16 December 2014

Membebel lagi, taknak baca jangan bukak!


hai! keudara lagik, nk membebel lg, biasalah, blog aku, tempat aku membebel meluahkan perasaaan, kalau xde blog ni, ntah kat mana lah aku nk meluahkan perasaan kan.hehe.nk menulis diary dah malas, sbb tulisan x lawa, bila tulisan x lawa, idea nk menulis tu xde.hahaha boleh x gituww?

lately, banyak benda yg dtg dlm hidup aku, banyak yg pergi dr hidup aku jugak, kehidupan aku bukan lah sesuatu yg sunyi, hidup aku bahagia, tapi ada benda benda yg buat aku sugul, terlalu aku memikirkan benda tu, dan sampai satu tahap, aku rasa mcm aku naik gila.hisss syuhh syuhhh jangan gila, tetapkan iman safura!

aku selalu anggap hidup ni mcm roda, kadang kadang kita kat atas, kadang kadang kita kat bawah, dan manusia takkan semua yg suka pada kita, ada yg kadang kadang menyampah tengok kita, tapi dia tetap nk tengok kehidupan kita, kalau lah kita susah, lagik dia suka, kalau kita senang, di jeling jeling sebelah mata je,

aku x cakap org lain, diri aku juga begitu, di FB, berapa " friend " yang aku perhatikan je, kalau cakap xnk kalah, semua nak UP, nk speaking kemahen, tapi ntah hape hape.hahaha.aku senyum kan aje.x pasal aku termengata dia dlm diam kan, nak di unfriend, mcm kesian pulak, kang tetiba PM aku, tanya kenapa unfriend dia, kdg kdg sbb aku rasa, dr aku TERmengata dia, buat dia kecik hati, baik x payah jd friend kan? betul x? ada jugak stgh stgh " friend " yang aku dh Block, mereka cari aku di page aku, wasap aku, tanya kenapa. tapi aku x reply, kenapa? aku bukan sombong, tapi biar lah,
biarlah aku sendiri, aku selesa dgn kehidupan begini, dengan life aku.

aku bukan nak org puja puja aku, sikit pun aku xnak, aku x suka org puji puji aku, aku jd kekok, mmg tu perangai aku, ada org yg suka org puji mereka, aku x perlu semua tu, aku cuma perlukan sahabat sejati, xperlu belanja aku mkn setiap kali jumpa, x perlu! cuma jd lah pendengar setia aku, dan aku akan jd pendengar setia kepada kamu semula, tapi kalau dtg kat aku, nk tanya selok belok itu ini, dan tetiba bila aku dh cerita segala tips, kau diam je, berterima kasih pun tidak, ko rasa? aku hanya melepaskan anjing tersepit? oh aku x suka org begitu, 1st and last aku tolong, then? hai hai bye bye. tu sbb aku kata, aku malas nk baik dengan org.

masa princess sakit haritu, aku ada nampak beberapa perkara, mereka yang PM, wasap, bertanya khabar, sedikit sebanyak membuatkan diri aku kuat, walaupun aku demam dlm masa yg sama, tapi hanya dengan perkataan " rara, u sihat ke? ok ke? princess ok ke? i doakan keluarga u cepat sihat " Ya Allah, itu aku rasakan mcm 1 semangat buat aku. satu ubat yg Doktor pun xde, yang doktor pun takkan bagi.tapi? apa yg aku dapat, kawan yg dipanggil sahabat selamanya, takde! takde! x wish apa apa. aku bukan mengharap. tapi kata " kawan selamanya " borak benda lain boleh, tapi kenapa bila tang aku, buat xtau je,kenapa? baik kawan yg bukan kenal lama pulak yg bertanya, mereka pula yg mendoakan kesejahteraan kami.dari situ aku dah nampak, siapa " kawan selamanya tu "

and again aku nk cakap, aku x minta diampu, aku x tau apa yg korg fikirkan, apa yg korg rasakan, tapi aku tau ada yg stalk aku di FB, di blog aku, di IG aku, tau setiap situasi yg aku alami, tapi aku diam, aku malas nk amik port, aku bukan artis, aku hanya manusia biasa, again aku nk cakap,
kalau x suka aku, boleh unfriend, boleh unfollow, kdg kdg bila aku teringat kat sesorang tu, aku bukak page dia, tgk tgk dia dah unfriend aku, aku diam, aku mls nk bertanya, kalau dah dia klik " unfriend " di fb, that means dia dh xsuka kita, dia dah xnk tgk perkembangan hidup kita.betul x? kecuali kalau kawan yg betul betul rapat, baru aku tanya, " kenapa unfriend? " lepas tu dorg kata, maaf lah, ntah FB ni gila kot. ok ok, aku boleh terima alasan tu, aku bukan kejam sgt.

and again, ni bukan entry bajet artis, tajuk entry aku dh cakap, kalau x suka, jgn baca, ni luahan hati.

perasan x? kdg kdg kita dah rasa diri kita cukup bagus, tapi sebenarnya ada jugak org yg x suka dengan kita, kita ni bukan kaya raya, kita cuma rakyat marhaen je, tapi rasa x suka tu tetap akan ada pada setiap insan.

tu pon kalau ada benda yg aku nk show off, tetiba aku delete balik post tu, sbb aku xnak kwn kwn tetiba termengata aku dlm hati, aku nk jd baik pada semua org, dunia dah nk makin kiamat, aku takut, aku takut nk membuat dosa pada manusia, tak larat nanti aku nk cr korg kat akhirat, nk mintak maaf.

aku ada jugak kwn yg baik, kawan yg x pernah mendengki dgn aku, selalu support aku, kami jugak suka bercerita pasal tudung AJ, so far aku selesa kwn dgn dia, dia x hipokrit, aku ckp ngan dia, aku xnk jd kawan yg terlalu baik dengan dia, sbb kalau terlalu baik, nanti mesti gaduh, aku xnk gaduh, sbb aku sayang dia.seriousely aku dah x ramai kawan baik,aku xnk terbaik baik sangat, sbb nanti da lah yg jd x betul.mungkin kdg kdg jd mcm budak budak.bila kita baik dgn dia, kita dh x boleh baik dgn org lain, nt dia jeles, kita ada kawan baik lain.hahaha.

bila dah ada anak dan suami ni, aku rasa tempat aku nk melepas marah, melepas kegembiraan, gelak bersama hanyalah pada anak dan suami, dan jugak family, tapi yg mengadap muka aku ialah anak dan suami ni, tidur sekatil, sebantal, mereka yg aku ada, mereka jugak yg faham aku, aku jugak faham mereka, susah senang kami, makan pakai kami, hanya kami yg tahu.kita x boleh nak cerita semua benda pada org lain, tak boleh, ingat tu! hal dlm kain, jgn terlalu dedahkan.manusia akan mengata kamu dlm diam.biasalah manusia, mengata orang tu kan best.hahaha

di sekeliling kehidupan aku, aku boleh lihat banyak benda, ada org kaya, ada org miskin, ada yg begitu, ada yg begini, kdg kdg aku cakap, syukur lah aku ada kehidupan aku yg begini.kalau aku takut sgt, aku akan cepat cepat rasa nk solat, aku doa pada Allah, " permudahkanlah hidup kami sekeluarga " aku percaya, Allah akan tolong aku, menangis sambil bersujud, Allah SWT mendengar aku.manusia? x semua yg suka mendengar kita.betul x? even suami pun kdg kdg, " alaaaa biarlah, xde apa tu " hahahah betul x?

kalau tgk undang undang negara kita skrg, terbaru semalam aku tgk, memancing pun kena ada lesen kan? pas tu mak mak ayah ayah dah merengek katanya buku sekolah makin mahal. mcm mana lah zaman princess nanti kan.aku x dapat banyangkan, anak anak perlukan yg terbaik.insyaAllah, aku dan suami ada cuba bg yg terbaik.kdg kdg aku fikir, seronoknya kalau lahir lahir kita dah mewarisi harta peninggalan nenek moyang yg kaya raya kan, kita x perlu nk fikir semua tu, tapi kalau lahir lahir sebagai rakyat marhaen je, kena lah usaha sendiri, niaga kecil kecilan.hehehe.alahhh~ dorg yg kaya pun bukan bahagia sgt pun, kena fikir mcm mana nk larik dr bayar cukai.dan kalau tgk manusia manusia zaman skrg ni, semua nk cr anak anak org kaya je, kenapa? supaya nanti boleh hidup senang, x payah bersusah payah cari duit, nak apa semua dapat. tapi aku x respect pun org mcm ni, ko xde life! ko mengharapkan org lain. mana kepuasan diri ko? mana kebanggaan dlm diri ko? hahaha.

see, sepanjang entry ni, aku pun x habis habis melahirkan rasa x puas hati pada manusia lain kan? hahaha, tak de manusia sempurna lah kan. aku suka dia, ko x suka dia, dia suka aku, dia x suka ko. ada jelah yg x kena.tapi pasal lesen memancing tu aku mmg pelik.hmmm.dunya dunya~

aku pun dh xtau aku melalut pasal apa ni.hope xde lah yg pening membaca, eh ada ke org baca? hahaha.xde kot kan.xde lg bagus.biarlah buat hiburan aku saje menaip, demi melepaskan sesak kat dada ni.fuhhhh rasa ringan sikit dada aku, aku dah malas fikir pasal org, mana yg suka tu suka lah.mana yg x suka, aku xleh nak buat apa.kita hidup lah dengan cara masing masing, tegur lah aku andai aku tersilap dimana mana, aku lebih suka org menegur aku, dari hanya memandang dan mengata aku, aku x suka mcm tu, mana yg aku boleh betulkan, aku betulkan. seperti mana suami aku dan anak aku menasihatkan aku, " ibuu, pergi solat dengan nenek " boleh princess sound aku mcm tu semalam.hahahaha.adoii anak.nk geget rasa! hahaha.ok lah bai!






15 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

itula kak.. kdg kt buat bnda dgn niat baik tp org slh ertikan..

bila kt post bnda, org kata kt mennjuk.. jd jalan terbaik, bersederhana. walau kdg itu pun rasa ada yg xsuka..huhu..

apa pun, kena sama2 kuat. abaikan negatif, ambl positif.

p/s: yui bc smpai hbs apa yg akak bebel kali ini tau. ehehe

safurara said...

@nuyui a.k.a miss YUI hahahaha yeke.tq yui.hahahaha.

Nurzakiah Hanum said...

banyak yang disalah erti kan

Shark Kay said...

panjang bebelan kali nie.
untung ada blog sbb dapat share bersama rakan-rakan.
dapat kongsi pendapat dan luahan.
mmg lagi bagus kalai tulis diari di dalam blog berbanding buku.

DYatie ABakar said...

Sesak nafas gue baca. Haha. But can't agree more. Aku setuju dengan point2 utama yg ko nk sampaikn Ra.

Tak semua manusia ni positif dengan apa yg dorang tgk dan dengar. Lebih sedih bila org tu close dgn kita kononnya. Kadang2 aku rs penat hormat or jaga hati orang sebab seringkali hati aku yang terluka.

Ewahh ayat! Apa pn ko cantik ra. Eh? Hehe.

J.Syazwana said...

sebab tu kita tak banyak kawan kak. kawan yg betul2 baik adalah beberapa orang. pastu kalau ada pape dengan akram je lah kite share. haha. sebab entah lah kadang2 pening kepala banyak kawan ni. macam2 ragam. dan selalu sangat nak kene jaga hati orang kan. heheh. pape pon yang penting hati kita kak. family kita semua okey kan. aman hidup kita :D

aznor ibrahim said...

bile kite susah..kite sakit..time tu kite tau mane kawan sebenar.

pasal bile kte bukak fb die..tgk2 dh unfriend tu aku pon baru alami.think positive.maybe friend die terlalu ramai sampai kena delete friend lame baru bleh accept new friend req.hahaha

chill lah ra..ko tak perlukan kawan yg bermuka2.btw, aku pon bace entri ni smpai abes! sampai ati ko kate xde org bace!

Chekgu Azrine said...

Ala sis..chilla..
Tp satu yg akk.setuju dgn rara..
Akk pn xd kawan baik..
Kawan baik akk anak2 jela..dengan suami..
Akk mmg xmmpu nak ada kawan baik kalau kawan baik tu pun semcm tempelan je dlm hidup kitakan?

Julia Johari said...

maaf ye rara if julia ada buat sesuatu yg menguris perasaan...deep in my heart apa yg ju up di blog mahupun di fb sama niat seperti rara...bukan diminta memuji tp sgt lebih kepada perkongsian sama2 happy...tak lebih dari itu...sekian

ameris said...

pahamm sgt2 rara... takpe.
yg penting utamakan fmly kita dulu.
yg lain lantak laa ko.
ada yg memahami syukur alhamdulillah.

Lynda Che Lah said...

rara..
amboi..sedih dan jauh hati ni..
kalau akak..i just let it go..akak malas nak pk psl org..contohnya..hari ni akak pakai baju baru..turun kereta nak punch kad..yg memandang bukan main ramai..ahahha..tp akak pk..suka akulah kan nak pakai baju baru ke..colour block ke..aku tak pinjam duit ko..
easy to be me kan rara..akak tak terlalu baik ngan org.no bff..mmg takde..yg ada cuma hubby dan anak-anak..n of coz my mum n adik perempuan sorg. cukuplah..Insya Allah..dorg inilah yang ada utk bantu dan akan sentiasa ada..

eima said...

HUHU TAK PE RARA ....
DI MATA ORG KADANG TU SDEMUA TAK BETUI .... TP KITA JUST JALANKAN KEHIDUPAN TANPA PEDULI KAN DIORG ... SERIUS ITU LA AKU BUAT ....

WLUPUN KADANG TU BUDAK OPIS NI CKP CAM BGS SGT DIORG TU ....WHAT SO EVER ....

Diana Rashid said...

Buat cam akak je Rara oi..layan bila perlu..berkawan berpada2..buat baik ada tempat nya...heheheh...

kadang2 kita ni rajin sangat melayan kawan2 sampai diaorang dah jemu pun kita tak perasan..Bukan nak suruh sombong dengan kawan2 cuma berpada2 saja..

jangan terkejut kalau akak kata adik beradik dan suami pun akak block kat fb tu..bukan sebab bermusuh tapi sebab kami nak jaga hubungan..nak berbual lagi baik kita calling2 je..tak pun balik kg sekali sekala jumpa sembang lagi syok..

sama macam berkawan..sesekali sembang baru banyak benda nak dibual kan..Panjang la benda ni kalau nak di ceritakan..ada sebab tau kenapa akak kurang berbual2 dengan saudara mara dan kawan2 baik di fb..semua nya sebab nak menjaga hubungan baik..

Khai♥Rin : anies said...

manusia mmg mcm tu... rs nyer semua org mengalami perkara yg sm...cuma pd sy, sy berpegang, buat apa sesak2 kepala dgn spesis2 mcm ni...baik kita sesakkan kepala kita dgn hal sendiri...

AnneRaini said...

kadang2 sendiri itu lebih baik.. Akak seorang pemerhati. No komen no words. at all. Just perhati je. Diam lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...