04 November 2014

minyak dengan duit sama laju!

Assalammualaikum korg! heee,
dah breakfast? sihat ke?
lama x borak borak pagi kan~
hmm harini aku kecewa sket lah,
kecewa, lemah dan lelah,
lelah bila tgk meter minyak,
alaaaa meter minyak kereta tu~

sejak minyak naik ni,aku terlampau sgt terasa kenaikannya,
bayangkan lah, aku isi minyak rm50, hanya boleh pakai 3 hari je,
3 4 hari gitu lah, kalau dulu seminggu pun belum tentu habis,
cucuk duit rm100, sekelip mata je habis,huaaaaaa,
rasa mcm down gila.hahaha.
( kalau shopping x pulak down )
hahaha.

ntah lah kan, semalam ada meeting makmakbapak dgn pihak Taska,
taska yg anak aku duduk skrg, dorg bincang pasal hal kebajikan anak anak lah,
ada yg complain anak mkn makanan yg sama je,
ada yg complain taska x berapa nk bersih, air karat, playgroud rosak,
dan mcm mcm lagik lah, now Taska anak aku duduk tu kementerian dah
bagi ke jabatan, kementerian dah x jaga, so tu yg ada meeting tu,
jabatan nak memperbaiki lah mata yg x ok,
dan jugakkk! nak memperbaiki jumlah yuran yg kami bayar,
kami bayar terlalu rendah iaitu RM180 sebulan,
ye mmg murah kan?

TAPI! jumlah yg kami bayar tu setimpal lah dgn apa yg kami dpt,
anak x de lah mkn beriye, pengurusan anak anak ala kadar je,
x sebersih mana pon, kdg kdg tgk anak lepas mandi pun still ada ailio basi,
kami pejam sebelah mata,kalau nak dinaikkan RM200,
still ok lg. kalau budak 2 tahun RM250? baik hantar pengasuh,
sah sah jaga anak kita sorg je.

tapi yelah kan, susah nak ckp benda gini,
kalau nak di debatkan, 2 2 pihak nak menang,
aku cuma doakan, kalau nk naik yuran,
jangan lah sampai 250 atau 300,
yg tu dah mcm harga baby, anak kami dh besar,
boleh dh berdikari,nanti kalau naik sampai 250,
xleh dah ibuu nk borong Aidijuma.hahaha.


ni gambor Aidijuma Black Label aku,
Teapot nama dia, homeih kannn! hehehe,
aku suka betul AJ ni, design lelawo!
meh lah terjebak sama =)

laki aku dah bersuara sambil senyum senyum
haih, hari hari beli tudung nampak.hahaha.
alaaa sayang, tudung xpe kan, pakai kat kepala.
tutup aurattt lagik, hahahaha.
tapi laki ku balas, " kalau dh hari hari beli, dah jatuh tahap membazirrrr "
aku pun tunduk diam sambil senyum seyum kerang busuk jelah,
xleh tahannnn sayang oiiii~ hahaha.
pompuan kan ada 9 nafsu.kahkahkah, #alasan!

ok lah.puas hati dapat membebel,
thanks sbb sudi baca dan singgah, harini aku nk BW lak,
harini OT sampai malam,ada kerja jugak kena buat,
minit mesyuarat KIK aku x siap lagik ni,
matilahhh~




8 comments:

idzwa kamaruddin said...

taska kementerian dah bagi kat jabatan bukan dpt separuh supsidi dari office ke?

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg duit ngalir laju je skg..huhuuh

yui trjbeak skit je dgn AJ ni.hahaha

Love Razila said...

OMG!! oo mak layan AJ rupanya...hihihi. Hemm standrard lah Rara isi minyak RM50 boleh tahan 3 hari je...hehehe ingat saya je yang rasa, maklumlah kereta lamakan...

Saya pon macam Rara gak..selagi ada baki dalam bank mesti nak shopping so alternative yang saya buat, dapat gaji je terus transfer out ke a/c yang jarang sentuh & jenis pakai buku so left duit shopping seratus dua je... kalau x cukup baru minta bankers. HIHIHI =)

Konon2 x nak tunjuk kite shopping online tapi dok gatai pi post dalam IG dah soheh2 husband follower IG so KANTOI ^_^

AnneRaini said...

betullah ra, minyak naik ni mmg terasa... susu anak pun alih2 naik harga haritu.. naik smpi RM2 pulak tu pdhl myk naik 20sen je..

Fifi Nadhrah said...

rara.. 180.. bestnye.. fifi rm300 sorang.. 2 orang jadi 600.. :(

Zila Mahadi said...

Kan... Bila minyak naik harga, brg lain pun naik harga. Thn dpn ada gst pulak..konpom brg akan bertambah rega. Haih.. Ginilar nasib rakyat marhaen.. Sobs!

faraherda.razalan said...

Untung Rara RM180 je. Sobs....Aydin yg dah bsr pun, bbsitter mtk naikkan.

Rara, sejak minyak kena tarik subsidi...akk pun terasa sgt bebannya. Mg pening kepala dibuatnya. Sbb tu nak soping pape pun, kena menabung kaw2 dulu. Huhuhu!

adianiez AIDA said...

kalau ckp pasal duit & petrol, aida pun amat terkesan! sedih! sgt sikit dpt isi dgn nilai duit yg dulu. da le tiap hari kereta ke hulu ke hilir uruskan anak-anak...

aida lom terjebak dgn AJ. aida lom dtg minat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...