Peningkatan laporan kes demam denggi berlaku secara mendadak
di seluruh negara, terutama Lembah Klang. Senario ini sungguh merisaukan,
terutama peningkatan kes kematian membabitkan demam denggi.
Komplikasi demam denggi yang boleh berlaku dalam masa
terdekat dan secara tiba-tiba biasanya berlaku kepada pesakit yang mengalami
denggi berdarah dan juga sindrom renjatan denggi.
Demam denggi tidak menjangkiti antara manusia ke manusia
lain. Virus denggi dibawa oleh nyamuk aedes dan menjangkiti manusia melalui gigitan
nyamuk yang membawa virus itu. Selepas memasuki badan manusia, virus ini akan
membiak dan menyerang sel darah putih, platlet dan sel tisu badan manusia.
Virus ini boleh berada di dalam badan manusia sehingga dua
minggu sebelum pesakit mula mempunyai simptom demam denggi. Namun, biasanya
hanya empat hingga tujuh hari selepas dijangkiti, simptom seperti sakit kepala,
demam panas, sakit sendi, sakit badan, hilang selera makan, sakit belakang mata
dirasai oleh pesakit.
Demam panas lazimnya hanya berlaku pada tiga hari pertama.
Suhu badan akan mencecah lebih 38.5 darjah Celsius, terutama pada waktu petang
dan malam. Walaupun ubat sudah diberi, demam panas tetap berlaku selang empat
hingga enam jam. Selepas hari keempat, biasanya demam mula kebah.
Yang lebih merisaukan jika ia dituruti dengan muntah dan
cirit-birit. Ruam mula keluar kebiasaannya selepas tiga hari demam.
Pesakit juga boleh mengalami pendarahan daripada gusi,
muntah berdarah, najis berdarah dan batuk berdarah. Ini berlaku apabila platlet
darah menjadi semakin rendah dari sehari ke sehari. Masa kritikal untuk pesakit
ialah bermula dari hari keempat hingga ketujuh demam.
Pada tempoh masa ini, cecair badan keluar dari salur darah
dan tidak mengalir dalam salur darah seperti biasa. Ini menyebabkan cecair
dalam salur darah menjadi pekat, seterusnya berlaku dehidrasi.
Jika ini berterusan, tekanan darah pesakit akan menjadi
rendah, nadi menjadi semakin laju dan akhirnya kematian boleh berlaku. Keadaan
ini dipanggil denggi berdarah dan meningkatkan kemungkinan pesakit boleh
mengalami sindrom renjatan denggi.
Malangnya, bagi jangkitan denggi ini, tidak ada rawatan khas
untuk membunuh virus itu atau melewatkan proses penyembuhan. Selain itu,
jangkitan ini tidak ada vaksin yang dapat menghalang pesakit daripada mendapat
jangkitan.
Rawatan utama di dalam wad ialah memastikan pesakit tidak
mengalami dehidrasi dengan memantau tanda vital dan nilai platlet darah
pesakit.
Pelbagai langkah diambil kerajaan untuk membendung wabak
denggi, namun semuanya bergantung kepada kita untuk memastikan ia dapat
dikawal.
Bermula dengan penggunaan ubat jentik-jentik, penyemburan
ubat nyamuk dan paling utama ialah memastikan kebersihan sekeliling tempat
tinggal. Air yang bertakung adalah tempat pembiakan nyamuk aedes. Ia perlu dibersihkan,
terutama di kawasan pembinaan.
sumber : http://www.hmetro.com.my
------------------------------------------------------------------------------
Takutnyaaaa, kena hati hati lepas ni, kena jaga rumah, jangan ada air bertakung,
sama sama lah kita jaga ye.takut.


BERHATI2 SEMUA
ReplyDeleteNYAMUK OH NYAMUK
ReplyDeletebetul..dengki ni bahaya giler
ReplyDeletemintak dijauhkan
ReplyDeleteRisau nya...takut kena anak2..maisara ni dah la tengah demam..dah lama tak demam ..musim denggi ni pulak dia demam memang risau sampai akak nak lelap pun tak berani..
ReplyDelete