Makin besar anak, makin mcm mcm kerenah yg kita kena hadap.
syukur Alhamdulillah, Princess membesar dgn sihat dan bijak,
tapi sakit demam sikit sikit tu biasa lah kan.
Perangai, harini nk borak pasal perangai,
semalam, balik dr school skrg, lately dia asek nk tidur,
mengantuk sgt maybe, malam tidur lewat, pg pg bangun,
then x cukup tidur lah kan, dlm masa perjalanan nk balik rumah tu,
dia tidur kat lengan aku, dia dah xnk tidur kat seat sebelah mcm biasa,
aku pun x tau kenapa, nangis nangis xnk,
aku layankan aje, xnk marah marah dia, sbb baru balik school kan.
kesian pulak kat dia, baru je jumpa ibuu, dh kena marah.
so, lenguh lenguh lah tangan ibuu menahan kepala anak.
sampai rumah dia tidur lg, sebelum magrib dia bangun,
bangun bangun dia merengek rengek,
paling mengada bila nampak papa dia,
aku ni sibuk nk sediakan dinner dia,
dia merengek rengek nak kat aku,
aku pun dukung lah, papa dia habiskan masak dinner dia.
aku baru nk lepak tgk Istikarah CInta,
dia boleh jerit cakap " nk buat kek, nk buat kek "
aku cakap lah, weekend ni lah baru buat kek,
dia melalak lalak lg, nak jugak buat,
aku malas nk marah lg,aku layan kan aje,
dia nak main masuk masukkan tepung tu dlm mixer je sebenarnya,
puas main, habis tepung tumpah tumpah ke bawah,
dia nk mandi, aku suruh dia mandi,
dah mandi, merengek rengek lg, mmg malam td adalah
sangat mencabar buat aku, kena gak cubit sikit kat peha dgn aku,
masa tu lg lah melalak dia, dia nk main handy sealer tu.
last last aku bg, dia diam.lepas tu bg dia makan,
lepas makan dia kata pulak, " buu nk esyem "
" bu nak g speedmart, nk beli esyem "
ok pitammm!
satu pertanyaan aku, anak korg mcm ni x??
aku bukan menyesal ajak dia buat kek sebelum sebelum ni,
aku suka, suka buat aktiviti dgn dia, TAPI!
bila dia buat permintaan yg luar biasa,
masa yg x kena, aku like, hmm lepas ni x payah dh buat pape ok!
hah gitu, tapi x best jugak kalau mcm tu kan,
kena ajr dia, bgtau dia, cakap dgn dia,
tapi kalau dh melalak lalak, cakap pon x guna dah,
bila marah, mula lah tgn ni laju je nak naik,
tapi aku tahannnn je, sabar banyak banyak.
aku jd pelik, sbb dulu masa aku kecik kecik, kami adik beradik x mcm ni,
baik je.hahaha.sbb takut dgn mak, mak aku dulu garang,
dan x berani pun nk main main mcm ni, nk melalak lalak
apatah lg.hahaha.
yelah yelah~ mana nk sama kita dulu dgn anak zaman skrg kan.
tu baru sikit peel nya,
kalau bab meniru org tu, jangan ckp lah, dia mmg win,
kalau aku ckp kat dia, " princess tunggu jap, ibuu nak kencing "
lepas je aku habis kencing, dia lak ckp, " buuu bukak empershh,
incess nk cicing " hah ok pitammm~
pakai baju lak, mmg dah pakai seluar, and baju sendiri,
dr start duk school dulu.mmg semua nk buat sendiri,
berdikari kekdahnya, yg tu yelah, memudahkan kerja ibuu.hahaha
kalau bab belajar, bila aku tanya,
Princess, mana A, dia jawap, ni A,
mana B? dia jawap ni B,
bila tanya lagik, C mana? dia ckp apa tau,
C takde, C hilang.hahahaha.ok pitam,
hentak kepala kat dinding.
bab gosok gigi, kena ambil masa 15-20 minit,
mcm mcm peel dia nk gosok gigi,
kdg kdg dia boleh ckp kat aku,
ibuu, jap jap, sambil tu dia duk mencangkung,
sambil tongkat dagu.ko rasa????
kalau aku buat muka masam, or marah dia,
dia bukan takut dgn aku, dia lg dtg peluk aku adalah,
cair lah hati aku ni, nak marah x jd.
tapi melainkan kalau dia betul betul buat salah,
mmg dia akan nangis sendiri.hah tau lak takut.haha
skrg ni dia dh 2 tahun 4 bulan,
sok sok dah masuk 3 tahun,
aku kalau boleh xnk marah marah dia,
aku nak didik dia baik baik,
tapi bila sampai satu tahap tu,
rasa nk pecah dada ni menahan marah.
aku xtau nak cakap mcm mana.
aku taknak tersalah didik dia,
aku takut sangat, takut dia jd terlalu manja,
tapi nak kata manja x jugak, selalu je kena bebel skrg ni,
bila aku bebel, dia bebel balik kat aku.
Princess bukan lah seorang yg degil aku rasa,
kalau ckp elok elok dia boleh dgr, boleh ikut,
tapi dia mcm suka sgt nk explore semua benda,
kalau ada dpt apa apa barang, dia suka nk suruh bukak,
semua benda nk kena bukak, dia nak tgk isi dalam,
dia nk leraikan benda tu.dan semua benda nk buat sendiri.
dan kalau org tanya, xnk tambah anak ke,
aku bukan xnk tambah, salah satu sbbnya, sbb ni lah,
aku takut aku terkurang kasih dan sayang kat dia,
aku takut aku x mampu nk handle 2 2,
aku takut.sooo, biarlah dulu, tunggu lah princess dah masuk tadika,
or dh besar sikit lg.
dan, bg ibuu kurus dulu.hahaha.
aku harap, aku lebih banyak banyak bersabar lepas ni,
aku selalu berdoa agar aku jd ibuu yg baik,
bersabar banyak banyak dgn kerenah anak.
anak korg mcm mana??
ke ada tips pape, moh lah share.heee.