31 March 2015

Kesan hidup kita jika bersama sama manusia berdengki

Aku nak tanya, apa kesan dalam hidup korang jika bersama sama dengan orang yang selalu berdengki, berhasad dengki, selalu berbangga bangga diri, sedangkan sebenarnya diri dia " nothing " apa yang korang dapat?

Aku, sejak tak involve dengan manusia berhasad dengki ni, aku rasa hidup aku happy, hidup aku bahagia.korang tau tak orang berdengki ni sebab apa? Mereka ni mahukan lebih perhatian, mereka inginkan perhatian yang lebih dari orang orang sekeliling.aku tak pasti kenapa, tapi mereka ingin orang menyanjung mereka, tapi mereka tiada apa apa.

Aku tak pasti kenapa eh ada orang yang begini.tapi aku sedih, aku sedih bila ianya menyakitkan hati ahli keluarga aku.aku mintak orang orang begini, jangan dekat, jangan sentuh ahli keluarga aku, jangan dekat pun, kalau hanya mahu menitiskan air mata orang lain.JANGAN! SILA JANGAN RAPAT.aku bagi amaran.hidup kita kalau dikelilingi orang mcm ni.hidup takkan maju.percayalah cakap aku.

Hidup dengan orang mcm ni, membuatkan korang hidup dalam keadaan sedih, keadaan tertanya tanya, apa salah korg, apa silap korg, percaya lah.bila kita sedih dan down, seharian hidup kita takkan dapat apa apa.cuma menghabiskan masa dengan berfikir benda yang bukan bukan.

Cukuplah kalau kau buat hal sendiri.jangan kacau hidup orang lain.orang yang ADA ni dia takkan menujuk, orang yg TAK ADA ni yang selalu nk tunjuk tunjuk.paham kan maksud aku? Hmmm sekian syarahan untuk hari ni.lepas kan semua.berlapang dada.jauhi orang mcm ni.hidup anda akan berubah.percayalah!

2 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

setuju

Nursaila Norman said...

betul..happy gila bila dah tak terlibat dengan org jenis mcm tu. skrg ni kalau nmpk je org jenis mcm tu muncul, laju2 jauhkan diri. xnak pisang berbuah byk kali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...