15 December 2014

Princess dan Influenza A


perkara yang paling aku takut bila anak sakit.
serius mmg takut, aku x sanggup nk dgr dia batuk,
tak sanggup nk tgk dia berhingus hingus,
dulu, sebelum umur princess setahun, tiap tiap bulan dia sakit.
bukan sakit teruk lah, tapi demam, selsema batuk gitu gitu je,
selepas beberapa bulan, dia kembali demam teruk,
payah nk dpt dia demam sampai 39, tapi nak dijadikan cerita~

hari jumaat dlm kul 3am gitu
tetiba badan dia panas, dia merengek rengek, aku ngat dia nk susu,
tapi panas gila badan dia, aku kelam kabut bukak segala baju.
seluar dia, kaki dia sejuk, trus amik towel,
basahkan then letak kat badan, tapi dia bukannya nak,
kena pujuk pujuk baru mau.

siang tu aku xsedap hati nak pergi kerja,
so mc lah cerita nya, aku pun masa tu mata dah merah,
tekak dah sakit.aku pun rasa mcm diri aku nak demam.
malam tu kami nk gerak ke Penang, moyang Princess nak kawen.
hehehe.jangan x percaya tau, mmg moyang princess nk nikah hari sabtu tu.
kami gerak petang, siang tu princess mcm cergas je, even mlm tu demam,
aku tau dia mmg jenis demam malam, siang selalu ok.
nak masuk magrib tu, badan dia tetiba panas gila.
nak nak pulak aku pakaikan dia baju, lg lah membahang panasnya,
aku biar je, sbb ingat kan nanti kalau masuk dlm kereta.
ada aircond nt sejuk sket. alahai banggang gak aku kan.
hahaha.masuk kereta pun still panas bdn dia,
dlm kul 8.30pm, kami sampai kat tanjung malim,
mak mertua aku dh masak segala nasi,
kami kengkonon berkelah lah mkn nasi tgh jalan,
tapi masa tu check suhu princess dh 39.7C
ko rasa mcm mana? aku panik ke x? bibir dia dh merah menyala,
makan xnk, minum pun xnak.aku pon sampai x selera nak makan,
kami mkn laju laju, then laki aku decide nak turun ipoh dulu,
hantar princess g Pantai Hospital.
aku redha jelah kalau aku kena tinggal pun, 
sbb x sanggup tgk anak sakit.demam demam nk berjalan.

laki aku bawak kereta laju gila,
dalam kul 9.30pm kami sampai ipoh dah,
laju kan? aku naik takut dah.tapi anak lg penting masa tu.
badan princess mmg panas, sampai sampai je kat Pantai,
boleh lah nurse kata bilik penuh.ko rasa???
aku siap perli lg, " eh ramai nya org Ipoh sakit ye "
tapi nak marah pon x guna jugak,
kami trus gerak g KPJ Specialist Ipoh.
dengan harapan ada bilik lah.eh dh mcm nk check in hotel lak kan.
hish!

sampai je KPJ, aku trus tanya, " ada bilik x? "
dia kata ada lg, tapi x banyak dah.ahhh lantak lah,
asalkan ada lg bilik.

daftar nama segala, then menunggu, menunggu pun 1 hal jugak,
nk dekat 15mint gak baru nama kena panggil,
punya lah ramai org sakit.private hospital pun punya ramai org,
benggang jugak aku ni, jumpa doctor, nasib lah princess behave,
doc suruh bukak mulut, dia bukak, doc check check pun dia diam je,
then doc check influenza, kena masukkan cotton bud dlm hidung tu.
sakit weiii buat menda alah tu, kesian princess, lepas tu makan ubat dulu mcm biasa,
aku mcm takut nk tunggu result.hope x de pape, tapi ada....................

nak menunggu result 1 hal gak,
lama gila! tapi masa tu princess mcm dah sihat, boleh lak dia berlari sana sini,
aku pulak yg bersohseh sohseh, dah start selsema dan batuk.
opah and mashu princess pun dah sampai hospital,
lagik dh bertambah sihat dia tu.ada org melayan,
sampai nk daftar masuk wad, ( oh lupa, doc mmg pesan awal awal, princess kena gak admit
sbb suhu td tinggi gila ) nurse kat kaunter kata Influenza A princess positif,
hah masa tu aku dh cuak gila, Influenza A? H1N1 ke? mcm mana lak leh kena.
pas tu nurse tu gelakkan aku, hampeh betul! dia kata bukan H1N1,
tapi Influenza je.haih, kalau bukan H1N1 xpe lah, risau lak aku.
aku cuma diterangkan, princess kena demam Virus, demam ni
meyebabkan dia xboleh bercampur dengan budak lain,
dia kena duduk bilik Single! dan org yg jaga dia kena pakai mask sentiasa.
perghhhhh~ dan princess kena start mkn ubat antibiotik utk lawan virus tu.
aku redha jelah, asalkan anak aku sihat.

dan tambah lg masalah bila bilik single lain habis,
yang tinggal single Deluxe, Rm338 satu malam.
ko rasa??? insuran hanya cover rm150 je 1 malam.
nak x nk, kena jugak amik, kami mmg dh xde pilihan.
tu lah aku kata, walaupun pakai insuran, belum lg menjamin ko akan senang,
kena jugak standby duit if case case mcm aku ni terjadi.
demi anak, kami proceed jelah, laki aku pun kata, boleh jugak aku
rehat dengan selesa, xde org lain.hmm ok lah, alasan diterima.hehe


settle masuk wad semua dlm kul 12 lebih, punya lah lama kan,
tapi x kisah lah, asal anak sihat. tapi kami teruja gak bila masuk wad,
bapak dia yg selalu admit pun xpernah duk wad mcm ni,
anak masuk masuk trus dlm bilik deluxe, seyes mcm hotel,
besar gila bilik dia, bilik air dengan shower yang canggih gila,
mmg cantik sangat, aku xde lah amik gambar bilik tu kan,
bukannya kami tgh bercuti, tapi mmg cantik besar dan bersih.
mmg selesa gila lah.

mlm tu kami tidur berdua je, princess still demam, kejap kejap nurse dtg check,
aku pun yg x tahan tu, demam skali, mlm tu badan mengigil gigil,
menyucuk cucuk, sejuk sangat, aku tidur dgn seluar jeans and tudung skali,
sbb x larat gila.suami aku and mak mertua sume gerak g Penang jugak mlm tu.
mak aku pun balik rumah sbb baju semua x bawak.

keesokkan harinya tu, aku demam lg teruk,
princess dh beransur ansur kebah, bayangkan org demam menjaga org demam.
ko rasa??? siksa wei, masa tu aku kesian sgt kat princess,
mmg asek kena marah je, sbb dia nk memerap je,
aku pulak x sihat, nasib lah ada adik aku and mak aku yg tolong jaga,
bawak dia main kat luar, bawak dia jalan jalan.
aku pulak yg duk melepek atas katil.lepas tu doc suggest kan
aku turun g cek demam, sbb risau aku lak terkena influenza A.
perghhhhh! mmg takut lah aku kan, demam Influenza A ni senang berjangkit,
kalau princess batuk ke, bersin ke, dia boleh merebak melalui udara,
last last aku turun bawah, check jugak,
tapi Alhamdulillah aku demam biasa je, rabak lah rm300
sbb out patient, insuran x cover yewww.hampeh!

lepas makan ubat, aku tidur je, princess nangis nangis gak,
nasib mak aku ada lg.tlg jaga sampai petang,
pas tu mak aku balik jap, masa tu princess mula lah cranky,
aku pulak x sihat, mula lah nk mengamuk.kena gak pelepap sedas.
hahaha.aduhhhhh baran x leh cover dah.

nasib lah mak aku dtg awal, mlm tu mak tidur kat wad.
malam kedua di hospital berlalu seperti biasa,
princess dh kebah demam, aku pun beransur pulih,
selalu mmg gitu, kalau duk hospital je mst demam cepat baik.
haha.tinggal sisa sisa batuk and selsema je.

ahad tu kami boleh keluar wad dah.Alhamdulillah.
tapi doctor kata princess still kena kurung, xleh keluar rumah suka suka hati,
still kena makan antibiotik sampai habis dan ubat demam.
hari khamis kena dtg follow up semula.so bercuti lah ibuu seminggu di Ipoh.
bertapa lah sampai anak sihat.



gambar hari ahad masa nk check out hotel KPJ,
hahaha.org kata, duk wad pun pakai lelawa ke?
bukan pakai lelawa, tp sbb xde baju.hahaha.
aku bawak baju bejalan lah sbb nk ke Penang kan.
tapi dah tetiba tersakit, hahaha, so pakai lah baju apa yg hade.
tapi staff KPJ semua best best, cuma makanan je x rasa hape.
aku nk tanya ni, kalau sakit, mmg perlu ke kita makan makanan yg tawar hebeh?
perlu ke mkn sup yg xde garam? org sakit lah kena mkn makanan sedap sedap kan?
betul x? ich pelik lah aku.hahaha.

tu lah cerita princess dan Influenza, nasib lah x seteruk mana,
tapi masa demam tu mmg cuak sangat lah.

dan yang paling penting aku nak pesan,
kalau ada insuran, cr lah agent insuran yg ada bersama korg disaat saat
korg memerlukan dia,cari lah agent insuran yg korang kenal.
mcm aku, aku bersyukur dan berterima kasih kat Ris,
agent Insuran princess, dia mmg follow up setiap perkara,
dari UK pun dia call aku.wasap x henti,mmg best sgt dgn Ris,
TQ so much Ris! lepas ni boleh claim balik duit bilik.
hehehe.


follow up hari khamis, doc kata Princess dah sihat,
dan boleh keluar kandang dah.hahaha.so ibuu bawak jalan jalan kat Ipoh Parade,
dah lain sangat dah.hehehe.


aku rasa princess demam sbb putus puting jugak,
tu sbb demam jd teruk.cerita pasal puting,
nanti aku cerita mcm mana dia boleh stop puting k.
hehehe.

ok lah, nk lunch ni.bai ♥




9 comments:

lia said...

adoyaiiii tinggi nyer suhu anak dara... mmg cuak abes la kalau akak pon...

Nieyl said...

Semoga semua selamat dan kembali sihat sepenuh nya...Aminnn...

Nurzakiah Hanum said...

wajah yang sgt ceria selepas sembuh

ameris said...

rara, masa rara demam tu patutnya boleh je minta doktor warded kan skali. so takyah bayar out patience.
sbb anak ada skali kan..

mcm kes akak masa rayyan & yaya kena rota virus asben demam, so minta warded skali jugak..

ameris said...

rara, masa rara demam tu patutnya boleh je minta doktor warded kan skali. so takyah bayar out patience.
sbb anak ada skali kan..

mcm kes akak masa rayyan & yaya kena rota virus asben demam, so minta warded skali jugak..

AnneRaini said...

patutlah senyap je rupanya cuti ye..kesian princess.

Aeen said...

Alhamdulillah princess dah sihat sepenuhnya....lega bila bace ni ra..

Diana Rashid said...

Akak pun takut sungguh anak demam..tak sanggup nak tempuh..sebab tu akak dengan suami cerewet sikit bab2 ni..kalau nak bawak keluar ke,nak bagi dekat2 ,main2 dengan orang ke, memang kami tengok dulu.beringus ,demam,batuk memang kami tak bagi dekat...nak datang umah ke bagitau dulu..hahah...nak buat cemana,kalau sakit naya je..setakat ni dah hampir 7,8 bulan jugak la tak demam,ke batuk bagai..Bukan kata berjaga sangat pun,tapi kalau nak demam teruk2,tunggu besaq sikit la..umut 6,7 tahun tu tak la dia memerap je..kan?/

Diana Rashid said...

Akak pun takut sungguh anak demam..tak sanggup nak tempuh..sebab tu akak dengan suami cerewet sikit bab2 ni..kalau nak bawak keluar ke,nak bagi dekat2 ,main2 dengan orang ke, memang kami tengok dulu.beringus ,demam,batuk memang kami tak bagi dekat...nak datang umah ke bagitau dulu..hahah...nak buat cemana,kalau sakit naya je..setakat ni dah hampir 7,8 bulan jugak la tak demam,ke batuk bagai..Bukan kata berjaga sangat pun,tapi kalau nak demam teruk2,tunggu besaq sikit la..umut 6,7 tahun tu tak la dia memerap je..kan?/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...