13 February 2015

Rezeki yang tidak terhingga di pagi Jumaat

Lepas kesusahan yg kami lalui sebulan lepas,
sikit sikit bulan ni dah nampak hasilnya.
Alhamdulillah, syukur nikmat pada Allah.
selagi kita berpegang pada janji Allah,
insyaAllah, hidup kita akan mengecap bahagia.
dia takkan datang sekali gus dan tanpa usaha,
dia datang sikit sikit, dengan penat lelah yg kita lalui.

pagi pagi td, dah ada org beli Instant Shawl aku.
semua berpuas hati dengan kain sebab dia tak jarang dan
senang bentuk.salah satu cara nk menambat hati customer ni,
kena lah jual barang yg dorg suka,ye dak?
kalau dorg x suka, x selesa, mcm mana nk jual.
tapi konsep aku, aku akan jual barang yg aku suka,
aku selesa, insyaAllah org lain pun akan suka.
dan memudahkan cust, Instant Shawl aku x jarang,
dan boleh adjust kelabuhan dia,
bos-bos aku beli pg tadi.Alhamdulillah.
hehehe.kawan kawan pun puji, sbb best.

dalam pada tengah happy happy pasal Instant Shawl dh laris,
ada pulak berita lain, suami aku call.
dia suruh aku check pinjaman perumahan kami,
Ya Allah, lg skali terkejut.
Permohonan telah diluluskan.
cepat sgt, tak sampai pun 7 hari berkerja.
Alhamdulillah Ya Allah! xtau nk cakap apa,
aku dah ada semua rumah di atas nama aku.
Zarith Safura Binti Zahari.

mcm x percaya, tapi kena percaya, lepas ni kena usaha lebih lg.
kena banyak banyak cari duit.hehehe.
kena berniaga dgn lebih gigih.kurangkan beli benda yg x berfaedah.
hehehe.

yang penting, aku nk bersihkan hati, nk buang segala dendam,
nak bersihkan diri, bersihkan kolam hati,
xnk berdengki dengki, sentiasa mendoakan orang lain,
sama sama bantu membantu, InsyaAllah, ada ganjaran buat kita.
terima kasih Allah, terima kasih suami, terima kasih anak,
terima kasih keluarga, terima kasih kawan kawan,
terima kasih semua! saya bahagia!


8 comments:

Wawa Yusoff said...

aku suka yg diluluskan tu! tahniah ra...!!!!

DYatie ABakar said...

Ra!!! Tahniah!!!! Aku faham perasaan ni! Ya Allah semoga aku juga akan dapat melaluinya sekali lagi Ra. Tahniah Ra & Suami. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Nya.

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Alhamdulillahhhh... tahniah kak!! Keep on moving.. ena doakan akk dimurahan rezeki lagi selepas ni

Diana Rashid said...

Tahniah Rara...berkat usaha dan sabar..jangan lupa terus bersyukur walau dalam apa keadaan sekalipun..susah ke senang ke ,bersyukur la sebab Allah nak uji kita saja...Semoga Rara terus berjaya..jangan Putus asa...

Azizah Green Line said...

Alhamdulillah tahniah kak rara.. lagi gembira nk tunggu rumah siap. Alhamdulillah jijah pun semua da settle hal rumah tinggal nk dpt kunci je ni

Chekgu Azrine said...

Tahniah rara...bestnya!!

Mila Ahmad said...

bestnyeeeee beli rumah...mila pun tengah berusaha mudah-mudahan ada rezeki.

Lynda Che Lah said...

tahniah Rara..
br sempat nk BW..
yang penting hati tenang..semuanya mudah..Insya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...