

PANGKALAN BUN: Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia
mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana
objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat.
Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau
melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah
pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah
membengkak.
"Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai,
mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia
sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul
ombak," kata Tri di sini, sebentar tadi. - Kompas.com
----------------------------------------------------------------------------------
sedih tentang peristiwa MH17, MH307 pun belum hilang,
tapi terima satu lg musibah, tetapi dengan Air Asia,
selepas 3 hari x silap aku, akhirnya dijumpai,
tetapi mayat yg dah membengkak, terapung.
Ya Allah, besar sungguh dugaan mu kepada kami,
mungkin Kau mahu kami lebih mengingati Mati,
mengigati kesusahan, mengigati Mu,
Ampun kan dosa dosa kami Ya Allah,
Ampunkan kami.
Takziah buat QZ8501.

deepest condolence utk keluarga mangsa..
ReplyDeletetakziah buat QZ8501 ni...sedey bila tgk ni
ReplyDelete