05 November 2014

Baru keluar masjid, terus bogelkan remaja mencuri


tau tau budak ni mencuri, tapi ape kejadahnya korg bogelkan dia?
semuanya baru lepas solat isyak tu, tapi dh kenapa buat gini?
mungkin lah marah, pukul sampai berdarah darah,
tapi dibogelkan kenapa? budak tu remaja kot.
mcm mana perasaan mak bapak dia,
hishhh! mcm mcm dunia skrg ni,
aku skrg makin takut nk dengar berita berita,
sampai di bogel bogel,mmg salah mencuri,
tapi aku rasa org yg bogelkan budak ni lg salah!
salah besar! mengaibkan org!

korg dah melebih lebih pulak dari Hakim negara,
hakim pon x bogelkan org.

mintak maaf lah kat budak ni yew~
mtk maaf sbb bogelkan dia.

--------------------------------------------------------------------------------------

Kota Bharu: Padah mencuri motosikal, seorang pelajar tingkatan tiga dicederakan dan dibogel penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, pelajar terbabit dikatakan cuba melarikan sebuah motosikal milik kariah masjid itu berusia 61 tahun yang dikatakan solat Isyak.

"Dia cuba mencuri motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam tetapi tidak berjaya dan ditahan orang ramai yang baru selesai solat sebelum dipukul dan dibogelkan.
"Akibatnya, remaja itu cedera di bahagian atas kepala dan lebam di belakang badan, tangan, bahu selain kaki.

"Dia menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan kini ditahan reman," katanya di sini, tadi.

Lai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A/ 511 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad menyelar tindakan kariah Masjid Pauh Lima, Binjai, yang bertindak membogelkan seorang pelajar kerana mencuri.

"Kita tak boleh ambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata.

"Islam sendiri menegah kita menelanjangkan keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.

"Jadi tindakan diambil itu sangat tidak sesuai dan jauh daripada konsep Islam yang syumul," katanya ketika dihubungi di sini, petang ini.

Muhamad Shukri berkata, seseorang dianggap berdosa jika mengenakan hukuman dengan cara salah.
"Sebagai umat yang patuh, kita berpegang kepada akhlak Islam dan ini perlu sentiasa dipupuk dalam diri termasuk dalam setiap tindakan yang kita ambil.

"Orang mencuri, dia memang salah, tapi kita yang menahannya tidak boleh juga melakukan kesalahan. Telanjangkan dia, itu sudah dikira bersalah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk pihak berkuasa sebelum mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6707#sthash.9bRVLbBx.ZmQjiY06.dpuf




5 comments:

lieyalatif said...

kesian plak....

mmg la salah die mencuri tapi kenape la diperlakukan mcm tu..sesame islam kot....adoiiii

Mama Niza said...

manusia suka sangat ambil tindakan sendiri. ini namanya dah kes naya... marah bertukar kesian..

azieazah said...

Yang melakukan ikut amarah itu sebenarnya lebih hina dari budak mencuri tu!

skuterlady said...

tu la hakikat orang sekarang... sembahyang tunggang tunggik tapi lupa nak guna akal fikiran tu dengan sebaiknya.... dalam islam pun takde kata kita boleh mengaibkan orang yang salah... sebaliknya kita lagi diajar supaya melindungi aib orang supaya aib kita nanti dilindungi Allah....

Nurzakiah Hanum said...

adoi macam2 kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...