30 May 2014

Bits and Bobs Ais Kepal Ipoh


dah baca entry PLAN B lepas? ( KLIK BACA )
dah makan dah kat Plan B? apa rasa? sedap x?
hehehe.ada setengah org ckp sedap.ada yg ckp x sedap.
ok lah.kita berbalik kepada tekak masing masing.hikhik.

ok, kalau korg masuk je Plan B, sebelah kanan korg nanti,
korg akan nampak Kedai Ais Kepal.
korg tau x ais kepal tu apa? ke xtau?
ais kepal ni mmg makanan aku lah masa kecik kecik,
masa dulu beli 1 plastik just 20sen je,ais kepal sirap.
tapi skrg,ais kepal je RM3 ye.hahaha.

tapi ais kepal ni bukan mcm dulu,
ais kepal ni sedap,ais hancur ( ais mcm ais kacang )
di kepal kepalkan,dan di campur perisa apa yg korg nak,
haritu aku rasa maksu aku punya je,ais Kepal Sarsi,
mmg sodap.dapat mkn waktu panas panas,mmg best!!!

model x berbayar ye!



mak


masa kami sampai haritu.kami bernasib baik sbb dia kasi kami try 1 product baru dia,
eh product ke? Menu lah oiii! hahaha. ok menu baru dia adalah Bandung Giler,
aku xtau mcm mana giler dia,tapi mmg GILER SEDAP.must try!
bandung campur dgn banyak awas awas lain like selasih,cincau,
air sprite ( lupa dah ) ada susu ke santan tu ( pon lupa )
tapi mmg sedap.kalau pegi Plan B lg skali,aku mesti singgah untuk rasa
Bandung Giler ni! hehehe.



dorg jugak ada jual barang barang antik ni.mmg seronok bila tgk barang barang lama,
tapi aku xleh usha lama lama,sbb kang ada yg terbalik semua brg brg tu,
Puteri Imann Sophea tu bukan boleh.hahaha.paham paham lah ye.

ni lah rupa AIS KEPAL SARSI



anak anak masa sampai je xde benda lain yg dia main,
main batu,anak aku tu kan x pernah jumpa batu gini,
so jd jakun sikit lah.habis semua batu dikutipnya,
ada geng pulak tu,si Numaa sayang and Thaqif Nazhan,
mmg menjadi lah dorg ni.tapi kami biarkan sajeee,
hehehe.biarlah dorg main,bukan luak pon batu tu,
jgn jatuh sudah,kalau jatuh nanti sakit!



depan kedai ice ball!






dan korg jgn lupa beli kunci ni taw,rm5 je,pas tu boleh tulis apa apa,then kunci kat sini.
ala ala LOVE LOCK kat Seoul Korea tu lah.hahaha.tapi ni kat pekan Ipoh je.
weeeeekkkkkkkkkkkk! haha.


princess dah berpeluh peluh,dah xnak bergambar.

datang IPoh nanti,jgn lupa datang sini k,
wajib singgah,esok esok aku buat entry pasal Mural Art kat Ipoh pulak ye,
bai bai! heee.

nah alamat, lupa plak nak bg.hehehe :


Facebook page : https://www.facebook.com/bitsandbobsmalaysia

Instagram : Bitsandbobsmalaysia

99 Jalan Sultan Yussuf @ Kong Heng Square, Ipoh, Perak.


Read More ->>

CARA pakai FLORAL MASK dengan BETUL


Photo: wap muka

-basuh muka bersih2
-letak air panas dalam mangkuk,letak setengah je
-ambil tuala or kain,letak atas kepala..then talakan muka kat air panas.. jangan celup muka tau,nanti melecur... :p
-buat sampai pori2 muka terbuka.. time tu muka awak akan rasa mcm kembang jerr
-lap muka dgn tuala bersih
-sapukan mask dibahagian yang ada bintik hitam/putih..elakkan sapuan dibahagian kening,bibir & kawasan mata
-tunggu sehingga mask kering & tegang
-tarik perlahan2 dari bawah ke atas
-tu diaa awak akan lihat kotoran melekat di mask tu

selamat mencuba!! #wapmuka

- basuh muka bersih bersih

- letak air panas dalam mangkuk,letak separuh sahaja.

- ambil tuala or kain, letak atas kepala then halakan muka pada air panas 
(jangan celup muka tu pulak, tu dlm katergori x payah pakai mask, keluar kulit terus )

- tunggu sampai pori-pori muka terbuka
( muka korg akan rasa mcm kembang )

- lap muka dgn tuala bersih

- sapukan mask dibahagian yang ada bintik hitam/putih.
  elakkan sapuan dibahagian kening,bibir & kawasan mata

- tunggu sehingga mask kering & tegang

- tarik perlahan lahan dari bawah ke atas

- hah tu diaaaaaa, tgk lah benda bendasing tu keluar!


SELAMAT MENCUBA!


sebelum ni ramai yg terus je pakai mask cenggitu kan,
kalau mcm tu,whitehead atau blackhead takkan keluar sgt,
so korg boleh cuba cara ni, cara ni mmg berkesan untuk keluarkan
bintik hitam korg! wapkan muka dgn betul.

kalau xde lagik Floral Mask, boleh contact :


 COLOURFULLGARAGE ( IG )

for FASTEST reply,

WHATSAPPS  017-6695657

Read More ->>

Design Baju Melayu Raya 2014


sape nakkan kelainan untuk raya kali ni,
pergi lah tempah dgn Rizman Ruzaini,baju melayu dia tahun ni
OHSEMMM,tapi aku xtau lah berapa harganya.heee.

harini bz,xde entry panjang.bai! ehehehe
Read More ->>

29 May 2014

Klinik Wangsa : Dr.Nadir Khan pakar Sedut Kahak Kanak Kanak

SITUASI : Princess batuk yang agak teruk, selama 3 minggu, batuk tgh malam paling teruk,
sampai membawak ke muntah,dan tak lalu makan,badan dah kurus sgt,
bila batuk teruk sampai membawak ke demam.tragik kan?

Jalan Penyelesaian : bawak g klinik,sampai 2 3 kali,bawak g NEB, 2 3 kali,tapi x jd hape.
makan ubat dh sebotol habis, bg madu, madu + lemon, jaga makan, pun x jd apa.
last skali tawakal, bawak jugak g sedut kahak.

mulanya aku rasa mcm x perlu pergi sedut kahak sbb mm x nampak kahak,
hahaha.boleh x gitu? dan dia x selsema.tapi aku silap,walaupun dia x selsema,
tapi bila dia batuk tgh malam tu,sebenarnya mmg ada kahak di paru paru.
dan yg paling worst bila kahak tu menjadi semakin pekat.

dan sebelum kahak menjadi pekat dan princess dapat penyakit LELAH, ( KLIK BACA )
better kami pergi sedut kahak,dan thanks buat kwn kwn yg suggest suruh pergi buat sedut kahak tu.
sgt sgt terima kasih.

kalau ckp pasal sedut kahak.of course org akan cr Dr Nadir kan?
so meh aku pulak cerita kan pasal Dr Nadir ni dan Klinik Wangsa.heee.



seawal jam 7.30pagi kami dh gerak dr rumah.
satunya sbb nk dpt nombor awal.cepat pergi dan cepat balik.
dorg kata klinik Wangsa ni mmg selalu penuh.dan lagik 1 hal sbb kami xtau klinik kat mana,
so dr sesat,baik keluar awal.senang,pape jd kang xde lah kalut sgt kan.

xsusah pun cr klinik ni.sampai je Wangsa Maju, terus cr seksyen 1,
dan jumpa Bangunan Kausar,masuk belah belakang dia,
jalan masuk dalam sket,nanti korg akan jumpa Klinik Wangsa.

sampai sampai je,dah ada org tunggu wei! masa tu aku tgk jam baru kul 7.50am,
hebat kan,aku tgk sorg ibuu dan dukung anak dia tunggu depan klinik,
lepas tu ada sorg bapak jugak yg menunngu,lepas tu baru suami aku,
kalau tidak suami aku num 2,tapi sbb cr parking,dapat lah num 3,
hahaha,tapi xpelah.masih awal lg.

tak lama lepas tu,nak dekat kul 8am, PENUH,beratur org,
dah mcm main dam ular.hahaha.mak mak ada,pak pak ada,
dan klinik pulak bukak kul 8.30, nak dekat kul 9am,
ko bayangkan mcm mana menunggu dia.sian laki aku,
naik kebas kebas kaki.hehehe.tapi demi anak,ku turutkannn.hehehe.
laki aku lagik lah jenis xleh tgk anak sakit.so mmg sanggup berdiri lama pun.

masuk je klinik, jgn lah mengharapkan ko masuk dlm Klinik Fauziah ye.
klinik ni mcm klinik old school je.brg semua lama lama,kerusi lama,
botol ubat pun pesen yg dolu dolu tu.hehehe,tapi itu semua x kisah lah,
asalkan anak aku sihat.

walaupun doc Nadir ni ramai pembantu,tapi dia akan panggil patient dia sendiri.
dan semua benda dia buat sendiri,pasang nab,sedut kahak,buang kahak,
sampai repair mesin neb pon sendiri.hahaha.mmg kelakar.

sampai lah giliran kami no 3, dia panggil, Puteri Imann Sophea,
aku dh mula cuak,mcm mana lah keadaan anak aku nanti.
sakit ke,nangis ke,darah ke.mcm mcm aku fikir,tapi lepas borak borak dgn doc,
hilang sket rasa takut tu.

mcm aku tanya di blog blog lain,dia akan tanya history kita,
bersalin Normal ke Czer, kenapa czer?
anak pernah masuk spital ke.bape kali.kenapa masuk spital.
dan mcm mcm, dan dia kata, masuk hospital tu semua sbb kahak.
dr kahak lah terjadi penyakit penyakit lain.
bila kita ada kahak,dan kahak ni x dikeluarkan,dia akan jd tempat
pembiakan bakteria,bila bakteria merebak,mula lah mcm mcm penyakit dtg,
sebelum bakteria atau virus dtg menyerang,better kita buang dulu kahak.

bila aku tanya, " doktor, mcm mana kahak tu boleh terjadi,mcm mana kahak tu boleh jd pekat "
ko nak tau doc ckp apa? senang je " itu kejadian Tuhan "
hahaha.senang je jawapan dia,dia kata dah Allah nk jd kan begitu.
adoii doc ni,sabo jelah aku.sembang bukan main.

dan banyak kali jugak dia remind,dia bukan doktor yg akan sembuhkan batuk anak aku,
dia CUMA TOLONG keluarkan KAHAK anak aku je,
itu saje.hmm aku mcm errkkk yeke.hah ok lah ok lah.hahaha.
dah dia ckp gitu kan.aku nk argue mcm mana lg.
bila dia cek paru paru princess,mmg bunyik kuat.mmg ada kahak banyak.


dan bermula lah step pertama, kena NEB dulu.
NEB adalah untuk cairkan kahak dulu.doc bg princess NEB lama sket.
dlm 15minit gitu princess kena NEB,
and u know what,masa kena NEB tu,princess keep on batuk,
batuk batuk selama 15minit,sampai berair mata,pas tu hingus trus keluar,
hingus yg hijau tu,1 bilik mcm berasap sbb NEB tu.
aku sampai MENANGIS taw.seyes x tipu.aku nangis sbb kesian sgt kat princess,
masa taip ni pon nk nangis rasa.seyes sedih korg,bila tgk anak sakit.
anak batuk mcm tu,princess dia x nangis,tapi bila batuk tu,dia peluk aku.
mmg sedih.menitik nitik air mata aku masa tu.

lepas je neb, doc trus tunjukkan cara buat Steam and tepuk Percussion tu.
aku dh biasa buat kt princess kat rumah,cuma aku x kuat bila tgk anak nangis.
huaaa.dh anak nangis nangis,trus aku stop buat.

doc masa tunjuk cara tepuk dada anak tu.mmg kuat.selamber je dia pgg anak aku
sebelah tangan je.princess dh meronta ronta dh.merah merah muka nangis.
lepas je tunjuk,terus dia amik TUBE HALUS,tube tu mmg lembut sgt,
suami aku dh pegang tiub tu, kejadian berlaku sangat pantas,
doc suruh aku pegang tgn anak,dia trus jolok hidung dan mulut berselang seli.
dan mmg keluar segala kahak,bayangkan lah kahak tu keluar berlendir lendir,
dan yg paling tragis bila keluar sampai berbelon kahaknya,
punya lah pekat,tapi kahak princess jernih je,belum ada bakteria lg.
cuma kena jangkita virus je.

princess xde lah nangis beriye masa jolok tube tu.
dia cuma mcm nk muntah.aku pon redha je tgk anak,
cuma doakan semuanya berlalu dgn pantas dan selamat.
aku x amik piccy pon sama sedut kahak tu.sbb malas.
cuma nk fokus pada anak aku je.

aku tgk anak org lain,kahak lg pekat.hijau,banyak.lg takut.
dan ada anak anak lain,aku tgk seawal 6 bulan dh dtg utk sedut kahak.
dan kalau masih baby,dorg berisiko sket mcm berdarah sket bila sedut kahak.

InsyaAllah dgn Izin Allah,lepas sedut kahak,anak kita akan sihat.
dan bila tgk princess sendiri,lepas sedut kahak.mmg dia lain,
muka terus nampak ceria,dan masuk je kereta,trus mintak aku roti,nak makan.
alahaiii.tersentuh rasa hati ibuu ni.

dan Alhamdulillah.batuk princess serta merta hilang.mmg xde batuk dh.
xde bunyik bunyik dah,dan selera makan and minum susu mmg kembali,
mmg berselera dia makan.aku mmg sgt bersyukur.

TOTAL CHARGES : RM105
termasuk ubat TAMBAH BATUK,
UBAT KAHAK dan standby ubat demam.

ubat tambah batuk tu actually ubat yg mmg akan buat dia lg batuk,
batuk actually lg bagus sbb batuk boleh membantu dia keluarkan kahak dia.
tapi princess xde lah batuk beriye sgt.batuk sket sket je.dan mmg dgr kahak keluar,
tapi kahak tu dia telan balik.hahaha.xpe,kahak tu keluar melalui najis.hehe.

dan akhirnya.berakhirlah kisah KAHAK princess.
dan skrg ni kami cuba maintain kesihatan dia,
bg supplement untuk kuatkan antibodi.
dan masih mencuba Qaseh Junior.nanti aku review pulak yg tu k.
dah panjang sgt dah ni bercerita.kalau korg nk pergi Klinik Wangsa,
boleh amik alamat ni,set dlm Waze siap siap.


Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju, 
KualaLumpur

Tel : 03-41421614 

( Belakang Menara Kausar )
jumpa Shell,masuk dlm lagik.

aku harap cerita aku sedikit sebanyak dpt membantu korg eh.
heee.bai!





ibuu and papa sayang awak sangat sangat! 
♥♥♥




Read More ->>

Sultan Perak ke 35 - Raja Nazrin Shah


Alhamdulillah,telah dilantik Sultan Perak ke 35,

Raja Nazrin Shah.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,
siapa yang x suka dgn Raja Nazrin kan,semua suka,
satu sbb dia Hensem.tu of course.hehehe.
dan lagik 1 dia mcm polite je,keperibadian dia tu,
nampak best sgt.mmg Raja kesayangan rakyat jelata.
semoga Sultan sentiasa sihat,dan dapat memerintah dgn adil dan saksama,
Daulat Tuanku!
Read More ->>

Abby Abadi BERCERAI lagi

KUALA LUMPUR: Umum mengetahui pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, memfailkan perceraian terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat, kira-kira pukul 9 pagi hari ini (Khamis).

Berita terkini yang memetik laporan MStar Online, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaluddin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.


Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Photo: Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Melalui SMS

Details: http://rtky.co/1nAvbxW

artis ni mudah kan? bila musim kawen je,semuaaaa kawinn,
kalau musim cerai jee,semua nak ceraiii.seolah olah kisah kawen cerai ni
mmg mudah bg dorg, mcm Fiza and Adam, kawen meriahhh,kita yg tengok pun happy je,
tapi bila dorg cerai,berapa ramai peminat yg kecewa,sama mcm aku pun,aku pun kecewa,
kecewa tgk dorg cerai. kali ni Abby pulak.

memang lah kita x pernah tau mcm mana masalah dalaman dorg ni kan,
tapi mmg kesian.aku sedih dan terkejut jugak.tak habis berita pasal,
Cadbury,pasal Panda,pasal pemergian Sultan Perak, dan mcm mcm lagik lah,
dan timbul pula hal ni.aku rasa buat masa skrg ni,knp lah x de berita yg happy,
kenapa lah xde berita yg seronok je.takde,mmg takde~

hope keputusan yg dorg ni buat,betul lah kan.moga berfikirlah panjang panjang,
dan kita pulak,sama sama lah jaga rumah tangga kita kan.
Amin.

Photo: Abby Abadi di mahkamah sebentar tadi untuk kes cerai. Kisah lanjut bakal menyusul
Read More ->>

Hantar nenek pergi KOREA

semalam kami ke KLIA,ingat kan ke KLIA2,rupanya KLIA lama jeee.
melepas nk usha KLIA2,kesiannya aiii,duk KL pun masih lg belum g KLIA2,
nak gak tgk kehebatan KLIA2 yg dorg kata Teh Tarik RM8 tu.hehehe.
ala biasalah korg.jgn terkejut sgt.sana byr pakai Dolar,baru x rasa mahal.
hikhik.

kami ke sana sbb nk hantar MIL aku,nenek princess nk berangkat ke Korea,
#kekorealahkita ala ala wak doyok tu.hahaha.kemahen kan,mak mertua aku g korea,
heee, MIL aku aktif Puspanita,mmg dia selalu join Puspanita g bercuti,
kali ni dorg buat g Korea,tu dia nk join tu.haih jeleesss,xsbr aku nk pegi jugak,
on of negara dlm wishlist yg aku nk lawat.nk jumpa Kim Tan.hahaha.



budak sebuk nk angkat beg nenek.

tolong check - in. ahahaha.

seronok kan bila kita dh nk bersara ni,jalan jalan,pergi bercuti,
nanti kalau aku dah nk bersara nt,aku pon nk jd mcm ni,
nk rehat rehat,pergi bercuti.sonoknyaaaa.tapi sblm tu kena lah struggle dulu kan.
kena kerja kerassss.hikhik.

pergi dgn Puspanita ni best.sbb bayar murah.semua disediakan,
so xyah nk fikir fikir pape dh.ala sama lah mcm kita pergi dgn travel agent.

tolong Snap kan pic untuk nenek

nenek dah nak pergi dah.

semoga mama selamat pergi dan pulang.
Amin.




saje nak tepek pic aku.sbb nk tunjuk lawa kan hp camera depan aku ni,
hahahaha.nak tau x aku pakai HP apa? nt aku tunjuk.hahaha,bai!


Read More ->>

28 May 2014

BAGINDA SULTAN PERAK MANGKAT


Innalillahwainnalillahirojiunnnn.
Al-Fatihah, setelah banyak rumors yg kata Sultan Perak ( Sultan Azlan Shah )
dah mangkat,dan Akhirnya,harini Sultan telah kembali ke Rahmatullah,
setelah beberapa hari di IJN x silap aku.

yang suka suka hati ckp Sultan dah mangkat tu,
skrg ni puas hati lah kan??? Sultan aku tu wehhh,
aku org perak ni,SEDIH sebenarnya.

mcm x percaya pun ada,hmmm.
moga Sultan Azlan Shah ditempat kan dikalangan org org beriman,
Amin.




Read More ->>

REVIEW FLORAL MASK by Dian Pixy


hai korg! harini nk review 1 product yg memang best!
aku ni mmg jenis muka yg ada bintik hitam,bintik putih,
segala bintik ada,hahaha,kalau org yg suka picit picit tu mmg suka lah
nk picit muka aku ni,tapi aku mmg xsuka picit picit muka,dr zaman remaja dulu ( ewahh )
mak aku paling pantang kalau tgk anak dia picit muka,sbb mak aku kata nt kalo,
picit picit muka,muka akan berparut hitam hitam,nanti x lawa! hahaha,
mak aku kata lah,so sampai skrg aku dh terbiasa x picit picit muka.

so mcm mana cara PALING MUDAH untuk mengeluarkan whitehead ni?
senang je! bg org yg x suka sakit sakit mcm aku,boleh guna FLORAL MASK

lepas pakai FLORAL MASK ni,mmg berbeza,
dah lah x sakit,bagus pulak tu.mmg keluar semua nasi nasi putih ( whitehead )
aku tu.hehehe.org panggil nasi kan.hehehe.

best nya FLORAL MASK ni sbb wangi,
dan lagik 1 dia kaler purple,
korg pernah ke jumpa mask kaler purple?
xde kan.hahaha.so kalau nk yg lain dr yg lain,
leh try yg ni,bau mmg selesa.sedap je bau lavender.

FLORAL MASK ni hanya 50ml saje,tapi boleh tahan 2 bulan,
kalau betul cara penggunaan dia.kena jimat taw.hahaha.

lagi 1,ni bukan mask biasa,
ni mask ada VITAMIN hokkay! hehehe.xpayah mkn vitamin,
dlm mask pon ada.heee ( gurau je k )

tapi cara penggunaan aku lain,aku x pakai pun pada keseluruhan muka,
aku pakai kat hidung dan kawasan sekitar je,sbb kawasan tu je yg teruk,
dan bila pakai,alahaiii best je,wangi sgt!

maaflah.hidung kembang,hehehe.

hah mcm ni lah aku pakai.hehe.mula mula je sapu 1 muka,
pas tu kat hidung je.tapi maaf lah,pic lepas tanggalkan mask xde,
sbb lepas je bukak,princess ckp, " bu nak,bu nakkk "
pas tu dia amik mask yg dh tertanggal tu buat main,yekkk yekkk dia kata,
hahaha.xsempat ibuu nk snap pic taw! bertuah betul budak tu.hehehe
aku rasa korg kena cuba jugak lah! berbaloi!
kat bawah ni aku ada sedikit INFO lain ttg FLORAL MASK ni :


floral mask (with lavendar plus collagen) mask (peel off) berwarna "purple" yang lain dari yang lain.haruman bau lavendar yang menyegarkan


-MOISTURE COMPLEX
•untuk melembapkan kulit kusam

-VITAMIN A,B3,C,E
•untuk merawat kulit jerawat & jeragat

-Q10
•berfungsi menegangkan kulit & mengurangkan kedutan

-HYALURONIC ACID
•melindungi kulit daripada pencemaran & radiasi UV

mcm ni lah rupa selepas peel off,geli kan! heee


fungsi Floral mask


1st in malaysia with "nano technology"


-melindungi kulit daripada pencemaran
-berkesan untuk menghapuskan bintik hitam,sel2 kulit mati,

jerawat,jeragat & kotoran degil pada wajah dengan tindakan 
yang lembut tanpa menipiskan kulit

-membantu mengawal masalah kulit berminyak
-menyah toksik pada wajah yang menjadi punca jerawat serta 

bertindak merangsang penghasilan tisu2 baru yg lebih sihat

-sangat digalakkan untuk kulit muka sensitif & berminyak

7 bahan2 aktif produk



•mempunyai MOISTURE COMPLEX untuk melembapkan 
kulit kusam & kering serta tanda2 penuaan

•Vitamin A,B3,C,E untuk merawat kulit berjerawat & berjeragat
•Q10 berfungsi untuk menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan 

& anti oksida bagi kulit bebas radikal

•HYALURONIC ACID melindungi kulit dari pencemaran & radiasi UV
•ekstrak LAVENDAR & KOLAGEN gabungan yang mantap untuk kecantikan & kesihatan kulit

istimewanya floral mask



-HALAL,keluaran MUSLIM
-mask (peel off) berwarna "purple" dengan haruman 

LAVENDAR merupakan satu2nya dalam pasaran malaysia
-hanya 30 minit kulit muka anda bebas blackhead / whitehead
-sesuai untuk lelaki,perempuan tua @ muda,seawal usia 12 tahun keatas
-FREE dari bahan kimia PARABEN
-dibuat dengan bahan semulajadi
-99% customer mengakui kehebatannya


cukup hebat kan! hehehe.so mana nak cari?
tak payah susah susah nk beli kat kedai.mari lah oder online saje,
sekarang OFFER FLORAL MASK sedang berlangsung,
korg boleh visit :

@
 COLOURFULLGARAGE ( IG )
@
for FASTEST reply,
WHATSAPPS  017-6695657

CEPAT PLACE YOUR ORDER!
esok aku share kan cara yang PALING BETUL untuk pakai mask ni k,
bai!
Read More ->>

PINK BELACAN KURUNG


pg ni xtau nk buat entry apa,buat lah entry bodoh bodoh je,
tak payah nk kejar SEO sgt lah.jadi lah diri sendiri,kadang kadang ada benda yg
kita akan cr tajuk yg mesra SEO,tapi bila aku asek pk pasal SEO,
aku rasa mcm stress,last last aku x update blog.dan aku semakin merasakan,
yang blog ni bukan blog aku,sbb aku xleh sesuka hati nk meluahkan perasaan aku
mcm dulu.kalau dulu,aku boleh luahkan mcm mcm kat blog,tapi skrg ni,
ich! ntah lah,tak payah nk ikut org sgt lah safura oiii! jd lah diri ko sendiri!
haih! 

mesti korg x paham kan aku merepek apa.hahaha.
xpe,xpayah paham,biasa lah aku ni,merungut pasal diri sendiri.
hahaha.

harini aku pakai baju pink kurung pink belacan,
kalau ada yg xtau mcm mana kaler pink belacan,
mcm ni lah,aku x pernah ada kaler ni,hehehe.
so tu yg grab gak selai,kesian kan aku,xpernah ada kaler pink belacan.
hahaha.nama je peminat pink.

lepas aku baik cirit birit isnin lepas,mlm tu aku start selsema dan batuk pulak.
aku pon xpaham kenapa,adakah sbb aku berdoa agar anak aku di bebaskan
dari segala penyakit,dan biar aku yg menangungnya.heee.
bila anak sakit,aku berdoa sampai mcm tu sekali,aku sampai rasa,
 " biarlah aku yg tanggung segala sakit anak aku " sbb x sanggup tgk anak sakit,
dan BILA ko sakit,ko duk diam diam ye safura,jgn ckp banyak.haha.

tapi xpelah,sakit kan menghapus dosa dosa kecil.
mlm td batuk batuk,sampai terpaksa tido sambil isap strepsils,
kalau x mmg x leh tido,mmg batuk je.

ok dah melalut dh ni.hmm ok lah korg! nk buat keje jap.
dan nk langsaikan entry entry hutang customer aku,kesian dorg.
lama sgt dah aku hold entry dorg.huaaaa.

bai!


Read More ->>

27 May 2014

Rebecca bantu 5 beradik yatim piatu

Korg ingat lg x peristiwa pasangan maut
digilis lori pasir di susur jgn cheras tu.
Kat loke yew tu.korg tau x, aku mmg saksikan
kemalangan tu.aku bukanlah saksi kejadian,
tapi aku mmg nampak motor tu terbalik.
Aku ingat xcident biasa je.rupanya teruk.
Ptt lah org dr lorong kiri dan kanan berhenti.
Lepas berlalu 5 minit dr tmpt kejadian.
Hot fm siarkan berita gempar tu.
Terkejut aku masa dgr mangsa mati 2 2.
Ya Allah.mmg ngeri.

Mangsa tinggalkan 5 harta.
Iaitu anak.mmg sedih.aku x dpt byg kan nasib
anak anak dia.tp Allah ada.Allah akan bantu.
Aku dgr Saiful Nang nk amik budak tu kan.

Dan td masa layan IG.
aku tgk Rebecca nur Al Islam yg baru baru
ni terkenal sgn baju tellitubbies nya tu.
Turut dtg membantu.menghulurkan bantuan.
Alhamdulillah.ada jugak yg dtg membantu.
Dan ada jugak inisiatif dia nk bantu kan.
Alhamdulillah.sekurang kurangnya.
Ringan beban anak anak tu.

Moga budak budak tu membesar dgn baik.
Dan ramai lg umat manusia yg sudi membantu.
Amin.

Read More ->>

24 May 2014

SEGMEN : OHSEM BLOGLIST by safurara.com

STICKY POST!!!
scroll down for new entry ♥

hai korg, sejak dh bertukar kepada DOMAIN baru ni,
kita ada satu masalah! huaaaa,nk tau x masalah apa?
BLOGLIST kita semua hilang.semua kwn kwn gojes,
kwn kwn ohsem,semua hilang! yg payahnya ialah,
bila nk BLOGWALKING (BW)

so harini kita nk buat satu segmen,
eh yeke org panggil segmen? hehehe.
kita nk korg tolong kita,
jom exchange link nak x?
hehehe.

korg tinggal kan LINK korg kat ruang komen kat bawah,
korg kategorikan lah sendiri korg dlm kategori apa.hehe
mak mak ke,bapak bapak ke,ohsemmm ke.hehe.
nanti aku masukkan link korg dlm blog aku yg lagi 1 tu,
skrg ni aku buat satu blog yg khas untuk bloglist saje,
so nanti,senang lah aku nk BW,hehehe.pepagi boleh terjah situ je,

so,marilah kita sama sama menjaya kan segmen ni,
kita tukar tukar link ye.heeee~
JANGAN LUPA MASUKKAN LINK AKU DLM
BLOGLIST KORG JUGAK!!! hahaha
www.safurara.com

aku buat segmen ni selama seminggu kot,
pas tu nanti aku akan tinggalkan satu post kat
bloglist safurara tu.korg tinggalkan URL korg kat sana.
aku tgh cr gadget yg boleh korg masukkan link korg sendiri,
apa bondo eh? bgtau pelisss.hehehe.

ok lah.sebarkan kat kwn kwn korg eh.
senang je.korg buat je 1 entry pasal ni.
tinggal kan link,nt aku terjah! heee.

ok x ok x? mekasih korg! bai!




Read More ->>

20 May 2014

Princess : Hampir kena LELAH

Touch a wood.
Touch a wood.
Benda tu lah yg paling aku takut.
Bila batuk terlalu lama.sampai nk dekat 3week.
Doc risau anak kena lelah.sbb kahak banyak.
Harini pergi klinik lg.g amik neb.
Sbb mlm td mmg dia x boleh tidur.
Nasib mil aku teman.sbb aku risau princess meronta lg
masa neb.tapi Alhamdulillah.td dia dh cool.
X meracau pun masa neb.siap jilat jilat wap tu.
Haih anak.behehe.

Lepas neb.doc bg ubat tahan batuk.
Bg ubat alahan.and ubat batuk again.
Aku actually xnk amik ubat batuk tu.
Tp xpelah.standby je.incase pape kan.
Ubat demam dan ubat bontot pon mmg ada.
Kalau suhu cecah 38 lebih je.trus ke sumbat ubat bontot.
Jgn biar anak panas dan xbuat pape.bahaya taw.
Nt leh fit ( sawan )

Esok pg i kena g balik klinik.
Doc suh neb 2 kali lg.sok pg and mlm lg skali.
Bg kahak dia cair dan keluar cepat.
Td lepas makan.dia muntah balik semua.
Nampak mcm kahak dh keluar td.
Lega sgt tp tetiba dia demam lak.
Suhu dh 38° cpt cpt aku bg ubat demam.

Doc kata.jgn takut nk bg anak ubat demam bila suhu anak naik.bg je terus ubat demam.sbb tkt anak sawan.
Cuma yg x perlu bg antibiotik.
Antibiotik hanya bg bila anak lama sgt demam.
Ramai yg x faham tu.

Aku bg princess ubat demam td.
Ni Alhamdulillah suhu dh turun.

Batuk still ada lg ni.td much better than yesterday lah.
( eh speaking lak ibuu ) hikhik.
Harini dia dh boleh tido.kami tido kt ruang tamu je.
Sbb xnk pkai ekon.nk tgk mcm mana.
Kesian lah anak ibuu.skali sakit mmg truk.
Lepas ni nk try bg kaseh junior tu.
Ramai yg review ckp ok.
So ingat nk try.

Hmm ok lah.nk solat jap.
Nak rest.aku pun exausted mmg xckp rest.
Huaaa.bertabahlah ibuu.

Read More ->>

Ghairah Dengan Gambar Perempuan Mengandung


korg tolong search group ni kat FB,
dan tolong report,marilah kita report beramai ramai,
sbb kalau tgk,dorg ni curi pic perempuan perempuan preggy dlm blog,
atau fb,dan dorg letak dlm group ni.dan yg paling x boleh blah,
buat caption dan komen dgn ayat ayat yg mengghairahkan,
HOI! tgk org preggy pon stim ke?
gila x senonoh,gambar artis kita pon ramai.
seyes aku x paham.

Nasib lah aku cek pic aku xde,kalau ada,matiklahhh.
malu gila.dan bila aku belek pic pic ni semua,
semua pakai baju mmg ketat,dan nampak " seksi "
huaaaa malunya!

dan mcm salah kita jugak,pakai baju begitu kan,
tgk gambar Dynas dlm tu.mmg nampak seksi,
huaaaaa.sedihnya.

sama sama lah kita report,please please.
malu sgt.maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~

lepas ni kalau preggy,jgn lah pakai baju begitu,
peringatan untuk aku jugak. 

Read More ->>

Anak Pramugara MH370 Selamat Dilahirkan


"19 May 2014 Sayang, Ampunkan lah segala dosa2 mami to you... Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemafaan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita.. Ampunkan lah mami B... Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini.. Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus mencurahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata2 you yang diamanahkan oleh Allah ini menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia & di akhirat.... Salam sayang & rindu to you B... I realy realy miss you ... #prayforrainmh370 #prayformh370"

Itulah yang ditulis dan dimuat naik oleh Intan Maizura Othaman di akaun Instagram miliknya sebelum melahirkan anak keduanya, di Hospital Putrajaya. Intan merupakan isteri kepada Mohd Hazrin atau lebih dikenali sebagai Rain, salah seorang anak kapal MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Intan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam dan bayi tersebut diberi nama Muhammad bin Mohd Hazrin. Pasangan itu juga sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Iman. Usaha mencari pesawat yang menerbangkan 239 penumpang itu kini telah memasuki fasa baru SAR di dasar laut.

---------------------------------------------------------------------------------

Tabahnya hati wanita ini.aku salute. " sedih "
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...