30 December 2014

Pengalaman Menghadapi Banjir Besar

aku asal dari Perak, sedara mara aku semua org perak,
aku rasa aku xde kenal org lain di Negeri lain.
sehinggalah aku kawen dgn suami aku,
baru lah aku ada saudara mara di Kelantan dan Pahang,
kihkihkih, sbb nya suami aku punya Mak org Pahang,
suami aku lahir kat Pahang, dan Ayah Suami aku org Kelantan.
so tetiba aku jd lah sebahagian org sana, kena amik tau
kena belajar semua benda, especially tentang pemakanan,
aku belajar makan ikan patin, dan MASIH lg belajar cm ne
nk makan budu.kihkih.

oh berbalik kepada cerita banjir,
sepanjang 3 tahun aku kawen,
setahu aku Pahang pernah banjir tahun lepas,
tp x teruk pun, x masuk dlm rumah.
tapi tahun lepas aku ada pengalaman yg kawan kawan
blogger aku menghadapi banjir teruk,
tapi aku tgk dlm gambar je, x merasa kan banjir tu.
dan aku tak pernah naik boat!

tapi Ahad lepas, aku naik boat,
tgk Banjir besar yg meneggelamkan seluruh rumah,
hanya tinggal Atap rumah,
depan mata, depan mata weiiii!
seyes aku terkejut.tak sangka seburuk itu banjir nya.

rumah makcik laki aku kat Pahang,
kg Chatin, habisss~ habisss~

muka alang pun sedih je,
sedih memikirkan barang barang rumah.
aku yg bukan mengalaminya pun,
aku sedih, tak tergambar dengan kata kata kesedihannya,
dorg kata, malam pertama dorg duduk rumah tu,
api letrik semua dh xde malam pertama,
mcm mcm bunyik ada kat bawah rumah,
yelah kan, rumah sunyi, lepas tu binatang binatang semua mencari tmpt
berlindung,huaaaa takut.aku dgr dorg bercerita pun seriau,
ni pulak yg mengalaminya tu.

semalam, suami aku adalah pergi bersama sama yg lain,
yg menghulurkan bantuan ke sana,
bekalkan makanan.makanan paling penting skrg.dorg xleh keluar,
xboleh membeli, Temerloh Pahang mmg dh terputus hubungan.

dan jangan cerita lah pasal Kelantan dan Gua Musang,
mmg sedih, xsampai hati nak menatap gambar di FB,
hilang rumah, harta benda apatah lagi.motor kereta hanyut,
terbalik sana sini.Ya Allah, besarnya dugaan buat mereka.

mungkin ayat " harap Tabah " tu mereka dh lali dengar,
tapi xde perkataan lain yg boleh aku ucapkan.
mungkin ada rezeki lain yg Allah akan beri kepada mereka lepas ni,
kita harap tahun 2015 akan mendatangkan 1001 kebaikan,
dan rezeki dr Allah SWT.kan.AMIN.

dapur rumah, sedih kan.

11 comments:

Mrs Yatie said...

Scary tengok T.T

ArELeEz said...

berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul. semoga mangsa2 tabah hadapi dugaan..

Diana Rashid said...

Betul Rara..
kawan baik akak kat kelantan..
kat tanah merah..hari pertama tu akak call dah tak boleh.
maknanya memang tak tahu langsung apa cerita dia dengan anak2..
dah la mak nya lumpuh..
anak kecik2 lagi.Sedih sangt mengenang nya.baru 2 hari lepas sepupu dia call akak kata dia ok...dah ada kat pusat pemindahan.Akak yang tengok kat tv je ni pun dah bayangkan macam2.apa lagi yang alami nya..

Diana Rashid said...

Betul Rara..
kawan baik akak kat kelantan..
kat tanah merah..hari pertama tu akak call dah tak boleh.
maknanya memang tak tahu langsung apa cerita dia dengan anak2..
dah la mak nya lumpuh..
anak kecik2 lagi.Sedih sangt mengenang nya.baru 2 hari lepas sepupu dia call akak kata dia ok...dah ada kat pusat pemindahan.Akak yang tengok kat tv je ni pun dah bayangkan macam2.apa lagi yang alami nya..

eamy milea said...

:( semoga mereka tabah..

syawalsimpsons said...

sedeynya..moga tabah menghadapi yee

idzwa kamaruddin said...

sedih sgt..

Anonymous said...

Semoga tabah ye Rara.
Itu je yang mampu akak ucapkan.

Doa sentiasa kami iringkan untuk mangsa-mangsa banjir supaya banjir yang datang cepat redanya dan juga diberi kekuatan untuk sabar menghadapinya.

-Dakpink-

Mar Mansor said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Chekgu Azrine said...

Semoga semus mangsa banjir tabah menghadapi dugaan...

eima said...

sedih sgt ..... aku tumpang rasa kesedihan mereka yg mangsa banjir ni .... semoga 2015 tahun yg baik utk kita semua

hppy new year

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...