30 January 2014

Harum Malam Untuk Ketat?

woii lama gila aku biarkan blog ni.tinggal mcm tu je.biar je sengsorang.
rindunya nk BW,nanti lah.settle sume bisness bisneess aku ni ( ewah )
aku akan kembali aktif.hahahaha.

biasa lah aku ni kan.baru buat bisnes kecik kecik,
dh poyo.hahaha.tapi aku semangat.aku suka!

oh cite pasal Harum Malam,
kisah nya gini.sblm ni aku penah dgr je pasal harum Malam ni,
xtau lah dh ramai yg minum,kawan aku offer kan aku,
harum malam rm28 je,so aku pon bukak lah order kt kawan kawan FB,
bila bukak je,ramai yg komen,rupanya dorg ada yg dh lama consume,
gilak ah! knp aku xtau ni.hahaha.

ramai gila yg PM aku tanya pasal ni,
dorg kata hebat lah,ketat lah,mantop lah.gilak ah korg ni.
kenapa aku xtau pon! hahahaha.saborrr jelah!

pas tu,aku saje google google,
wahhh mmg ramai gila bg testimoni,
mmg bagus lah kan,utk merawat keputihan semua.
aku pon mcm teruja nk try 1.
so mmg xsbr nk cuba.ntah ntah laki aku xnk balik perak nanti.
hahaha.amboi entry aku.dh berbaur lucah ni.hahaha
no no no!

esok aku nk balik ipoh.sonoknya.
korg nk tau aku jual apa lg? korg add jelah FB aku,
cr safura fadhlan.hehehe.

ok korg! bye!

ooo lupa.harga harum malam kat aku just RM28 je.
kalau nk PM fb aku k!


Golongan yang sesuai ambil HARUM MALAM :-

✔ WANITA BERKAHWIN
✔ ANAK DARA
✔ WANITA BERPANTANG
✔ SESUAI UNTUK YANG MENYUSUKAN ANAK
✔ SESUAI UNTUK USIA 50 KE ATAS

Cara Pengambilan:

Pagi: 1 sudu sebelum sarapan
Malam: 1 sudu sebelum tidur
(seeloknya guna sudu plastik kerana mengandungi madu)

** Lagi sedap if simpan dalam peti sejuk

p/s :

* Time period boleh minum
* Halal jakim semua ada. dah lebih 7 tahun dalam pasaran
Read More ->>

29 January 2014

Bonda Takkan Ada,Sentiasa

malam td aku belek kaki badan anak aku,
mulanya aku nk cek gigi dia,
nampak bibir dia ada pecah pecah,
2 3 tempat,mcm pecah jatuh tersembam kena gigi tu,
mcm baru lagik semalam kena,merah lg.

lepas tu masa dia tidur,aku nk potong kuku kaki dia,
aku belek belek lg,aku tgk ada banyak pulak bintik bintik merah,
mmg tiap kali balik,aku akan belek bdn anak aku,
kena gigit semut jgn ckp lah,
mmg selalu,masa aku kat sana pon mmg aku
tgk atas karpet tu banyak semut.
takkan aku nk amik penyapu g sapu pulakkan,
aku tak nak timbulkan rasa kurang selesa ibuu yg jaga princess
tu dgn aku,aku tak nak mulakan,princess ni hantar ke school
ok sgt dah,mmg ok.tapi tu lah~

bila tgk merah merah kat badan anak,
jadi luluh hati aku,bagai nk gugur jantung.

sedih~

pas tu bukak FB,emme amalina post pulak lagu Arjuna Beta,
aku dh lah mmg xleh dgr lagu tu,bila dgr,mst nk sedih pepoyo je~
tapi mmg sedih~

" bondaaaa,takkan adaaa,sentiasaaaa "

mmg reality,ibuu takkan sentiasa ada dgn princess,
princess kena pandai pandai jaga diri,
ibuu doakan princess dr jauh~
ibuu akan~

sampai lah princess masuk tadika nanti,sekolah,sekolah menengah,
masu U,kerja,kawen~ ibuu takkan selalu ada,
cuma doa dan kasih syg ibuu yg selalu ikut princess,

aku dh ckp kat suami aku,nanti ada anak lelaki,
kami nk buh nama Arjuna.hehehe.sedap kan.maksud pon bagus.
InsyaAllah 4 tahun lagik.

berbalik kepada cerita school dia,
aku xnk mulakan bicara,takkan start tanya KENAPA,
kenapa kaki dia merah merah,kenapa bibir dia pecah.
malas nk tanya,nanti aku jd sakit hati.

stakat kena gigit semut,myb boleh pejam sebelah mata kot.
tapi kalau teruk lagik nanti,aku akan cakap jugak.ckp elok elok lah kan.
korg tak yah ckp anak aku kena dera ke hape pulak.
aku x rasa mcm tu.budak budak.main main jatuh.biasa lah kan.
bersangka baik.Allah ada tgk anak aku.aku percaya tu,

dan sbb nya aku ok,sbb princess balik rumah dia happy je,
pas tu g school pun happy,kalau ada jd pape,mst dia dh x nk g school kan.
mst dia fobia kan.

hmmm dah lah.malas pk.doakan yg terbaik je utk anak,
mcm kawan aku ckp,sape lg nk jaga anak kita elok mcm tu,
asalkan sihat,cukup lah~

betul tu,asal sihat~ boleh gelak~ Alhamdulillah.



"Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda"
Read More ->>

28 January 2014

Tukang Sapu Tak sayang Nyawa

Astaga~ aku bukan bermaksud nk ckp mcm ni pg pg ni.
tapi aku geram sgt sgt! korg tau x?
aku pg pg aku lalu jalan loke yew,pas tu akan lalu
kat laluan kg atap tu,kat situ,ada ramai tukang tukang sapu
yg akan sapu daun daun kering tepi jalan taw.
yg aku geramnya,dah kenapa dorg ni nk menyapu masa time
kemuncak org nk g kerja.ko nk menyapu.
mcm td,aku tgk.motor tu nasib x terlanggar pakcik tu.
pakcik tu mmg menyapu betul betul atas jalan.
mmg rare gila.

mcm aku,aku x kisah kalo nk kena,tapi aku xnk nmpk depan mata aku,
aku bawak anak.sgt bahaya,aku kena berhati hati selalu~
hehe

weh korg! rindu kat aku x.aku rindu sgt kat blog.
tapi x leh nk update.bz sesangat.semalam pon aku cuti,
buat akaun Maybank,buat IC baru,aku xpernah ag tukar IC dr
zaman aku form 3,hahahaha lama gila kan.sampai kena denda lah semalam.
kekekeke~

owh ok lah,ni pon xleh nk borak lama.ni nk breakfast jap.
pas tu nk buat kerja.banyak keje weiiii~
Read More ->>

23 January 2014

DOA BAYI SONSANG

Read More ->>

Kronologi Pembunuhan budak 2 tahun ( Laporan Polis dan Gambar Suspek )


comels budaknya.kalau nk ikutkan,ni besar besar anak aku je,
bila aku dgr kes ni.aku x bukak pon artikel dia.
MIL aku keje balai.pic pic budak ni semua dia ada,
dr segala sudut.tapi MIL aku dh padam,dia pon xsanggup nk tgk.
aku pon apatah lagik.mmg xsanggup.

" masa ko bunuh dia,ko x rasa tersentuh ke bila budak tu nangis meraung? "

mmg BINATANG!

benci sgt aku rasa!

anak aku tu menangis kena gigit semut pon aku kesian,
ni pulak ko bunuh.

Syurga tempat mu anak~
tenang disana,
tak perlu kamu kenangkan manusia manusia binatang di sekeliling mu.

mmg durjana!

mls aku nk ckp.buat dosa je.

Read More ->>

Hari Hari Sejuk

lama sgt aku x update blog kan.
dh lama aku x rasa kenikmatan mengupdate blog sambil meluahkan perasaan.
banyak perasaan aku yg terpendam.selalu aku luah dlm ni.
tapi xterluah sbb aku sibuk.suami aku MC sampai sabtu ni.
bila dia ada.aku mmg xnk pegang hp.aku nk manfaat kan masa dgn dia.
dia pon dh beransur sihat.semalam kami masak Tomyam dan Paprik,
sonok sgt suami aku dpt makan paprik.sbb paprik kat kedai kedai dh xde yg sedap.
pas tu mahal pulak.hmmm~ semalam penuh lah dapur dgn anak beranak,
cucu segala.kecoh! tapi aku suka.seronok.hehehe.

seronok kalau suami aku dh kerja sini,
semalam aku buat supper kat dia,roti bakar dgn kaya,
sbb dia nk mkn ubat pukul 10.30pm.
rasa mcm wifey sgt masa tu.hahaha.

eh korg perasan x? skrg ni sejuk sgt kan,
even x hujan pon.sejuk je rasa.aku mmg dh lama x pasang ekon.
aku mmg nk kurangkan ekon dgn princess,bia badan dia biasa dgn xde ekon pulak.
suami aku pon sama.aku nk ajar dye x payah guna ekon.
and aku mmg xtahan sejuk.xpasang ekon pon mmg aku selubung.
tu yg aku xpaham dgn laki n anak aku tu.
pasang ekon pon relax je.xsejuk.
ich kalau aku mmg x boleh lah~ mau lah nk kencing je.
kat opis aku ni jgn cite lah.dh rasa mcm duk kat London,tapi xpakai sweater,
hah mcm tu lah ibarat nya.mmg sejuk gila,sbb dorg baru servis ekon.
kami ni mmg marathon je ke toilet.

harini aku xde pic lah nk tepek.
sbb td aku dh amik pic selfie,
tapi mcm xkena.muka aku mcm senget je.
mata mcm kuyu je.mcm xsemangat langsung.
so aku malas lah nk tepek sini.ahahaha.
boleh kan.

oh ok lah.aku nk breakfast jap.
nk buat nescafe.sejuk sejuk ni minum nescafe sedap kan,
aroma dia tu.fuhhh~~~ menusuk!

arini kantin rtm ni lengang,haihsss tau lah dh gaji
sume berlagak tak nk mkn kat kantin.tapi yelah,
kalo dh harga kantin pon mcm harga mkn kat luar,
baik mkn kat luar ye dak!

k lah.bai~

Read More ->>

22 January 2014

hai hai~

hai,Assalammualaikum.
lama kan saya hilang~
suami sy x sihat.warded 5 hari.
hmm nt lah sy cerita.
xde mood lagik.
ni baru naik kerja.
dh lama sgt cuti.
nasib pg td princess ok je.
kesian pulak tgk dia.
ok lah.nk breakfast kejap.
bye~
Read More ->>

16 January 2014

Random Khamis

Assalamualaikum korg!
harini aku sampai opis lambat lg.
huaaaa,8.50am scan in.mcm mana azam tahun ni kata
tak nak lewat.blom pape dh lewat.tapi bukan salah aku,
aku keluar mcm biasa,tapi tak tau lah kenapa jem sgt.
tensi aku,nasib lah anak dara aku tu tido nyenyak kat sebelah.
( kawan aku kata sbb nk thaipusam.tu jem.yeke? )



mana tak nya tido lena.malam td kul 1am baru tido.
balik school semalam,dia mcm nk tido.tapi makan makan dulu.
nyanyi nyanyi dulu.pas tu dh nk dekat sampai rumah,baru dia lelap.
xsampai 5 minit pon lelap.lepas tu bila mata mengantuk,
mulalah nk cranky je.so bg mandi,pas tu MIL aku bg tido.
tido lah sampai pukul 9pm.bangun pon kena gerak.
bg makan dulu.pas tu baru lah cargas balik.lepas dh cargas,
mula lah x nk tido.aku bawak naik atas,dia golek golek,pusing kanan,kiri,
xnk jugak tido.video kat tab dia dh habis dh tgk semua.tapi x tido gak.
aku pon tetiba mata xleh lelap.haihsssshhhhhh~ ntah kenapa lah.

last last papa dia amik dia bawak turun,
bg dia main puas puas,then nenek tepuk bg tido.
aku pulak,bukak suria fm,lena sampai dgr suara DJ Lynn,hahaha over kau!


pagi ni aku breakfast mkn ni!
Kinder Bueno.hahaha.fav aku ni.laki aku beli sekotak kat airport haritu.
hahaha.dia mmg,kalo bab failed kan diet aku,mmg juara,
mlm td aku dh aimmmm je coklat ni.kalau ikutkan hati aku,
mmg aku nk makan je.tapi aku pk pk balik.jgn ikut nafsuuuu,
jenuh lah setan setan tu hasut aku suruh mkn jugak coklat tu.
tapi nasib aku tahan,cepat cepat g solat isyak,pas tu trus lupa pasal coklat,
pg td pandang balik,pas tu trus grab 1 masuk handbag,nk mkn buat breakfast.
wakakakakak~


its me! happy me! even jem nk mati tadi.haishhh!
eh harini aku ada nk buat something taw.
myb aku akan serius dalam bab ni.sbb bila dh lama lama
buat benda ni.mcm best pulak aku rasa.
korg support aku k! hehehe
Read More ->>

Gambar Aqiqah anak Kedua Nana Mahazan

Read More ->>

15 January 2014

Didie Alias Hamil 3 Bulan

didie alias mengandung lagi

Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. 
Orang yang paling gembira adalah suami saya. 
Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan 
kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham.
Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, 
apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka

---------------------------------------------------

tahniah Didie Alias.moga kandungan sihat ye~ hehehe

Read More ->>

14 January 2014

Cara Kelahiran Secara C-zer



Subhanallah,
mcm ni lah gayanya masa aku bersalin kan Princess dulu.
dirobek robek perut ku.di sentap sentap.di jahit jahit,
demi mengeluarkan Insan tersayang~
semoga kamu membesar
dgn sihat.

Puteri Imann Sophea~
Read More ->>

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Nikah Febuari ini

syamsul yusof masuk merisik puteri sarah liyana

syamsul yusof masuk merisik puteri sarah liyana

Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.
Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu

Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.
Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu
Saya lihat juga dia (Puteri Sarah) seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.
Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga


Read More ->>

Punca sebenar Pierre Andre gugurkan bayi kandungan isteri

Punca sebenar Pierre Andre gugurkan bayi kandungan isteri - Pastinya satu berita sedih buat pasangan Pierre Andre dan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim selepas bayi kandungan berusia 13 minggu terpaksa digugurkan atas nasihat dokor.

Pengarah dan pelakon itu memberitahu tindakan berkenaan terpaksa dibuat kerana janin yang dikandung isterinya mempunyai masalah. Pierre Andre melahirkan perasaan sedihnya kerana hasrat untuk bergelar tahun ini tidak kesampaian.

Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi ketika proses pengguguran dilakukan baru-baru ini.

“Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi di usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki.”


Untuk pengetahuan, Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre bernikah dengan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim pada 21 Jun tahun lalu.


Read More ->>

Salam Maulidur Rasul





Read More ->>

13 January 2014

Johan Rajalawak menunaikan umrah

Ooo patutlah dia xde kt era.fm
Rupanya pergi menunaikan umrah.
ALHAMDULILLAH.

Read More ->>

Door Handbag Rack for RM30


IKLAN IKLAN : 

sape yang ada handbag banyak.dan xtau nk letak kat mana? 
boleh lah guna Alternative ni.korg ingat jalan je ada alternative? 
handbag pon ade taw.boleh je sangkut belakang pintu.beg x rosak.
mata x serabut.saya bukak harga 

RM30 INCLUDE POSTAGE! 

cepat PM,kang dh habis,jgn tanya lagik eh.hehehe. 
PM personal FB saya, LINK

Read More ->>

Lawak Kangkung dan Najib

harga kangkung turun

harga kangkung turun
harga kangkung turun

harga kangkung turun

cepat sangat korg edit kan.ini lah kehebatan org malaysia! hehe

hasil dr shark hehehe
Read More ->>

Princess : Sejak Masuk Taska

* entry bukan untuk meriak.harap maaf
* aku rasa budak sebaya anak aku semua mcm ni
* entry ada lah untuk bacaan aku dh tua nanti.
* tu pon kalau blogspot ada lg lah.hahahaha

eh sejak dh nk dekat sebulan lebih princess duk taska.aku ada nampak perubahan dia.
ada yg +ve dan ada yg -ve.ok ok.aku cerita yg positif dulu eh.

princess nampak mcm dh bijak sikit. ( myb anak anak sebaya dia pon mcm ni )
maksud aku dh bijak sikit.dia dh paham apa yg kita cakap.
sejak dia dh pandai ckp " nak " " nanak " ni.nmpk sgt dia paham.
mcm semalam.aku tanya dia, " princess nak mamam nasi x? ibuu suap eh "
pas tu,laju je dia cakap " nak " hehehe.seronok sgt aku dgr,
lepas tu bila dia dh x nk nasi,dia akan ketap bibir,bila aku tanya lg,
" princess nk nasi lg x? ok ok, 1 more ok.lepas tu dah "
automatic,dia akan bukak mulut dia,then lepas tu xnk dh.
aku bg dia minum air,basuh tangan,then dia main balik mcm biasa.
over x kalau aku cakap aku nk menangis sebak.sbb anak aku dh big girl.

lepas tu dia dh pandai buang sampah dlm tong sampah sendiri.
hahaha over ko kan,tu pon nk cite! ( ah lantak lah.blog aku! hahaha )

sebelum ni.dia takut taw nk g dapur sorg sorg,
nak pergi buang sampah ke apa.dia paham kita suruh dia buang sampah,
tapi dia takut nk ke dapur.tapi semalam dh berani dh.
dia mkn ayam goreng,then tulang ayam tu dia bg kat aku, dia cakap " nanak "
pas tu aku cakap kat dia, " eh buat apa bg kat ibuu,princess g buang kat dapur eh "
lepas tu aku ingat dia xpaham taw,rupa rupanya dia bangun,
then g dapur,masa tu nenek dia ada kt dapur,
nenek kata dia buang tulang tu masuk dlm palstik sampah,
masuk pulak tu.hehehehe.terharu sgt aku rasa masa tu.
dia dh boleh berfikir.dan boleh paham apa yg kita cakap.
aku rasa sgt IBUU masa tu.hehehe.sbb tak sangka aku dh ada anak,
dan anak aku dh besar.hehehe.

MIL aku cakap,budak budak yg duk taska ni.selalu nya pandai berdikari.
hmm wallahualam,myb sbb dorg duk kat tempat org kan,xde ibuu,xde papa,
xde nenek.so nak x nk dorg kena berdikari.betul x? logik jugak apa yg MIL aku cakap tu.
ada bagus nya hantar anak ni kat taska sebenarnya.
TAPI,peritnya sebelum nk hantar ke taska tu.hanya aku je yg tahu.
sakit sgt rasanya.

tapi,site yg negative nya bila hantar anak ke taska ni,
dia akan ikut apa yg kawan kawan dia buat,baru baru ni jugak.
princess dh pandai sembur sembur air dr mulut,
aku rasa dia belajar kat taska,mst ada tiru sape sape.
tu yg aku lemah sikit tu.hmmmm skrg ni bila dia buat mcm tu,
aku jentik dia.semalam aku jentik tangan dia,dia sakit kot,
hehehe,dia nangis sikit,so now,bila dia buat benda x elok.
aku cakap " ibuu jentik tangan nk x? " lepas tu dia trus stop.
sbb dia takut.aku xtau lah cara aku ajar anak tu betul ke x.
sbb aku masih belajar cara yg betul nk ajar anak.

kalau boleh.aku xnk guna cara kekerasan kat anak aku.
aku nk psycho je anak aku,tapi aku masih cr rentak dia lg.

tapi mcm korg tau,aku ni kan baran sket.kalo cakap x mau mau,
mulalah aku nk jadik hijau.hahaha.

kadang kadang aku sampai sakit sakit dada tahan marah tau.hehe
sakit sgt rasa.tapi demi anak,aku tetap kena tahan.hmmmm~



ni sabtu lepas.upah main slide sbb dia gud girl.hehehe.
lepas tu hari ahad terus demam pulak.aku just bagi je lebih ubat homeopahty haritu,
Alhamdulillah,harini dh sihat.

hmm ok lah.tu je update harini.bye~ hehehe
Read More ->>

Resipi Japanese Cotton Cheese Cake Mudah


semalam aku gedik bake cake lg.sbb mcm dh lama je x membaking kan.
wakakaka~ so smlm saje lah cuba cuba bake Japanese Cotton cake.
hanya guna 3 bahan je hokkay! jgn x percaya.3 bahan je.senang gila!

actually haritu aku tgh cari cara cara buat bento anak.ala bento yg comels comels tu,
pas tu aku godek godek You Tube Ochikeron ni.
dia buat bento cantik sgt sgt.comels dan nampak senang je.
then nampak pulak resipi cotton cake ni pakai 3 bahan je.
so aku pon mula lah gedik nk buat.hehehe.

tapi,mengikut kata pakar achiek anis kata,kek aku ni nmpk kering.
ye! mmg betul pon,kering dan dia turun balik.sebabnya aku terlebih pukul telur,
nk buat kek menggunakan kaedah meringue bukan senang ye.putih telur tu
xboleh ada air,xboleh ada kuning telur,xleh pukul lebih lebih.
aku rasa semalam,aku terlebih pukul telur tu.then telur tu jatuh dan berair balik.
sobs~

pas tu aku yg bijak pandai ni.x alas loyang tu.aku buh majerin je.
mana boleh kan.aku rasa loyang tetap kena alas! then sapu minyak.
TAPI tapi! kek aku ni jadik taw.mmg rasa cotton! mmg lembut,sedap,
ringan,mmg sedap lah! haih~

ok,aku bg resipi yg aku ikut ni dulu eh : resipi dr Ochikeron


3 biji telur
120g white chocolate / aku pakai coklat biasa
120g cream cheese

*panaskan oven 170c

asingkan putih telur,ketepikan.

cairkan coklat dengan kaedah double boil,
bila coklat dh cair,masukkan cream cheese,
dan kuning telur td,sebiji sebiji.
lepas dh sebati,ketepikan.

pukul putih telur sampai kembang,
jangan ada air ataupun kuning telur walaupun sedikit ye.
jangan terlebih pukul.agak agak kembang,then stop.

masukkan putih telur td kedalam coklat yg dh dicairkan td,
guna kaedah kaup balik.kalau boleh searah je.korg jgn buat cm aku,
aku pegi kacau mcm nk kacau telur tu.wakakakka.
mmg dasar kan aku ni! hahaha.

then dh sebati.masukkan dalam loyang,
*loyang tu lapikkan kertas minyak yg dh di griskan dgn minyak.

dah masuk dlm loyang.ketuk ketukkan loyang bg bubble keluar,
then masukkan dlm oven dan bakar menggunakan kaedah waterbath.

xtau waterbath tu apa? 

waterbath means,korg kena buh air panas dlm dulang pembakar tu,
pas tu letak loyang.hehehe.

[DSC_0632.JPG]

cara bakar :

15minit pertama suhunya 170c
15minit kedua suhunya 160c
lepas tu biarkan kek dlm oven selama 15minit,
then baru keluarkan.

pas tu baru potong dan makan! yeay! siap!

tapi aku punya x lawa.aku nk buat lain lg weekend ni.
cehhh xpuas hati ni!

aku ada jumpa lg 1 resipi senang. kat sini LINK 
leh lah try cara yg ni jugak.nampak cm gebu kek nya.
suka aku tgk.

selamat mencuba~


Read More ->>

Kau dah kenapa SAFURA?!

1. dah sampai depan pintu RTM baru ingat yg aku x bawak botol susu princess,
selalu pg pg aku buat susu panas kat dia.

2. mlm td dh keluar,tapi x pegi beli roti untuk buat bento princess.so rini xde bento *sigh

3. pergi beli makanan kat kantin depan.ada 2 ekor kucing jantan bergaduh kat atas bumbung,
lepas tu gaduh punya gaduh,bergolek jatuh sampai ke bawah.semua org kat kantin terkejut.
aku pon jalan laju laju risau pulak kucing tu terkam aku.hahaha

4. dh sampai depan lif.ada sorg akk senyum ngan aku,aku xkenal dia,tapi aku senyum je balik.
naik je lif,sampai tingkat 1,pas tu akk tu dh kenapa aku pon xtau,dia x tekan ke tingkat 2,so lif
turun bawah balik.then baru naik tingkat 2 balik,ntah kenapa dh lama sgt aku duk dlm lif tu
aku rasa. *sigh!

5. sampai opis.sorg pon x datang lg.pintu still kunci.haih!!!!! so duk depan opis.
snap pic makanan and handbang baru aku.wakakakakaka.


6. harini aku dh tau harga bihun kat kantin.bihun bodo bodo kosong saje,aku amik 2 senduk,
rm2 hokkey! haih mahal nya! sebungkus bihun mentah tu baru je bape.sok aku masak bihun sendirik!
puas hati! sila bangun awal ye safura!

7. tadi lupa nk bgtau ibuu ani kat taska princess yg princess kena mkn ubat homeo.
so td dh msg awal awal.kalo hold hold mst lupa! haih tahap pelupa aku dh melampau dh skrg.
dah kenapa lah kau ni safura oiiii! banyak sgt ke pk nya!

muka bengang!

harini suami aku suh tunggu syarikat yg dia pegi last week tu call.
nk bgtau dia dpt keje tu ke x.x sabar nk tunggu call tu.
mintak mintak suami aku dpt kerja tu.Amin.
Read More ->>

11 January 2014

Gambar perkahwinan Sharifah Aleya & Azam Abdullah

Gambar perkahwinan Sharifah Aleya & Azam Abdullah - Sekitar pagi tadi, majlis akad nikah pasangan Sharifah Aleya dan Muhammad Azam Abdullah telah berlangsung secara tertutup di masjid al-Mukarramah di Sri Damansara.

Ucapan tahniah kepada penyampai radio popular di Hot FM itu kerana kini sah bergelar isteri yang sah kepada Azam Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Miko.


Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar perkahwinan pasangan ini. Untuk pengetahuan, Sharifah Aleya mengambil keputusan bertudung penuh sekitar Julai 2012 yang lalu.



Read More ->>

Bayi Terbesar di Brunei, 5kg

Read More ->>

Tahniah Irma Hasmie Hamilkan Anak Kedua


tahniah! kredit pic dr IG Irma Hasmie.
moga dipermudahkan segala urusan.Amin.
Read More ->>

KATE MIDDLETON MENGANDUNG LAGI?

Kate Middleton 32nd Birthday Pregnancy News: Plans to Be Pregnant With Second Child This Year

KL, 10 JAN 2014: Tidak sampai setengah tahun Kate Middleton menjadi tumpuan dunia selepas melahirkan Putera George, waris takhta untuk keluarga diraja Britain itu Julai lalu, dia kembali di sebut di tajuk-tajuk utama beberapa blog dan portal seluruh dunia.

Ini semua gara-gara dia dikatakan kembali berbadan dua ekoran beberapa gambar dan foto yang dirakamkan lensa jurugambar yang tidak pernah melepaskan waktu memotretkan foto bakal permaisuri untuk Putera William itu.

Gambar-gambar terkini Duchess of Cambridge yang juga menyambut hari lahirnya hari ini 9 Januari turut dikatakan beberapa kali menampakkan perbezaan pada bentuk tubuhnya. Dia yang sebelum ini telah kembali langsing selepas melahirkan Putera George Julai lalu dikatakan kembali berbadan dua ekoran foto memperlihatkan perutnya yang seolah-olah dia berada diawal tempoh mengandung.

Begitu juga dengan penampilan dan pemakaiannya sejak akhir-akhir ini memberikan tanggapan yang sama mengenai khabar angina tersebut. Menurut laporan media di UK, pihak istana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar ini.

Ada juga cerita yang mengatakan bahawa pasangan Duke dan Duchess of Cambridge ini telah mengetahui hal ini dan telah memberitahu kepada beberapa teman rapat ketika perjumpaan mereka ketika minggu sambutan Krismas dan tahun baru, Disember lalu.

Jadi adakah Kate benar-benar mengandung atau faktor lain telah menguatkan khabar angin ini beserta sokongan gambar dan imej Kate Middleton yang dirakamkan jurugambar di beberapa penampilan rasminya bermula sejak minggu pertama Januari 2014.

Pastinya jika benar khabar angin ini, Putera George berada dalam ancaman populariti bakal dirampas oleh adik barunya yang bakal diberi nama Diana jika dilahirkan sebagai puteri. Yang lebih kasihan, Kate belum sempat berehat, harus kembali bekerja untuk komitmen 9 bulan lagi dan ia pasti pengalaman yang amat memenatkan.

Lovely Kate Middleton
Read More ->>

MLM 2014: Sepahtu Menang Perodua Alza


PETALING JAYA: Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu kesembilan membuat kejutan apabila kumpulan Sepahtu yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus menerima sebuah kereta perodua Alza pada malam Jumaat.

Hadiah tersebut diberikan bersempena dengan pelancaran Perodua Alza yang baharu.
"Alhamduliah, ini merupakan hasil usaha kami serta sokongan daripada peminat," kata salah seorang ahli Sepahtu, Jepp.

Program tersebut berlangsung di perkarangan pusat beli belah One Utama di sini.

Sementara itu, kumpulan Wala tersingkir selepas diumumkan oleh juri, Luna Maya.

Wala yang dianggotai oleh Wan dan Lopz tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 46 peratus.

"Kami terima dengan kekalahan ini, lagipun peluang intuk sampai ke minggu ke sembilan bukannya mudah.
"Terima kasih kepada para peminat kerana mengundi," kata Wan.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Shiro iaitu 57 peratus dan Comey (56 peratus).

Sementara itu, antara kumpulan lain yang membuat berjaya menarik perhatian penonton ialah Nabil, SYJ dan Bocey.

Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.

MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November 2013, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


--------------------------------------------------------------------


Ya Ampun,dpt Alza baru.seronoknyaaaaaa~
kalau aku pon nak,dpt free free gitu je.tapi mcm mana pulak kumpulan
Sepahtu ni nk bahagi 3 kete ni,hahahaha.

eh kaler alza baru ni sume semad semad kan!
semad = smart
perkenan pulak aku.haih~


Read More ->>

10 January 2014

Gambar Pernikahan Linda Onn

Sama cantik.sama padan.

Read More ->>

Nasi Beringin Bangsar


dah lama dah aku teringin nasi ni.tapi jap jap pas tu lupa dh,sbb xtau apa nama nasi ni.
aku penah makan sekali je dulu.masa budak budak opis aku banje.pas tu xmkn dh,
bila nk cr balik nasi ni.dh xtau dh mana nk cr.hahaha

lepas tu,aku tgk best best BW,aku jumpa satu blog ni.blog akk ni,dia keje rtm jugak.
best baca blog dia,sbb dia banyak share resipi resipi yg best best.
selak punya selak blog dia,lepas tu jumpa lah entry nasi beringin,
so aku tau,ni lah nasi yg aku makan dulu tu! hahaha.rasa nk nangis masa tu!
poyo gila!

pas tu trus usulkan kat group gossip aku,
dorg pon selalu ON je.xpenah OFF,so harini jumaat,
misi mencari nasi beringin pon dijalan kan.
dekat Gerai nasi beringin ni dgn opis kami.
tapi nk merempuh Bangsar tu mmg azab sket.
nasib lah td x jem melampau.

Nasi Beringin Bangsar
Level 2, Menara Mutiara Bangsar, 
Jalan Liku, off Jalan Riong 
Bangsar.

012 325 2552

ni aku bg alamat siap siap lah.jap g takut lupa pulak kan.
masuk Menara ni parking rm2 eh.even korg nk beli tapau pon rm2.
hehehe.so get ready jelah eh duet tu.
tempat makan dia bersih sgt.aku suka.tapi kalau mkn kat situ
mcm x selesa sgt.aku rasa,rasa nasi tu lagik sedap kalau beli bungkus,
then mkn kat opis,depan PC,sambil layan muvi.perggghhhh~ mmg sonok ah! hahaha

rasa nasi ni bg aku lg sedap dr nasi Ganja kat ipoh,
rempah dia kari dia mmg terasa,pedas!
ayam goreng dia.ahhhhhhhhhhhhhhh mmg sedap wei!
aku xleh nk describe lah weh.kalo korg mcm aku,
suka masakan berempah dan kari.korg mst suka nasi ni.

kalau korg nk rasa,korg g lah beli eh.xyah kirim kat aku.haha.
tu aku dh bagi alamat.try lah eh!

nak tgk pic nasi? 
ok meh sini.
rapat sket!
drollingggggggggggggggggggggggggggg~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.















.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok sikit lagik

















nah! hahahaha.
ok bye~


Read More ->>

Lawak Jumaat : kata mana tempat lahir ko?

Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...