Image and video hosting by TinyPic

28 February 2015

#monologdalaman : cepatkan solat!

Dulu kan Allah. Dulukan solat. Bila stuck dlm jem, tertinggal 1 waktu. Menyesal x sudah. Hmmmm kena lebih berhati hati.

Kelas Pavlova

Minat aku dgn pavlova mmg sgt sgt mendalam, mcm deep deep deel love lah.mcm cinta aku pada suami.kofkofkof. malam td sampai x boleh tidur memikirkan kelas utk harini. Pg pg td bangun awal.mandi.siap siap. Suami hantar dtg sini, dgn restu suami lebih berkat kekdahnyaaaa.hehehe.


Harini aku belajar buat pavlova, kek coklat moist, and kek pandan kelapa, mmg best sgt sgt, semua aku suka! Ilmu yg takkan dpt di tempat lain, dan yg takkan dapat di mana mana blog.insyaAllah blog aku aku akan update.ilmu mesti dikongsi bersama kan.hehe.


InsyaAllah, bisnes pavlova akan menyusul.doakan aku korg! tia.

#monologdalaman : belajar menguruskan bisness

Harini aku belajar lg sesuatu yg baru, uruskan duit keluar masuk, hahaha.sejak aku berbisnes 2 tahun lepas, duit keluar masuk mmg berterabur, aku lalai dan leka bab urus duit ni.sbb aku suka suka hati nak pakai, suka suka hati nk guna.lebih lemah lg bila brg ready stock, aku sendiri guna.hahaha.then untungnya mcm mana.betul x.hahaha.


Haritu borak dgn anis lg, aku tny dia, mcm mana nk manage duit bisness, anis mmg terkenal dgn sikap yg bagus dlm pengurusan kewangan.hehe.sblm ni ada gak dgr kwn kwn borak, last last smlm anis share excel document yg dia punya, mekasih anis, selalu ajar aku, haha.daku selama ni guna buku je, tp saving, modal keluar, duit masuk, sume berterabur ah, mmg xtau mana pergi.teruk kan! So lepas anis share, harini baru sibuk tiru balik, buat lain lebih kurang mcm anis, ikut selesa aku mcm mana.so skrg dh nmpk sikit.duit modal, duit masuk, duit keluar, diskaun.hehe.moga hidup x kelam kabut lg.


Td jugak import excel masuk dlm phone, pakai microsoft office dlm fon.best gilaaa! Tu yg sampai skrg x tidoq lg ni.hahaha.explore sana sini.lepas ni update pakai phone, then boleh share trus ke pc or pape.ok sket kot pas ni.ada benda yg kita kena tanya, ada benda yg kita kena usaha cari sendiri, betul x? Ilmu x dtg bergolek, terima kasih kwn kwn sbb byk bg tunjuk ajar, jasa jasa kalian.takkan pernah aku lupa.insyaAllah.bagaimana menapak nya aku dlm dunia bisness ni.semoga Allah swt memberkati.Amin.

27 February 2015

#monologdalaman : patutlah aku beriye nak jumpa dia

Aku xtau apa maksudnya, dia wA aku tny pasal instant shawl, ayatnya sopan, dia kata nak yg labuh, kalau labuh dia nak beli 3 4 helai, aku pun mcm, okayyy layan dia, layan layan layan, aku mcm kenapa aku layan budak ni, sbb dia xnk pos barang, dia nak jumpa aku, tetap nak jumpa, kalau tidak dia nk jumpa kt ktm depan rtm, tp mcm mana kan, rushing lah.last last make a deal after beberapa lama, dr semalam sampai harini, kami deal jumpa kat KL central.


Ko ingat aku x cuak ke.cuak gak, sbb org nk jumpa, nk cod brg sampai mcm ni, demi sehelai instant shawl, dia cuba dulu sehelai, mengapakah aku se gamble ini.aku berani kan diri pergi, aku selawat.takut weiii, hahaha.tgk dr diri dia, cara dia WA dia budak baik dan sopan, so jumpa.


Baiknya budak ni, jumpa terus salam, tgh ckp ckp, rupanya dia ada hajat, dlm membeli, dia nk suruh aku promot keropok lekor yg dia jual, direct dr terengganu.aku mcm, hmmmm ooo ada hajat lain rupanyaaaa.


Tapi, aku swap fikiran aku, aku rasa, ini cara Allah swt nk suruh aku tolong org, dengan kuasa blog aku, dlm aku di beri rezeki, aku jugak tolong org lain menerima rezeki, perantara antara kita.kdg kdg kita x nmpk benda tu kan.tp bila kita +ve, mmg rasa lega.rasa nampak semua benda tu.budak tu kata " kak, ni tudung paling mahal sy pernah beli " alahai dikkk, aku mcm nk bg free je tudung kat dia.hehe.


Dia janji, pas ni dia nk bg aku cuba 2 bungkus kopok lekor,nk bg aku test, then baru aku promot.baiklah dik.insyaAllah.akk cuba yg terbaik, akk x pernah rasa sebaik ni akk layan cust.hahaha.selalu lepas byk hal, akk blah je.hehehe.kuasa ion +ve kan.insyaAllah.Allah ada aturannya.


#sayabukanustajah #spreadthepositivevibes


Bai.heeee.semoga dipermudahkan segala urusan.Amin.

Lunchdate Boat Noodle with Blogger Popular

* amaran, sesiapa yang allergic dengar nama boat noodle, dilarang baca.haha


setelah beberapa kali terserempak dan ter nampak nampak,
akhirnya kami berjanji temu di situ, di Tesco Scoot Garden,
cerita nya mcm kelakar, sebab masing masing jenis jalan x tgk org,
kenkonon retis jalan laju jeee, last last sampai lah tahun ni,
baru kompom org yg kami jumpa di Tesco selalu bukan pelandok dua serupa,
tapi kak Yana Azfar dan Diana Dekna! ( apa nama URL, xjumpa ) hahahaha.

kalau cerita pasal kejadian terserempak ni, mmg kelakar lah!
mmg dah banyak sgt kali jumpa, tapi masing masing dlm keadaan denial.
kengkonon jelah kan! hahaha.

last last setelah kompom kan org nya! kami pun berlunch date lah!
kat mana? Boat Noodle! aku mmg dah lama sgt teringin dgn boat noodle tu,
tak tau apa yg sedap sgt, tp bila nmpk org update, rasa mcm nk nk sgt mkn,
so yeay! kak Yana  and diana bawak makan sana! ada geng!



ko nampak je kak yana and diana ni kecik, tapi dia punya makan,
dia order 20 mangkuk noodle wehhh! gila kan! hahaha.
aku makan 5 je, dorg habiskan semua, mmg hebat ahhhh!
aku kenyang gila! seyes kenyang!

set yg 20 mangkuk, rm59.90 dan ada side dish lain jugak,
dapat air utk 4 org, so kita berbaloi sgt lah.

rasa apa Boat Noodle ni? hmmm bagi aku, bg aku lah!
sedap sangat! sedap gila! kena dgn selera aku, buh cili serbuk,
buh minyak ikan sket.mmg sedap, masa tgh panas lg sedap.
kak yana kata dia nebes nk bg aku mkn, hahaha.sbb stgh org x suka.
yelah kan! betul tu.sape x suka, tak yah makan, jgn banyak bunyik.
tapi aku suka! aku rasa princess pon suka.

kat sini mmg pork free, no probs, ramai malays makan sini.
so kalau was was, jgn lah mkn, tapi kami yakin jeee.hehehe.


ko tgk muka kak yana tu, exicted nak makan tu, lapar kekdahnya.
sbb aku lambat.hahaha.boleh lak sesat x jumpa jalan keluar.
sabor jelah.sory kak.lighting pic ko gelap.tapi ko tetap lawa,
diana senyum tutup gigi.hehehe.salah tema lagik!

hahaha.korg mmg lawak ah! asek nk gelak je, tp malu nk gelak kuat2.
mcm mcm benda nk borak bila dh jumpa, memula nebes kemahen,
lepas tu mula borak x benti, aku pestime jumpa kak yana masa umah
kak aty dulu. pas tu borak dlm geng gojes, sama gak dgn Diana,
last last jumpa kat tesco, alahaiii, kecik je donia.




antara side dish kat boat noodle, ada ayam, ada kuih apa ntah ni,
mcm tepung talam pon hade, tp sedap! aku sokaa,
last skali order pulut mangga pulak, aku dh lama dh terliur sejak abg Lan
cari haritu.so kak yana kata kat BN ada, so order jelah,
dh kenyang pon sombattt lg.

tapi mango sticky rice atau nama melayunya pulut mangga ni mmg sedap,
santan dia masin masin, mangga tu manis gila.ampunnnn! sedap ah.
nt nk mkn lg.kak Yana! nt mkn lg kat sini, nk order nasi goreng tomyam lak.
hahahaha.over kan! bg yg teringin nk makan,
boleh je g! yg ni cawangan Tesco Scoot Garden,
kat Damansara pun ada, byk lg.tp tgk lah mana yg sah tu kan.



sekian saje entry makan makan lunch harini.hahaha.
jumpa lg di segmen yg lain ye.bai! hahaha.





Gambar Kontroversi, Saya Belum Mengandung!



terok tau kawan kawan aku tu, kontroversi betul pic dlm lift ni,
aku belum Mengandung! hahaha, mengandung taik adalah,
ni sume gara gara pose senget konon stylo tu,
tu pinggang saya, bukan perut, saya kan dah 60kg,
mana ada perut yg mcm tu.kofkofkof! 

mungkin belum masanya nk mengandung lg.insyaAllah satu hari nanti,
sy akan buat PC yek! hahahahaha.

bg korg yg nk tanya tanya, tapi takut tu, alaaa tanya je lah,
aku ok je, jgn risau, hahaha.no sentap sentap lah!
ceria betul hari jumaat aku harini, dah lah semua tegur aku ONG harini,
sebab dr atas sampai bawah pakai merah.hahaha.

happy kekdahnya hoiii! hahaha.
ok lah.bai! 

habis dh speku yek, sy masih beranak sorg.hahahaha.



Farm In The City Seri Kembangan

Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan, Selangor
03-8941 2099


Monday : 10am till 6pm
Wednesday - Friday : 10am till 6pm
Saturday, Sunday, : 9.30am till 6pm
School/Public Holidays



aku sediakan sedikit INFO tentang FARM IN THE CITY ni okay,
entry penuh akan menyusul kemudian, masa mencemburui aku,
haha.nk keluar pergi lunch dulu, bai ♥











#monologdalaman : berusaha atau tunggu je?

Td mak aku msg, cerita pasal seorang insan hamba Allah.hidupnya susah.anak yatim piatu, suami x kerja, kais pg mkn pagi, kais ptg mkn petang, mcm tu lah lebih kurang.

Aku ckp dgn mak aku, kesian mmg kita kesian, tp mcm mana kita nk ubah hidup dia, kalau dia xnk ubah hidup dia sendiri.kita mmg boleh bantu, kita bantu utk dia cr duit.banyak caranya.sampai bila nk termenung memikirkan nasib.sampai bila nk hidup atas belas kasihan.

Aku mungkin boleh bantu.tp, mcm mana ye, kita ke yg perlu mencari dia suruh dia berusaha menambah pendapatan? Atau pun sepatutnya dia yg kena membuat 1 langkah baru dlm hidup dia.satu je, malu bertanya, sesat jalan, banyak kali dah aku kena.hahaha

Cara Selamat Ibu Mengandung Memakai " Seat Belt "


masa aku mengandung kan Princess dulu, aku kena pakai seat belt kat bawah perut,
kalau pakai kat atas perut, rasa sesak nafas je, mmg x bernafas,
lepas 7bulan perut aku naik dgn jayanya.hehe.so xleh nk lasak lasak.
perut pon dh cecah stereng.hehehe.

sampai satu tahap, aku suruh suami aku belikan " seat belt stopper " tu,
ada jual kat kedai accessories tau, dia mcm klip, klip tu akan stop kan seat belt korg,
so mmg akan loose je kat perut tu.

kak Intan Zulhilmi share td kat FB, aku pun mcm terasa nk share pengalaman aku,
hope bg ibu ibu yang tak tahu, boleh lah dpt sedikit info.

dan jugak, aku baru tahu td, yg ada AKTA yg meyatakan bahawa,
" IBU MENGANDUNG TAK PERLU PAKAI SEAT BELT "
eh yeke?! kenapa xtau ni.hehehe.nanti kita confirm kan semula dgn JPJ ye.

tak pe, lepas ni boleh tahu dah.hehe.ibu mengandung tak perlu pakai seat belt ye.
tapi yg bapak mengandung mcm mana ye? hahaha.opsss.bai ♥



#monologdalaman : jangan contohi benda negative

Assalam korg! Salam jumaat.selamat pagi! Hee, ok x harini? Aku otw g kerja, tp time tgh tgh drive pasti dtg ilham nk update blog. Kdg kdg dlm toilet, kdg kdg tgh masak.kan kan.selalu gitu.

Tp skrg, aku rasa kalau tetiba ada idea, aku terus nak menaip, nak draft siap siap, nt baru audit balik utk publish.apa yg kita nk publish kena lah audit kan.aku kalau boleh, setiap benda yg aku sampaikan, aku xnak menyentuh atau menyakitkan hati reader aku, ecehhhh ada ke reader.hahaha

Harini aku xde lah apa apa monolog sgt, cuma aku ada terfikir, bukan ke bagus kalau kita ambil sesuatu benda yg +ve sebagai guidlines or sebagai rujukan kita, dan bukannya kalau kita nampak org tu buat benda -ve, tp kita boleh ckp, " eh bagus lah buat mcm ni, kenapa sy x terfikir mcm ni yek " thanks awak sbb jd inspire sy?? Apekahhhhh??? Mcm x faham gak aku baca conversation ittew.

Tapi biar lah, aku xde hak untuk menegur, mcm aku cakap, aku hanya memerhati, aku akan menegur atau meluahkan apa yg aku rasa dgn org yg hanya memerlukan kan aku.dan aku akan meminta pandangan pada org yg aku rasa dia +ve, aku rasa aku boleh belajar sesuatu dari dia.collect all the positive vibes.

Eh ok lah, dh sampai office, nak hantar princess, nak g bayar duit taska princess, dan settle kan kerja kerja hakiki.hehehe.kerja hakiki kena siapkan dulu.ingat safura!!! Ok lah, bai! Salam jumaat!

26 February 2015

BERURUT atas motor

good morning...

masa OTW pergi kerja pg td, aku mengantuk mengantuk tau,
lepas tu terpandang satu pasangan ni, aku perhatikan jee,
apa lah yg isteri dia buat ni, rupanya isteri dia tgh urut urut pinggang suami dia,
suami dia bawak motor, isteri dia urut pinggang, alahaiii sweet jek.

sepanjang aku drive pergi kerja ni,
mcm mcm peel aku tgk sambil org bawak motor,
ada isteri yg terlentok lentok tido kt belakang,
sampai nak jatuh pon hade,

ada jugak yg cakap bertempik tempik,
terkejut aku dgr, hahaha.mcm nak gaduh pun hade.

ada yg takut suami mencilok cilok,
ada yg tolong hayunkan tangan sbb suami nak masuk kiri or kanan,
hehe.mmg sweet, kdg kdg dorg ni membuat aku hilang mengantuk.
eh pepagi aku mmg kadang kadang mengantuk, kenapa pun xtau.

aku sepatutnya harini MC lg, tapi kena kerja,
banyak hal nk settle, bos kata, sayangnya MC aku,
tapi xpelah, settle mana yg penting dulu kan.

morning korg! semoga di murahkan rezeki utk harini.
semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin.



Instant Shawl untuk kaki travel

Aku ada beberapa helai shawl nk tunjukkan kat korg, instant shawl yg sangat sesuai untuk mereka yg kaki travel, yang berjalan sana sini. Yang x punya masa nk menggosok tudung. Aku ada INSTANT SHAWL yang x payah gosok! Yg terus sarung! Trus nampak cung! Hehehe.

Instant shawl benang hitam, kain jenis cotton lycra, jenis berat, sejuk, dan terletak, aku dh cuba peram tudung ni 1 malam ( letak dlm keadaan tidak dilipat ) bila angkat, still elok je mcm dah gosok, logiknya sbb kain ni berat, bila kita pakai dia, dia akan jatuh.jatuh bukan bererti susah nk handle, dia jatuh tu mmg terletak je di bahu.

Lg 1 aku ada instant shawl sarung printed! Ni lg senang, just sarung, pin di bahu! Then siap! Tapi ni korg kena gosok lah, gosok sekali je, lepas tu kalau nk basuh, celup celup then sidai, mmg elok je nanti. Ada banyak design instant shawl sarung ni.boleh tgk di bawah.


If nk order, fast reply, boleh whatsapps rara 019.477.4240 whatsapps only ye.lain lain xdek.hehehehe. saya baru restock few colors lg.boleh wasap nt saya kasik picture okay. TIA korg! Bai!



Instant Shawl tak perlu gosok

Kenapa perlu ada INSTANT SHAWL TAK PERLU GOSOK yang aku jual ni?? Hahaha, banyak sebab dia,

Pertama, opcoz lah sbb dia INSTANT SHAWL ni x payah gosok, yg gambar model tu kan, mmg aku x gosok, dia jenis kain berat dan bila kita sarung je, kain nya jatuh terletak.lipat lipat elok elok, then nk pakai, terus sarung.kita ni kan mmg suka kalau benda benda yg xyah gosok ni, jimat letrik kekdahnyaaa.


INSTANT SHAWL ni tiada awning, tapi kepala dia tidak melekap di dahi, tembam ke, kurus ke, semua sedang molek jeee.yg jenis pakai spek pun elok je pakai.mmg cantik.



INSTANT SHAWL ni xperlu lipat, sisi dia mmg direka khas mcm tudung sarung, so sarung je, tak perlu lipat lipat.


Untuk kemaskan lg, boleh pin dibawah dagu, dan di atas kepala, dia akan jd lebih kemas, untuk yg kaki travel, INSTANT SHAWL ni mmg sesuai untuk anda! Xpayah fikir fikir nk bawak iron segala.untuk yg ada anak! Satu bonus jugak, anak nk tarik tarik tudung pun korg tak payah stress stress.hahaha.boleh betulkan semula elok elok.


INSTANT SHAWL ni mmg x jarang tau, musim musim panas ni, xpayah pakai 2 3 lapis tudung, tak payah inner neck, tak payah anak tudung, kain sejuk, dan labuh boleh adjust.bg org yg bertubuh kecil, boleh pendekkan, yg badan besar, mcm aku, nk labuhkan pun boleh.hehehe.seronok kan! Mmg senang.


Korg mmg perlu ada sehelai INSTANT SHAWL ni! Cuba dulu sehelai, sbb ramai yg dah memborong.hehe.sekali 3 helai dorg rembat.marilah PM, or WA pun boleh.saya kasik diskaun kalau ambil 3 helai.hehehe.


019.477.4240 wasap only ye dear. Untuk borong, boleh adjust lg harga.tq semua.


25 February 2015

Konsep PEMIKIRAN orang MELAYU

Aku ada terfikir, MELAYU, bangsa kita ni kan, jenis org yg macam mana ye?


Satu : kalau nampak org maju, TAK BOLEH! salah, kau kena duduk ditakuk yg sama, bersama sama dia, kau x boleh maju drpd dia, kalau kau maju, dia akan pulaukan kau.


Dua : bila dia berpengaruh sikit, kau ampu dia, puji melambung lambung, mcm dia dewa, satu hari nanti, kau akan jd bff dia.dan nanti, bila gaduh pulak, 1 mesia kau canang.



Tiga : Dr.Azizan Osman ada cakap, sifat melayu mcm ketam, dia akan tertarik tarik sesama dia, untuk melepas kan diri masing masing, tp padahal, sekor pon xleh keluar dr sangkar, sebabnya, tiada sifat tolong menolong.


Empat : aku x nak ada sifat mcm di atas atas ni, tak nak, tak nak langsung.aku nk maju, nak kwn kwn maju, sama sama tolong menolong, tapi, aku perhatikan je perangai masing masing, kalau ada je yg kena, aku remove, hahaha.sbb adalah haritu, sorg friend kt fb, beriye tanya item yg aku jual, last last bila aku jual, dia canang kot lain, hahaha.jahat kan mcm tu? Xbaik lah cenggitu, kena ingat, bila kita buat org, balasan Allah tu mcm mana.takut.sama sama kita doa supaya kita murah rezeki, selalu ucap Alhamdulillah.


Saya bukan ustajah, jgn kecam saya ye.heee.

24 February 2015

Susun atur alat tulis yang patut anda cuba

Grrrr grrrrr grrrrrrr, kenapa lahhh niceee sangatttt!!! Kalau lah dpt yg cenggini, bestnyaaa, agak agak kalau letak atas meja opis nt ni, hilang x, hehehehe.

Dish By Ili - Diari Mangkuk Tingkat

Sape ada follow Dish By Ili kt instagram??? Aku lama dah follow dia, tp dulu aku tertanya tanya, halal ke ni.tapi aku tgk ramai kawan kawan melayu yg order, tengok menu menu nya mmg nampak tempting gila kottt!!! Mmg nampak sedap.

Harini baru tgk episod 1st diary magkuk tingkat, tgk cara dia masak? Alahaiii senang je, tp kalau kita masak, nape x sesedap dia? Nt nk tgk ulangan kt utube lah.kalau ada, leh amik resipi.hehehe.

Nt apa kata kita try order dengan Ili, nak rasa gak mcm mana, harga mcm x mahal sgt, 2 - 3 pax rm100 je, ok lah kan!!! Myb leh mkn sampai 4 pax kot.ichhh mcm x sabar lak nak try, kalau nak tgk menu lain, boleh follow dish by ili mst korg terliur punya lah! Boleh jamin.


Nanti aku pun nk buat cm ni lah.hahaha.semua benda nk buat ah kau ni safura! Hahaha.

Nasi Ganja Masjid Negeri Perak ( ipoh )

Kalau balik Ipoh, mmg tak sah kalau x singgah mkn nasi ganja.hahaha.sape kenal nasi ganja ni mcm mana? Hah mcm dlm gambar tu lah.dia mcm nasi Kandar, nasi vanggey, tp aku lebih suka yg dekat Masjid Negeri ni, sbb mcm kena dgn selera aku.

Ayam dia, ada yg berkuah, ada yg goreng, ikut lah mana yg kita suka, aku suka yg berkuah lg, kalau dtg lewat lewat sket, mmg ada ayam jelah, kalau x ada lah kambing, ikan, mcm mcm lg.


Biar lah mcm mana byk makanan lain kat sini, nasi ganja tetap jd menu tetap.mesti kena jugak dtg makan, mmg spend 3kg utk balik ipoh, makan semua benda.hahahaha.


Kalau korg nak cuba, boleh je waze Masjid Negeri Perak, betul betul sebelah, restoran Nasi Kandar Rahmath kot x silap.aku pon dh lupa lupa.sbb selalu panggil nasi ganja je.hahaha.jgn lupa cuba tau! Bai.

Kenapa manusia tak suka kepada insan yang baik?

Aku selalu percaya pada takdir Allah, aku percaya dgn kesusahan yg aku lalui, ada penyenangnya di kemudian hari, aku percaya semua tu.aku percaya yg rezeki takkan dtg bergolek golek, Allah janji rezeki tu untuk kita, tapi kita kena berusaha.kena jaga hubungan, connection dgn Allah, connection dgn insan sesama islam. Begitu juga hubungan dgn family, paling penting restu suami, kita sebagai perempuan, suami adalah syurga, andai kata kita buat sesuatu atas redha dia, insyaAllah, bahagia dan berkat perniagaan kita.

Aku x tunjuk yg aku hebat, aku cuma luahkan apa yg aku rasa, aku impikan yg aku nanti akan ada nama, dikenali ramai, aku nk jd insan yg boleh membantu org lain.

Td borak borak dgn suami, " sayang, kenapa manusia yg baik ni org selalu x suka, kenapa org baik ni, selalu org pulaukan? " suami aku kata, " sedangkan Nabi Muhammad tu pun org x suka, cr kesalahan dia, apatah lg kita yg manusia biasa ni " Subhanallah, betul lah apa yg di katakan suami aku tu, kita ni lg lah, ntah siapa siapa di mata rakan rakan kita, akan tetapi, berjaga jaga lah kita hubungan sesama islam, andai ada salah aku pada kamu, aku mintak maaf, ada ada terkoyak, terrosak brg yg aku jualkan, minta diberitahu, aku hanya manusia biasa, ada cacat cela nya.

Saya bukan ustajah, hahaha. Itu lah yg satu benda aku nk ulang, aku cuma mahu jd yg terbaik untuk diri sendiri, dan juga insan disekeliling, semoga Allah merahmati kita, memurahkan rezeki yg halal buat kita.mana yg x betul.kita betulkan.yg x suka, tak apa, aku tutup sebelah mata, yg -ve.kita buang jauh jauh.ingat tu.hehehe.

Bai good night.
Terima kasih untuk rezeki harini Ya Allah.

23 February 2015

Cara mudah menyimpan getah getah rambut anak perempuan

Ada anak perempuan mmg lah sangat seronok.memula dulu, segala headband aku beli, segala getah, tapi getah, sepit, headband hanya tahan sekali pakai je.lepas dr tu, aku mmg malas dah nk beli mahal mahal, aku mula beli yg murah je, hahaha, jimat kekdahnya.tp yg murah pun kena pandai carik, cr lah yg cantik cantik.

Aku pernah beli sepit sepit princess sampai rm20 seketoi, tapi pas tu hilang, nangis mak jemmm! Lepas tu x serik, beli lg, lepas tu hilang lg, last last aku malas dah, bila balik Ipoh, mak aku suka g kedai rm2 tu, kt situ byk getah lawa lawa, murah murah, so aku borong semua, x habis rm10 ponggg.hahaha.

Lepas tu, nak tukar getah hari hari pon xpe, nk bg hilang pun x ralat sgt.hahaha.rm2 leh dpt berkodi kodi getah and sepit.lepas tu aku beli bekas makanan, rm2 gak, aku simpan semua dlm tu, pas tu letak je dlm kereta, bila nk guna, amik pakai kan terus! Mudah kerja mak jemmm! Xyah sibuk sibuk nak fikir.

Princess pun sejak dh besar besar, dah x berapa nak ber headband headband, dia paling kuat pun ikat je rambut, sepit sepit pun x nak, haih x faham aku.rambut tu dah mcm singa berjuang.lepas ni, bila balik ipoh, borong lg segala mak bapak getah bawak balik KL.hehehe

Semoga tips ni berguna utk korg yg ada anak mcm princess.hahahaha.

Marilah share share benda yg jimat jimat je.haha.bai.

22 February 2015

Langsir raya Opah

Mak aku dh sibuk cr langsir raya.dia jahit sendiri.nak tempah mahal.mak aku dr dulu mmg menjahit langsir.baju je x reti.tapi kalau langsir tu insyaAllah lah nampak rope langsirnya.hehe.

Adik aku pun dia kata nk tunang bulan 10 ni.tu yg Opah over excited tu.skrg pun dah bulan 2, nak masuk bulan 3, boleh lah nk menempah nempah apa yg patut dah kan.hehe.

Sementara aku ada ni.boleh lah bawak mak aku.dr semalam berzikir ajak g kedai langsir.hehe.nanti aku jd mak mak pun mcm ni lah gamaknyakann.hehe.

Im happy if u happy mak.

Ibuu, princess nak pakai tudung mcm ibuu

Budak kecik ni biasa lah, apa aku pakai dia nak pakai, apa aku buat, dia nak buat, dari kelmarin lg, dia tetiba nak pakai tudung. Dia tengok je aku pakai tudung, pas tu dia amik tudung aku lg selai, dia bg kat aku, then dia kata, " buu incess nak pakai tudung mcm ibuu " hahahaha.aku gelakkan aje, then papa dia kata, " meh papa pakaikan " gigih tu pakai tudung, lepas dah pakai tudung, dia leh pulak cakap kt opah dia " eh opah pun pakai tudung mcm incess ? " hahahaha x bleh blah budak ni.kita lak yg pakai tudung mcm dia.hahaha.bijak sangat anak ibuu.semoga terus bijak sampai besar ye, selalu membahagiakan ibuu dan papa dan semua org ye sayang.love u.

21 February 2015

Adab bergambar di tempat awam

Ni bukan sesi mengata sesiapa, tp sesi meluahkan perasaan.korg selalu x pergi berjalan dan snap snap gambar? Mcm aku, aku mmg suka sgt snap picture, mana mana aku pergi, kalau tempat cantik, mmg aku akan snap.tapi, ada satu bangsa atau kaum ni, mmg takkan makan saman, pergi lah kat mana mana pun, dorg ni mmg ntah lah kan, susah nak cakap, mcm x reti bahasa.

Kita ni, kalau lah org lain nk snap picture, kita bg laluan, org tu nk snap 4 5 kali pun kita tunggu, sbb hormat kan dorg, tapi kalau kita tgh nak snap ni, dia lalu lalang depan kita, 2 3 kali.hahaha.nk tergelak pun hade, tapi td sampai aku jerit kt situ.hahahaha.sbb bengang sgt.tp mcm biasa.dorg bukan faham bahasa melayu kan.so lepas snap snap blah lah, malas tunggu, aku suka bila pic yg aku snap tu nampak purrfecttt, tp kalau dh ada org lalu lalang belakang tu, aku redhaaaa jelahhh.hahahaha.

Nt nk cite pasal princess snap picture lak.hehehe.ok bai!

20 February 2015

STICKY ENTRY scroll down for new entry : Instant Shawl Mutiara 3D - WAJIB ada!

Mudahnya bila ada Instant Shawl ni,
Kain dia memang TAK JARANG,
tak perlu pakai inner neck,

Kain berat, jatuh kebawah, cantik terletak,

kain mutiara 3D, bertukar warna bila di bawah 
cahaya matahari,

TIDAK mengikut bentuk muka,
walaupun muka bulat, tapi still Comels!

mana nak dapat Instant Shawl with high Quality Chiffon
dengan harga hanya RM35.

Instant Shawl ini dah siap siap berbentuk seperti
shawl butterfly, so just letak lengkuk tu di depan dan
dibelakang.

Labuhnya boleh adjust.





berminat?
boleh WHATSAPPS
019-4774240
whatsapps only 

or PM at MOMS MADNESS GARAGE
or fan page SAFURA ONLINE DIARY

terdapat 20 warna untuk dipilih.












Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com