kadang kadang benda gini aku belajar dr suami aku,
fb, atau viral massage dr whatsapp.
hahaha.kdg kdg msg yg panjang panjang yg dorg bg tu,
aku x baca pun, sbb malas, tapi semalam, lepas 1 whatsapp masuk,
ayat dia tentang -- kewangan 2015, aku trus tersentap,
baca sampai habis walaupun panjang,
Gelombang Kegawatan menghampiri kita.
KRISIS KEWANGAN
Jika kita melihat di wall facebook, rata2 kita masih
berseronok seronok dgn rezeki yg ada. Jika terlebih mampu tidak mengapa tetapi
jika cukup2 makan..
Komen sinis sahabat kita Khalit Osman dalam fb samar samar
menggambarkan krisis ekonomi yg mengerikan. Ingat! Ini bukan kata2 politik
tetapi ini hakikatnya.
Jika anda pekerja kerajaan, pedulikan kerana walau apa
berlaku gaji anda tetap dimasukkan. Tapi jika anda pekerja swasta atau peniaga
kecil dan sederhana bersiap siaplah utk menghadapi hari2 yg sukar, mungkin
tidak sesukar kami di tahun 1997-1999 dahulu. Di mana ada General Manager
menjadi pemandu teksi.(Kes saham meredum)
Sebelum membaca, saya mahu kita bersihakan minda 'kepartian'
yg ada utk memudahkan kita faham tentang ekonomi negara. Jika ingin menjual
aset inilah masa yg sesuai.
Lebih memeritkan lagi keadaan apabila negara kita tidak
diuruskan dgn baik. Ia umpama kita berniaga untung RM 30 tapi belanja sehari RM
50. Kadar pendapatan rakyat Malaysia pula tidak selari dgn kos sara hidup.
Contoh 60 peratus rakyat Malaysia bergaji bawah 3000 tapi kos sara hidup lebih
tinggi daripada pendapatan majoriti rakyat.
Harga Hartanah melonjak 300% kurang dari 10 tahun. Sebagai
contoh rumah teres 20 x 70 pada 2003 sekitar RM150-250 k melonjak kpd 500-1
juta. Malangnya rumah yg mahal itu turut habis dijual. Siapa yg beli? Bukankah
seperti ada kawalan dari pihak tertentu...wallahuallam.
Jgn lupa hakikatnya kerana akhbar Malaysia sahaja yg byk
sembunyikan fakta yg benar. GDP 55 % adalah berbahaya. Peramal ekonomi berkata
pada 2017...Malaysia akan berhutang sebanyak RM 700 billion..menuju ke ambang
bankrapsi. Kenapa ia begitu pantas berlaku? Sb negara kita terlalu dasyat
korupsinya. Org Melayu menganggap rasuah itu adalah komisen. Bila terlalu
tinggi korupsi, maka dgn sendirinya nilai ringgit menjadi lemah...tiada
keupayaan kita.
Ini bermakna rakyat Malaysia perlu menyimpan utk hari hujan,
atau mungkin hari ribut. Jadi apa kita perlu lakukan? Berhenti melancong ke
luar negara dlm tempoh 2 tahun ini melainkan anda mempunyai simpanan yg banyak.
Perbanyakkan urusan perniagaan dgn kerajaan walaupun budget kerajaan utk tujuan
tersebut juga akan disekat.
Ini masa kita berhenti utk melabur utk perniagaan. Ini
adalah masa kpd mereka yg mempunyai harta utk melabur dlm bidang hartanah.
Harga2 rumah kedai akan jatuh, begitu juga dgn tanah.
Bagi adik2 lepasan Universiti, inilah masa kalian utk terus
menyambung pengajian 'Master' atau Phd kalian. Dlm kegawatan ekonomi jika
adalah amat sukar utk kalian berkhidmat dgn syarikat korporat gergasi sekalipun
seperti Astro, Celcom, Media Prima dan sebagainya kerana syarikat2 terbabit
sibuk utk membuang pekerjanya.
Kerana saya menulis di facebook, cukuplah setakat ini serba
sedikit kita berkongsi maklumat. Selamat mengharungi hari2 yg sukar ini.
Hikmahnya tentu ada...tentu ramai2 yg akan sujud memohon kpd
Allah...Alhamdulillah.
Semalam Petronas mengumumkan akan mengurangkan pemberian
wang ihsan kepada kerajaan pusat sebanyak lebih 35% termasuk anak2 syarikat
petronas telah mengambil langkah pengurangan.
Justeru, akibat dari pengumuman itu, saham di Bursa Saham
merudum dan nilai ringgit malaysia telah jatuh teruk! Bank2 pula telah mula
menaikkan kadar potongan baharu disamping GST yang akan dikuatkuasakan pada
tahun hadapan.
Justeru, kepada sahabat2 yang dikasihi, banyakkan simpanan,
kurangkan perbelanjaan dan elakkan dari membuat hutang mahupun pinjaman! Tahun
hadapan akan memperlihatkan perjalanan ekonomi rakyat yang meruncing.
Semoga Allah mencukupkan rezeki kita semua dengan penuh
barokah. Wallahu'alam.
Hutang Kerajaan Malaysia Disember 2014 (RM763 Bilion).
Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42). Malaysia, Negara Membangun
Paling Terjejas di Asia.
apa pendapat korg? rasa mcm mana? takut x?
aku??? opcoz takut, aku ingat zaman kejatuhan ekonomi dulu,
masa tu kecoh, tapi masa tu umur aku baru berapa,
aku xtau sgt apa benda yg jd, tapi aku ingat zaman tu.
dan kini terjadi pada kita, kita dah ada keluarga sendiri,
dan zaman dulu mmg tak sama dgn zaman skrg.
dorg kata jimat! jimat! aku rasa skrg ni pun aku dh berjimat,
( yeke ni ) tapi tahun depan nk kena jimat lg.huaaa mcm mana nak jimat?
tudung AJ dh x boleh beli, kena beli selai je kalau nak,
tak leh makan suka suka kat luar,
yg paling sedih, elakkan melancong luar negara,
huaaaa, tu lah plan kami tahun depan,
nk melancong!
bila ckp kat suami aku, dia kata, pergi jelah, apa masalahnya,
amboiii sangat neh! senang je cakap.hahaha.
geram aku! hahaha.
untuk persediaan, aku xtau nk bersedia mcm mana,
just follow the flow, ada tu ada lah,
kalau xde, duk diam diam.hehehe.

masalahnya xleh melancong lua negara? cmne ni berderetttttt planning vacay incoming HAHHAH matilahnakkkkkk hihi
ReplyDeletetulah
ReplyDeletekdg2 nk bersedia tatau nk prepare cmne
crik duit byk2 pastu tanam dalam tanah? hehe
tak2 ..gurau :)
just follow the flow kan
insyaALLah semuanya ok .