05 March 2015

ISTIGHFAR menyesali dosa


sangat DEEP maksud istigfar ini.
sejak aku menjadi lebih dewasa,
sejak aku menjadi ibuu, sejak aku telah
melihat pelbagai bagai kisah di dunia ini,
aku lebih menyesali dosa yg lalu,
dosa kecil, dosa besar, dosa semuanyaaa.
setiap kali habis solat, bila aku rasa down,
aku mintak pada Allah, aku berdoa agar DIA
ampun kan segala dosa dosa aku yg lalu,
sampai kdg kdg aku rasa menangis,
tapi lepas tu, jiwa aku tenang.
aku rasa ikhlas, berlapang dada.

harini aku puasa, aku cuba utk istiqomah,
nk buat perkara perkara sunat,
solat Dhuha, puasa Isnin dan Khamis,
dan lain lain lagi.

hidup aku tiada yang lain,
untuk mencari keredhaan Allah je,
insyaAllah hidup akan lebih diberkati.
#sayabukanustajah cuma mahu kehidupan yang lebih baik,
skrg ni mati dalam keadaan yg pelik pelik,
aku nak mati dalam keadaan yang baik, yang diredhai,
yg sempurna.Amin.

Ya Allah, panjangkan lah Umur ku, umur suamiku,
anak ku, ibu bapa ku, ibu mertuaku, seluruh ahli keluarga ku,
serta sahabat handai ku.dan semua hambamu.

berbuat baiklah seperti kita ingin mati esok.
sedih, takut. kan.

kalau aku ada berbuat salah, maafkan aku ye.
kalau aku ada berhutang, minta lah pada aku.
eh, aku tak nak mati lagi, aku cuma berpesan pesan.
settle kan mana mana yang patut.betul x?
hehehehe.

dah mcm serius pulak entry pagi ni.
bukan serius, cuma kdg kdg perlu ada wakeup call,
jangan hidup dalam keadaan yang terlalu selesa.

ok lah.bai.malas bebel dah.hehehe.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...