Image and video hosting by TinyPic

20 March 2015

Hidup Kau untuk apa?

Hidup aku untuk maju kehadapan.masa kecik kecik aku pernah ada cita cita untuk jadi cikgu, jadi polis.tapi cikgu xlepas sbb aku ni panas baran.polis lagi lah tak lepas sbb kaki pengkor, tangan bengkok.hahahaha.

Sampai lah lepas aku habiskan Dip, aku kerja Intel Kulim.kerja yg aku rasa sgt hebat.happy sampai aku boleh simpan 2K sebulan, hebat kan.bukan nk riak.tp hakikat.keja intel mmg best gila.mewah.balik Ipoh tiap tiap minggu.belanja family apa saja.hehehe.Tapi aku kerja Intel x lama.sempat setahun je.then dapat Gov. Jawatan technician.mmg sakit lah.gaji yg dapat tak sama dengan kerja Intel. Mana ada OT. Kerja walaupun 8-5 tapi passion tu aku x dapat.aku tak dapat kepuasan dalam berkerja.duduk mengadap PC.duduk buat kerja gitu gitu je.kerja aku mmg depan PC. Pantau Live Streaming, pantau laman web, edit VOD. Semua lah depan PC.tak de pergerakan yg berpeluh. Aku rasa mcm it is sooo not me! Aku tak tau nak cakap mcm mana.serius!

Sampai lah lepas beranakkan Princess, aku mula jebakkan diri dalam perniagaan kecil kecilan. aku ingat lg mula mula aku buat Dropship, makan untung rm5 je 1 barang.tp dah cukup happy.sbb ramai org membeli dengan aku, sampai lah satu hari Office mate aku Fira, tunjukkan aku satu kedai, di maga tempat or lubuk untuk aku mulakan perniagaan sendiri, terima kasih Fira. Then lepas dari tu, aku start niaga sendiri, aku dah x buat dropship, aku keluar modal aku, aku take risk gila gila. Aku ambil pre order dalam masa yg sama. Aku jual murah. Tapi aku masih jaga market, aku tak nk jual murah gila gila sebab kesian jugak kat kawan kawan lain yg meniaga kan. Untung aku dalam rm5 - rm10, bergantung lah. Minyak kesana kemari, tenaga, tu pun ada org mtk kurang.ok lah.kira aku bersedekah lah dalam masa yang sama.

Dengan hanya di FB safura fadhlan, aku bukak page Moms Madness Garage, sampai ke IG @safuraonlineshop sampai ke blog, dan mcm mcm medium lain.mcm mcm benda aku jual, ko ckp je nak hape.mak bapak anak je aku x jual.hahahahaha.

Aku bahagia dengan apa yg aku ada.ada cust yg loyal.regular cust.ramai sgt return cust.aku bahagia.sampai harini aku start jual instant shawl.aku mtk pendapat Ros Anis, sbb dia pun jual Instant Shawl.terima kasih Ros Anis.dan sambutan Instant Shawl aku pun sangat hebat.aku dah x terkira berapa ratus helai dah aku jual.serius mmg best! Sorg beli, then datang lagi borong semua warna.Ya Allah.i feel so bleesed.tak tau nak cakap mcm mana.

Aku penat, serius aku penat sangat sangat, hari hari tido 3am, 2am, 1am, jgn harap nak tidur 10pm, jangan harap lahh! Melayan cust.sape peniaga akan faham lah mcm mana nk layan cust.tp aku sabar.aku anggap setiap cust is rezeki aku.aku layan sehabis baik.dan sampai mereka dapat barang.sampai boleh akad " saya jual ye " aku lega.terputus sudah segala.legaaaa aku halalkan rezeki aku.

Sampai lah aku mulakan pulak perniagaan Pavlova aku.pasal pavlova malas lah nk cerita.mmg hobi aku ialah baking.lepas menambah 1 lagi product aku.aku jd lagi tak cukup kaki tangan.hahaha.dan tambah pulak lagi komitmen sebagai ahli kelab Ben Asshari.fuhhh~ lap peluhhhhh. TAPI! aku happy.serius aku happy dan bahagiaaaa.
Mmg ini lah yang aku cari selama ni.walaupun kdg kdg penat sampai nak nangis, berlari sana sini bawak barang dagangan sampai keluar peluh jantan.tudung senget seget mcm org gila.tapi aku bahagia. Walaupun aku tahu ada org mengata aku, memerli aku belakang belakang.takpe.aku maafkan korang.terpulang lah nak mengata apa pun pasal aku, pahala dapat kat aku, dan kalau nak hidup dengan pandangan manusia lain.apa yg kita akan dapat.

Ingat! MANUSIA LAIN TAKKAN BANTU KITA BILA KITA SUSAH.kita sendiri yang KENA bantu diri sendiri.ko jatuh? Bangunlah sendiri.ko sakit? Cari lah ubat sendiri.ko x cukup duit beli susu anak ko, ada orang nk hulur rm30, nahhh amik ni, belilah susu anak ko.ada ke? Xde kan??? So? Make a move.manusia yg bercakap, hanya duduk di takuk tu, takkan kemana mana.kita orang melayu hanya tahu mengata orang.tak boleh tgk orang maju.dengki.pergi lah tanya mana mana org.esok bukak kedai, ramai gila manusia makan.sok sok.dah tutup, tak pun kedai dia xde orang datang makan dah.sebab apa? Dah kena mandremmm.choiiiii gila.ko tgh bisness cina.jual barang yg sama sebelah sebelah.rilex jeee.

Contoh melayu maju skrg aku tgk ialah kedai kedai kat shah alam.Radiusite, Calaqisya, lagi apa.mcm mcm lagi.jual benda yang sama.tapi boleh bersatu hati.mcm tu lah kita nak.

Come on! Mari lah buat sesuatu perubahan dalam diri.buat sesuatu yang korg suka.cari cari.jangan takut untuk mencuba.insyaAllah Allah permudahkan.aku dah jumpa apa yang aku suka.aku dah jumpa apa yang aku nak.korg? Pergi cari cepat.sementara masih mampu.buat apa yg termampu.aku berdoa agar kawan kawan aku support aku.bukan support dengan hanya nak beli dgn aku.tak payah beli.cuma doakan.cuma beri semangat.aku selalu doakan sahabat sahabat aku.murah rezeki.sihat selalu.orang kata nak doakan org lain.jgn sebut.doa atas sejadah.mintak dengan Allah.

Lepas aku pergi seminar D.Azizan Osman.aku mmg rasa perubahan.aku dpt twist mentaliti aku.aku tak suka berfikiran negative.jadi manusia yang rajin.buat apa yg aku suka.apa yang aku ingin kan.kurangkan mengata orang.kurangkan prasangka buruk.berlapang dada.bahagianyaaaaaa.

Aku bukan ustajah.aku serius bukan.aku nak share benda baik.terpulanglah apa yang korang akan rasa.tapiiiii, berlapang dada mmg akan merubah segala.mintak pada Allah.mengadu pada Allah.semua persoalan akan terjawap.andai sy ada menyakiti hati kawan kawan.sy minta maaf.selamat malam.semoga kita semua berjaya.Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Fuuuh. Hebat rara. Semangat cam ni lah yg jarang ada pd bangsa kita. Teruskan perjuangan dlm perniagaan. Moga terus sukses

    ReplyDelete
  2. Yup. Setuju. Berlapang dada dan berfikiran positif akan membuatkan diri kita tenang dan maju ke hadapan

    ReplyDelete
  3. Hiudp kena ada wawasan, misidan visi.. yang penting, kerja berjemaah.. betul tak?

    ReplyDelete
  4. Ra. Sebak aku baca. Bila sebut pasal keje gomen. Memang jauh sgt kepuasaannya berbanding kje swasta. Huhu. Tapi aku redha. Rmai lg org nak position aku ni. HukHukHuk.

    Bisnes aku mmg suam2 kuku. Tak berapa pandai sangat pun lagi. Haham tapi hidup tanpa usaha kan sia-sia.

    Selamat berjaya Ra. Semoga kita berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  5. Tahniah.. in sha Allah, kuat usaha pasti berjaya :)

    ReplyDelete
  6. Sukaaa sgt entry ni...nak like bnyk2 kali!!! Akak rasa dapat satu suntikan semangat baru...dan all the best to u dear...semoga bisnes terus sukses & kehidupan rara sekeluarga dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  7. Kagum ngan semagat rara.. semoga terus positif dan murah rezeki.

    ReplyDelete
  8. Sis...selamat maju jaya ye..
    Semoga trs gigih berusaha..
    Apa org ckp put aside...
    Luv u sis

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum rara, bagusnya. semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berniaga dan jaga keluarga. hehehhee teringin nak beli selai instant shawl awak tu. huwaaaa T_____T"

    ReplyDelete
  10. tetiba baca entry ko ni menaikkan semangat aku!tak kira ape ko buat ra, aku tetap sokong dari belakang..caiyok ra..terus maju ke hadapan!!!!

    ReplyDelete
  11. Tangkis komen2 negatif dari org luar yg senantiasa ada unsur dengki...support u rara!!!!!

    Kalau julia mati esok2...ko ingat pesan aku...kalau org buat rara, jgn balas, diamkan aje...insyaAllah Allah ganti rezeki mu rara...hati kena kuat...nangis xper lah...janji kita x buat balik...ingat ra pesan ku

    ReplyDelete
  12. heyy, namoo sedih2 ok...
    pedulikan je mereka2 yg hati busuk tu.. Lagi kita berjaya kaya-raya, lagi busuk lah hati diaorang tu... abaikan je.. or doakan hati mereka menemui jalan taubat.... hehehehee...

    akak pun nampak fura dah banyak berubah sekarang.. makin aktif, makin positif, makin bersemangat... akak happy dan bangga sebab kenal fura selama ni.. keep it up ok.. akak support dari jauh.. huhuhuhuhuu..

    tapiiiiii.. kesihatan kena jaga tau...! ;)

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com