19 November 2014

Jenis PENIAGA yang nak pergi HAJI balik hari.


gambar ni pinjam gambar akk Gha tokei Qaseh Gold kat FB,
tadi dia UP pic ni, aku like, ternganga sampai jatuh rahang!
org mcm ni pon ada, aku ingat jenis yg buat karipap kentang Angin je ada,
sandwich acah acah inti sardin pon hado? ni mmg kes nak pergi haji
balik hari je ni, nak sgt cepat kaya!

haritu adik aku wasap pic, beli karipap kentang kekdahnya,
bila gigit gigit, gemok je lebih, korg tau x, inti kentang nya,
just 3 ketoi.seyes x tipu! dlm yg lain, angin je ada.

mcm mana eh peniaga mcm ni? dia boleh hidup kan.
berniaga dengan cara x jujur.

untuk pnegetahuan semua, untung meniaga makanan adalah 100% tau,
seyes, sbb mak aku peniaga, mmg kalau meniaga betul betul,
boleh buat bungalow lah sebijik, kalau tgk peniaga peniaga siam tu,
boleh pakai Alphard, tapi jenis peniaga mcm ni? seyes x paham.

apa salah nya kalau meniaga elok elok, ko nak charge mahal charge lah,
xde sape nk marah ko, kalau sedap org dtg lagik,
ni kalau gini? ko tutup pintu rezeki ko tau x.
hmmm korg mesti pernah kena gini kan.

oh teringat aku satu kes dulu,
kes peniaga LAKSA POLO,
org ipoh tau kot, peniaga tu bubuh TISU dlm kuah laksa dia,
sbb nk pekatkan kuah, wallahualam lah, aku dgr org cerita,
ramai gak yg bercerita,

dan ada jugak mamak yg buh spender dlm kari,
untuk pelaris.hahaha.mcm mcm kannn!

tepuk dada tanya selera~





15 comments:

idzwa kamaruddin said...

allah..tak berkat la mcm ni!

Syima Syaz said...

Org meniaga macam ni takkan lama... Dia kaya hari ni lepas tu takde hati nak berniaga dah sbb maybe Allah tutup hati dia.
Jiran i berniaga nasi lemak dah 10 thn. Siap renovate rumah jadi 2 tgkt lagi... Tak penah sehari pun kedekut. Pukul 10am dh habis.... Berkat tu

nuyui a.k.a miss YUI said...

Mmg ad.pun fesyen niaga mcm tu..
haaa bab laksa mmg ad dgr. Kesahihan xpasti

Umi Nazrah said...

ya Allah. sedih nya
macam ni baik takyah dok buat jual. dapat dosa ja lebih :(

Nurzakiah Hanum said...

jawabnya x berkat

eamy milea said...

allahu ingatkan org sesaje gurau rupenye betul2 jadi macam ni. hmm x tau nak cakap ape dengan orang yang jenis nak tau ambik untung atas angin je, padahal keberkatan tu yang lebih penting peru diutamakan..semoga allah bagi petunjuk kat si peniaga macam tu

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

Die nak meniage sekejap jer kot..
tu yg buat camtu..
Sian org yg beli..teraniaya..
berniaga biarlah ikhlas dan ade niat sedekah..
Semoga Alah bukakkan hati peniaga tu..

Norhayati Suaib said...

rezeki bertambah murah kalau kita bagi lebih kat orang lain.Nie dah kira menipu lak letak camtuer.

ameris said...

40 kali kena maki mmg tutup la kedai tu...

faraherda.razalan said...

Salam Rara. Sy baru je cerita pasal golongan peniaga mcm ni. mg tak patut dan tak takut ke? Aduh!

umie shahidah said...

niage xikhlas mmg cmni...
adoiiii... celah gigi pun xlepas nih

Chekgu Azrine said...

Ish..terkejut akk...
Mgkn ramai kot yg mcmni..cuma kita je yg xjmpa..xperasan .atau kita xbkk sandwich tu..hmmm..bad

adianiez AIDA said...

mcm mcm diorang ni tau!
takde hati perut :(

Time Traveller said...

Dalam bab makanan pun dia nak menipu.. agak2 la... tak berkat sungguh duit niaga dia.. ish

Diana Rashid said...

heheh..sabar je la..kalau kat sini bab2 makan ni memang susah nak jumpa kes gini..inti sampai terkeluar2 ada la..makan la apa pun mesti banyak..tapi bab kebersihan lak failed..hehehe..tu pun orang dok hentak2 kaki nak mai kakan macam2 kat penang..kami yang tau ni senyum je la..hehehh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...