Image and video hosting by TinyPic

26 November 2014

Pernikahan Najwa dan Iqram ( adik ipar aku lah! )


Bismillahirohmahnirrohim~
lama sangat dh x update, ada yg rindu?
hiksss~ mcm biasa, entry dimulakan dengan pic tuan tanah yg makin sado!
pipi pon sado, lengan pon dah sado! haih sado sado belako!
ntah kenapa ntah, selera bukan main, ntah bila nk insap.

meh lah nak cite pasal hari pernikahan adik ipar saya,
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, Iqram ( laki adik ipar aku )
dengan sekali lafaz je, dah sah~ amboiii practice hari hari yeww~
bagus bagus, hehe.aku sampai rasa, " eh eh dah eh, dah eh " hehehe.
sbb lacar sesangat, Long a.k.a abg kepada laki aku yg nikahkan dorg,
kalau suruh laki aku, ntah kemana mana perginya nanti,
laki aku tu kalau nebes, dia lain macchiaaamm sket.haha.

aku cuti dr hari jumaat lg, jumaat org dh start pasang pasang khemah,
pasang pelamin semua, pelamin berkonsep kan, hmmm apa eh?
aku pun lupa nk tanya, yg aku tau, kaler putih, ada bunga bunga segar,
fresh flower kekdahnya, hantaran semua pon pakai fresh flowers,
alaaa yg retis retis zaman skrg buat ni, hehehe.cantikkannnn~
bila tgk pelamin pelamin skrg ni, mcm rasa nk kawen lg skali.
best gila rasa, banyak sgt pilihan, adik ipar aku pulak jenis suka survey sana sini.
so lg banyak idea dia dapat.so everything is perfect lah, bg aku majlis semua
dipermudahkan, sangat sangat lancar, kelam kabut sana sini tu standard lah kan.



Princess mlm sabtu tu dia tidur lambat, aku dh pesan kat dia,
" princess, tidur cepat, nanti esok mummy nk nikah, kita kena bangun pagi "
tapi biasalah si kenit tu, dia selagi org x tidur, keje nya nk main je,
last last kul bape ntah baru tido, esoknya nak bangun sikit punya liat,
kena paksa, bukak baju, gurau gurau manja sket ngan dia,
bagi dia senyum tapi lepas tu dah mandi, pakai baju yg dia suka,
dia ok lah.senang je budak tu, mula mula je merengek sikit.

sebelum mummy duduk atas pelamin, kami rasmi kan dulu.hehe,
yelah, nanti org dah ramai, susah nak bergambar dah kan.heee.

barang barang rumah semua dah angkut sewa tempat lain,
adik ipar aku amik kat Elly, ala elly yusnita tu, kan laki tu buat MG movers tu,
dia balut semua perabut elok elok, simpan dlm stor dia, aku x tau berapa dia charge,
lupa nk tanya adik ipar aku.haha.



anak dara cheeky! geram!



Jubah aku dr Moreena Boutique, Breastfeed friendly and wudhu friendly,
best sgt, kain yg sgt sgt selesa, mmg recomended! RM120, skali dengan instant shawl,
total Rm170, puas hati.

princess dengan opah, beriye sgt puluk puluk.hehe



lain sangat muka adik ipar aku kan, hehe.dia asek tanya, ok x makeup ok x?
mesti lah ok dan lawa kan, pestime makeup tebal.dia duk rimas dgn 
bulu mata pelesu dia tu, aku dulu masa pakai pon rimas,
tapi disebabkan nak kalahkan lady gaga, so pakai lah jugekk,
kihkihkih, berat mata hoiii!

cantik lah makeup dia, aku suka, x berat sgt nampak.
baju adik ipar aku semua tempah sendiri kat aunty tailor yg kami biasa jahit,
lepas tu hanta jahit manik, pun cantik jugak,
mcm baju ala ala dari designer kan! hehehe.
adik ipar aku kalau bab bab gini dia mmg power,
bab fashion, bab handbag, brg brg perhiasan, mmg bg jelah kat dia,
dia lah designer kami semua.hahaha.aku mmg kalah lah.
aku ikut dan jeee.hahaha.





tak puas aku tatap pelamin ni, suka sangat kekdahnya, segala fresh flowers,
rumah natural sgt wanginya, bau bunga.mak jemsss suka lah!
tapi lepas tu bunga tu dah xtau nk campak mana, kesian bunga tu,
tapi nk buat mcm mana kan.hehe.mak jemsss rasa mcm nk sanding lg skali jeww.
hover x?! haha

nenek and cucu, nenek baru nk feeling feeling, cucu duduk keliling.haha

mak mertua aku dr kelmarin dah sedih sedih dah, hehe, biasalah mak mak kan,
anak nk kawen mmg sonok, tapi sedih dlm masa yg sama,
lepas ni anak dh diserahkan kat suami, semua suami yg tanggung.
mak mertua aku asal ckp sikit mmg meleleh lah air mata.
hehehe.aku pun sedih gak, sbb even kami just ipar duai,
tapi kami rapat jugak lah, dah nama pun duk 1 rumah kan,
mmg rapat.sedih gak dia dah berlaki, lepas ni xde lah nk ajak kami kemana mana,
berjalan dgn laki dia jelah tewww~ hahaha.

tapi xde lah, lepas dia dah berlaki ni, lg senang nak kemana mana bersama,
sakan lah lagik kami berjalan lepas ni.sonok sonok, clap clap!



tahniah Iqram and Ayoi.


pengantin lama.

gambar kami 1 family mmg takde, usah ditanya usah dikenang,
laki mak jemss bz sgt haritu, layan tetamu, dah ptg ptg baru snap pic dgn dia,
muka pun dah minyak minyak.hahaha.anak aku? ntah kemana mana dah pergi,
lantokkan, main sampai letih.pastu merengek rengek nk tido.




Jubah princess cari last minute kat Dreemika,
nasib lah ada, ni pun tinggal selai je lg.
dia suka sgt jubah ni, hehe, sbb tu masa lepas mandi pg tu,
dia ceria je, sbb nak pakaikan baju yg dia suka, anak dara aku ni,
peel lain mcm sket, kalau baju dia suka tu, pakai seharian pun xpe,
kalau dia xnk tu, tak nak lah.hishhh! geram!
jubah Dreemika ni pon best sgt, walaupun hitam,
kain x panas, princess pun selesa je larik sana sini,
Jubah Princess Rm80.



kepada Iqram and Ayoi,
akk ucapkan tahniah diatas perkahwinan korg! ♥ ( di atas ke? ) hahaha lantok lah!
semoga perkahwinan yg dibina, kekal till jannah.semoga bahagia selalu,
 hidup suami isteri lain sgt dgn bercinta,slow slow lah kita mengenal satu sama lain,
belajar mengenal sampai tua.heee.cepat cepat dapat anak! 
bb x sbr nk BULI anak korg pulak! hahah.


“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. cantiknye.. korang camtik,.. pelamin cantik.. semue cantik..

    ReplyDelete
  2. Meriahnya... selamat Pengantin Baru utk adik ipar tu and her husband..

    Semoga kekal ceria hingga ke syurga :D

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com