Image and video hosting by TinyPic

31 December 2014

Handy Sealer by Daiso


tadi jalan jalan kat Daiso,kalau pergi daiso, mcm biasa lah kan,
semua benda nk beli, dr nk bajet rm10, sampai puluh puluh keluarnya.
hahaha.

opismate aku, Fira dtg kat aku, dia kata, " fura, org beli ni "
aku tgh lah mende, rupanya Hand Sealer ni, mmg dah lama kot carik,
aku nk cr sgt benda ni sbb senang nk seal susu princess,
selalu kan guna just separuh masuk dlm bekas, so susu lg separuh tu
selalu aku guna pengepit ikea tu, tp sokmo hilang,
sampai skrg pakai getah je,
so kalau ada benda ni, senang lah! seal je,
tak yah susah susah nk fikir nak cr getah ke hape.
hehe.

tadi sampai je opis, aku trus try,
seal kertas maruku aku.hahaha.kuat weiii! dia melekat kuat.
xsbr nk cuba kat princess punya plastik susu lak.hehe.
tapi dia kena guna bateri tau, 2 biji bateri AA tu.

korg beli lah tau! kat Daiso je, rm5, senang dh keje lepas ni! hehe
ok lah bai!




Happy New Year korg!
semoga 2015 menjadi lebih baik buat kita semua!
Amin!




Kesan Penggunaan Produk GLAMOSKIN selama sebulan


hai korg! amacam? dh try GLAMOSKIN ke?
belum?! kan aku cakap pergi beli, alaaa bukan mahal pun.hehe.
aku masih lagi teruskan memakai product GLAMOSKIN ni,
aku mmg dh selesa sgt dgn Collogen Gel dia, dan x boleh masuk dh product lain,
lepas ni kalau habis, kena beli pulak lah, ke ada promosi untuk saya?
hehehe.

kalau yang belum baca lagi tentang kebaikan dan kelebihan Product ni,
boleh rujuk LINK ini untuk membaca.

mcm yg aku cakap di entry lepas, Collogen Gel ni adalah lebih baik,
kerana dia menyerap lebih cepat dr cream cream lain,
aku mmg x pakai dah cream cream skrg, just sapu kan Collogen Gel
GLAMOSKIN, then letak foundation, concealer sket, then terus pakai
compact powder, then makeup je mcm biasa.

skrg ni kalau makeup, rasa mcm makeup tu ringan je,
x berat pun rasa muka ni, nk mencuci makeup pun senang,
sbb kita tak gunakan Cream, kalau cream, dia akan menjadikan muka kita tebal.
tapi dgn Gel, dengan sapuan halus, muka akan jd smooth dan ringan je,
tak percaya? try lah!

muka aku juga skrg x kusam, lepas mandi, muka jd merah merah,
suami pun tegur, muka aku x kering mcm dulu.

parut parut jerawat pun dh pudar, dan muka lebih bermaya.
mmg aku suka sangat lah! aku harap korg pun boleh try sekali.


mandi sungai pun boleh pakai, hehehe.sambil mandi pun kena melawa kan.
hehehe.untuk yg nak tengok lagi testimoni lain,
boleh LIKE FANPAGE GLAMOSKIN, banyak testimoni
dan pencerahan di sana.

dan korg pun, try lah Product GLAMOSKIN,
InsyaAllah tak menyesal.

bai ♥





Cerita hari terakhir 2014

gambar hiasan

Assalammualaikum, harini hari terakhir 2014, ( 31.12.2104 )
Alhamdulillah aku masih lg bernafas di akhir tahun ini,
aku rasa ramai yg dah buat recap 2014, tapi aku rasa tahun ni x buat lah kot,
aku tak larat nak mengigati terlalu banyak peristiwa 2014 ni,
seriously mmg banyak, dari awal tahun sampai akhir tahun,
air mata yg mengalir akibat peristiwa peristiwa yg berlaku pada Negara kita.
( amboiii, ayat mcm patriotik x? hehehe )

pagi ni aku bangun, hidung tersumbat,
selsema datang lg, gigi mcm ngilu ngilu, tu mcm petanda nk demam,
tapi mcm pelik, takkan dlm masa 2 bulan, aku demam 2 kali.
hmm myb sbb banyak kena hujan kot.
dan pg tadi, mcm biasa, agak lambat sampai opis lah,
bila dh bangun pun lmbt, kepala tingtong je,
tapi bangun pagi td, aku rasa sayuuu je hati ni,
i dont know y, tapi mmg sayu, dgr lagu sedih,
bergenang jugak air mata ni, and again, bergenang lg air mata.
murah sgt air mata aku lately.

aku sayu mengenang kan diri aku,
ntah lah, xtau nak cakap mcm mana,
aku sayu sbb aku x kurus kurus lg,
sbb azam nk kurus tu aku buat awal 2014 dulu,
tapi sampai dah akhir 2014 ni, hanya bape kg je lost,
sedih kan? hahaha, hal hal lain tu biar jelah aku je yg tahu,
maybe mcm x sesuai nk cerita kt sini.

soooo aku kena pikul lg azam " nk kurus " tu tahun 2015,
adakah membawak sampai 2016? hmm ntah lah, we wait and see jelah.
aku x tau knp aku stress dgn berat badan, sedang kan aku mmg suka makan,
bila lapar, nk makan sedap sedap je, bila dah kenyang, menyesal mkn nasi
2 pinggan, lepas tu tgk bdn depan cermin, stress, nk nangis,
hishhh! choi sangat!



dalam kereta td, aku berazam jugak,
aku nak menjadi ibuu dan isteri lebih baik,
aku nk kurangkan merajuk kat suami,kihkih,
even sblm ni aku mmg mana ada merajuk rajuk,
cuma kadang kadang jelah,hehehe.nk layan suami dgn lebih baik,
even sblm ni mmg dh baik pon, hishhh, hehehe.
dan nk kurangkan melawan suami,
haihhh ntah apa nk jadik, suami cakap asek nk lawan je,
tapi nk buat mcm mana kan, laki aku kdg kdg suka sgt loyar buruk,
geram aku! tapi serius, aku nak perbaiki diri, banyak belajar agama
dgn dia, hormati dia lebih lg dr sebelum ni,
syurga kita bawah tapak kaki suami kan.
aku xnk masuk neraka T____T

untuk anak ibuu, Puteri Imann Sophea,
ibuu akan jd lebih baik dr skrg, ibuu tau, 
skrg penyakit M ibuu dah melampau lampau,
ibuu dah jarang masak yg sedap sedap untuk princess,
ibuu selalu masak speghetti je, kihkih,
ala tu pun sbb princess nk speghetti je kan.
xnk mkn nasi, tapi lepas ni ibuu masak lauk sedap sedap
mcm dulu k, masa princess mula mula nk makan dulu.
ibuu akan selalu layan princess main,
ibuu akan kurangkan layan customer malam malam,
malam just untuk anak ibuu. ibuu nak berikan yg terbaik
untuk princess, dan nanti kita akan selalu buat kek sama sama
lagik k! ibuu ajar princess buat kek lg tau!

buat family in law, and family aku sendiri, dan kawan kawan.
aku cuba jugak jd yg terbaik untuk semua,
andai ada silap, tegur lah, untuk kebaikan kita jugak kan.
sedih nya nk tinggalkan 2014, banyak betul benda yg jd,
esok 2015, mulakan hidup baru, semoga cahaya matahari akan menyinar.
semoga banjir akan surut, semoga kehidupan kita lebih diberkati.
ayat mmg klise sgt kan? tapi nk buat mcm mana, xreti nk buat ayat lain dh,
hahaha.

esok pagi nak bangun awal! yeay! hehehehe.
bai korg! Happy New Year! Welcome 2015.







30 December 2014

Pengalaman Menghadapi Banjir Besar

aku asal dari Perak, sedara mara aku semua org perak,
aku rasa aku xde kenal org lain di Negeri lain.
sehinggalah aku kawen dgn suami aku,
baru lah aku ada saudara mara di Kelantan dan Pahang,
kihkihkih, sbb nya suami aku punya Mak org Pahang,
suami aku lahir kat Pahang, dan Ayah Suami aku org Kelantan.
so tetiba aku jd lah sebahagian org sana, kena amik tau
kena belajar semua benda, especially tentang pemakanan,
aku belajar makan ikan patin, dan MASIH lg belajar cm ne
nk makan budu.kihkih.

oh berbalik kepada cerita banjir,
sepanjang 3 tahun aku kawen,
setahu aku Pahang pernah banjir tahun lepas,
tp x teruk pun, x masuk dlm rumah.
tapi tahun lepas aku ada pengalaman yg kawan kawan
blogger aku menghadapi banjir teruk,
tapi aku tgk dlm gambar je, x merasa kan banjir tu.
dan aku tak pernah naik boat!

tapi Ahad lepas, aku naik boat,
tgk Banjir besar yg meneggelamkan seluruh rumah,
hanya tinggal Atap rumah,
depan mata, depan mata weiiii!
seyes aku terkejut.tak sangka seburuk itu banjir nya.

rumah makcik laki aku kat Pahang,
kg Chatin, habisss~ habisss~

muka alang pun sedih je,
sedih memikirkan barang barang rumah.
aku yg bukan mengalaminya pun,
aku sedih, tak tergambar dengan kata kata kesedihannya,
dorg kata, malam pertama dorg duduk rumah tu,
api letrik semua dh xde malam pertama,
mcm mcm bunyik ada kat bawah rumah,
yelah kan, rumah sunyi, lepas tu binatang binatang semua mencari tmpt
berlindung,huaaaa takut.aku dgr dorg bercerita pun seriau,
ni pulak yg mengalaminya tu.

semalam, suami aku adalah pergi bersama sama yg lain,
yg menghulurkan bantuan ke sana,
bekalkan makanan.makanan paling penting skrg.dorg xleh keluar,
xboleh membeli, Temerloh Pahang mmg dh terputus hubungan.

dan jangan cerita lah pasal Kelantan dan Gua Musang,
mmg sedih, xsampai hati nak menatap gambar di FB,
hilang rumah, harta benda apatah lagi.motor kereta hanyut,
terbalik sana sini.Ya Allah, besarnya dugaan buat mereka.

mungkin ayat " harap Tabah " tu mereka dh lali dengar,
tapi xde perkataan lain yg boleh aku ucapkan.
mungkin ada rezeki lain yg Allah akan beri kepada mereka lepas ni,
kita harap tahun 2015 akan mendatangkan 1001 kebaikan,
dan rezeki dr Allah SWT.kan.AMIN.

dapur rumah, sedih kan.

Takziah QZ8501



PANGKALAN BUN: Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat.

Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak.

"Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak," kata Tri di sini, sebentar tadi. - Kompas.com

----------------------------------------------------------------------------------

sedih tentang peristiwa MH17, MH307 pun belum hilang,
tapi terima satu lg musibah, tetapi dengan Air Asia,
selepas 3 hari x silap aku, akhirnya dijumpai,
tetapi mayat yg dah membengkak, terapung.
Ya Allah, besar sungguh dugaan mu kepada kami,
mungkin Kau mahu kami lebih mengingati Mati,
mengigati kesusahan, mengigati Mu,
Ampun kan dosa dosa kami Ya Allah,
Ampunkan kami.

Takziah buat QZ8501.





26 December 2014

Tak boleh tengok gambar banjir!






aku tak tau nak cakap mcm mana,
sedih, pilu, hiba, semua ada, setiap kali tgk pic banjir,
bergenang air mata aku, aku membayangkan org dlm pantang,
org yg nk bersalin, org org sakit, Ya Allah sedih sangat.

semalam kami buat mkn mkn steamboat, sebab mmg dah rancang lama,
makan makan family, tapi tetiba nk mkn mcm xde mood sangat,
hmm korg faham kan mcm mana, kami makan pun mcm,
hmmm kesian nya dorg, mkn apa lah tu, mcm mana keadaan dorg,
sambil duk merenung makanan, mmg sedih gila.
dan x sanggup nk upload pic pic makanan tu,
tapi aku terupload gak pic grill steamboat yg aku jual tu,
hishhhh, sbb dh terbiasa kan, semua nk upload,
rasa mcm loser lak diri ni, tapi cpt cpt delete balik yg kat FB,
hmmm rasa mcm berdosa lak.

pagi ni bangun, tgk lg pic mangsa banjir,
seyes terus hilang segala selera,
hidung and mata ni rasa pedih pedih je,
rasa nk nangis, sakit mata mata ni.

aku harap mangsa mangsa bajir ni akan selamat lah,
xde benda buruk terjadi, moga bantuan bantuan sampai dgn cepat,
semalam masa keluar, nampak ramai org berkumpul,
ramai yg dah dermakan baju baju, makanan,
aku insyaAllah, weekend ni nak pack pack baju aku,
baju princess yg dh x pakai tu, nk dermakan jugak,
sama mcm tahun lepas.

aku hanya mampu menolong dgn cara itu,
nk kesana mmg x terdaya,
semoga Allah lindungi kalian,
Amin.




24 December 2014

Perancangan 2015 saya!

baru 24hb December dah tulis pasal perancangan?
of course, semangat tu penting.hehehe.
haritu aku pergi MrDIY, aku dh beli note book kecik siap siap,
kengkonon diary kecik untuk tahun 2015,
hehehe.semua akan tercatat dlm tu.

tahun 2015 ialah tahun untuk earn money!
hehehe.and again, semangat tu penting,
aku memula down jugak dgn GST and whats so ever tahun depan,
tapi life must go on kan, so just follow with the flow jelah,
kita teruskan hidup, untuk mencari kehidupan yang bahagia.

tahun depan masih lagi sama mcm tahun tahun sebelum ni,
aku masih lg berkerja di dlm bahagian aku, sebagai kerja hakiki aku,
dan akan ada side income lain.nak menampung hidup hanya dgn mkn gaji,
bukan xboleh, tapi takat tu jelah hidup kau.kan?! kena usaha lebih sikit.
untuk dapat kan yg lebih tu. ( ayat cam poyo kan ) hehe.
tapi betullah aku cakap, kena susah sket, kena usaha sket,
kena keluar modal sikit, xsemua benda akan terus terus jadik senang,
( ayat org tengah semangat ) haha!

aku akan terus meniaga, dan akan maju setapak lebih sikit dr skrg,
nk challenge my self untuk buat sesuatu yg baru.

dan tahun depan, mcm aku cakap td, adalah tahun untuk earn money,
dan less kan spend money, tetap kena spend, tapi kena tgk mana yg perlu,
dan mana yg tidak.

aku berangan sgt nk duduk rumah sendiri,
korg doakan aku ye, nk deco deco rumah sendiri,
bahagia with my small family,
dan kalau boleh nak beli rumah tu, bukan sewa.
hehehe.xpelah angan angan tinggi sket kan.
moga urusan semuanya dipermudahkan.
Amin.


ok lah, tu je nk cite, nk balik dh.haha bai ♥




Boat Noodle TIDAK HALAL confirm ke?



Jangan cuak dulu kalau korg yg dah makan tu, xpayah nk g minum clorox ke hape.
hahaha.aku belum pernah makan lg boat noodle ni, sbb x berkesempatan.
tapi tuptup dr semalam ada viral x best pasal boat noodle ni,
dikatakan x halal, dan ada pork, apa lagi, cuak lah org org islam kita,
hahaha, yelah, dh bermangkuk magkuk kot dorg makan.

aku bila nampak topik HOT HOT ni mulalah nk up entry,
tapi sebelum UP, kena kaji dulu, jgn main ikut je viral kat FB tu,
yedakkk?! lepas aku bukak page Boat Noodle tu,
dorg dh explain pasal viral Boat Noodle x halal tu,
katanya, kita kena hati hati, boat noodle yg betul betul ada 6 cawangan je.
yg lain tu tolong hati hati, tempat lain mybe ada pork,
tapi Boat Noodle yg 6 cawangan ni xde pork.

dorg dlm proses nak dapatkan Sijil Halal oleh Jakim,
tapi bahan bahan yg dorg gunakan mmg dr sumber Halal.


tapi mcm biasa, kalau ragu ragu, jangan makan, sampai lah dh keluar Sijil Halal ye,
tepuk dada tanya selera, jangan senang senang Jatuh kan perniagaan org,
tapi dlm masa yg sama, kita juga kena hati hati.

*peringatan untuk diri sendiri jugak.heee.





Gambar Banjir Besar 2014






tak mampu nak share lg, gambar semua di sekitar Pahang, Terengganu,
Jln dr Simpang pulai ke Cameron, dan banyak lagi tempat lain,
dorg ada yg ckp, banjir kali ni lg teruk dr tahun tahun lepas.

Ya Allah, permudahkan lah segala urusan hambamu ini Ya Allah,

rasa nk nangis,nk nangis tgk gambar yg rumahnya hanya tinggal bumbung je,
tabah ye semua~ saya doakan kalian dari jauh. Amin.


23 December 2014

AIDIJUMA, lagi 1 kontroversi, design mata satu ( Update jawapan Datin Juma )


harini kecoh lg pasal Aidijuma, baru kejap td aku tgk kat group, pasal design BL terbaru ni, aku NYARISSS nk amik design ni, tapi sbb aku kan dh cut cost untuk AJ, so aku cuma amik 1 design je, hati aku berat nak ambil design ni, rupanya design ni ada benda yg xelok, bukan lah x elok, tapi lebih baik avoid.

Aidijuma, lepas satu, satu masalah dgn design dia, aku xtau kenapa, tapi aku rasa sampai kdg kdg melampau, korg tgk pic tu, apa yg x kena? design tu ada lambang Mata Satu kan? apa yg kita as Islam tau pasal mata satu? mst Dajjal kan?

aku bukan nk berlagak ustajah, aku bukan jugak boikot AJ, tapi dr 1 sudut, kita kena jugak mengambil berat hal hal ni, ni kalau laki aku tau ni, mampus x bg dh aku beli AJ,hahaha.

aku xtau mcm mana Datin boleh release tudung ni, takkan dia x perasan, maybe dia cilok je kat mana mana design, bukan dia design sendiri, tu sbb dia x perasan ada pic mata satu ni.tolong jangan kecam saya AJ lovers, sbb sy juga Aj lovers, tapi sy agak kecewa lah dgn design yg mcm ni, memalukan kita yg islam, dan ada pulak yg berbalah pasal ni, sesama perempuan, sesama islam berbalah.malu kan? 

xsemua org sama pendapat dgn kita, tapi kita xleh gak nk terlalu +ve, betul x? ada yg kata, " ala chill lah, ni design je, Art kot " hahaha, mata satu ko kata art? banyak lg ko kena belajar ni, jgn sbb org tu dah popular, ada nama, ko peminat tegar nk YA kan aja apa yg dia buat.aku x leh go kalau mcm tu.

aku bukan boikot AJ, cuma lepas ni aku berhati hati dgn design dia, beli yg betul2 ok je.takut lah, kita pakai benda tu g solat, masuk surau, masjid, usung atas kepala sana sini.walaupun aku bukan lah org alim, tapi aku x suka benda benda gini.

kalau aku salah, sila betulkan aku, ada yg dh email datin pasal hal ni, hope dapat jawapan cepat, apa pendapat korg? mata korg nampak apa?

( update )


ni je jawapan datin, cuma corak abstrak.
moga ramai yg x beli design ni, tu je yg aku harap.
hmm ntah lah, lepas ni kena lebih hati hati.





Tips Berhentikan anak Menghisap Puting


WARNING : mak bapak kena cekal! bersatu hati! jiwa dan raga!
untuk menjalankan misi ini.

29 November 2014

Alkisahnya puting princess,haritu dah putus separuh, tak tau kenapa, maybe sbb dia geget kot.aku cakap kat papa dia, " sayang kita biar je, jgn ganti " hehe. Pas tu kami psyco dia, " princess, kalau puting ni putus, nanti x yah isap dah eh " then dia diam jeee.hari hari aku ulang ayat tu kt dia.
Semalam, aku saje gunting sket bahagian yg nak putus tu, aku tinggalkan hujung je.then, potong sket bentuk V kat hujung tu.kihkih.jahatnyaaa ibuu.aku buat semalam hari jumaat sbb sekurang kurang nya kalau dia amuk or demam, aku ada hari sabtu and ahad utk pantau dia.
Masa dia mintak puting semalam.aku bg dia.dia isap, then dia bukak balik.dia telek je puting dia, pas tu isap balik, pas tu bukak balik, aku saje saje g kat dia, acah acah tanya, " nape princess? " " eiiii nape puting ni mcm ni??? Tikus gigit lah!!! Eeiii " then tau x dia buat apa? Dia campak terus puting.malam tadi dia tidur tanpa puting.kesian gila.sedih gila.mulut mcm terkumat kamit.aku try bg puting tu.dia xnak.hahaha.
Maafkan ibuu princess.ibuu rasa dah sampai masanya awak stop puting.and stop secara sendiri dan psyco dari org keliling.hahaha.ibuu akan simpan puting tu sampai awak besar.haha.nt dh besar, ibuu tunjuk balik.hahaha - status fb aku.


mcm yg aku ceritakan kat atas, pada mulanya, puting princess dah putus separuh, aku xtau mcm mana boleh putus, dlm kepala hotak aku ligat mengatakan, ini masanya! ini lah masa yg betul untuk berhentikan princess dr puting, selepas 2 minggu kot puting tu gitu, aku ckp kat suami, puting dia ni kalau biar lama lg, boleh infection, sbb dh masuk air, sbb dh nk putus, lepas berlalu minggu tu, hari jumaat, aku amik gunting, aku potong lg puting tu biar tinggal sikit je, mmg nk putus betul dah, pas tu aku gunting V kat atas puting tu, korg tgk mcm pic tu.hahaha.then aku try isap puting tu, mmg xsedap, keluar angin bila isap.then aku basuh, aku letakkan puting atas katil,
masa tu princess tgh leka main.

then dia tanya " ibuu! ting ne? " hah sudah tiba masanya! aku pulak yg cuak, situasi ni berlaku dlm bilik masa tu, aku dekat depan pintu bilik, " tu atas katil tu, g amik " pas tu dia pun panjat katil, dan turun balik, aku perhatikan je dia tau, lepas tu dia hisap puting, pas tu trus dia keluarkan dr mulut dia,then dia isap semula, dia perhatikan je puting tu, dia rasa mcm pelik dah, lepas tu aku buat buat tanya, " princess kenapa? " hahahaha, kejam kan aku,buat buat tanya.hahaha.ayat aku sama lah mcm kat atas tu, aku buat buat lah mcm tikus yg gigit puting dia, aku ulang ulang banyak kali, lepas tu terus dia campak puting tu, dia main baik.hahaha.yess menjadik!

TAPI, bukan senang ye, bukan berhenti kat sini je cerita ni tau! ingat tu! aku mmg dh bersedia menghadapi segala dugaan, ewahhh~ aku dh bajet dh, dia mst akan demam, malam 1st, sblm tidur, dia tanya aku, " buuu nak ting " korg rasa mcm mana? aku ni nak meleleh air mata tau, ingat x kesian ke kat anak? kesian weiii, kesian gila, aku usap kepala dia, " princess, kan ting td princess dh buang, tikus dah gigit kan, x sedap dh kan? " lepas tu dia angguk, dia pejam mata rapat rapat, mulut dia terkumat kamit mcm ada puting dlm mulut, sedih gila aku rasa, seyes sedih sangat.tgh mlm pulak, kul 3am, dia nangis, meracau racau, sampai aku pujuk x jadi, aku termarah dia, aku pangku dia, tidur dlm ribaan aku.then lena sampai pg,aku? mata panda lah! hahaha

sabtu dan ahad berlalu mcm biasa, mlm mlm pun sama, dia bangun 3am, nangis nangis, nk puting, tapi aku pujuk pujuk, dia diam,siang dia x heran sgt dgn puting, sbb banyak main, dia pun lupa.mlm je payah sikit.bila kita tanya dia, princess, mana puting? dia kata, takdeee, hehe.


Isnin 1 December 2014, aku EL, sbb dia dh mcm dedor dedor, tapi siang, aktif, mlm je demam, selasa aku hantar dia g school mcm biasa, rabu khamis berlalu, masih lg nangis tgh malam, mlm khamis tu, tiba tiba tgh malam badan dia panas gila, ni bukan panas tipu, tapi panas betul, aku pun dah nk demam masa tu, jumaat tu aku MC lg, sbb mmg kesian tgk princess, bibir merah, badan panas, dah mula x lalu nk mkn, dah lah jumaat malam tu kami nak ke Penang, masuk je Jumaat magrib tu, badan dia mmg panas sgt, 38c, kami gerak jugak ke penang, sampai di hentian Tanjung Malim, badan dia 39.7c masa tu mmg cuak gila, mmg panas sgt, tapi dia dh x mintak puting dah masa tu, maybe dh lupa dah.tapi demam mmg tinggi, membawak sampai aku pun demam sama, aku ada cerita dlm entry ni - Princess dan Influenza

lepas tu, seminggu jugak lah kami berkampung kat Ipoh, sampai semua baik seperti sedia kata, and till now, dia masuk terkumat kamit mulut bila nk tidur, myb rindu puting, tapi x sebut dah dia nk puting.ada 1 hari aku nampak dia masukkan tgn dlm mulut, dia x pandai hisap jari, dia masukkan semua jari dia, hahaha.mmg kelakar,tp kejap je.sbb dia x reti.kesian anak ibuu.

tips yg aku nk bgtau kat sini, 1st mmg kena cekal, kena cekal gila, aku sebenarnya nk give up dah tau, masa dia demam tu aku mcm nak bg semula puting dia, tapi bila aku fikir balik, takkan aku nk give up bila dah sampai di tahap ni, sampai di tahap dia campak puting dia sendiri, kalau tanya bapak dia, bapak dia mmg sanggup je nk terjah Manjaku beli puting baru.hahaha.bapak dia mmg x kuat langsung.hahaha.

2nd kena tunggu sampai masanya nanti, aku geram jugak bila ada org komen komen kat pic princess " eh isap puting lg " " eh princess bila nk buang puting " " eh princess 24jam dgn puting " hahaha ko ingat x sakit hati ke? eh mmg x pun,hahaha, sakit sikit je, tapi biar lah, anak aku kan, moms know da best! so aku rasa masih belum sampai masanya nk stop kan puting dia, dan skrg, dia dh faham apa yg kita cakap, skrg lah masanya, slowly.

3rd jangan tunjuk dh puting tu depan dia, campak jauh jauh, lepas tu banyakkan psycho dia, korg pandai pandai lah buat ayat pape pun, ckp supaya jgn hisap puting dah, aku selalu bg contoh kakak Amani dia, kakak amani ni kwn dia kat Taska, dia suka sgt dgn kakak amani, kalau nk gosok gigi pun bg contoh " princess nak gigi cantik mcm kakak amani x? ok kalau nak, meh kita gosok gigi " so dia tadah lah gigi dia, aku ckp kat dia, " kakak amani x isap puting kan? " dia angguk, means dia faham, so mmg dia xnk dh puting tu.

Alhamdulillah, skrg mmg dia dh x ingat langsung puting dia, kalau dulu, dia akan tidur sendiri sambil isap puting, aku x payah nk dodoi ke, nk usap usap badan ke. tapi lepas xde puting, aku ada 1 kerja baru, kena gosok belakang dia sampai dia terlelap, hahaha.yelah, sbb dulu dia ada puting untuk lalaikan dia kan, skrg ni dia nk benda lain lah utk bg dia lalai tido.hehe.kena lah gosok belakang dia, kaki dia, tangan dia, sampai dia lena.

dan yang paling best, JIMAT RM40 kami, hahaha, bukan berkira, tapi sejak dia baby, kami kena spend rm40 untuk setiap 3 bulan, kami akan tukar puting dia setiap 3 bulan, tapi tu belum kira yg tetiba hilang pulak.haihhh botak kepala.hahaha.

yang papa dia 1 hal jugak, tetiba papa dia cakap mcm dia dh tidur, 
" sayang rindu nak tgk Princess isap puting, nk tgk ada benda kat mulut dia "
choiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kena pedepek skali dgn aku, hahaha, berusaha aku putuskan puting dia,
boleh lak dia kata dia rindu nak tgk princess hisap puting.hahaha.

kdg kdg aku rasa bangga, sbb tak sangka princess dh stop puting.hehe.senang sgt dah skrg ni, sbb dah x payah kami kelam kabut bila puting dia hilang.hahahaha.

buat mak mak yg nak putuskan puting anak, tunggu masa yg sesuai, kata moms know da best kannn, hehehe.good luck korg! tabah tau! hahaha

yeay dh anak dara! x hisap puting dah!


Persediaan untuk Krisis Kewangan 2015

aku bukan org yg tau sangat hal hal gini,
kadang kadang benda gini aku belajar dr suami aku,
fb, atau viral massage dr whatsapp.
hahaha.kdg kdg msg yg panjang panjang yg dorg bg tu,
aku x baca pun, sbb malas, tapi semalam, lepas 1 whatsapp masuk,
ayat dia tentang -- kewangan 2015, aku trus tersentap,
baca sampai habis walaupun panjang,

Gelombang Kegawatan menghampiri kita.

KRISIS KEWANGAN


Jika kita melihat di wall facebook, rata2 kita masih berseronok seronok dgn rezeki yg ada. Jika terlebih mampu tidak mengapa tetapi jika cukup2 makan..

Komen sinis sahabat kita Khalit Osman dalam fb samar samar menggambarkan krisis ekonomi yg mengerikan. Ingat! Ini bukan kata2 politik tetapi ini hakikatnya.

Jika anda pekerja kerajaan, pedulikan kerana walau apa berlaku gaji anda tetap dimasukkan. Tapi jika anda pekerja swasta atau peniaga kecil dan sederhana bersiap siaplah utk menghadapi hari2 yg sukar, mungkin tidak sesukar kami di tahun 1997-1999 dahulu. Di mana ada General Manager menjadi pemandu teksi.(Kes saham meredum)

Sebelum membaca, saya mahu kita bersihakan minda 'kepartian' yg ada utk memudahkan kita faham tentang ekonomi negara. Jika ingin menjual aset inilah masa yg sesuai.

Lebih memeritkan lagi keadaan apabila negara kita tidak diuruskan dgn baik. Ia umpama kita berniaga untung RM 30 tapi belanja sehari RM 50. Kadar pendapatan rakyat Malaysia pula tidak selari dgn kos sara hidup. Contoh 60 peratus rakyat Malaysia bergaji bawah 3000 tapi kos sara hidup lebih tinggi daripada pendapatan majoriti rakyat.

Harga Hartanah melonjak 300% kurang dari 10 tahun. Sebagai contoh rumah teres 20 x 70 pada 2003 sekitar RM150-250 k melonjak kpd 500-1 juta. Malangnya rumah yg mahal itu turut habis dijual. Siapa yg beli? Bukankah seperti ada kawalan dari pihak tertentu...wallahuallam.

Jgn lupa hakikatnya kerana akhbar Malaysia sahaja yg byk sembunyikan fakta yg benar. GDP 55 % adalah berbahaya. Peramal ekonomi berkata pada 2017...Malaysia akan berhutang sebanyak RM 700 billion..menuju ke ambang bankrapsi. Kenapa ia begitu pantas berlaku? Sb negara kita terlalu dasyat korupsinya. Org Melayu menganggap rasuah itu adalah komisen. Bila terlalu tinggi korupsi, maka dgn sendirinya nilai ringgit menjadi lemah...tiada keupayaan kita.

Ini bermakna rakyat Malaysia perlu menyimpan utk hari hujan, atau mungkin hari ribut. Jadi apa kita perlu lakukan? Berhenti melancong ke luar negara dlm tempoh 2 tahun ini melainkan anda mempunyai simpanan yg banyak. Perbanyakkan urusan perniagaan dgn kerajaan walaupun budget kerajaan utk tujuan tersebut juga akan disekat.

Ini masa kita berhenti utk melabur utk perniagaan. Ini adalah masa kpd mereka yg mempunyai harta utk melabur dlm bidang hartanah. Harga2 rumah kedai akan jatuh, begitu juga dgn tanah.

Bagi adik2 lepasan Universiti, inilah masa kalian utk terus menyambung pengajian 'Master' atau Phd kalian. Dlm kegawatan ekonomi jika adalah amat sukar utk kalian berkhidmat dgn syarikat korporat gergasi sekalipun seperti Astro, Celcom, Media Prima dan sebagainya kerana syarikat2 terbabit sibuk utk membuang pekerjanya.

Kerana saya menulis di facebook, cukuplah setakat ini serba sedikit kita berkongsi maklumat. Selamat mengharungi hari2 yg sukar ini. Hikmahnya tentu ada...tentu ramai2 yg akan sujud memohon kpd Allah...Alhamdulillah.

Semalam Petronas mengumumkan akan mengurangkan pemberian wang ihsan kepada kerajaan pusat sebanyak lebih 35% termasuk anak2 syarikat petronas telah mengambil langkah pengurangan.

Justeru, akibat dari pengumuman itu, saham di Bursa Saham merudum dan nilai ringgit malaysia telah jatuh teruk! Bank2 pula telah mula menaikkan kadar potongan baharu disamping GST yang akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan.

Justeru, kepada sahabat2 yang dikasihi, banyakkan simpanan, kurangkan perbelanjaan dan elakkan dari membuat hutang mahupun pinjaman! Tahun hadapan akan memperlihatkan perjalanan ekonomi rakyat yang meruncing.

Semoga Allah mencukupkan rezeki kita semua dengan penuh barokah. Wallahu'alam.
Hutang Kerajaan Malaysia Disember 2014 (RM763 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42). Malaysia, Negara Membangun Paling Terjejas di Asia.

apa pendapat korg? rasa mcm mana? takut x?
aku??? opcoz takut, aku ingat zaman kejatuhan ekonomi dulu,
masa tu kecoh, tapi masa tu umur aku baru berapa,
aku xtau sgt apa benda yg jd, tapi aku ingat zaman tu.
dan kini terjadi pada kita, kita dah ada keluarga sendiri,
dan zaman dulu mmg tak sama dgn zaman skrg.

dorg kata jimat! jimat! aku rasa skrg ni pun aku dh berjimat,
( yeke ni ) tapi tahun depan nk kena jimat lg.huaaa mcm mana nak jimat?
tudung AJ dh x boleh beli, kena beli selai je kalau nak,
tak leh makan suka suka kat luar,
yg paling sedih, elakkan melancong luar negara,
huaaaa, tu lah plan kami tahun depan,
nk melancong!

bila ckp kat suami aku, dia kata, pergi jelah, apa masalahnya,
amboiii sangat neh! senang je cakap.hahaha.
geram aku! hahaha.

untuk persediaan, aku xtau nk bersedia mcm mana,
just follow the flow, ada tu ada lah,
kalau xde, duk diam diam.hehehe.





22 December 2014

Pinocchio


Korean Drama terbaru yg aku tgk skrg,kat 393 baru 2 episod,
kat Online dah 12 eps.

sebab apa aku suka cite ni, 1st opcoz sbb hero dan heroin,
kedua sbb cite pasal romantik, comedy, dan ada serius sket,
aku lebih suka cite cm ni.

ok dh x tau nk cite apa, korg kena tgk jugak tau!
bai! nak sambung buat keje.


19 December 2014

tiada tajuk.

hati nk update, tapi idea x datang,
idea ada lah dtg semalam, tapi masa tu aku dlm toilet.
ko rasa? nk menaip mcm mana kan.so aku biarkan idea berlalu pergi,
hahaha.aku baru lepas lunch, mkn subway td,
tiap jumaat, mmg tu jelah menu aku,
kenyang!

mlm ni mcm nk ajak suami aku pergi BBW,
tapi mcm malas, sbb buku BBW aku tahun lepas pun x habis baca lg,
tapi mcm jugak nk g tgk wayang, Manisnya Cinta di Cappadocia,
hahaha.mana 1 best eh?

korg? nk g mana?




16 December 2014

Kegilaan kadang kadang



gambar gila gila boleh amik, bila dengan adik adik aku,
kalau dengan org lain x boleh.maluuuuuuu.haha.
kdg kdg malu nk tunjuk perangai huduh depan org.
nanti org kata nk menunjuk jugak.hahaha.xpaham!




Membebel lagi, taknak baca jangan bukak!


hai! keudara lagik, nk membebel lg, biasalah, blog aku, tempat aku membebel meluahkan perasaaan, kalau xde blog ni, ntah kat mana lah aku nk meluahkan perasaan kan.hehe.nk menulis diary dah malas, sbb tulisan x lawa, bila tulisan x lawa, idea nk menulis tu xde.hahaha boleh x gituww?

lately, banyak benda yg dtg dlm hidup aku, banyak yg pergi dr hidup aku jugak, kehidupan aku bukan lah sesuatu yg sunyi, hidup aku bahagia, tapi ada benda benda yg buat aku sugul, terlalu aku memikirkan benda tu, dan sampai satu tahap, aku rasa mcm aku naik gila.hisss syuhh syuhhh jangan gila, tetapkan iman safura!

aku selalu anggap hidup ni mcm roda, kadang kadang kita kat atas, kadang kadang kita kat bawah, dan manusia takkan semua yg suka pada kita, ada yg kadang kadang menyampah tengok kita, tapi dia tetap nk tengok kehidupan kita, kalau lah kita susah, lagik dia suka, kalau kita senang, di jeling jeling sebelah mata je,

aku x cakap org lain, diri aku juga begitu, di FB, berapa " friend " yang aku perhatikan je, kalau cakap xnk kalah, semua nak UP, nk speaking kemahen, tapi ntah hape hape.hahaha.aku senyum kan aje.x pasal aku termengata dia dlm diam kan, nak di unfriend, mcm kesian pulak, kang tetiba PM aku, tanya kenapa unfriend dia, kdg kdg sbb aku rasa, dr aku TERmengata dia, buat dia kecik hati, baik x payah jd friend kan? betul x? ada jugak stgh stgh " friend " yang aku dh Block, mereka cari aku di page aku, wasap aku, tanya kenapa. tapi aku x reply, kenapa? aku bukan sombong, tapi biar lah,
biarlah aku sendiri, aku selesa dgn kehidupan begini, dengan life aku.

aku bukan nak org puja puja aku, sikit pun aku xnak, aku x suka org puji puji aku, aku jd kekok, mmg tu perangai aku, ada org yg suka org puji mereka, aku x perlu semua tu, aku cuma perlukan sahabat sejati, xperlu belanja aku mkn setiap kali jumpa, x perlu! cuma jd lah pendengar setia aku, dan aku akan jd pendengar setia kepada kamu semula, tapi kalau dtg kat aku, nk tanya selok belok itu ini, dan tetiba bila aku dh cerita segala tips, kau diam je, berterima kasih pun tidak, ko rasa? aku hanya melepaskan anjing tersepit? oh aku x suka org begitu, 1st and last aku tolong, then? hai hai bye bye. tu sbb aku kata, aku malas nk baik dengan org.

masa princess sakit haritu, aku ada nampak beberapa perkara, mereka yang PM, wasap, bertanya khabar, sedikit sebanyak membuatkan diri aku kuat, walaupun aku demam dlm masa yg sama, tapi hanya dengan perkataan " rara, u sihat ke? ok ke? princess ok ke? i doakan keluarga u cepat sihat " Ya Allah, itu aku rasakan mcm 1 semangat buat aku. satu ubat yg Doktor pun xde, yang doktor pun takkan bagi.tapi? apa yg aku dapat, kawan yg dipanggil sahabat selamanya, takde! takde! x wish apa apa. aku bukan mengharap. tapi kata " kawan selamanya " borak benda lain boleh, tapi kenapa bila tang aku, buat xtau je,kenapa? baik kawan yg bukan kenal lama pulak yg bertanya, mereka pula yg mendoakan kesejahteraan kami.dari situ aku dah nampak, siapa " kawan selamanya tu "

and again aku nk cakap, aku x minta diampu, aku x tau apa yg korg fikirkan, apa yg korg rasakan, tapi aku tau ada yg stalk aku di FB, di blog aku, di IG aku, tau setiap situasi yg aku alami, tapi aku diam, aku malas nk amik port, aku bukan artis, aku hanya manusia biasa, again aku nk cakap,
kalau x suka aku, boleh unfriend, boleh unfollow, kdg kdg bila aku teringat kat sesorang tu, aku bukak page dia, tgk tgk dia dah unfriend aku, aku diam, aku mls nk bertanya, kalau dah dia klik " unfriend " di fb, that means dia dh xsuka kita, dia dah xnk tgk perkembangan hidup kita.betul x? kecuali kalau kawan yg betul betul rapat, baru aku tanya, " kenapa unfriend? " lepas tu dorg kata, maaf lah, ntah FB ni gila kot. ok ok, aku boleh terima alasan tu, aku bukan kejam sgt.

and again, ni bukan entry bajet artis, tajuk entry aku dh cakap, kalau x suka, jgn baca, ni luahan hati.

perasan x? kdg kdg kita dah rasa diri kita cukup bagus, tapi sebenarnya ada jugak org yg x suka dengan kita, kita ni bukan kaya raya, kita cuma rakyat marhaen je, tapi rasa x suka tu tetap akan ada pada setiap insan.

tu pon kalau ada benda yg aku nk show off, tetiba aku delete balik post tu, sbb aku xnak kwn kwn tetiba termengata aku dlm hati, aku nk jd baik pada semua org, dunia dah nk makin kiamat, aku takut, aku takut nk membuat dosa pada manusia, tak larat nanti aku nk cr korg kat akhirat, nk mintak maaf.

aku ada jugak kwn yg baik, kawan yg x pernah mendengki dgn aku, selalu support aku, kami jugak suka bercerita pasal tudung AJ, so far aku selesa kwn dgn dia, dia x hipokrit, aku ckp ngan dia, aku xnk jd kawan yg terlalu baik dengan dia, sbb kalau terlalu baik, nanti mesti gaduh, aku xnk gaduh, sbb aku sayang dia.seriousely aku dah x ramai kawan baik,aku xnk terbaik baik sangat, sbb nanti da lah yg jd x betul.mungkin kdg kdg jd mcm budak budak.bila kita baik dgn dia, kita dh x boleh baik dgn org lain, nt dia jeles, kita ada kawan baik lain.hahaha.

bila dah ada anak dan suami ni, aku rasa tempat aku nk melepas marah, melepas kegembiraan, gelak bersama hanyalah pada anak dan suami, dan jugak family, tapi yg mengadap muka aku ialah anak dan suami ni, tidur sekatil, sebantal, mereka yg aku ada, mereka jugak yg faham aku, aku jugak faham mereka, susah senang kami, makan pakai kami, hanya kami yg tahu.kita x boleh nak cerita semua benda pada org lain, tak boleh, ingat tu! hal dlm kain, jgn terlalu dedahkan.manusia akan mengata kamu dlm diam.biasalah manusia, mengata orang tu kan best.hahaha

di sekeliling kehidupan aku, aku boleh lihat banyak benda, ada org kaya, ada org miskin, ada yg begitu, ada yg begini, kdg kdg aku cakap, syukur lah aku ada kehidupan aku yg begini.kalau aku takut sgt, aku akan cepat cepat rasa nk solat, aku doa pada Allah, " permudahkanlah hidup kami sekeluarga " aku percaya, Allah akan tolong aku, menangis sambil bersujud, Allah SWT mendengar aku.manusia? x semua yg suka mendengar kita.betul x? even suami pun kdg kdg, " alaaaa biarlah, xde apa tu " hahahah betul x?

kalau tgk undang undang negara kita skrg, terbaru semalam aku tgk, memancing pun kena ada lesen kan? pas tu mak mak ayah ayah dah merengek katanya buku sekolah makin mahal. mcm mana lah zaman princess nanti kan.aku x dapat banyangkan, anak anak perlukan yg terbaik.insyaAllah, aku dan suami ada cuba bg yg terbaik.kdg kdg aku fikir, seronoknya kalau lahir lahir kita dah mewarisi harta peninggalan nenek moyang yg kaya raya kan, kita x perlu nk fikir semua tu, tapi kalau lahir lahir sebagai rakyat marhaen je, kena lah usaha sendiri, niaga kecil kecilan.hehehe.alahhh~ dorg yg kaya pun bukan bahagia sgt pun, kena fikir mcm mana nk larik dr bayar cukai.dan kalau tgk manusia manusia zaman skrg ni, semua nk cr anak anak org kaya je, kenapa? supaya nanti boleh hidup senang, x payah bersusah payah cari duit, nak apa semua dapat. tapi aku x respect pun org mcm ni, ko xde life! ko mengharapkan org lain. mana kepuasan diri ko? mana kebanggaan dlm diri ko? hahaha.

see, sepanjang entry ni, aku pun x habis habis melahirkan rasa x puas hati pada manusia lain kan? hahaha, tak de manusia sempurna lah kan. aku suka dia, ko x suka dia, dia suka aku, dia x suka ko. ada jelah yg x kena.tapi pasal lesen memancing tu aku mmg pelik.hmmm.dunya dunya~

aku pun dh xtau aku melalut pasal apa ni.hope xde lah yg pening membaca, eh ada ke org baca? hahaha.xde kot kan.xde lg bagus.biarlah buat hiburan aku saje menaip, demi melepaskan sesak kat dada ni.fuhhhh rasa ringan sikit dada aku, aku dah malas fikir pasal org, mana yg suka tu suka lah.mana yg x suka, aku xleh nak buat apa.kita hidup lah dengan cara masing masing, tegur lah aku andai aku tersilap dimana mana, aku lebih suka org menegur aku, dari hanya memandang dan mengata aku, aku x suka mcm tu, mana yg aku boleh betulkan, aku betulkan. seperti mana suami aku dan anak aku menasihatkan aku, " ibuu, pergi solat dengan nenek " boleh princess sound aku mcm tu semalam.hahahaha.adoii anak.nk geget rasa! hahaha.ok lah bai!






15 December 2014

Lebih baik begitu.

Aku tarik diri dari situ sbb aku terasa.
Tak tau kenapa aku terasa sgt.
Tapi aku betul betul terasa sbb mcm aku x wujud.
Kalau sahabat, pasti akan dtg melawat.
Pasti akan selalu bertanya khabar.
Tapi buat aku mcm angin lalu.
Time aku? Time org lain boleh beriye riye,
Time aku? Hmm aku rasa x pe lah kalau gitu.
Biar aku left.biar aku sorg sorg.
Dan kalau betul kawan.masa aku left mst akn tny.
Ni tidak.senyap je memasing.
Ok x pe.aku faham.walau mcm mana ko kwn lama pun.
Kdg kdg dia saje buat buat xnk paham ko.
Dia suka lah org yg memuja muja.
Aku ni x pandai bodek.
Hahaha.

Lantak lah.aku mls nk fikir.
Banyak benda lain lg yg aku nk fikir.
Semua berbahagia lah semua.

Princess dan Influenza A


perkara yang paling aku takut bila anak sakit.
serius mmg takut, aku x sanggup nk dgr dia batuk,
tak sanggup nk tgk dia berhingus hingus,
dulu, sebelum umur princess setahun, tiap tiap bulan dia sakit.
bukan sakit teruk lah, tapi demam, selsema batuk gitu gitu je,
selepas beberapa bulan, dia kembali demam teruk,
payah nk dpt dia demam sampai 39, tapi nak dijadikan cerita~

hari jumaat dlm kul 3am gitu
tetiba badan dia panas, dia merengek rengek, aku ngat dia nk susu,
tapi panas gila badan dia, aku kelam kabut bukak segala baju.
seluar dia, kaki dia sejuk, trus amik towel,
basahkan then letak kat badan, tapi dia bukannya nak,
kena pujuk pujuk baru mau.

siang tu aku xsedap hati nak pergi kerja,
so mc lah cerita nya, aku pun masa tu mata dah merah,
tekak dah sakit.aku pun rasa mcm diri aku nak demam.
malam tu kami nk gerak ke Penang, moyang Princess nak kawen.
hehehe.jangan x percaya tau, mmg moyang princess nk nikah hari sabtu tu.
kami gerak petang, siang tu princess mcm cergas je, even mlm tu demam,
aku tau dia mmg jenis demam malam, siang selalu ok.
nak masuk magrib tu, badan dia tetiba panas gila.
nak nak pulak aku pakaikan dia baju, lg lah membahang panasnya,
aku biar je, sbb ingat kan nanti kalau masuk dlm kereta.
ada aircond nt sejuk sket. alahai banggang gak aku kan.
hahaha.masuk kereta pun still panas bdn dia,
dlm kul 8.30pm, kami sampai kat tanjung malim,
mak mertua aku dh masak segala nasi,
kami kengkonon berkelah lah mkn nasi tgh jalan,
tapi masa tu check suhu princess dh 39.7C
ko rasa mcm mana? aku panik ke x? bibir dia dh merah menyala,
makan xnk, minum pun xnak.aku pon sampai x selera nak makan,
kami mkn laju laju, then laki aku decide nak turun ipoh dulu,
hantar princess g Pantai Hospital.
aku redha jelah kalau aku kena tinggal pun, 
sbb x sanggup tgk anak sakit.demam demam nk berjalan.

laki aku bawak kereta laju gila,
dalam kul 9.30pm kami sampai ipoh dah,
laju kan? aku naik takut dah.tapi anak lg penting masa tu.
badan princess mmg panas, sampai sampai je kat Pantai,
boleh lah nurse kata bilik penuh.ko rasa???
aku siap perli lg, " eh ramai nya org Ipoh sakit ye "
tapi nak marah pon x guna jugak,
kami trus gerak g KPJ Specialist Ipoh.
dengan harapan ada bilik lah.eh dh mcm nk check in hotel lak kan.
hish!

sampai je KPJ, aku trus tanya, " ada bilik x? "
dia kata ada lg, tapi x banyak dah.ahhh lantak lah,
asalkan ada lg bilik.

daftar nama segala, then menunggu, menunggu pun 1 hal jugak,
nk dekat 15mint gak baru nama kena panggil,
punya lah ramai org sakit.private hospital pun punya ramai org,
benggang jugak aku ni, jumpa doctor, nasib lah princess behave,
doc suruh bukak mulut, dia bukak, doc check check pun dia diam je,
then doc check influenza, kena masukkan cotton bud dlm hidung tu.
sakit weiii buat menda alah tu, kesian princess, lepas tu makan ubat dulu mcm biasa,
aku mcm takut nk tunggu result.hope x de pape, tapi ada....................

nak menunggu result 1 hal gak,
lama gila! tapi masa tu princess mcm dah sihat, boleh lak dia berlari sana sini,
aku pulak yg bersohseh sohseh, dah start selsema dan batuk.
opah and mashu princess pun dah sampai hospital,
lagik dh bertambah sihat dia tu.ada org melayan,
sampai nk daftar masuk wad, ( oh lupa, doc mmg pesan awal awal, princess kena gak admit
sbb suhu td tinggi gila ) nurse kat kaunter kata Influenza A princess positif,
hah masa tu aku dh cuak gila, Influenza A? H1N1 ke? mcm mana lak leh kena.
pas tu nurse tu gelakkan aku, hampeh betul! dia kata bukan H1N1,
tapi Influenza je.haih, kalau bukan H1N1 xpe lah, risau lak aku.
aku cuma diterangkan, princess kena demam Virus, demam ni
meyebabkan dia xboleh bercampur dengan budak lain,
dia kena duduk bilik Single! dan org yg jaga dia kena pakai mask sentiasa.
perghhhhh~ dan princess kena start mkn ubat antibiotik utk lawan virus tu.
aku redha jelah, asalkan anak aku sihat.

dan tambah lg masalah bila bilik single lain habis,
yang tinggal single Deluxe, Rm338 satu malam.
ko rasa??? insuran hanya cover rm150 je 1 malam.
nak x nk, kena jugak amik, kami mmg dh xde pilihan.
tu lah aku kata, walaupun pakai insuran, belum lg menjamin ko akan senang,
kena jugak standby duit if case case mcm aku ni terjadi.
demi anak, kami proceed jelah, laki aku pun kata, boleh jugak aku
rehat dengan selesa, xde org lain.hmm ok lah, alasan diterima.hehe


settle masuk wad semua dlm kul 12 lebih, punya lah lama kan,
tapi x kisah lah, asal anak sihat. tapi kami teruja gak bila masuk wad,
bapak dia yg selalu admit pun xpernah duk wad mcm ni,
anak masuk masuk trus dlm bilik deluxe, seyes mcm hotel,
besar gila bilik dia, bilik air dengan shower yang canggih gila,
mmg cantik sangat, aku xde lah amik gambar bilik tu kan,
bukannya kami tgh bercuti, tapi mmg cantik besar dan bersih.
mmg selesa gila lah.

mlm tu kami tidur berdua je, princess still demam, kejap kejap nurse dtg check,
aku pun yg x tahan tu, demam skali, mlm tu badan mengigil gigil,
menyucuk cucuk, sejuk sangat, aku tidur dgn seluar jeans and tudung skali,
sbb x larat gila.suami aku and mak mertua sume gerak g Penang jugak mlm tu.
mak aku pun balik rumah sbb baju semua x bawak.

keesokkan harinya tu, aku demam lg teruk,
princess dh beransur ansur kebah, bayangkan org demam menjaga org demam.
ko rasa??? siksa wei, masa tu aku kesian sgt kat princess,
mmg asek kena marah je, sbb dia nk memerap je,
aku pulak x sihat, nasib lah ada adik aku and mak aku yg tolong jaga,
bawak dia main kat luar, bawak dia jalan jalan.
aku pulak yg duk melepek atas katil.lepas tu doc suggest kan
aku turun g cek demam, sbb risau aku lak terkena influenza A.
perghhhhh! mmg takut lah aku kan, demam Influenza A ni senang berjangkit,
kalau princess batuk ke, bersin ke, dia boleh merebak melalui udara,
last last aku turun bawah, check jugak,
tapi Alhamdulillah aku demam biasa je, rabak lah rm300
sbb out patient, insuran x cover yewww.hampeh!

lepas makan ubat, aku tidur je, princess nangis nangis gak,
nasib mak aku ada lg.tlg jaga sampai petang,
pas tu mak aku balik jap, masa tu princess mula lah cranky,
aku pulak x sihat, mula lah nk mengamuk.kena gak pelepap sedas.
hahaha.aduhhhhh baran x leh cover dah.

nasib lah mak aku dtg awal, mlm tu mak tidur kat wad.
malam kedua di hospital berlalu seperti biasa,
princess dh kebah demam, aku pun beransur pulih,
selalu mmg gitu, kalau duk hospital je mst demam cepat baik.
haha.tinggal sisa sisa batuk and selsema je.

ahad tu kami boleh keluar wad dah.Alhamdulillah.
tapi doctor kata princess still kena kurung, xleh keluar rumah suka suka hati,
still kena makan antibiotik sampai habis dan ubat demam.
hari khamis kena dtg follow up semula.so bercuti lah ibuu seminggu di Ipoh.
bertapa lah sampai anak sihat.



gambar hari ahad masa nk check out hotel KPJ,
hahaha.org kata, duk wad pun pakai lelawa ke?
bukan pakai lelawa, tp sbb xde baju.hahaha.
aku bawak baju bejalan lah sbb nk ke Penang kan.
tapi dah tetiba tersakit, hahaha, so pakai lah baju apa yg hade.
tapi staff KPJ semua best best, cuma makanan je x rasa hape.
aku nk tanya ni, kalau sakit, mmg perlu ke kita makan makanan yg tawar hebeh?
perlu ke mkn sup yg xde garam? org sakit lah kena mkn makanan sedap sedap kan?
betul x? ich pelik lah aku.hahaha.

tu lah cerita princess dan Influenza, nasib lah x seteruk mana,
tapi masa demam tu mmg cuak sangat lah.

dan yang paling penting aku nak pesan,
kalau ada insuran, cr lah agent insuran yg ada bersama korg disaat saat
korg memerlukan dia,cari lah agent insuran yg korang kenal.
mcm aku, aku bersyukur dan berterima kasih kat Ris,
agent Insuran princess, dia mmg follow up setiap perkara,
dari UK pun dia call aku.wasap x henti,mmg best sgt dgn Ris,
TQ so much Ris! lepas ni boleh claim balik duit bilik.
hehehe.


follow up hari khamis, doc kata Princess dah sihat,
dan boleh keluar kandang dah.hahaha.so ibuu bawak jalan jalan kat Ipoh Parade,
dah lain sangat dah.hehehe.


aku rasa princess demam sbb putus puting jugak,
tu sbb demam jd teruk.cerita pasal puting,
nanti aku cerita mcm mana dia boleh stop puting k.
hehehe.

ok lah, nk lunch ni.bai ♥




Kaedah memakan Habbatussauda untuk kesihatan


ramai yang dh memperkatakan tentang Habbatussauda.
kat mana mana pun dah ramai org jual.
antara nak beli atau tak dan antara nk mkn atau x je.
hehehe.

lepas mendapat pakej demam 1 family haritu,
aku pun decide mcm nak try jadikan habbatussauda ni sebagai amalan,
kebetulan balik Ipoh haritu, kwn aku bg 1 botol ni,
suruh try katanya, haih bg free pulak tu.tu yg lemah tu,
nk bayar x kasik.

aku amik yg pils ni, suami aku amik yg serbuk,
dia lalu nak mkn yg serbuk. biar kan dia, hahaha.
aku main telan telan je senang, kalau serbuk serbuk ni,
lama pulak kang nk telan.

yg serbuk jugak aku nk masukkan sikit dlm makanan princess,
nt dia mkn nasi ke apa, nk taburkan dlm makanan dia.
Habbatussauda juga makanan sunnah Nabi,
dan bagus sangat jika kita amalkan.

Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.”

lepas aku google google banyak jugak jumpa khasiat and cara mkn Habbatussauda ni,
kalau korg nk tau banyak lg.boleh lah google google.
seronok baca kebaikan kebaikan dia.

meh aku share sket cara memakan Habbatussauda ni :

Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur.
Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.

Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. 
Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.

Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii
Kebaikan: kesihatan tenaga batin.

Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. 
Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.

Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. 
Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.

Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. 
Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.

Ada kebaikkan lain kaedah lain mengamalkan Jintan Hitam selain  6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.

Bagaimanapun, kini ramai yang  mengamalkan atau mengambil habbatus sauda  dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.


mak kawan aku jugak pesan, kalau nk mkn, biar ganjil,
contoh mcm 3 biji, 7 biji, pesannya lah,
dan jugak makan pg pg sebelum breakfast.
dlm 2 3 hari sakit yg ada dlm badan akan muncul,
kalau xde sakit sakit, Alhamdulillah, maksudnya badan korg ok.
aku ni nebes jugak nk tunggu 2 3 hari ni.sbb aku skrg pinggang
sokmo sakit.hmmm risau gak.
air jugak kena minum banyak.
sape nak beli, boleh lah PM aku di page,
nt aku bgtau kwn aku tu.heee.
100 biji hanya rm30.



Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com