26 December 2014

Tak boleh tengok gambar banjir!






aku tak tau nak cakap mcm mana,
sedih, pilu, hiba, semua ada, setiap kali tgk pic banjir,
bergenang air mata aku, aku membayangkan org dlm pantang,
org yg nk bersalin, org org sakit, Ya Allah sedih sangat.

semalam kami buat mkn mkn steamboat, sebab mmg dah rancang lama,
makan makan family, tapi tetiba nk mkn mcm xde mood sangat,
hmm korg faham kan mcm mana, kami makan pun mcm,
hmmm kesian nya dorg, mkn apa lah tu, mcm mana keadaan dorg,
sambil duk merenung makanan, mmg sedih gila.
dan x sanggup nk upload pic pic makanan tu,
tapi aku terupload gak pic grill steamboat yg aku jual tu,
hishhhh, sbb dh terbiasa kan, semua nk upload,
rasa mcm loser lak diri ni, tapi cpt cpt delete balik yg kat FB,
hmmm rasa mcm berdosa lak.

pagi ni bangun, tgk lg pic mangsa banjir,
seyes terus hilang segala selera,
hidung and mata ni rasa pedih pedih je,
rasa nk nangis, sakit mata mata ni.

aku harap mangsa mangsa bajir ni akan selamat lah,
xde benda buruk terjadi, moga bantuan bantuan sampai dgn cepat,
semalam masa keluar, nampak ramai org berkumpul,
ramai yg dah dermakan baju baju, makanan,
aku insyaAllah, weekend ni nak pack pack baju aku,
baju princess yg dh x pakai tu, nk dermakan jugak,
sama mcm tahun lepas.

aku hanya mampu menolong dgn cara itu,
nk kesana mmg x terdaya,
semoga Allah lindungi kalian,
Amin.




7 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

#prayforpantaitimur

aizamia3 said...

Tak sampai hati nak tengok.. mereka yang berhadapan apatah lagi..
Moga semua mangsa banjir selamat dan bantuan dipermudahkanNYA..

CAHAYA MATA said...

kannn...!! sama la.. nak upload gambar mee kicap yg super-duper sedappp semalam pun rasa tak tergamak......

takpe lah.. kita hormati perasaan saudara2 kita di sana dan saudara2 mereka yg tgh online.. life must go on.. tp mcm biasa.. tu je..

#PrayForPantaiTimur

Kyla Pearlisha said...

YA ALLAH rasa nk mnangis je tgk.hmm

Najib Ariyan said...

doakan kesejahteraan mereka... sama ada selepas banjir akan lebih baik atau akan lebih mudarat... berdoa sajalah... hentikan lah segala sambutan yg tak perlu sebagai menghormati mereka

Hana Syed said...

pilu.. sangat pilu terutama lihat video 2 org budak yang lemas tu. Semoga cepat #bah2014 berlalu pegi..

Julia Johari said...

Julia pun sama rara...buat masa ini semua gambar seronok2 julia bekukan di FB...kecuali video dan gambar Qi sahaja...pasal diri bercuti dan masak2 tu julia beku...mungkin sebulan...sbb rasa x tergamak la nak upload. Masih sedih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...