11 February 2015

Tips Untuk Ibu berkerja yang selalu Kelam Kabut di pagi hari

aku bukak dashboard dari pukul 9am, tapi sampai skrg x siap siap lg
entry ni.hahahaha.harini nk bagi tips sikit.hmm bukan sikit.banyak sikit.
almaklumlah, sejak dah jadik mak mak ni, kawan pon dengan mak mak,
cuma sekarang je dh meluas sikit otak ni lepas join #KBBA
apa tu #KBBA? nt lah story lain bab tu.hehehe.meh fokus tentang
Tips Untuk Ibu berkerja yang selalu Kelam Kabut di pagi hari
( tajuk sangat tak SEO )

sejak jadik mak mak ni, aku rasa hidup aku macam tonggang langgang.haha.
tak perlu lah rasanya nya nak diceritakan mcm mana tonngang nya,
aku rasa mak mak akan tau mcm mana.hahaha.walaupun anak baru sorg,
aku rasa anak mcm 10 orang. mana nak melayan dia, mana nk berniaga kecil kecil,
mana nk layan customer, mana nak masak, gosok baju, sidai baju,
bancuh susu.haih! haru biru!

dan bila duduk dan di fikir fikir balik.aku mcm kena buat sesuatu,
untuk manage semua masa aku semula, supaya boleh menjadi insan dan
ibu yg cemerlang dan terbilang! baca dgn nada yg sangat PATRIOTIK ye!
hehehe.

aku rasa kita mulakan dengan hari sabtu,
( aku cerita time manager ikut hari lah eh )

Jumaat malam aku rasa adalah hari untuk aku bersenang lenang,
tidur lambat, malam layan Drama Korea, baca buku,
anak pun aku serahkan dia punya Tab semula, kasik chance
tgk Barney, Upin Ipin, Hi-5 dll. ( isnin sampai khamis aku sorok Tab )
Jumaat malam mmg selalunya aku akan tidur lewat lah,
kdg kdg sampai 3-4am.hahaha.

Sabtu - aku selalu lepas subuh, akan tido balik.kofkofkof.
bila lg nk tidur lama kan, mst lah hari cuti, tapi sampai kul 10am je,
sbb nanti anak dara tu akan korek bijik mata aku,
hahaha.dia ajak g KLCC lah.g mandi lah.g playground lah.
hehe.aktiviti siang berjalan mcm biasa.

masuk sabtu malam, aku mula start mendobi,
basuh segala baju, actually baju aku akan baju sikit sikit,
kalau hari Rabu nampak baju dh penuh bakul,
basuh dulu sikit sikit, then Sabtu malam, basuh yg balance,
siap siap sidai malam tu jugak, habis sume sidai baju,
GOSOK baju untuk pakai pergi kerja, gosok untuk seminggu terus,
tudung xpe,kita fikirkan kemudian.hehehe.tudung org x kisah dh skrg,
color blocking katanyaaa~

so nanti, hari isnin sampai jumaat, aku dh siap baju untuk digosok,
tak payah baru nk fikir nak pakai baju apa, nk gosok, nk berpeluh peluh.
lagi pun Tips JIMAT elektrik adalah : gosok baju sekali gus adalah lebih
menjimatkan letrik daripada gosok hari hari.korang akan merasakan perbezaan
pada bil api nanti.cuba lah try.

hari ahad, boleh relax relax sbb dah siap basuh baju, kemas rumah,
gosok baju, dan malam, boleh keluar untuk restock barang basah,
barang keperluan.DAN JANGAN LUPA, GOSOK terus tudung
untuk di pakai hari Isnin esoknya.

Isnin - Lepas subuh, boleh terus sarung baju, makeup, kalau suami,
sediakan segala kasut, stokin, tie or apa apa keperluan siap siap juga
pada hari ahad malam tu.so Isnin pagi xde lah terpekik pekik si suami
minta stokin.hehehe.

mcm aku, hari hari hantar anak pergi Taska,
Baju bajan anak yg nak bawak pun, isi siap siap Ahad malam.
jangan pagi tu baru nak kemas, nt serius semua x jumpa.
dan risau ada yg tertinggal. ( lupa nk mention kat atas td )
hampunnn~

lepas aku siap makeup, salin pampers anak, kemas katil,
then drive pergi kerja.

BALIK je kerja Isnin tu, sampai rumah, terus masak untuk anak,
( makan malam ) naik bilik, isi semua baju baru untuk anak ke Taska
siap siap untuk hari selasa, gosok tudung terus untuk hari selasa,
then baru mandi.Magrib, dan terus dinner,  ( aku Asar siap siap di office )
lepas Isyak dh boleh bombom,
tapi jarang sangat lah dpt Lena lepas Isyak, anak mesti nak ajak main,
bapak pun ajak main. #ehh, hehehe, bertabahlahhh~

selasa sampai Jumaat, ulang benda yang sama!
dan Serius, korg takkan kelam kabut sangat pagi pagi.
sbb sume dh di siap sedia kan malam malam.hehe.

jangan lah pagi Isnin tu baru nk gosok baju,
baru nk restock susu anak utk ke Taska, or apa apa.
kena settle malam malam.baru senang kije.hehehe.

aku dh terbiasa mcm ni sejak dr sekolah lagik,
kalau sekolah, aku akan gosok baju siap siap untuk seminggu,
malam tu, masukkan buku ikut jadual dlm beg,
stokin kasut segala depan pintu.aku anak sulung,
xde sape nk tolong ingatkan.hahaha.
mak papa sibuk dah.so pandai pandai berdikari.

nanti bila Princess dh besar, aku akan train jugak dia mcm tu,
biar hidup lebih teratur.mmg kdg kdg rasa mcm hmmm malassss.
tapi mulut je malas, badan tetap kena gerakkan jugak.KENA jugak buat
benda yg kita Malas tu! hehehe.

dan aku ada lagi 1 TIPS paling penting korg PERLU ada tudung yg
memudahkan korg! zaman skrg semua INSTANT kan!
so skrg dh ada instant SHAWL! so korg PERLU ada instant Shawl ni!
kalau korg xde, adalah 1 kepelikkan lah dlm hidup.hahaha

tak payah beli NEELOFAR, tak yah beli yg lain lain yg mahal.
aku ada jual.hahaha.yg MURAH, MAMPU MILIK,
KAIN TEBAL ( x jarang, sejuk ) dan berkualiti.
Harga RM35 SAHAJA!







ada 19 Warna Menarik.marilah dapatkan sekarang!
jahitan adalah sangat kemas.no worries.ehehe.

boleh Whatsapp di 019-4774240

cepat tau! hidup dengan lebih teratur dan mudah!








7 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

jadi mak ni malas pun kena buat.. rajin apatah lagi kan. kekekeke... selamat menjebakkan diri bersama KBBA rara. hope berjaya dalam berblog

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak pun buat jadual utk seminggu Safura.. nanti tak de terkejar2 pagi2 buta tu kan.. :)

CAHAYA MATA said...

tu diaaaaaa....
panjanggg punya tips.. hehehehee..

gud job fura....!
teruskan ok.. and btw, instant shawl tu nampak lawa-lawa... nice.. ;)

Lynda Che Lah said...

jadual dan cara lebih kurang sama..
tp akak klu ada order lasagna esoknya lagi sadis!
bgn pagi kol 5 pun mcm tak cukup masa..
tudung instant tu klu org tak perasan blh dalam seminggu pakai 2 kali..ahaha..terutama colour selamat..
tp suka tak suka..semua kena plan dan buat..Ikhlas demi kebahagiaan rumahtangga.
Kat opis terlentuk leleh air liur atas meja :p
Jadilah kan dr takde apa..hehe

Syira Lokman said...

cantiknyaaaa warna2 tuuu..

Love Razila said...

Rara, awak pon sama macam kite, barang siapkan malam sebelumnya..iron baju pon kalau x ahad sabtu bergantung pada program family. Hehehe kadang2 malas gak nak iron, so send dobi utk iron je =)

Baju anak3 memang malam dah get ready hanging kat pintu so siap mandi dah nampak baju nak pakai =)

eima said...

waaahhhh rara ... pandai tarik minat org dengan cerita tu ... betui skrg ni semua org nk yg instant ..mudah ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...