14 February 2015

Aku penghidap ECZEMA sejak 17tahun

Pejam celik dah 10tahun lebih aku menghidap Eczema.apa itu eczema? Sejenis alahan pada kulit.mungkin disebabkan pemakanan, stress, genetic, pertukaran hormon atau lain lain lg.boleh google kalau nk tau.

( penat aku taip td, boleh pulak hilang.hish )

Aku mula balik.sobs.
Aku start trigger eczema aku masa aku umur 16tahun, hujung hujung tahun tu, eczema mula naik pada tangan, bermula dr bintik kecil je, dalam tu ada air, bila di pecahkan, dia akan merebak menjadi bulatan.merah, berair dan gatal.aku x faham dia berpunca dari mana.aku bukanlah seorang pemakan yg pelik pelik, aku xde history ahli keluar eczema, aku juga bukan seorang pengotor.Doc cakap, eczema ni dtg dari pelbagai cara.ramai yg cakap.maybe darah kotor.oh itu sangat nonsense.sbb darah kotor xde kena mengena.ni adalah allergic.pada makana, maybe habuk, maybe sabun maybe apa apa.kena cari punca perlahan lahan.

Tapi, apabila tiada ilmu, dan dulu mana ada group group eczema.kami ikut je apa doktor cakap.semua klinik papa aku bawak.dan akhirnya sampai ke klinik pakar kulit.aku dah lupa apa yg pakar bg pada aku dulu, tapi skali pergi pakar, rm200 atau lebih,mesti melayang.kesian papa aku, tapi masa tu eczema aku pulih.tapi, lepas 2 tahun, dia dtg balik.sedih sgt.masa tu aku dh x pergi pakar.aku hanya beli ubat krim di klinik biasa.bila aku pakai.eczema aku kecut.kering.parut pun hilang.aku seronok lah.tapi aku x sangka.krim tu adalah STEROID.yg membunuh aku skrg.yg dah imun dgn badan aku skrg.

Lepas aku tahu aku preggy 2 tahun lepas.aku kurangkan pakai steroid.sbb aku risau krim tu menyerap dlm tubuh anak aku.aku ada terbaca.kalau preggy.elakkan pakai benda bukan2 pada badan.nanti kulit menyerap bahan kimia tu dan anak menyerap pulak bahan kimia tu.kalau aku salah.tolong betulkan.aku masih pakai steroid masa aku preggy.tapi sangat kurang.tp aku rasa, sbb tu lah princess kuning tinggi dulu.sampai sebulan baru pulih.

Lepas bersalin.aku masih berkawan baik dgn steroid.sampai skrg, sampai lah aku diet januari 2015 haritu.aku atkins dan induction selama 2 minggu.masa tu eczema kurang, lepas aku stop induction, eczema keluar bagai nak gila.aku frust sgt sgt.steroid yg bff aku td langsung x membantu.xboleh jalan dan.sampai kan aku nekad utk pergi cucuk.aku sangat x tahan.

Tapi doktor Halimah dr klinik Fauziah x bg.dia kata, apa apa pun.please dont goes for cucuk! Ia akan baik dlm masa sekejap.leps 2 tahun, eczema akan jd lebih worst worst worst dr skrg.aku terdiam.dia hanya bg aku ubat sapu nexoderm non steroid.dan ubat makan tahan gatal.dia kata kalau aku nak baik.please pantang.no ayam ikan.no fast food.no no no.banyak lg NO.

Dan aku mula bukak balik group eczema yg syim invite aku dulu.aku kembali ke pangkal jalan.aku bercerai dgn steroid.talak 3 insyaAllah.aku xtahan.sampai bila.takkan sampai tua mcm ni.eczema adalah sejenis penyakit yg takkan pulih.kita hanya boleh kawal.frust kan? Tapi apa boleh buat.suami aku kata.mungkin ini cara untuk Allah hapuskan dosa dosa kecil aku.Amin.

Ada jugak kwn kwn dr group eczema yg nk membantu.terima kasih.tp aku kena kuat.kena kuat hadapi semua ni.kena pantang betul betul.jgn langgar.itu pun kalau nk pulih lah.everuthing terletak di tangan aku.ada jugak product product lain yg aku ambil.nanti kemudian aku akan ceritakan.ini baru permulaan.aku x pernah cerita pasal eczema sblm ni.nanti akan ada cerita lain lg.

Aku harap aku kuat! Bye steroid!


2 comments:

Diana Rashid said...

tapi akak tengok kulit Rara cantik je..macam tak de masalah..Bersih je akak tengok..

Kezia said...

Artical yang menarik . Selain dari tu tidak lupa juga supplement omega. Kenapa? Sebab ramai yang belum tahu yang Omega Guard Shaklee mempunyai asid lemak ikan yang tulen dan mempunyai element anti-radang.
.
Sangat disyorkan buat mereka yg ada masalah ECZEMA,
Omega Guard ini sangat membantu dengan memberi kelegaan pada kawasan yang gatal dan sekaligus memberi permukaan kulit yang lebih licin dan lembab.
.
Sis memang kuat! Nanti ada kelapangan boleh lalu blog kita yee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...