselit cerita lain,
Boss aku pun sempoi gila, Fasilitator, Ketua kumpulan ( boss aku jugak )
mmg semua mmg sempoi, tu yg buat kami x stress pun,
tapi stress jugak, sbb nk siapkan report tu,
bukan senang ye kawan kawan,seyes bukan senang.
dan nasib jugak semua ahli kami ada kepakaran yang tersendiri,
semua pakar ada.hehehe.so kerja jadi lg seronok,
tapi stress tetap ada, stress dlm keadaan seronok dan stress dlm
keadaan yg x seronok sangat berbeza, stress dlm keadaan seronok
iaitu, keluar bilik meeting pun boleh gelak gelak,
hahaha,gitu lah kekdahnya.

tapi Alhamdulillah, lepas beberapa kali check,
buat pembetulan, check lagik,dan buat pembetulan,
mata terhasilah sebuah report yg sempurna,
tapi belum tentu lagik,
di mata juri nanti, ada je salah silapnya,
mata kita lain lain kan,lain mata, lain kesalahan yg org akan nampak.

cuma, semoga Allah SWT permudahkan kan jalan kami,
semoga baik baik saja untuk pertandingan 12 dan 13 Oktober ni.
Amin.

so malam ni aku boleh tidur lena, dan kemudian kena prepare
fail pulak. minute mesyuarat x siap lagik ni,
tapi xpe, tu nanti buat.hahahaha.see nanti jugak lagik.
hahahaha.biasalah, sape x kenal aku!
budak engineering, mmg buat kerja last minute,
hahaha.ok lah bai ♥






1 comment:

Didie Kamila said...

i like statement budak engineering, mmg buat kerja last minute..yes we are..hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...