06 March 2015

Perkara paling penting untuk mulakan diet

Malam ni aku nak bg tips ni, tips mcm mana nak memulakan diet.perkara yang paling penting dan paling basic untuk mulakan diet.korang tak perlu beli ubat kurus, ubat itu ubat ini.benda paling basic sekali yang perlu ada ialahhhh : PENIMBANG @ WEIGHT SCALE.



kalau lah disebabkan penimbang ni aku boleh cepat kurus, dr dulu lg aku beli.hahaha.korang tau mcm mana tetiba aku leh dapat 60kg? Sbb penimbang ni lah.hahaha.lepas aku nekad untuk betul betul lost weight.aku terus beli penimbang.kebetulan lazada ada offer, aku terus beli.biar lah takde jenama pun.yg penting ada dan digital.bila korg dah mula naik timbang, korg akan jd menyampah dgn berat korg, percayalah.



Dan hari hari, korg akan bernekad untuk kurangkan angka tu.mcm aku, aku mmg nekad, lepas tu bila lost 200gram pun aku rasa happy gila.kalau timbang lepas berak lg best.hahahaha.perasan kuruih banyak sket.sampai kan aku x percaya yg penimbang tu menunjukkan angka 60.hehehe.



Bila sedikit sedikit korg lost weight.korg akan jd addict untuk turunkan lg berat tu.bila dh kurus ni, korg nak makan pun sayang.nak makan manis pun rasa sayang.nak craving mcm mcm pun mcm rasa bersalah.mulut nak sgt makan.tp huaaaaa.sayang lemakkk.



Korg yg nak mulakan diet.pergi beli penimbang dulu.percayalah.semangat korg akan lain.akan rasa lain.try tau! Nekad.ingat.sampai bila nak pakai jeans size 34.hikssss.aku pun nak g beli jeans baru ni.dah longgar.hiks.aku bukan berlagak tau.aku nak bg semangat utk korg.semoga berjaya!

9 comments:

Chekgu Azrine said...

Rara dah turun brp kg?

shaFazie said...

betul itu rara,azie setuju... penimbang faktor utama,br lah semangat nak diet..

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi
kunjungan jumaat

lovelywa said...

Gud luck rara..yg penting penimbang tu jgn letak atas kapet yg lembut tau..nnt dia serap berat kita dan tetiba berat kita jadik ringan, walhal sebenornye tidak..huhu..nak tepat kena letak atas lantai yg tidak beralas apa2..sekian dari saya yg penah terkene..adehsss!!

eima said...

Bukan takat org nk kurus yg nak gain weight pun perlukan scale ni.....kami pun ade target nk naik berape kilo

idzwa kamaruddin said...

go rara go!

mas saari said...

betul tu rara.. akak pun makin semangat nak kurus bila setiap kali timbang berat turun.. hehehee

Diana Rashid said...

hyahaha..betul..perasaaan tu akka pernah alami dulu..paling bagus letak penimbang kat dapur..rasa nak ambik makanan je terus nampak penimbang..hehehe

Yuliana Wahit said...

Salam.. Singgah & follow sini. Come to my site.. http://sayeshukepink.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...