31 March 2015

Kebangkitan Semula Nasi Lemak Antarabangsa Kg.Baru KL

nasi-lemak-antarabangsa
kredit Google

Setiap perniagaan ada turun naiknya, begitu juga dengan Kedai makan,
Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru ni, aku pernah terbaca 1 entry,
yang dikarang oleh si polan, mengatakan

" masih Antarabangsalah nasi lemak antarabangsa " hmmmm~

suami aku peminat NLA dari zaman dia bujang, dari zaman 2008 lg,
dan ada sampai satu tahap, kelainan Nasi Lemak Antarabangsa dipertikaikan,
sambal Nasi Lemak Antarabangsa dipertikaikan, dan tak perlu lah
kita mengimbas zaman zaman tu, mari bercerita tentang
Nasi Lemak Antarabangsa yang sekarang, yang akan NAIK semula,
yang akan GAH seperti dulu.


Kami Family KBBA di jemput untuk " rasa " semula Nasi Lemak Antarabangsa
yang terkini, so Ahad lepas, havoc lah Nasi Lemak Antarabangsa abg Halim kita tu,
hehe.kecoh dengan Kbba! hehehe.

serius cakap, pertama kali dan terakhir kali aku makan Nasi Lemak Antarabangsa
masa pregnant kan Princess, penghujung tahun 2012,
masa tu aku nak pergi ke expo di PWTC, tapi pekena Nasi Lemak Antarabangsa dulu,
dan lepas tu aku tak makan dah.ntah lah kenapa.

TAPI! lepas food review Nasi Lemak Antarabangsa ahad lepas,
aku rasa aku mungkin akan lebih kerap kesana! hehehe
SEBAB? meh tengok gambar ni.






kalau korang tak rasa terliur dengan Nasi Lemak Antarabangsa ni,
aku tak tau lah, yang penting skrg ni, perut aku tengah krok krek krok krek ni.
hahahahaha.hadoiii! rasa nak pergi makan Nasi Lemak Antarabangsa sekarang jugak!
laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~

1st, SAMBAL Nasi Lemak Antarabangsa adalah sangat terbaikk!
suami aku masa suapan pertama tu, habis dia puji,
mmg sedap! aku pun sebagai peminat tegar Nasi Lemak,
aku rasa Nasi Lemak Antarabangsa punya sambal,
mmg nk kasik double thumbs up! serius!

pilihan menu sampingan seperti Paru Goreng, Telur puyuh,
Sambal sotong, daging, dan lain lain jugak disediakan,
ikut tekak masing masing.pada aku, sambal sotong jugak
sangat UMPPPHHH! kira boleh ngam lah denga Nasi Lemak tu.

Nasi Lemak Antarabangsa disediakan dengan cara kukusan,
nasi tu dikukus, rasa nasi kukus ni lembut dia lain macam tau,
rasa santan, masin lemak semua cukup.korg kena CUBA!
sambal juga manis manis pedas, i loike! hehehehe

walaupun gegar, suka tgk gambar ni!



gabungkan pula Nasi Lemak Antarabangsa + sambal sotong dengan
Air Kelapa VVIP! or aku gabungkan dengan Air Kelapa Lemon
from Kelapa Frutti! mmg sangat sangat best! lemak korg melompat lompat.
ahahahaha.kegembiraan mereka malam tu.hahaha.

kuih KOCI! malas nak cakap lah! pergi lah rasa sendiri,
jika kak Aliah kata dia boleh masuk 10 ketol,
korg pulak mcm mana? hahaha.pergi lah cuba.

Harga Nasi Lemak Antarabangsa 2015

PALING BEST, HARGA NASI LEMAK ANTARABANGSA
tak naik 1 April ni tau! harga kekal seperti di dalam list,
boleh lah korang happy happy makan nasi lemak.
hehehe.Nasi Lemak Antarabangsa dengan ayam goreng,
masih lagi RM5, reasonable lagi untuk makan.
perut kenyang suka hati.hehehe.
Family Kelab Blogger Ben Ashaari


sesiapa yang nak pergi, ini alamat untuk korang,
sila terjah ok!


Alamat Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru :

Nasi Lemak Antarabangsa, 
4 Jalan Raja Muda Musa, 
Kampung Baru, KL. 

Tel: 019 881 8080



6 comments:

Mama Kembar 3 said...

Confirm akan pegi lagi lepas ni..memang sedappp sgt

muhammad zarin said...

Fuhhh... terliur time ujan-ujan nie

mama tisya said...

air kelapa VVIP tu yummmmmmmmm

Chekgu Azrine said...

Mcm skang jgk nk pegi terjah.dulu akl sllu mkn kat sini.pastu dgr xbest dah.xsdp mcm dulu.huhu

eima said...

brgan mkanan asasi tak dikenakan GST ...klu ade kedai makan naik kan harga sbb tu mmg tak logik la .. keh keh keh

tak penah cuba sdeklai pun lagi ... mayb nenanti boleh la kot pi try

HE.RE. K.NOT said...

JOm makan lagi Rara?! (^^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...